"Awak nak ke Pekan Sari ker hari nih? Kalau awak nak pergi, datang jemput Chu, Chu nak beli barang untuk malam esok awak nak bawak ke surau", awal pagi Chu talipun aku.
Yang tak best nya ke Pekan Sari sama Chu nih, aku tak boleh lepak lelama, kena mengekor jer dia sebab nak tolong bawak barang. Orang yang tak kenal Chu, aku, tentu fikir yang Chu berlaki kan pucuk muda ekekekeke
One of the guys yang berniaga kat situ kasi aku this limited-edition topi apa tah, dia nih "famous" kat internet. Dia nih ketua pertubuhan kebajikan (yang tak payah aku sebut nama apa), aku pernah derma laptop baru, Giant vouchers duit etc kat pertubuhan tuh.
Aku tengah belek-belek topi tuh bila one of the officers kat Pusat Serenti yang dah nak balik lepas membeli belah, tegur aku, "Awak dapat di mana topi tu? Rare nih, nak satu, lah", kata dia gitu. Too bad topi tuh cuma satu tu jer.
Since aku dah bertopi dan topi tuh pulak kaler putih so aku tanya kawan yang kasi aku topi tuh, samada ok tak kalau aku kasi aje kat orang. Aku tak nak dia fikir yang aku nih tak appreciate pemberian dia.
"Up to you, Boss", kata kawan aku tuh. Dia nih kalau dengan aku, memang speaking London, aku jawab in Malay jer.
Aku tak ke kebun pun lepas hantar Chu, walaupun mulanya nak menyiram. Lantak lah tanaman mati kering, aku redha. Sebab aku malas.
"Boleh ko siapkan esok tak? Lama sangat dah nih. Esok ko kasi harga, aku bayar", aku kata gitu kat MN bila aku tengok dia melepak aje sambil main cellphone.
Aku tak berapa puas hati dengan tiles yang dia pasang tuh sebab ada 4 corak, tapi bila dia kata yang kalau aku nak kaler dia uniform, kena beli tiles baru lah Isnin depan. Terus lah aku suruh dia guna tiles yang ada, dia mengaku tersilap beli tiles ituhari, terkurang.
Aku macam dah bosan jugak dengan MN nih benarnya
"Awak tuh pandir, mengapa nya tak suruh KN yang buat? MN tu mana lah boleh buat, dia sorang", kata Chu bila dia tanya aku samada dah siap atau belum kerja-kerja yang MN buat. Pelik jugak aku, dari mana dia tahu MN ada buat kerja pasang ties kat rumah kitaorang. Tapi itulah keadannya di kampung aku nih, kita tak cerita apa-apa pun kat orang, ada orang tahu. Macam ituhari, ada orang tanya aku, "MN buat mende di rumah awak, selalu nampak kereta motor dia di rumah awak".
Mulanya aku gelak kan aje tapi bila 3 empat kali Chu keluarkan perkataan "pandir", sentapz jugak aku. Chu nih memang "kurang sikit" dengan MN tuh, dia baik sama MH dan KN. KN (Tok Empat) tuh adik MN, MH tuh sepupu diaorang. Chu sama KN memang orang kuat UMNO dulu tuh.
"KN buat kerja di rumah Chu, elok jer siapnya", kata Chu lagi.
"Memang lah siap cepat sebab harganya mahal, kalau suruh orang Indonesia buat, berapa jer harganya tuh Chu", aku kata gitu.
Kuliah Tasauf malam nih pasal Qanaah (merasa cukup dengan apa yang Allah berikan kepada kita) dan Tamak. Towards the end of the Kuliah, Ustaz tuh ulangkaji pelajaran lepas, pasal Rahmat (dan putus asa dengan Rahmat Tuhan).
"Cuba Tuan-Puan ingatkan semula, apa-apa kebaikan, rezeki, apa-apa saja yang Tuan Puan dapat dengan secara tak sedar, orang belanja makan ker, orang bagi sayur ker, duit ker. Dari yang sekecik-kecik sampai sebesar-besarnya", lebih kurang gitulah apa yang Ustaz tuh kata.
Maksud dia, Tuhan bagi idea pada orang lain untuk kasi something kat kita, itu salah satu tanda rahmat.
Puas jugak aku fikir, selain dari orang kasi topi tadi tuh, dan jugak neighbour aku kasi bubur lambuk malam ituhari (jamuan makan does not count lah, ok?), rasanya tak ada benda lain dah. Tapi.... aku boleh list kan dengan senang, benda-benda, kebaikan yang aku kasi dan buat kat orang. Ha, itu banyak tuh. Rasa nak jer tanya Ustaz tuh, macamana pula kes orang yang "jarang terima something (secara fizikal) tapi banyak memberi". Di mana kedudukan dia? ekekeke
Aku redha jer mengenangkan yang aku macam "tak dapat balasan" secara fizikal, sebab aku tahu yang kalau ada apa-apa kebaikan atau apa-apa yang aku dermakan, InsyaAllah Tuhan balas, dengan bentuk lain. Hati tenang, for example. Kelapangan masa, that's another example.
Since jamuan makan malam nih tak berat, cuma kuih, cepatlah siapnya, aku terus aje lah tunggu Chu kat dalam kereta. Sesambil tuh dapatlah jugak baca a few ayats guna Quran app yang kat cellphone.
Then aku nampak jiran aku datang ke kereta, sambil bawak bag plastik. Isinya 2 ketayap, tasbih, dried fruits, air zam zam dan minyak wangi, yang dibeli masa Umrah ituhari. Tergamam dan terkejut aku, besar nya kuasa Tuhan sebab a few minutes ago aku redha jer yang aku jarang dapat fizikal things, tup-tup ada orang kasi barang. Sedangkan dah lama neighbor aku tuh balik dari Umrah, rumah pun kat sebelah rumah kitaorang, bila-bila masa pun dia boleh kasi kat aku, kan?
Tapi itulah, aku peratikan yang with me nih, semakin aku tua, semakin aku perasan dan ambik ikhtibar apa-apa (sekecik dan seremah mana pun benda tuh). Contohnya, kalau the whole day aku rasa macam down, biasanya sebelum hari berakhir, ataupun esok lusa, akan ada jer benda yang menge-up kan aku balik semula. Dan benda-benda macam tu yang buat aku semakin takut, semakin sedar yang aku nih lemah sangat orang nya. Dan Tuhan berkuasa atas segalanya.
Ok, lah nak tanggalkan kopiah sebab nak tidur.