Khamis 10 Januari 2019
Aku tengah menyiram bila dapat news yang tak baik, aku masih tak dibenarkan buat passport. Tak nak cakap banyak lah tapi aku ke KL ituhari uruskan pasal nak buat passport sebab kalau mengikut surat dari Jabatan Immigresen, dah lama dah aku boleh buat. Tapi, bila aku nak buat ituhari, kes aku kena dirujuk ke Putrajaya lah, itu lah, ini lah, dan yang terakhir nya aku diberitahu yang kalau aku nak apply for a passport (buat passport), aku kena melalui certain Departments, sebab kes aku nih "lain sikit". Katanya.
Apa-apa lah, buat masa sekarang aku terpaksa lupakan niat untuk ke mana-mana, walaumacamana pun aku akan usaha kan jugak untuk buat passport. Mungkin tak seburuk yang aku sangka, mungkin boleh buat cumanya lain sikit, mungkin jugak aku yang mudah sangat sentapznya, diaorang tak pun kata tak boleh buat, kan?
So seharianlah aku tak ada mood nak buat apa-apa. Moyok jer kat bilik, MN tegur pun aku jawab tak jawab. Aku even lunch dulu, sembahyang, then baru lah belikan lunch untuk MN. Malas nak bersembang. Dia dah nak siap dah mengecat bilik air, esok aku ke KL so dia pun off lah. Minggu depan nak suruh dia pasang kunci kat semua pintu, nak tukar kunci baru.
Aku tak sure yang MH akan datang jemput aku esok so aku mintak MN tolong hantar aku ke Raub incase MH tak datang, ini last kopek lah aku nak percaya dia. Selalu sangat dah tak tepati janji, kalau kali ini dia masih jugak lupa janji then that's it lah.
Masa nak jemput Chu untuk ke masjid for Kuliah Maghrib, terserempa dengan MH yang jugak nak ke rumah Chu, nak pulangkan bekas makanan, malam hari Selasa ituhari dia ada order makanan untuk dibawak ke surau.
So esok pagi before 7 am aku akan ke KL sama MH sekeluarga.
Jumaat 11 Januari 2019
Saspen jugak aku, Subuh masuk pukul 6-03, harinih Jumaat pulak, Imam buat Sujud Sajdah, wirid nya panjang biasanya. Takut tak sempat aje lah. Itu yang sebelum ke masjid, aku siapkan semua, beg pun letak tepi pintu.
Imam tuh lupa agaknya, first time tak baca Surah Sajdah, so cepatlah jugak siapnya Subuh pagi nih. 6-45 am aku dah sampai rumah, tunggu punya tunggu, pukul 7-20 pagi baru MH sampai.
Kitaorang terus aje ke KL sebab nak ke HKL sebelum 9 setengah. MH nih jenis degil, tak nak dengar kata orang, aku tunjukkan arah ke pusat bandaraya KL, dia tak nak dengar, dia tak percaya. Last-last aku senyap kan jer lah, dua kali keluar masuk tol sebab tersalah jalan. Sampai HKL pun 10 setengah, lepas tinggalkan anak bini dia kat entrance (apa punya suami daaa, ditinggalkan nya aje anak bini dia untuk uruskan semua hal, "deme nya ada beli roti tadi", kata dia bila aku suruh dia at least tapau breakfast), kitaorang ke Jalan Raja Laut sebab MH ada urusan kat Berjaya.
Sekali lagi kedegilan dia terserlah. Mana ada berjaya kat Jalan Raja Laut, kat area-area MARA tuh. Rupanya Maju Junction.
Nak breakfast lah pulak, so aku suruh dia park kereta kat one of the parking spots kat situ. Dua kali jugak pusing sebab dia kata jauh tempatnya, lepas breakfast nanti nak kena cari parking lain pulak.
"Kat KL macam nih, ko park kat satu tempat lepas tuh ko pergi buat urusan ko kat dua tiga tempat. Bukannya setiap kali nak pergi mana-mana, setiap kali ko nak cari parking", aku kata gitu, aku macam tak percaya bila dia kata nak drive dari parking yang belakang kedai (dulu panggung Odeon) tuh ke Maju Junction, sebab jauh.
Jauh? Tak sampai 5 minit pun jalan kaki dari MARA ke pejabat di Maju Junction tuh.
"Moh ikut aku ke Pudu, aku nak beli kipas, kipas situ murah-murah", kata MH bila dah selesai urusan dia.
Terpaksa lah aku ikut ke Jalan Pasar, Pudu. Ada macam pasar elektrik kat situ, macam-macam barang elektrik yang dijual. Biasalah, setiap kedai dimasuk, harga kipas lebihkurang sama jugak. Last-last aku kata aku nak kena check in sebab takut terlewat nak Sembahyang Jumaat.
Mulanya dia nak ikut melepak kat hotel, tapi akhirnya tukar fikiran.
Fully booked Citin tuh weekend nih, nasib baik ada satu bilik kosong, tapi esok aku kena cari hotel lain sebab bilik penuh semuanya.
Buang masa aku aje petang nih, menunggu MH. Janjinya nak datang ajak aku temankan dia untuk beli kipas, lepas dia hantar anak bini ke rumah sedara dia di Cheras. Nak beli kipas jer pun, sakan. Kat Raub tak ada jual kipas ker?
Beza nya dia nih dengan aku, aku ada terfikir gitu.
Lepas Isyak aku ke Bukit Bintang, potong rambut, makan, merayau-rayau gitu lah. Then MH talipun beritahu yang dia akan sampai kat hotel pukul 11 malam. 12 lebih baru lah sampai. Dia ajak mengeteh, aku ok jer tapi bila dia kata kawan dia dari Puchong nak join sama, terus aku kata yang aku tak boleh lama sebab nak memorex.
Tak jadi kitaorang mengeteh, beli burger, melepak kat hotel sampailah kawan dia talipun.
Pukul 3 lebih baru MH balik, kejap aje dia dah berdengkur sedangkan aku terkapai-kapai nak kasi lena tapi tetap tak lena sampai Subuh.