Wednesday

.......and I never left.

My internet service went down for like a week, tu pasal tak ada blog updates. Aku selamba jer, seriously, aku tak ada masa nak online sekarang nih tapi since connection dah ok balik, esok kena lah start tulis update balik semula, InsyaAllah.

Selasa - 23072013

Sementara menunggu hari siang, aku baring-baring lah kejap. Sambil pejamkan mata. Sedar-sedar terdengar bunyi motor Ariff, so dari tingkap, aku jerit kata aku akan ke kebun dalam masa 5 minit. Ariff tak perasan kot, dia tengok aje aku tak ada di kebun, terus dia blah. Pelik aku, tak tunggu barang seseminit dua pun. 

So terpaksalah kerja sorang-sorang, plan aku semalam pagi nih nak habiskan mencabut kacang kat Zone 1 tuh pasal Indon tuh nak meracun kat kawasan situ. 

Mula-mula aku menyiram, sekarang nih kena menyiram 2 kali sehari, pagi petang, pasal panas sangat. Jerebu datang lagi ker pasal gunung ganang bukit bukau kat hujung sana tuh tak nampak, diselimuti jerebu. Tapi, tak ada pun orang bercerita pasal jerebu, tak macam dulu. Ker semuanya letih sangat sebab berpuasa? Ker sebab aku tak tengok tv, tak baca paper? 

Lepas tuh aku menyembur kat kawasan kacang yang nak dicabut, kat Zone 1. Keras gila tanahnya, kena keep on siraming, petang nih jugak , untuk dicabut pagi esok. Tak apalah kalau Indon tuh meracun di kawasan tuh, kacang tuh nak dicabut jugak after all kan?

Then aku menyiapkan kacang, bersihkan mana yang patut sebab Pakcik Kacang nak datang. Tengah aku ralit kerja tuh, PuanR dari Jabatan Pertanian Raub, datang melawat. Aku tak tahu tujuan apa sebenarnya sebab biasanya dia datang sebab nak tengok pisang aku. I mean pokok pisang aku. Tapi tak ada pun gaya macam nak tengok pisang, sembang-sembang pasal kacang aje, sesambil aku teruskan kerja. 

So aku kasi dia dalam sekilo kacang tanah, then terus dia kata dia nak beli another 6 kilos. Dia kata dia nak promote kat member sepejabat, tapi sebelum tuh ada jugak dia terkata yang dia nak cuba jugak tanam kacang harimau nih.

"Bagilah saya nak lima nam batang anak cili tuh, nak tanam di rumah", kata PuanR, bila kitaorang bercerita pasal cili. Banyak aku dapat tips on macamana nak jaga cili, memang rumit kerjanya, kata PuanR. So aku kasi aje lah kat dia satu tray yang dipotong dua, ada dalam 20 anak cili kot. Kalau Long tanya nanti, aku akan kata either cili tuh aku jual, atau aku kasi kat a few pegawais Pejabat Pertanian yang begging me on bended knees sebab nak sangat, sampaikan aku pun tak sampai hati nak hampakan permintaan diaorang. 

"Saya ingatkan harini hari Khamis, rupanya baru hari Selasa. Ingatkan esok dah Jumaat", kata PuanR masa dia ambik purse dia dari dalam kereta.

"Jumaat?", aku tanya, lama lagi tuh.

"Hari Jumaat kan ker cuti?", jawab PuanR.

Ok, now aku boleh agak tujuan PuanR datang buat visit nih. Keluarga PuanR nih orang kampung sini jugak. Kalaulah esok Jumaat, PuanR tak payah masuk office dah lepas nih sebab dia kan ker on duty, on special visit? Gitoo. 

Lepas PuanR balik (tak sure lah aku, balik ke mana, ke rumah atau ke office. Ke rumah dulu pastinya, sebab nak hantar kacang sama cili), aku teruslah meleraikan kacang belen yang dicabut ituhari. Tak sampai setengah jam kerja, Pakcik Kacang datang, sama dua orang kawan dia. Senyum meleret-leret dia bila dia tengok ada banyak kacang yang dah dicabut dan dibersihkan, so dia ambil semuanya, 20 kilo.

