What a quiet morning pagi nih, tak ada bunyi bising mesin asah tiles etc, tak ada bunyi orang menanyi etc. Aku breakfast makan mee semalam jer, ada aku tapau bawak balik sikit. Balik dari Subuh tadi aku terus bukak a few positions, long USD/JPY, EUR/JPY dan GBP/JPY. By noon ada lah untung sikit tapi membawak ke Euro session, floating profits jadi besar jugak. Aku tak panik pun sebab cuma ada 3 positions.
Tak sampai setengah jam pun aku di kebun, menyangkul semak kangkung yang membiak kat serata kawasan tuh. Tak lama kerja, ada orang datang nak jemput khenduri kawin 19 hb nanti. MR pun ada datang nak ambil duit upah meracun semak.
Aku ke kebun sekejap petang nih sekadar menengok apa-apa tanaman yang hidup atau rosak. Ada a few anak pokok tembikai yang patah riuk, dipermainkan dek ayam jiran aku lah tuh. Sabar jer lah. Cabut kacang harimau a few perdus, dapatlah sikit untuk direbus dan dibuat benih. Dalam seseminggu dua nih sesuai untuk dicabut, harap-harap Raya Cina nanti dapatlah keluarga aku merasa hasilnya.
Lepas mengaji malam nih ada lah one guy tuh tanya Ustaz pasal Cina yang menindas umat Islam, tak dibenarkan praktiskan ugama. Memang lah lari dari tajuk asal soalannya tapi aku rasa jemaah tuh baru terbaca news pasal tuh kot. Kebetulan pulak semalam ada aku tertengok youtube pasal Islam di China, pasal Uighurs etc, so aktif jugaklah aku menjawab nya. Diaorang, nak sebut Uighurs, Chenchnya, Chechen pun tak reti.
Aku jadi tertamak malam nih masa jamuan, aku tahu ada dua tiga orang lagi jemaah yang belum ambil makanan, selamba jer aku ambik telur sebijik (2 belah), itu jer lah yang tinggalnya pun.
Ada improvements trading akaun aku malam nih, so aku biarkan aje lah profits run, monitor pun gitu-gitu jer lah sebab aku sibuk melayan youtube.