Thursday

Jumaat 25 Januari 2019

For the last week or so aku dah tak tidur lepas Subuh, ataupun lepas Subuh "habis" (pagi), tapi pagi nih aku tertidur, sebab balik dari masjid tuh aku baring-baring kat sofa. Sedar-sedar Long ada balik, rupanya dah pukul 8.

Then ke kebun, menyiram. Lepas tuh baru lah ke kedai Samad untuk breakfast. Ada this one guy panggil aku ajak sembang depan tv, rupanya dia baru lepas tengok tv pasal by election kat Cameron Highlands esok. Raub nih dekat dengan Cameron Highlands, memang bahang pilihanraya tuh sentiasa ada. So this guy bersyarah, dia kata yang Melayu made a big mistake masa election lepas, from now on, apa nak jadi pun kita kena tetap pangkah Barisan.

Aku dengar jer lah ulasan-ulasan dia. Lama jugak. Last-last aku bayar harga makanan, then beritahu dia yang aku kena balik sebab nak menyiram sayur.

Ita (bini Ipin) ada singgah sekejap, dia baru lepas berniaga makanan kat Sungai Lui, tempat baru, dengar ceritanya maju sebab kawasan Cina. Dekat Dong dulu tuh dia sempat berjualan seminggu jer sebab tak ada sambutan sangat.

Aku tak kasi pun kacang harimau yang aku tengah cabut tuh kat diaorang sebab diaorang nak cepat, lagipun diaorang dapat buahtangan yang lain, nenas dan manggis. Dapat sikit jer yang aku cabut, sebab punyalah siksanya, ok lah untuk Long bawak balik.

"Ambik lah kacang dalam plastik tuh", aku kata kat Long bila Long gaya macam dah nak balik. 

"Yang itu tuh?", Long tanya aku. Nak semua lah tuh, kata aku dalam hati. Sebenarnya banyak jugak kacang yang aku bungkuskan untuk Long tapi masa Long tengah mandi, aku kurangkan sikit, aku ambik dalam setengah kilo gitu, aku jemur. Tak nak kasi banyak sangat sebab aku semenjak dua menjak nih macam ada bone to pick jer dengan Long. Dengan lain perkataan, aku dah tak semesra dulu, tak bersembang sangat dah. Dengan lain perkataan jugak, aku tak nak layan sangat dah. Bukan gaduh cuma nya aku nak banyak diam aje lah. Bukan aku sorang, Ida pun sentapz kat WA group, gara-gara siblings kitaorang yang atas-atas tuh yang ingatkan diaorang jer yang betul. Yang banyak komen sana sini. 

Last week ada aku post kat group, gambar tombol pintu yang baru, jugak tempat aku sorok kan kunci, just in case ada siblings yang balik masa aku tak ada kat rumah, alih-alih ada dua tiga orang yang kata (behind our backs, aku dan Ida) yang benda-benda gitu patutnya tak payah lah nak up kan ke dalam group. Itu yang buat Ida sentapz tuh, dia tak nak bersuara dah dalam group katanya (kecuali hal penting), aku rileks jer tapi aku fikir jugak yang manusia nih, semakin tua semakin cerewet jadinya.

"Apa komen Long pasal kolah, tiles baru?", Ida tanya aku kat WA.

Aku tak pelik pun Long langsung tak kata apa-apa, tak ada komen pun pasal extra renovation works yang dah siap tuh.

"Kalau komen, nanti kena bagi duit", Ida kata gitu. 

Ida yang kata, bukan aku. 

Ida sorang jer yang tahu berapa kos semua tuh, siblings aku yang lain tak tahu menahu apa pun pasal extra works tuh, aku tak beritahu sangat pun sebab I'm footing all the bills.

MN ada datang petang nih, kasi durian. 3 bijik. Tapi, bila aku bukak, berapa ulas aje yang boleh dimakan, selebihnya busuk, rosak.

Malam nih ada Kuliah, biasanya malam hari Jumaat jer yang tak ada apa-apa majlis. Tapi, Ustaz No 1 kampung (yang selalu huha-huha Sunday morning kat kedai Ameno tuh) free, so sekali sebulan dia akan kasi Kuliah kat masjid. Tajuk nya "Sunnah Rasul". Sesuai sangatlah tuh, kata aku dalam hati. "Jahat, busuk" hati aku kan? Nak buat macamana, can't help it, itu yang terlintas kat fikiran aku masa tuh. 

Tapi, sebab ini malam pengenalan, cuma majlis suai kenal gitu aje lah dulu, akan datang baru lah masuk bab yang dia nak terangkan tuh. Macamana pun ada jugak masa hati aku kata, hmmmm..... masa Ustaz/Imam tuh "menyanyi". Dia nyanyi, selit kan lagu Lagi Syantik.

Aku kan, aku cukup pantang kalau Ustaz/Imam/Penceramah Ugama kasi ceramah, kuliah, yang ada diaorang selitkan dengan nyanyian. Lagu Hindustan, lagu dangdut biasanya. Aku pernah dengar ceramah yang Ustaz tuh selitkan lagu Despacito. Sikit-sikit, sesebaris dua ok lah, I can  understand, nak kasi orang tertarik, nak kasi kuliah lively, nak kasi tahu yang diaorang "up-to-date" dengan keadaan sekeliling, hatta nyanyian sekali pun. Tapi kalau lama nyanyiannya, sampai gelek-gelek badan lagi kononnya, getik aku jadinya. Orang lain gelak suka, aku jer yang geleng kepala tanda tak suka.

Aku selalu pelik, macamana diaorang boleh hafal, boleh menyanyi lagu-lagu tuh. It shows yang diaorang pun macam orang lain jugak, diaorang pun tengok, dengar music jugak rupanya. 

Diaorang nih kadang tuh mengonfuse kan, kan?

Hei, sayangku
Hari ini aku syantik 
Syantik bagai bidadari
Bidadari di hatimu 

Hei, sayangku 
Perlakukanlah diriku 
Seperti seorang ratu 
Ku ingin dimanja kamu
...................

Khamis 24 Januari 2019

Aku rasa nilai kerja aku hari nih macam semalam jugak, dapat tanam 2 baris kacang harimau, dapat cabut, petik dan jemur dalam 2 kilo kacang, membersihkan kawasan, menyiram etc. Cuma lepas tuh aje aku tambah kerja mengopek kacang.

So basically jadual aku padat.

Petang nih lepas Asar, habis menyiram, aku dapat jugak tanam 2 baris kacang harimau, tanam kat kawasan yang aku bersihkan pagi tadi. Ekspress kerja aku, semalam kawasan tuh dipenuhi pokok kacang, harinih dah ditanam semula.

Kalau orang tengok, mungkin ada yang akan kata aku nih bodoh, iyalah, sepatutnya tanah yang baru dicabut hasilnya patutnya dibiarkan dulu, kalau tak, nanti tak subur tanaman. Tapi, aku tak lah sebodoh itu, kalau dulu aku tanam barisannya melintang ke arah timur, kali ini aku buat barisan melintang ke arah selatan pulak. That way aku macam tanam kat kawasan yang baru, yang belum ditanam.

Chu suruh aku datang awal sebab nak tolong-tolong menyediakan makanan untuk dibawak ke masjid, ada pihak masjid order makanan dari Chu. Macam orang suruhan jer aku nih, ikut jer kata Chu.

Walaupun selalu dengar Kuliah Maghrib (of various topics) tapi ada masanya kadang tuh aku naik meluat jugak dengan kuliah/pengajaran dari a few Ustazs nih. Yang kasi Kuliah malam nih for example, aku selalu rasa macam ada something yang tak berapa betulnya. For the last few weeks Ustaz tuh asyik ulang-ulang kes "better the devil you know (than the angel you don't). Itu semua rentetan dari statement PM dulu lah yang kata, "even angels make mistakes". 

