Wednesday

Sabtu 19 Januari 2019

Tak sempat langsung nak mengemas rumah, setakat capai itu ini, lap sana sini sesikit, balik dari masjid Subuh tadi. Redha jer lah. Harap-harap tak ada lah drama-drama sentap nanti. Mak kitaorang nih pembersih sangat orangnya. 

Awal aku pergi rumah Chu, menjemput dia untuk ke Pekan Sari. Harinih aku yang banyak berbelanja, beli ayam dan sayur-sayuran, dan barang-barang dapur yang lainnya, sebab ramai adik beradik yang nak balik, sure diaorang nak memasak.

Sementara menunggu ketibaan Mak, sempatlah aku mengemas mana-mana yang patut. Ida yang jemput Mak rupanya, ingatkan Pui. Pukul 11 lebih diaorang sampai. Aku jeling jer Ida bila Mak tak masuk rumah pun lagi, dah mula kasi komentar. 

Aku terus beritahu yang ada dua jemputan kahwin yang aku nak pergi, Mak mulanya tak nak pergi tapi kitaorang ajak jugak, alasannya ramai orang yang nak jumpa Mak sebab Mak jarang balik. And so kitaorang ke rumah Chu dulu jemput dia. 

Jadi femes sekejap Mak sebab tak putus-putus orang datang tegur, bersembang kat meja kitaorang duduk tuh. Lepas tuh kitaorang ke Dewan kat kampung sebelah, untuk jemputan kedua. Ramai orang, dan sistem beratur nya tak betul, so berzaman jugaklah baru sampai ke meja makan. So aku blah aje, sebab malas nak menunggu. Mak cepat dapat makanan sebab Chu potong queue.

Balik dari khenduri, Pui pun sampai. So petang nih melayan anak sedara jer lah. Sempat jugak tidur seround. 

Lepas Asar aku ke kebun, menyiram. Bukan menyiram tanaman tapi menyiram batas kacang harimau. Since tanah kering, nak cabut kacang tuh susah jadinya, isinya tertinggal dalam tanah. So terpaksalah dibasahkan tanah tuh, esok pagi senanglah sikit nak mencabutnya.

Mak kata dia suka dengar Kuliah Tasauf Ustaz malam nih.

Lan sekeluarga sampai dari Shah Alam dah tengah malam.

Esok masing-masing dah nak balik.