Tuesday

Isnin31Disember2018

Terpanik aku sekejap bila bangun pagi tadi, bilik air melimpah dengan air sebab pipe outlet tersumbat, penuh dengan habuk tiles/simen hasil kerja MN. Aku jolok-jolok pun paip tuh masih tak berjaya. Tension jadinya aku. 

MN pun lambat datangnya, so aku breakfast dulu. Jiran aku ke KL dua tiga harinih, ada kucing dia orang yang terlepas, dan menyelinap masuk ke dapur kitaorang. Now, kucing diaorang nih memang pelik, aku kasi makanan, tak dimakan pun. Ikan bilis, cheese, susu, ikan kering, makanan kucing, semua tuh aku kasi tapi tak dihidu pun, apatah lagi dimakan. Lepas tuh asyik lah mengiau-ngiau bila aku ke dapur. Asyiklah berputaran kat kaki aku, macam orang yang kekurangan kasih sayang sangat. Aku pun memang kekurangan kasih sayang tapi tak lah seteruk itu. 

Tension gila aku, tau dak? Hidup aku is so blessed benda kecik gitu jer lah yang menension dan menstresskan aku. Pasal kucing, pasal bilik air tersumbat.

"Mengapa awak tak tunggu sampai jamuan semalam?", aku tanya MN, malam semalam ada aku nampak dia masa Isyak tapi habis jer sembahyang dia terus balik.

"Malas aku, sebab Tok Empat ada, meluat aku menengoknya", dia kata gitu.

See, Tok Empat tuh adik dia.

Aku pun terus lah beritahu MN pasal paip tersumbat, "kena pecah kan lantailah, kena buat semula, banyak kerja nih", dia kata gitu bila air tetap tak nak keluar bila dijolok dengan paip air etc. Outlet tuh ada a few corners, longgokan debu tuh terberkumpul kat corners tuh I'm sure.

Bila dia rasa macam tak ada jalan lain dah kecuali pecahkan lantai, barulah aku kasi idea nak jolok dengan paip yang airnya dipasang kuat. So aku ambik paip kat kebun, aku jolok lubang outlet sambil biarkan air terpasang. Sikit demi sikit debu-debu tuh dibawak arus agaknya, memang aku bekerja keras kat situ nak kasi air boleh lalu. MN rasa guilty tuh pun aku dah rasa puas hati, satu pengajaran bagi dia.

Adik ipar Ipin ada datang nak memesin rumput so aku suruh dia mesinkan semak-semak kat kawasan kebun. Tak sampai 10 minit dia buat kerja, mesin rumput dia rosak so dia kata dia terpaksa balik, kalau tak siap jugak direpair mesin tuh, dia akan datang esok. Aku kasi dia RM 100 sebagai upah, aku kata yang mesin lah rumput, semak, kat mana-mana, dengan harga RM 100 tuh, tak siap pun tak apa. Lepas nih aku tak kasi duit dah. 

Iyalah kan, bengkrap lah aku kalau nak bayar untuk mesin rumput seluruh kawasan. Lagipun kawasan tuh nanti nak diracun. 

Aku cabut kacang harimau yang aku cuba tanam kat polybags dulu tuh, dalam 4 bags yang aku cabut. Not bad hasilnya, cumanya ada a few kesilapan aku, pokok kacang tuh tak betul-betul masuk ke dalam sebab isi polybags tuh tak berapa padat. Sepatutnya aku padat dan beratkan polybags tuh dengan tanah. Macamana pun aku puas hati, kacangnya bersih, tak payah nak dicuci lagi, terus aje aku jemur untuk dibuat benih, walaupun aku punyalah mengidam nak rebus aje untuk dimakan.

Siap akhirnya kerja pasang tiles kat bilik air dalam, so MN pndah buat kerja merobohkan kolah kat belakang, nak dikecikkan saiz dan buat counter top jugak. 

"Awak tak payah beli makanan lah, aku nak balik makan di rumah", MN kata gitu sebelum aku ke masjid.

Panik jugak aku, "dia ada baca blog aku ker nih?", kata aku dalam hati. Tak mungkin. 

"Duit yang awak bagi tu, kita buat jamuan malam ini lah", kata Bendahari Masjid masa aku terserempak dengan dia waktu Zohor.

"Malam ni ada Ustaz ker?", aku tanya gitu.

"Ada", dia jawab lagi.

Jarang ada makan besar hari Isnin, biasanya hari Khamis (malam Jumaat) baru ada jamuan besar yang complete, siap dengan kuih, bubur dan buah, sesuai dengan harga yang ditetapkan. 2 atau 3 jenis lauk, ayam, daging dan ikan. Kebiasaannya lah. Malam-malam lain, biasanya setakat satu lauk dan satu sayur aje, on a good night, adalah orang hantar kuih etc.

Aku tengok, tak ada pulak AJK Masjid memasak, so mungkin jamuan malam ini dikontrak kan kat orang kot. Waktu Asar pun sama, tak ada gaya macam nak ada makan besar malam nih.

Walaupun tadi dah berbelas (if not berpuluh) kali aku praktis baca Quran, bila mengaji malam nih aku gagap jugak, nafas aku jadi pendek gitu, aku rasa tak puas hati. Aku nih ada darah gemuruh rupanya.

Aku pelik, tertanya-tanya, tak kan ini jer lauk malam ini, bila aku ke meja makan lepas Isyak. Iyalah, cuma 2 lauk, sayur pun tak ada. Lauk ayam sama lauk ikan patin sangkar (itu pun aku terdengar Bendahari tuh kata yang ikan patin tuh ikan sangkar). Sebelum ini aku pernah kasi duit kurang dari yang aku kasi semalam tuh tapi menu nya berbagai, complete dengan buah, bubur dan kuih. Tapi malam ini cuma 2 lauk tuh aje, sikit pulak tuh, jemaah yang ada pun tak sampai 30 orang (sebab hujan kot?). Memang aku tak puas hati, aku tertanya-tanya gitu, cumanya aku nak tanya sapa? Tak kan nak tanya Bendahari, "bayar sebanyak itu tak kan ini jer lauknya?". Harus aku tak duduk kampung dah lepas tuh, lari membawak diri ke KL sebab bergaduh dengan Bendahari Masjid.

Aku pelik, ke mana lagi duit tuh pergi? Aku agak-agak, tak sampai RM 100 pun harga makan malam ni tuh, mungkin dalam tujuh lapan puluh pun the most. Unless ikan patin sangkar tuh sangkar emas kan? Ekekekekek

Bukan lah aku nak mengungkit atau berburuk sangka, tapi serious aku tak puas hati, terkejut dan aku nak tahu, ke mana pergi duit balance? Sebab harga makanan yang disediakan tuh way way tak setimpal dengan harga. Tak kan duit balance dikasi kat tabung masjid sebab aku kata kat dia yang duit tuh untuk buat jamuan. Kalau nak letak dalam tabung, aku boleh letak sendiri, kan?

Lagipun, aku pernah kasi duit kat Siak yang selalu datang ambik sayur kat kebun tuh, menu yang disediakan special, nasi beriani kadang tuh dibuatnya. 

Unless esok lusa Bendahari Masjid beritahu yang mungkin duit tuh dibuat 2 atau 3 kali jamuan (untuk malam-malam lain) then baru aku puas hati, tapi kalaulah dengan duit yang aku kasi tuh cuma untuk jamuan malam ini yang entah apa-apa tuh, then memanglah aku nak tahu, ke mana duit selebihnya pergi. Aku nak kan keadilan.