Ini lah masalahnya kalau dibuat direct translation, kan? As far as I know, devil dan angel dalam idioms tuh bukan maksud nya setan dan malaikat, kalau check kat mana-mana websites pun, devil dan angel tuh dimaksudkan orang jahat dan orang baik, so to speak. 

And so bila Ustaz tuh keeps menyindir kata, "lain lah orang-orang yang kata lebih baik berkawan dengan setan...", "itu tak boleh pegang tuh, kata-kata golongan yang kata ada setan yang baik....", etc, aku rasa macam tak puas hati aje.

Mungkin sebab aku pun selalu guna idioms tuh (dan yang seangkatan dengannya macam "how the devil are you, Carter?", "Damn, how the devil do I know? "), dan aku tak maksud pun macam apa yang Ustaz tuh maksud kan (sebab aku tak lah bodoh), itu yang aku rasa macam terkesan aje dengan sindiran Ustaz tuh.

Geram jer aku nak tanya Ustaz tuh, apa maksudnya the devil is always in the details.

Macamana pulak dengn penyokong Red Devils?

Apa komen Ustaz bila setan pakai branded clothings macam The Devil Wears Prada?

Damn, now I have to take everything they say with a pinch of salt. Yang mengikut kefahamana Ustaz, from now on bila aku pergi Kuliah Maghrib, aku kena bawak secubit garam untuk dimakan sepanjang Kuliah tuh.


Tuesday

Rabu 23 Januari 2019

Dapat lah 2 baris aku menanam kacang harimau pagi nih, then mencabut a few baris. Then membersihkan kawasan yang akan ditanam. Kerja runcit-runcit gitu tak membosankan, itu yang buat aku terralit tuh. 

Pet ada datang untuk mengait kelapa, tapi bukan kelapa yang dikait nya dulu, manggis, rambutan, ciku, peria katak pun dikait sama. Dia nampak aku membersihkan kacang harimau, terus dia kata nak beli. Dulu mak dia memang borong dari aku, then diaorang rebus, jual kat Pekan Sari. 

Tapi kali ini tak banyak, so aku beritahu kata yang aku tak makan pun lagi kacang tuh, semuanya nak dibuat benih. Maksud aku, aku tak makan pun lagi kacang tuh hari ini, so aku tak lah menipu dia, kan?

Keletihan agaknya, lena aku diulit mimpi lepas Zohor tadi, lepas tuh sempatlah bersih dan bungkus sekilo kacang untuk bini Imam surau, tadi masa breakfast (dia kerja kat kedai Samad tuh) dia ada tanya aku pasal kacang, dia kata dia ada nampak aku mencabut kacang. So kaedahnya, dia nak jugak merasa, beli pun tak apa, kata dia.

Itu yang aku tunggu dia lepas habis Asar, dia ke masjid tiap hari lepas Asar, mengajar budak-budak mengaji. Muda lagi bini Imam tuh, saspen jugak aku nak kasi bag berisi kacang tuh, takut ada orang nampak, nanti dikatakan ada skandal dengan bini Imam pulak.

Sampai aje kat rumah, aku nampak Hilux MatKelapa ada kat ceruk sana, laaa, dia datang nak mengait kelapa rupanya. Aku intai aje lah. Lantak lah, sure gaduh dengan Pet nanti nih, fikir aku gitu. Tak apa, esok aku akan slow talk dengan Pet. 

Sekarang nih setiap malam hari Rabu dikhaskan kalau ada sesiapa yang nak buat Tahlil, jamuannya dikongsi. So lepas mengaji malam nih ada lah jamuan, syukur, aku dah plan nak ke kedai Redha Jer Lah dah tadi tuh lepas Isyak.

Sejak Isnin, malam-malam sebelum tidur, aku pasang bacaan Quran, niatnya nak kasi cepat tidur. Then terfikir puak aku, apa hasilnya kalau aku tidur, bacaan Quran untuk didengar, kan? So kaedahnya, aku dengar jer lah alunan Quran tuh, last-last tertidur jugak.

Selasa 22 Januari 2019

Patut nya aku ke Pekan Sari Sungai Ruan pagi nih kan, sebab dah lama aku tak ke sana.

Tapi, demi memupuk semangat rajin aku, aku lupakan niat suci murni untuk ke Pekan Sari. Buat menghabiskan duit aje kalau aku pergi sebab aku tahu, I tend to spend a lot bila aku tak ada plan nak beli apa-apa.

So macam semalam jugak, awal pagi lagi aku dah di kebun. Entah bila lah masalah air kat Raub nih akan selesai, air paip yang keluar tuh macam meleleh gitu aje, Lebih kuat air kencing lagi. So bayangkan lah yang aku terpaksa mengencingkan a few batas kacang.

MN ada datang pagi nih, tanya pasal projek mengecat, terkesian pulak aku, so aku setuju suruh dia cat rumah kitaorang, bahagian luar aje lah. Harga mengecat nih mahal, dengan undercoat, finishing coat nya lagi.

On my way ke masjid masa Zohor tadi terserempak dengan Pet (singkatan dari nick Selepet) tengah mengait kelapa, dia nih, ke mana-mana kerja, mesti dengan bini dan anak dia yang lelaki tuh (sorang lagi sekolah), so aku tanya dia apa pasal dia dah tak nak mengait kelapa kat kawasan rumah kitaorang. Dulu-dulu dia lah yang kait dan jual kelapa kitaorang, sejak aku balik dari Cherating, MatKelapa pulak yang mengutip kelapa, aku pun tak tahu hujung pangkal ceritanya. 

So dia kata since aku benarkan dia kait kelapa, dia akan datang esok, dia tahu yang MatKelapa ada datang mengait kelapa sekali sekala. Masalahnya MatKelapa tuh dia cuma kait kelapa yang jauh tersorok dari pandangan jiran CCTV aku,(sebab ada kes), ada a few pokok kelapa yang tak diusiknya langsung. Dan lagi satu, selama ini sesen pun aku tak dapat duit hasil kelapa yang MatKelapa kait, ada jer alasan dia, wallet hilanglah, harga kelapa dah tak ada harga lah etc.

Aku rather Pet yang kait kelapa tuh sebab dia ada anak-anak kecik. MatKelapa tuh bini dia kaya, ada kereta a few bijiks, rumah besar.

Balik dari masjid Asar tadi, tak tukar pakaian kerja pun, terus aku ke kebun, menyiram. Esok aku akan mula menanam kacang harimau, tadi dah tanam sesikit kat polybags. Aku baru perasan yang aku kena tanam selewat-lewatnya pertengahan bulan depan, so that Raya nanti hasilnya dapat dituai dan dikasi kat sedara mara.

Menarik Kuliah Maghrib malam nih, Ustaz Sekolah Sains tuh yang kasi pengajian. Ada a few benda baru yang aku ingat dan akan aku buat. Aku suka kalau pergi Kuliah dan ada benda-benda baru yang aku kena praktikkan.

Monday

Isnin 21 Januari 2019

Bersemangat aku pagi nih, keterlanjuran munculnya perasaan best aje sejak sesehari dua lepas. Pagi-pagi lagi aku dah ke kebun. Air paip aku pasang sebelum aku ke masjid for Subuh lagi, by the time aku ke kebun, setengah tong pun belum penuh. Tapi itu tak menghalang aku, tak mengeringkan hati aku, untuk berkebun. Semangat aku tetap melimpah.

Mulanya aku basahkan, jirus air ke kawasan yang aku nak cabut kacang, a few baris. Sementera menunggu tanah jadi lembut, aku menyangkul, membersihkan semak samun kat kawasan yang dah aku cabut kacang nya semalam tuh. 