Selamba jer aku kan, aku tak promote mana-mana, orang yang datang cari kacang aku. Dalam gurau-gurau tuh aku ada cakap kat Pakcik Kacang yang PuanR kata sepatutnya aku jual kat Pakcik Kacang tuh dengan harga yang lebih mahal, sebab dia nak biakkan kacang tuh. Memang PuanR ada cakap gitu, dan aku sebenarnya ada terfikir nak buat macam tu tapi ada rasa tak berapa sedap hati nya, so itu yang aku jual dengan harga biasa. And so beratus aku dapat pagi nih, rezeki di bulan Puasa. 

Happy semacam Pakcik Kacang menggendong guni kacang tuh, mengalahkan budak baru dapat toys lagi. Can't blame him, memang susah nak cari kacang harimau, tapi kalau dengan aku nih, benda susah boleh aku jadikan senang. Sure penasaran Pakcik Kacang tuh. 

"Tanah deme nih keras, te'elok (tak elok), tanah kawaih di Ulu Dong terh gembur, itu yang kawaih nak tanang kacang nih", kata Pakcik Kacang kat mak, masa bertembung kat titi, mak baru balik dari surau.

Amboi Pakcik Kacang nih, kata aku dalam hati. Terfikir jugak aku, sure kalah aku kali nih pasal aku pun belum ada benih seberat 20 kilo, yang dah ditanam cuma a few kilos aje. Dan Pakcik Kacang tuh ada 3 pekerja Indons, yang surenya sekejap aje nak jemur, kopek dan tanam kacang tuh. Macam aku jual senjata kat dia lah, then sama-sama berperang. Itulah. kalau aku tak jual senjata kat dia, sure dia berparang guna sumpit aje kan? Tak apalah, as long as dia tak berperang lawan aku, dah.

Tak datang rupanya Indon tuh petang nih, aku sepatutnya tidur lepas Zohor tuh tapi sebab nak menunggu dia, lambat sikit aku tidur. Petang aku menyiram lagi, aku rasa macam happy jer harinih, entah pasal apa tah, combinations of a few things lah kot. Kacang terjual banyak, dan tak ada pun episod Around The World In 20 Rakaats masa Tarawikh malam nih. Syukur. 

Tuesday

Isnin - 22072013

"Tu mak tinggalkan duit RM 100, kalau dia nak gaji kang", mak kata kat aku sebelum mak ke surau. Mamat Indon tuh ada datang nak meracun. Lega rasanya. Mak yang lega sekali of course. 

"Long kata kalau dia mintak gaji RM 70, awak bagi lah RM 80, Long suruh upah ke dia aje lah lain kali", kata mak lagi. Aku sure sangat itu ayat sambar: mak guna aje nama Long untuk menguat dan mengeraskan ayat. 

"Kalau kerjanya 10 hari, kena bayar dia RM 800 lah kalau gitu?", aku tanya mak. 

"Tak kan sampai 10 hari kerjanya", kata mak lagi. Betul jugak. 

Apapun, aku kena tengok dulu macamana kerjanya Indon tuh, kalau ok, aku tak kisah bayar sebanyak itu, tapi kalau kerjanya macam S, aku tau lah macamana nak buat.

Leceh jugak sebab pagi-pagi terpaksa memindahkan tray-tray semaian, perlu dijemur anak cili tuh nak kasi batang dia kuat dan keras (macam lucah jer bunyi nya). Then jemur kacang untuk dibuat benih, selain memilih kacang-kacang yang dah cambah. 

So, dalam sesejam lepas tuh baru aku dapat mulakan kerja utama aku, harinih ada 2 kerja utama, menyiram dan meleraikan kacang. Sesambil meleraikan kacang aku sembanglah dengan Indon tuh, bukan waktu dia tengah meracun tapi masa dia nak penuhkan tangki racun.

"Gimana bayarannya?", aku tanya dia.

"Per hari", dia jawab rigkas.

"Berapa?", aku tanya ringkas.

"Lima puluh", kata dia. 

Ok lah kata aku kalau RM 50. 

"Kira-kira berapa hari bisa selesei?", aku tanya dia.