Dapatlah dalam 2 kilo kot kacang yang aku cabut, terus aku jemur. Then aku mula buat batas, or rather mula menyangkul untuk menanam benih yang dah aku kopek sejak seminggu lepas. Ya ampun lah siksanya menyangkul tanah keras, yang walaupun aku dah basahkan, tapi tetap berbongkah-bongkah tuh. Akhirnya dapatlah 2 baris aku menanam kacang. 

Cukup lah untuk hari ini, esok lusa aku akan buat lagi sikit demi sikit. 

Kerajinan dan kebersemangatan aku terus utuh, biasanya aku dah masuk rumah, tapi aku tetap jugak di kebun, menyiram tanaman dalam polybags, menyusun polybags, esok aku nak tanam kacang harimau kat dalam polybags lah pulak.

Tengahari nih lepas Zohor, ada khenduri Tahlil, walaupun jauh tempatnya tapi aku pergi jugak sebab aku tahu yang tak ramai jemaah yang pergi. 

Dapat sejam aku tidur sebelum Asar, sekarang aku dah tak kisah samada nak tidur atau tidak lepas Zohor. Lantak lah aku payah nak tidur malam, apa susah, aku boleh berjaga the whole night kalau aku nak, aku boleh susun waktu sendiri. 

Lepas Asar pun aku ke kebun jugak, menyiram. Aku redha jer lah dengan keadaan cuaca panas melampau sekarang nih, itu yang kena siram pagi petang tuh. Half of my tembikai tuh dah tinggal nyawa-nyawa ikan jer dah, itu pun aku siram jugak lagi, manalah tahu kalau-kalau pokok tembikai tuh mati hidup semula, kan?

Aku tak berapa puas hati mengaji malam nih, nafas aku pendek, petang tadi dah berkali-kali aku praktis, lancar jer baca full ayats tapi bila time depan Ustaz, tersangkut-sangkut sebab nafas tak panjang.

Aku dah tak tidur kat bilik, instead aku tidur kat hall, so adalah a few times aku merangkak ke laptop di sepanjang malam tadi.

Thursday

Ahad 20 Januari 2019

Aku baru jer nak mencabut kacang bila Lan/Rozi ajak breakfast kat Pintu Padang, so sama Puii kitaorang berkonvoi ke sana. Best jugak tukar-tukar angin macam nih. Seronok rasanya bila adik-beradik ramai yang balik. Aku sebagai anak yang tengah, aku rasa aku lebih comfortable dengan adik-adik aku, compared to dengan yang atas-atas dari aku yang aku rasa agak rigid, timid dan yang sewaktu dengannya. 

Lan/Rozi balik ke Shah Alam dalam sepuluh lebih, happy jer aku rasa sebab dapat bekalkan diaorang kacang harimau. Selebihnya Ida nak, adalah dalam 3 kilo yang aku dapat cabut tadi tuh, punyalah siksanya nak mencabut.

Aku ke kampung SC for a khenduri Doa Selamat, aku sorang jer, naik basikal. Then teringat yang aku belum kasi tahu Chu yang apa menu nya untuk dibawak ke surau malam nih. Memang betul pun, Chu ingatkan malam nih aku tak nak bawak apa-apa makanan ke surau. So menunya Nasi Goreng Sambal Hitam dan Kuih Talam Ubi Kayu. 

Lepas Zohor Pui balik dan Ida hantar Mak balik ke Pondok di Kerdau, then dia balik KL. Tinggal lah aku sorang-sorang semula, rasa sedih jugak sebab sejak semalam aku rasa happy dan best aje. 

"Ustaz talipun tadi, dia kata mengaji malam ni kensel, dia ada hal", kata HajiR, one of the jemaahs yang sama mengaji, masa Asar tadi.

"Tak apa lah, bawak jugaklah makanan sebab Chu saya dah siap masak agaknya", aku kata gitu.

"Orang Tabligh ramai tuh kat surau, baru sampai", kata HajiR lagi.

Lapar lah pulak petang nih, terliur tengok lauk pauk yang Mak ada tinggalkan untuk aku. Bila aku bukak fridge, aku terperasan ada a few bungkusan. Laaa, Mak tertinggal lauk pauk yang Mak nak bawak balik ke Pondok rupanya. Yang buat aku sayu nya, ada bungkusan limau oren yang aku beli dulu tuh, diikat ketat. Mak memang suka all kinds of oranges.

Awal jugak aku ke rumah Chu, saja nak sembang dengan sepupu aku yang ada balik. Then terus ke surau, hantar makanan. Ya ampun, ramai Jemaah Tabligh, gaya macam yang hardcore, tua-tua, dari jauh nampak macam orang Pakistan (pakaiannya). Ini kalau aku lepak sini nih, harus kena tashkil nanti, harus diajak keluar 40 hari, tak pun keluar 4 bulan, kata aku dalam hati.

Since orang tempatan tak ada pun lagi yang datang, aku decided untuk melarikan diri ke masjid aje lah, seram sejuk aku bila semua mata bercelak tertumpu kat aku ekekekeke

Ada Tahlil kat masjid rupanya, so makan free lagi lah aku malam nih.

Wednesday

Sabtu 19 Januari 2019

Tak sempat langsung nak mengemas rumah, setakat capai itu ini, lap sana sini sesikit, balik dari masjid Subuh tadi. Redha jer lah. Harap-harap tak ada lah drama-drama sentap nanti. Mak kitaorang nih pembersih sangat orangnya. 

Awal aku pergi rumah Chu, menjemput dia untuk ke Pekan Sari. Harinih aku yang banyak berbelanja, beli ayam dan sayur-sayuran, dan barang-barang dapur yang lainnya, sebab ramai adik beradik yang nak balik, sure diaorang nak memasak.

Sementara menunggu ketibaan Mak, sempatlah aku mengemas mana-mana yang patut. Ida yang jemput Mak rupanya, ingatkan Pui. Pukul 11 lebih diaorang sampai. Aku jeling jer Ida bila Mak tak masuk rumah pun lagi, dah mula kasi komentar. 

Aku terus beritahu yang ada dua jemputan kahwin yang aku nak pergi, Mak mulanya tak nak pergi tapi kitaorang ajak jugak, alasannya ramai orang yang nak jumpa Mak sebab Mak jarang balik. And so kitaorang ke rumah Chu dulu jemput dia. 

Jadi femes sekejap Mak sebab tak putus-putus orang datang tegur, bersembang kat meja kitaorang duduk tuh. Lepas tuh kitaorang ke Dewan kat kampung sebelah, untuk jemputan kedua. Ramai orang, dan sistem beratur nya tak betul, so berzaman jugaklah baru sampai ke meja makan. So aku blah aje, sebab malas nak menunggu. Mak cepat dapat makanan sebab Chu potong queue.

Balik dari khenduri, Pui pun sampai. So petang nih melayan anak sedara jer lah. Sempat jugak tidur seround. 

Lepas Asar aku ke kebun, menyiram. Bukan menyiram tanaman tapi menyiram batas kacang harimau. Since tanah kering, nak cabut kacang tuh susah jadinya, isinya tertinggal dalam tanah. So terpaksalah dibasahkan tanah tuh, esok pagi senanglah sikit nak mencabutnya.

Mak kata dia suka dengar Kuliah Tasauf Ustaz malam nih.

Lan sekeluarga sampai dari Shah Alam dah tengah malam.

Esok masing-masing dah nak balik.




Jumaat 18 Januari 2019

Walaupun macam tak tidur semalaman tapi lepas Subuh dan pagi nih aku tak pulak rasa mengantuk, selamba jer aku memorex sebelum pergi breakfast. Then ke kebun sekejap, sekadar menyiram tembikai yang kali ini tak seceria dulu, layu jer memasing tuh, ditambah pulak daunnya yang dimakan ulat. Tak apa lah.

Aku tengah memorex bila dapat message dari Ida yang beritahu Mak mungkin balik esok. Terkejut jugak sebab baru lagi Mak balik, kan? Aku boleh agak yang Mak teruja nak tengok renovation works kat both bilik air, sebab ituhari Ida ada cerita kat Mak. 

Terpanik jugak aku sebab maknanya aku kena kemas-kemas kan rumah seelok mungkin, walaupun minggu lepas Ida dah bersihkan rumah tapi semakin kotor jadinya sebab MN sambung buat kerja kat bilik air dalam, penuh lah habuk.

Air pulak tak ada nih, macamana nak mengemop? Dan aku kena bersihkan rumah tuh petang ini sebab esok Mak akan sampai pagi, dan aku akan sibuk esok tuh, nak bawak Chu ke Pekan Sari etc. 

Lepas Asar baru aku mula membersihkan laman, berpeluh dibuatnya mengukut daun kering, dibakar. Susun perkakas kat shed, buang sampah, semuanya lah. 

Cadangnya nak sembahyang kat surau aje sebab malam nih tak ada Kuliah kat masjid, tapi tadi ada announcement kata yang malam nih ada Tahlil, so ke masjid jugak lah aku. 

Terralit pulak memorex malam nih, terus lupa nak kemaskan apa-apa yang patut. Esok lah.

Monday

Khamis 17 Januari 2019

Tak breakfast aku pagi nih sebab kenyang makan manggis. Entah macamana aku terpergi kat kawasan pokok buah-buahan, dan terralit memetik manggis. Pokok limau Bali aku banyak buahnya tapi kecik-kecik, apa pasal hah? Tak pernah berbaja pun, tak pernah dijaga, sejak aku tanam, masa kecik jer aku siram sekali sekala.

Lepas tuh aku terus masuk rumah, mengopek kacang untuk dibuat benih. 

Lunch tadi ada orang belanja, Polis Bantuan Sungai Ruan yang aku perasan semakin lama semakin rapat dengan masjid. Selalunya aku terserempak dengan dia sebelum Zohor, makan sama-sama, macamana hari nih aku terlepas pandang, dia sempat bayarkan my lunch. 

Gila lah mengantuknya masa Zohor, masa Asar, sebab aku dah tak tidur pagi dan petang macam biasa. Yang peliknya, masa kat masjid jer aku mengantuknya, bila sampai rumah mata jadi segar bugar balik. 

"Chu nak pergi ke khenduri Sabtu nih?", aku tanya Chu masa jemput dia untuk ke masjid for Maghrib, ada Kuliah Maghrib. 

"Chu nak pergi, kalau awak pergi, Chu nak tumpang", kata Chu.

Ada 2 khenduri Sabtu nih, within walking distance jer dari rumah Chu (less than 100 m) tapi biasalah kan, Diva Kampung ekekekekek

Aku rasa macam di awang-awangan jer masa Ustaz tuh kasi Kuliah, mata mengantuk gila. Aku bukan lah jenis yang selalu tersengguk-sengguk kat masjid/surau tapi tadi tuh aku rasa I was close to terlena, best pulak bersandar kat dinding, Ustaz tuh pulak Kuliahnya slow jer, tak menusuk kalbu.

Bersyukur aku sebab hari nih se sen pun tak keluarkan duit, breakfast, lunch dan dinner semua free. 

Rabu16Januari2019

Again, aku di kebun cuma takat menyiram tanaman yang kat polybags aje sebab tak ada air. Sedih jugak menengokkan yang kacang harimau aku layu kekeringan, aku cuba-cuba cabut tapi semuanya putus gitu aje. Tanah dah jadi macam batu.

Air yang aku salurkan dari paip kat rumah pun tak dapat nak membasahkan tanah sebab keluarnya setitik-setitik. Apa pun aku redha aje lah, aku dah putus harap dah nih. Aku pernah mengalami zaman kemarau dulu tuh, mati kering tanaman aku, so I'm all prepared lah kalau kali ini pun kemarau jugak.

Siap akhirnya kerja-kerja repair kat rumah, semua kunci pun dah ditukar. Ada banyak lagi kerja yang boleh dibuat, benda yang boleh diupgrade, tapi nak buat lain kali lah. Kena ada fasa-fasa nya jugak. Rasanya nak cat baru lah rumah nih. MN nak sangat buat kerja-kerja lain sebab dia tengah kumpul modal nak siapkan rumah kedai dia yang dah dekat 2 tahun terbengkalai tuh.

Aku rasa puas hati sebab secara tak langsung aku dah tolong dia, dan dia pun beritahu yang esok lusa dia akan mula semula projek terbegkalai dia tuh now that dia dah ada modal sesikit. Patutnya duit loan Tekun yang bini dia dapat tuh dulu digunakan untuk modal buat rumah tuh tapi dia guna duit tuh untuk tebus kereta dari KN adik dia. Biasalah Melayu, kereta lebih penting dari yang lain, kan?

Entah apa-apa lah aku mengaji malam nih, aku dah praktis banyak kali petang tadi tapi bila nak baca, tergagap-gagap, banyak salahnya. Serba tak kena bacannya, serba tak betul. Macamana pun kitaorang happy jugak sebab ada 2 orang baru yang join malam nih. Dari dulu lagi kitaorang selalu jugak tertanya-tanya apa pasal tak ramai yang nak join mengaji. Memang lah ada banyak kali kelas mengaji, di masjid, di surau, tapi yang join nya muka-muka sama, muka-muka basi tuh. So bila ada yang join kitaorang malam nih, happy kitaorang jadi nya. 2 orang pulak tuh. 

Ada Tahlil lepas Isyak, dan ada jamuan.

Malam nih pun susah nak tidur, macam semalam jugak, aku bangun mandi etc dalam pukul 3 after bergelut untuk menidurkan diri. I really have to do something, tak tidur petang for example, tak boleh jadi kalau setiap malam aku macam nih. 


Friday

Selasa15Januari2019

Walaupun kurang tidur, dan biasanya aku sambung lepas Subuh, tapi pagi ini aku tak buat gitu. Balik dari masjid pun dah 6-45, so terus lah aku breakfast. Aku rebus kacang harimau jugak, sebab tak nak nanti kalau-kalau MN nampak, sure dia nak. Tak boleh lah nak kasi dia semua hasil usaha aku, setakat sayur-sayuran tuh boleh lah. So basically MN nih kawan aku level timun aje ekekekeke

Aku tak ke Sungai Ruan pun jugak, tak ada apa nak beli. Biasanya kalau pergi waktu tak ada apa nak dibeli, ha, masa tu lah aku banyak terbeli benda yang tak sepatutnya aku beli.

Lepas menyiram, aku cuba-cuba cabut kacang, dapatlah sesikit. Redha jer lah cuaca panas gini nih, aku pun tak nak rush sangat untuk clearkan tanah dan tanam tanaman baru. Masalah nak menyiram tu lah, tak ada air. 

Macam biasa, aku beli lunch untuk MN, tapi bila aku sampai rumah, tengok-tengok dia tak ada. So aku makan lah lauk pauk bahagian dia tuh, selebihnya tak tahu lah nak buat apa, nak disimpan pun tak makan nya lah. Aku ingatkan dia dah tak datang tapi dalam pukul 2 lebih dia sampai, rupanya dia balik ke rumah untuk mandi, sembahyang. Kata dia lah. Biasanya sembahyang kat rumah kitaorang jer. Dan dia belum makan rupanya, so makan sisa yang ada tu jer lah. Nasib lah, apasal tak beritahu aku yang plan dia macam tuh. 

Masa Asar tadi ada dibuat pengumuman yang malam nih Ustaz Sekolah Sains tuh akan kasi Kuliah Maghrib tapi tak ada pun. So lepas sembahyang terus aku ke surau, ada Kelas Fiqah. Since tak disediakan jamuan, aku ke kedai Omar, ada aku ajak 2 orang budak, ajak-ajak gitu jer lah. Budak-budak kan, diajak nya kawan diaorang yang lain, "jom, jom, Pakcik nih nak belanja".

Rabak lah jugak aku.

Forex account aku dah sampai matlamat, dah dapat 100% untung, dah jadi 1 Eth. So aku ingatkan boleh lena lah malam nih tapi rupanya macam semalam jugak, dalam pukul 2 lebih, after much debating dengan perasaan sendiri, aku mandi etc. "Dah letih" sembahyang sunat, baca Quran, aku berzikir sambil baring, sedangkan waktu tuh dah 4 lebih. 

Sedar-sedar 6 suku. Setan punya setan!

Thursday

Isnin14Januari2019

Tak sampai setengah jam aku di kebun, cuma menyiram tanaman yang dalam polybags aje. Banyak tanaman yang mati, aku pun tak tahu apa pasal. Apa yang aku perasan, banyak ulat yang makan daun, semua pokok timun dan rock melon jadi mangsa. Tembikai pun sama tapi masih boleh diselamatkan. Anak limau oren pun ada yang mati. 

Yang elok nya cuma kacang harimau, semuanya tumbuh. Susah-susah macam nih, aku nak tanam kacang harimau aje lah kat polybags yang kosong. 

Kacang harimau yang kat tanah, layu kering, nak menyiram pulak, masalah jugak sebab air paip kecik sangat, the whole day menyiram pun tak siap. Nak penuhkan tong pun setengah hari. Redha jer lah. Nasib baik lah most of the kacang tuh dah boleh dicabut, so kalau ak nak berusaha siram pun, aku tak payah siram semuanya.

Nak mencabut nya pulak susah sebab tanah keras, lepas disembur air dan dibiarkan sekejap, pun tak dapat dicabut, kacang nya tertinggal kat dalam tanah. Yang bila aku cangkul, ada yang rosak. Macamana pun dapatlah sesekilo kot kacang yang aku cabut, cukuplah untuk dimakan atau dibuat benih. Cabut sikit-sikit gitu lah, takut nanti tak sempat Raya Cina bila siblings aku ada balik. Tak kalu tak merasa lah diaorang.

Aku tak lah rasa ralat sebab panas, dua tiga bulan lepas hujan banyak turun, kan, kita kena terima aje apa yang Tuhan kasi. Dan bersyukur. Dan redha. Ha, gituh!

MN sambung kerja pasang tiles, kat dalam rumah, so jadi tension jugak aku sebab dia nih, selain menyanyi, dia bercakap sorang-sorang. Masa kerja kat tandas dan bilik air belakang dulu tuh, dia cuma menyanyi, tak ada pulak cakap sorang-sorang. Aku tahu yang dia cakap soran-sorang tuh sebab nak tunjuk kat aku lah kononnya dia tekun buat kerja.

Sentapz aku tau dak kat MN nih, aku elok-elok sediakan makanan, banyak pulak komplennya. Tadi aku beli lah sayur lemak jantung pisang, favorite aku tuh. Boleh dia kata, "tak ada sayur yang best sikit ker?". I mean, phuck, itu sayur kegemaran aku tuh. Aku sediakan makanan pun ko patutnya bersyukur dah. Dia nih macam class sikit orangnya, ikan keli, ikan patin, bubur durian, semua tuh dia tak makan. 

Mengaji malam nih macam tak best jer, masing-masing macam tak bersemangat gitu, Ustaz tuh pun tak banyak cakap malam nih. 

Mungkin sebab lambat masuk tidur, sampai ke pagi aku tak dapat nak lena. Pukul 2 lebih tuh aku bangun akhirnya, mandi dan buat apa-apa yang patut. Aku tahu yang di akhir malam setan memang bekerja kuat, dalam pukul 4 kot aku tertidur, sedar-sedar azan Subuh dah berkumandang.

Wednesday

Ahad13Januari2019

Kalau tak sebab aku dah order makanan untuk dibawak ke surau malam nih, aku akan stay for another day kat KL. Tapi itu lah, aku dah janji, lagipun aku suka mengaji dengan Ustaz tuh, tiap kali sessi, biasanya ada aje pengetahuan baru yang aku dapat.

Ngam-ngam pukul 11 aku sampai, Ida dah ada tunggu. Kitaorang singgah Kolej Vokasional Bentong, Ida nak jumpa Luqman, anak dia, sekejap. Dalam perjalanan tuh banyak jugak kitaorang bergossip, aku dengar jer cerita-cerita lama dari Ida, apa yang a few of my siblings cakap pasal aku. 

Mulanya aku nak sentapz tapi bila mengenangkan yang aku tak boleh nak stop orang dari fikir dan analisa diri aku, aku pendam kan aje lah. Aku pun tak nak Ida rasa tak comfortable kalau aku tersentapz. So basically aku ada terasa hati dengan 2 of my siblings, yang paling atas. From now on aku menjauhkan diri lah sikit dari diaorang, bukan sebab marah, tapi sebab aku kurang berkenan dengan cara pemikiran diaorang. Nak buat macamana kan, semakin tuah, pemikiran kita jadi makin sempit, apa yang kita ingat, cerita-cerita lama yang kita keep harping on.

Kitaorang sampai Raub waktu Zohor, mati kering tanaman aku. Lantak korang lah, hati aku pun dah kering jugak sekarang nih. Aku tak perasan pun yang manggis dah banyak masak sebab dah jarang ke kawasan pokok buah-buahan tuh. Biasanya seminggu sekali aku pergi check, masa ikut jalan pintas untuk ke Pekan Sari. Sekarang nih aku berkereta ke Pekan Sari sebab nak bawak Chu, kan?

Sebelum Ida balik, aku tanya dia apa lagi yang nak direpair, atau dicat baru, Ida kata terserah pada aku lah. Aku dengar jer Ida menalipun Mak menceritakan pasal kerja-kerja yang dah siap tuh. Mak suruh Ida reimburse aku, tapi aku tahu yang Ida akan buat donno jer sebab aku sendiri yang kata aku tak nak mintak duit, sebab tuh aku tak war-war kan kat WA group. Duit upah meracun, memesin rumput dulu pun tak ada dibayar pun jugak. 

"Semalam makan apa?", aku tanya one of the jemaahs yang datang mengaji. Aku nak tahu, samada semalam ada tak orang bawak makanan kat surau.

Mamat tuh kata yang semalam tak ramai orang, tak ada pulak orang bawak makanan, memang tak pernah pun ada makanan kalau Sabtu.

Aku pelik jugak, dah tahu yang aku akan bawak makanan malam nih, apa pasal this couple bawak jugak makanan? Apa pasal tak bawak semalam jer? Ini semua macam plot nak kasi aku sentapz jer. Semalam kan ker mengaji jugak, apasal tak bawak semalam? Apasal nak bawak malam nih jugak sedangkan aku dah beritahu yang aku akan prepare makanan? 

Macamana agaknya kalau minggu depan aku tak bawak makanan. Kesian pulak, sebab hari Ahad ramai jemaah biasanya (sebab kat masjid tak ada Majlis)

Sabtu12Januari2019


"Lepas sembahyang kang, tak payah tunggu Imam berdoa lah, doa sendiri jer lah, takut lambat", kata MH masa kitaorang sampai Masjid Jamek. Pelik aku, apa lah yang nak dikejarnya pun. Dia beritahu yang semalam, awal pagi tadi, dekat pukul 3, dia sama kawan dia dah pergi Pasar Karat tuh tapi orang belum ramai. Diaorang sempat jugak merempit kat Bukit Bintang rupanya, merempit sambil berkereta.

Biasanya aku ke Pasar Karat tuh dalam pukul 8 pagi, cuma ada a few lanes yang penuh dengan peniaga. Tapi tadi, terkejut aku bila tengok punyalah ramai orang berniaga di kaki-kaki lima sepanjang kawasan Chinatown. Orang yang datang pun ramai jugak. Sedih jugak bila memikirkan yang bila nya diaorang tuh sembahyang Subuh, peniaga-peniaga situ pun macam spesis lain jer.

Tak ada apa yang menarik nya pun tengok orang berniaga dalam kegelapan tuh, yang cuma diterangi lampu jalan. Barang-barang yang dijual pun semuanya benda lusuh-lusuh. MH macam excited jer, banyak tempat yang dia berhenti, beli itu ini, topi buruk, seluar buruk. Then beli vacuum cleaner second hand. Dia nih suka kumpul barang, kalau kat kawasan rumah dia, penuh dengan barang-barang terpakai, kereta-kereta buruk etc. Macam kat Slab City, California, the last free place in America ekekeke

5 kali pusing setiap alley dan sidewalks tuh, aku mula rasa bosan, aku beritahu MH yang aku nak balik ke hotel aje lah sebab nak bersiap nak pergi rumah kawan yang ada buat makan-makan sikit, kat Ampang. Dapat lah aku tidur sekejap sebelum ke Ampang, lepak kat rumah kawan aku pun cuma 10 minit gitu, sekadar nak tunjuk muka. 

Aku dah nak check out bila one of the staff tuh tanya aku apa pasal muka moyok jer, then aku kata lah yang mana tak moyok, aku terpaksa cari hotel lain sebab Citin penuh. Then dia tanya kalau aku nak duduk kat bilik yang tak ada tingkap, terus aku kata ok. So bermalam kat Citin lagi hari nih. Aku ke Dunkin Donut sekejap, beli donuts untuk kasi kat staff hotel yang dah jadi macam kawan aku semua tuh.

Lepas Zohor aku sambung tidur, macam tidur dalam gua rasanya, gelap gelita tak ada tingkap. Aku tak ke mana-mana lepas Asar, standby jer kalau ada kawan nak jumpa ker, sebab ituhari ada yang WA ajak mengeteh. Too bad semalam aku sibuk. 

Aku tak tahu pun yang kat luar hujan mula turun, lepas Isyak. Aku terus kan jugak ke Bukit Bintang, then hujan semakin lebat, dan lama pulak tuh. 

Ida ada WA, dia nak balik Raub esok sebab teruja nak tengok renovation works yang dah siap tuh. So dia ajak aku join sekali, esok tunggu dia kat LRT Gombak, pukul 11.

Tuesday

KhamisJumaat1011Januari2019

Khamis 10 Januari 2019

Aku tengah menyiram bila dapat news yang tak baik, aku masih tak dibenarkan buat passport. Tak nak cakap banyak lah tapi aku ke KL ituhari uruskan pasal nak buat passport sebab kalau mengikut surat dari Jabatan Immigresen, dah lama dah aku boleh buat. Tapi, bila aku nak buat ituhari, kes aku kena dirujuk ke Putrajaya lah, itu lah, ini lah, dan yang terakhir nya aku diberitahu yang kalau aku nak apply for a passport (buat passport), aku kena melalui certain Departments, sebab kes aku nih "lain sikit". Katanya.

Apa-apa lah, buat masa sekarang aku terpaksa lupakan niat untuk ke mana-mana, walaumacamana pun aku akan usaha kan jugak untuk buat passport. Mungkin tak seburuk yang aku sangka, mungkin boleh buat cumanya lain sikit, mungkin jugak aku yang mudah sangat sentapznya, diaorang tak pun kata tak boleh buat, kan?

So seharianlah aku tak ada mood nak buat apa-apa. Moyok jer kat bilik, MN tegur pun aku jawab tak jawab. Aku even lunch dulu, sembahyang, then baru lah belikan lunch untuk MN. Malas nak bersembang. Dia dah nak siap dah mengecat bilik air, esok aku ke KL so dia pun off lah. Minggu depan nak suruh dia pasang kunci kat semua pintu, nak tukar kunci baru.

Aku tak sure yang MH akan datang jemput aku esok so aku mintak MN tolong hantar aku ke Raub incase MH tak datang, ini last kopek lah aku nak percaya dia. Selalu sangat dah tak tepati janji, kalau kali ini dia masih jugak lupa janji then that's it lah.

Masa nak jemput Chu untuk ke masjid for Kuliah Maghrib, terserempa dengan MH yang jugak nak ke rumah Chu, nak pulangkan bekas makanan, malam hari Selasa ituhari dia ada order makanan untuk dibawak ke surau. 

So esok pagi before 7 am aku akan ke KL sama MH sekeluarga.


Jumaat 11 Januari 2019


Saspen jugak aku, Subuh masuk pukul 6-03, harinih Jumaat pulak, Imam buat Sujud Sajdah, wirid nya panjang biasanya. Takut tak sempat aje lah. Itu yang sebelum ke masjid, aku siapkan semua, beg pun letak tepi pintu.

Imam tuh lupa agaknya, first time tak baca Surah Sajdah, so cepatlah jugak siapnya Subuh pagi nih. 6-45 am aku dah sampai rumah, tunggu punya tunggu, pukul 7-20 pagi baru MH sampai. 

Kitaorang terus aje ke KL sebab nak ke HKL sebelum 9 setengah. MH nih jenis degil, tak nak dengar kata orang, aku tunjukkan arah ke pusat bandaraya KL, dia tak nak dengar, dia tak percaya. Last-last aku senyap kan jer lah, dua kali keluar masuk tol sebab tersalah jalan. Sampai HKL pun 10 setengah, lepas tinggalkan anak bini dia kat entrance (apa punya suami daaa, ditinggalkan nya aje anak bini dia untuk uruskan semua hal, "deme nya ada beli roti tadi", kata dia bila aku suruh dia at least tapau breakfast), kitaorang ke Jalan Raja Laut sebab MH ada urusan kat Berjaya.

Sekali lagi kedegilan dia terserlah. Mana ada berjaya kat Jalan Raja Laut, kat area-area MARA tuh. Rupanya Maju Junction. 

Nak breakfast lah pulak, so aku suruh dia park kereta kat one of the parking spots kat situ. Dua kali jugak pusing sebab dia kata jauh tempatnya, lepas breakfast nanti nak kena cari parking lain pulak. 

"Kat KL macam nih, ko park kat satu tempat lepas tuh ko pergi buat urusan ko kat dua tiga tempat. Bukannya setiap kali nak pergi mana-mana, setiap kali ko nak cari parking", aku kata gitu, aku macam tak percaya bila dia kata nak drive dari parking yang belakang kedai (dulu panggung Odeon) tuh ke Maju Junction, sebab jauh. 

Jauh? Tak sampai 5 minit pun jalan kaki dari MARA ke pejabat di Maju Junction tuh.

"Moh ikut aku ke Pudu, aku nak beli kipas, kipas situ murah-murah", kata MH bila dah selesai urusan dia.

Terpaksa lah aku ikut ke Jalan Pasar, Pudu. Ada macam pasar elektrik kat situ, macam-macam barang elektrik yang dijual. Biasalah, setiap kedai dimasuk, harga kipas lebihkurang sama jugak. Last-last aku kata aku nak kena check in sebab takut terlewat nak Sembahyang Jumaat.

Mulanya dia nak ikut melepak kat hotel, tapi akhirnya tukar fikiran.

Fully booked Citin tuh weekend nih, nasib baik ada satu bilik kosong, tapi esok aku kena cari hotel lain sebab bilik penuh semuanya.

Buang masa aku aje petang nih, menunggu MH. Janjinya nak datang ajak aku temankan dia untuk beli kipas, lepas dia hantar anak bini ke rumah sedara dia di Cheras. Nak beli kipas jer pun, sakan. Kat Raub tak ada jual kipas ker? 

Beza nya dia nih dengan aku, aku ada terfikir gitu.

Lepas Isyak aku ke Bukit Bintang, potong rambut, makan, merayau-rayau gitu lah. Then MH talipun beritahu yang dia akan sampai kat hotel pukul 11 malam. 12 lebih baru lah sampai. Dia ajak mengeteh, aku ok jer tapi bila dia kata kawan dia dari Puchong nak join sama, terus aku kata yang aku tak boleh lama sebab nak memorex.

Tak jadi kitaorang mengeteh, beli burger, melepak kat hotel sampailah kawan dia talipun. 

Pukul 3 lebih baru MH balik, kejap aje dia dah berdengkur sedangkan aku terkapai-kapai nak kasi lena tapi tetap tak lena sampai Subuh.

Wednesday

Selasa,Rabu,8,9Januari2019

Selasa 8 Januari 2019

Pukul 7 setengah aku dah ke Sungai Ruan, sekajap jer, tak ada beli apa sangat pun, setakat limau oren dan bekalan foot patch. Aku suka tidur malam pakai foot patch, rasa macam lebih nyenyak. Then breakfast kat kedai depan Pusat Serenti.

Mood aku macam baik jer pagi nih, aku rasa macam happy jer, entah apa sebabnya, aku pun tak tahu. Aku nih, benda-benda kecik pun mempengaruhi mood aku. Bila tengok yang anak limau oren ada yang baru tumbuh, itu pun buat aku happy. Likewise, bila tengok anak tembikai dipatuk ayam, aku jadi sedih. 

Tambahan pulak semalam Ben Whishaw menang Golden Globes, lagi lah happy nya aku. Ke KL nanti aku nak tengok Mary Poppin Returns lah rasanya, both my favorite stars (Meryl Streep, Ben Whishaw) are in that film. Bohemian Rhapsody pun my cup of tea nih. Tapi, aku rasa aku tak tertengok pun nanti, sebab tak ada geng. Macam MammaMia! dulu tuh, macam tak percaya yang aku belum tengok that film.

Forex-wise, akaun aku dah untung 25%, tapi at the time of writing this, floating loss aku besar jugak, dalam 0.05 Eth, kira besar lah tuh sebab my account now stands at 0.625 Eth. 

Setelah more than 2 months tak ada Kuliah Maghrib by Ustaz Sekolah Sains tuh, malam ini dia datang, kasi Kuliah bab Puasa. Sebab dia nak habiskan bab tuh just before Ramadhan starts.

Awal aku tidur malam nih sebab tak ada nak monitor price movements sangat, lagipun aku cuma ada 3 positions.

Rabu 9 Januari 2019

Lagi sekali aku ke kebun awal pagi, breakfast kat rumah jer, makan roti sama scrambled eggs. Scrambled eggs aku mesti letak cheese dan tomato. Aku awal tuh sebab ingatkan MN datang awal tapi dah 9 lebih baru dia datang. Aku dah nak siap buat kerja kat kebun barulah dia sampai. Dia kata aku gigih sungguh berkebun, kebetulan masa dia datang tuh aku tengah mengisi tanah dalam polybags. 

Aku cabut lagi kacang harimau, terus dikupas, dan terus tanam kat polybags. Yang ditanam minggu lepas sama adik ipar Ipin tuh dah mula cambah, aku buat pagar tak nak kasi ayam patuk. 

"Beli cat murah jer lah, bukan nya rumah orang kaya", aku kata gitu kat MN bila dia kata se tin cat 7 liter tuh harganya dekat RM 200.

Tak cukup cat yang kitaorang ada, itu yang kena beli lagi, jugak untuk cat dinding bahagian dalam. Aku WA kat Ida gambar-gambar renovations works yang dah siap, terkejut dia. Aku tak beritahu sapa-sapa pun, Mak pun aku tak beritahu.

Ada orang nak sewa tanah Pak Andak, (arwah) Ngah Raub yang di sekeliling rumah kitaorang nih, nak buat projek tanam sayur. So aku talipun waris-waris yang berkenaan, diaorang suruh aku handle.

Basah kuyup aku balik dari masjid Asar tadi, semalam aku naik kereta, tak hujan pulak walaupun mendung tebal. Petang nih, tak gaya nak hujan tapi hujan turun jugak. Apa pun aku bersyukur sebab esok tak payah menyiram. Tak payah ke kebun even ekekeke

Ada Kuliah Maghrib (Bab Akhlak/Tasauf) kat surau, malam nih mula. Tapi aku ada kelas mengaji kat masjid, dah 3 minggu break. Ada disediakan minum, kuih aje, so aku blah. Nak ke kedai Omar, banyak lah pulak kereta (Kuliah kat surau belum habis), so aku ke kedai Redha Jer Lah.

Floating loss aku dah semakin tinggi, hmmmm..... kena pulangkan balik untung semalam nampak gayanya.

Tuesday

Isnin7Januari2019

What a quiet morning pagi nih, tak ada bunyi bising mesin asah tiles etc, tak ada bunyi orang menanyi etc. Aku breakfast makan mee semalam jer, ada aku tapau bawak balik sikit. Balik dari Subuh tadi aku terus bukak a few positions, long USD/JPY, EUR/JPY dan GBP/JPY. By noon ada lah untung sikit tapi membawak ke Euro session, floating profits jadi besar jugak. Aku tak panik pun sebab cuma ada 3 positions.

Tak sampai setengah jam pun aku di kebun, menyangkul semak kangkung yang membiak kat serata kawasan tuh. Tak lama kerja, ada orang datang nak jemput khenduri kawin 19 hb nanti. MR pun ada datang nak ambil duit upah meracun semak.

Aku ke kebun sekejap petang nih sekadar menengok apa-apa tanaman yang hidup atau rosak. Ada a few anak pokok tembikai yang patah riuk, dipermainkan dek ayam jiran aku lah tuh. Sabar jer lah. Cabut kacang harimau a few perdus, dapatlah sikit untuk direbus dan dibuat benih. Dalam seseminggu dua nih sesuai untuk dicabut, harap-harap Raya Cina nanti dapatlah keluarga aku merasa hasilnya.

Lepas mengaji malam nih ada lah one guy tuh tanya Ustaz pasal Cina yang menindas umat Islam, tak dibenarkan praktiskan ugama. Memang lah lari dari tajuk asal soalannya tapi aku rasa jemaah tuh baru terbaca news pasal tuh kot. Kebetulan pulak semalam ada aku tertengok youtube pasal Islam di China, pasal Uighurs etc, so aktif jugaklah aku menjawab nya. Diaorang, nak sebut Uighurs, Chenchnya, Chechen pun tak reti.

Aku jadi tertamak malam nih masa jamuan, aku tahu ada dua tiga orang lagi jemaah yang belum ambil makanan, selamba jer aku ambik telur sebijik (2 belah), itu jer lah yang tinggalnya pun.

Ada improvements trading akaun aku malam nih, so aku biarkan aje lah profits run, monitor pun gitu-gitu jer lah sebab aku sibuk melayan youtube.


Monday

Ahad6Januari2019

Awal aku pergi breakfast pagi nih, ke kedai Ameno, kedai lain tutup gayanya. Ada dua gerombolan geng berketayap semuanya kat 2 meja, Imam, Ustaz, etc. Aku bersalam dengan 2 orang yang kat meja sebelah tuh aje sebab yang lain tuh macam tak nampak kehadiran aku. Bukan, bila aku turun basikal, sunyi sepi jadinya, diaorang tak huha-huha, agaknya menghormati aku yang pendiam nih ekekekek

Nasib baik lah diaorang tak lama, lepas tuh masing-masing blah, kebanyakannya nak ke ladang durian masing-masing.

Eh, apa hukumnya (aku tanya jer nih) tanam durian kat tanah yang diteroka secara haram macam yang Cina-Cina buat tu, hah? Nun sampai ke puncak-puncak bukit sana nun.

Dalam 20 tongkol jagung yang aku petik, ada yang tak berapa elok dari segi saiz tapi kira ok lah. Lepas tuh aku tak tahu nak kasi kat siapa, nak kasi kat MN yang tengah kerja, aku malas lah pulak, aku fikir, lebih baik kasi orang lain lah pulak, tak kan nak kasi dia aje. Naik lemak lah dia nanti tuh.

Nak kasi Chu? Tak nak. Pasal dia akan jual jagung tuh. So aku mengendap jiran-jiran aku, kalau diaorang ada keluar rumah, nak aku kasi kat diaorang aje. Then aku dengar bunyi kereta jiran aku, diaorang nak keluar. So tinggal satu rumah lagi, penghuninya balik sekali sekala aje, kebetulan minggu nih ada balik. So aku intai lah dari dekat, sambil jinjing bag plastik berisi jagung tuh. 

"Eh, aku nih mengintai janda", kata aku dalam hati.

Then Chu talipun suruh beli barang untuk dia nak masak makanan yang aku order untuk dibawak ke surau malam nih. Aik, kata nya semalam nak beli barang?

Then on the way nak hantar barang ke rumah Chu, aku teringat kat MakCik Esah, jiran yang baik dengan Mak. Aku singgah sekejap rumah dia, tanya-tanya kalau dia nak jagung. 

"Tak payah banyak lah, Makcik sorang jer", dia kata gitu.

"Banyak jagungnya, tak apa, bagi lah ke sedara sebelah-sebelah", aku kata gitu. Anak beranak dia ramai kat sekeliling rumah dia.

Gaya macam nak hujan tapi aku berbasikal jugak ke masjid for Zohor sebab memang selalu jugak macam tuh, gaya macam nak hujan tapi tak turun jugak hujannya. Too bad kedai sebelah masjid tutup, so makan kat kedai di seberang jalan. Lauk dah habis lah pulak untuk aku tapau, aku cuma makan sikit aje lauk yang ada. Then hujan turun, kadang renyai, kadang lebat. Aku redah jer lah sebab nak ke kedai Redha Jer Lah nak beli makanan untuk MN yang seharian nih senyap aje, tekun buat kerja.

"Kalau MN tahu yang aku berkorban jiwa raga redah hujan semata-mata sebab nak belikan dia makanan, tentu meraung kesedihan dia", aku fikir gitu. 

Akhirnya siaplah kerja yang MN buat tuh, harga yang dia mintak pun ok, jauh lebih rendah dari apa yang aku expect. So aku nak suruh dia cat bilik air belakang tuh, luar dalam. Dia akan buat on Wednesday. Dia balik sekejap untuk ambik kereta, nak punggah barang-barang kerja.

"Chu awak memang gitu, suka memandir kan orang. Dulu dia kata gitu juga ke Mak awak sampai Mak awak merajuk", MN kata gitu. 

Tadi ada lah aku cerita kat dia pasal Chu memandirkan aku tuh semalam, dan dia pulak cerita pada bini dia, itu yang bini dia cerita kat dia pulak yang masa khenduri bila tah, Chu memandirkan Mak.

"Ooooo gitu rupanya. Oh ok", kata aku dalam hati.

Lebat jugak hujan petang nih, syukur lah sebab dah lama tak hujan. Makna nya jugak, esok ada harapan aku tak ke kebun. Memikirkan yang aku akan bosan sebab tak memorex dan tak berkebun esok, aku pun deposit 0.5 Eth ke trading account aku, nak buat style dulu lah. Dulu aku mula dengan 0.5 Eth jugak, dapat untung dalam 3 Eth. Kali ini tak tahu lah, harap-harap ada untung lah jugak. Aamin. So tomorrow morning I'll be trading again, InsyaAllah.

Chu kata dia terlupa nak siapkan kuih talam, itu yang bahagian atas kuih tuh lembik. Tak kisah lah, masakan Chu sedap belaka. Nasib baik lah banyak jugak mee yang dibuat, malam ini ramai pulak yang datang ke surau.

MH pun ada, dia kata nak ke KL Jumaat nanti, dia ajak aku temankan, dia nak hantar anak ke hospital, then nak ke Pasar Karat. Aku kata lah yang hotel aku akan duduk tuh tak jauh dari Pasar Karat tuh so dia tanya boleh tak kalau dia nak tumpang bermalam sama aku (mungkin anak dia ditinggalkan kat rumah sedara dia di Cheras). Basically aku setuju nak ke KL sama dia (dia berdua jer, bini tak ikut) walaupun aku maklum yang MH nih kalau berjanji nak ke sana sini, jarang sangat ditepati. Aku terfikir jugak yang akan jadi bosan lah pemergian dan ke-ada-an nya aku di KL nanti sebab dia tuh jenis yang "slow", sure nya nak ke Bukit Bintang (dari area Pudu Sentral) nak naik kereta nanti tuh. Sedangkan aku jenis yang jalan kaki aje. Aku nih jenis yang tak kisah sangat bila akan sampai ke destination sebab aku nak enjoy journey tuh. Dia tuh, macam Melayu lain jugak rasanya, lebih pentingkan destination, nak selesa dan cepat sampai.

Terbersembang jugak dengan Pengerusi Surau/Bilal Masjid, dia nih aku respect sebab banyak tunjukkan teladan yang baik sebagai seorang Bilal, hari dia tak bertugas pun dia datang jugak berjemaah. Aku tak kata yang lain tuh, Bilal, Imam, diaorang cuma datang masa hari diaorang bertugas aje. Hari diaorang off, diaorang tak datang. 

Aku tak kata macam tuh. Walaupun aku nak sangat kata. Sebab aku rasa macam pelik jer keadaan di kampung nih.

"Awak buat sendiri ker makanan tadi tuh?", dia tanya aku.

"Tak lah, itu Chu saya yang buat. Saya order dari dia", aku jawab gitu.

"Berapa harganya?", dia tanya lagi.

"Alah, tak sampai seratus pun", aku jawab gitu.

Then aku terdapat idea, nak tanya dia pasal menu yang sepatutnya dibuat dengan harga sekian-sekian. Then aku cerita pasal ketidakpuasan hati aku pasal jamuan Isnin lepas, bukan aku tak ikhlas cuma nya aku nak kan jawapan.

Rupanya sebelum ini pun dah ada orang yang komplen pasal benda yang sama. Bayar mahal tapi makanan yang disediakan tak berpadanan.

Ooooooooo

Dia berterima kasih kat aku sebab aku kasi tahu dia, aku pun rasa lega gitu. Akan datang, kalau nak buat jamuan, kasi duit kat orang lain, jangan kasi kat dia sebab dia tuh ada buat bisnes, so fikiran dia ke arah itu aje lah, nak ambik untung.