"Dua hari bisa koq? Tiga mungkin. Kalo gak selesei sehingga jam satu, nanti sore saya datang, dari jam 2 sampe jam tujuh", kata Indon tuh. 

"Lagi besok saya gak bisa kerja pagi kerna saya kerja sama tokay Cina, sehingga jam satu", kata dia lagi.

"Maksud kamu, satu kong (RM 50) kamu cuma 5 jam? Kalo kamu kerja dari jam delapan sehingga jam 1, itu dikira satu hari kerjaan?", aku tanya gitu.

"Bener", kata Indon tuh. Muka kanyo jer.

I knew it, mesti ada benda kecik yang dia tak kasi tahu. The devil is always in small details kan? Dia patutnya beritahu aku awal-awal yang RM 50 tu kerjanya cuma 5 jam, dan kalau dia datang petang jugak, bererti 2 gaji (2 x RM 50 = RM 100). 

"Maaf deh saya tanya gituan. Pokoknya saya ngerti cuma ibu saya pasti gak ngerti, pasti disangkanya seharian kerja berarti sedari pagi sampe malem", aku kata gitu.

So, kiss my ass lah nak bayar dia lebih, RM 50 untuk 5 jam tuh dah cukup bagus dah aku rasa. Since aku tak nak bayar lebih dari RM 50 aku beritahu Indon tuh suruh kerja slow-slow, panas terik nih, di bulan Puasa pulak tuh. Aku even beritahu dia yang kalau it takes him more than 2 (3 shifts) days pun ok jugak. I'd rather duit terbang slow dari melayang cepat. See, baik dan bertimbng rasa rupanya aku nih.

Semalam aku puji kata Ariff laju kerjanya kan? Aku tarik balik cakap aku tuh. Memanglah nampak macam laju tapi kelajuan dalam keadaan screw nya loose. Kalau aku, orang yang guna otak nih, mencabut kacang, lepas dicabut tuh aku longokkan setempat, so there will be a few longokkans. Senang nak kerja kalau macam tuh. 

Tapi dengan Ariff, lepas aje dia cabut, dia tinggalkan aje, then dia menyondol mencabut kat tempat lain. So, banyak perdu yang tak dicabut simply because perdu tuh ditutupi dengan perdu-perdu kacang yang dah dicabut. 

Menggeleng kepala bila aku memikirkan yang tak kan benda sesimple secommon sense gitu pun tak boleh dibuat. Then again, menggelenglah kepala sampai tercabut screw pun, yang aku upah orang yang memang aku tahu screw nya lerh (loose) tuh apasal? 

So jadi stu kerja lah pulak mengumpul pokok-pokok kacang yang bertaburan di sana sini tuh. Hilang mood nak kerja, ingatkan boleh pulun tapi tak kesampaian.

"Saya butuhkan uang untuk beli racun, RM 110. Yang ini udah kehabisan", kata Indon tuh sebelum aku masuk ke rumah. 

Tudia, sehari, satu shift sebotol racun. Mahal kos nya nak meracun nih. Nasib baiklah tak bayar lebih dari RM 50 kat Indon tuh, kalau tidak memang parak. Mak, apa yang mak fikir, bagi Indon tuh RM 80, siap semuanya. Duit racun?

Tak berapa boleh lena aku petang nih sebelum Asar. Lepas sembahyang, aku bersihkan kacang, Pakcik Kacang tuh nak datang esok, nak beli sebanyak mana kacang yang aku ada. Tak banyak yang dapat, dalam 20 kilo adalah. Dulu aku ada perasaan macam busuk gitu, yang aku tak nak jual kat Pakcik tuh banyak-banyak, sebab dia nak buat benih, nak tanam. Tapi bila fikir yang I'm doing him great favor (dengan jual kacang tu), aku nak kikis perasaan jahat dalam fikiran aku tuh. 

"Awok jilat bontot Cina terh, tak nyer ndak juei ke awok", Pakcik Kacang tuh cakap kat kawan dia, masa diaorang datang ituhari. Maksudnya, Tokay Kacang Sempalit (the only possible source) tuh tak akan jual benih kacang harimau tuh kat Melayu sebab susah nak dapat dan diaorang takut lawan tokay.

Aku ke pasar Ramadhan sekejap, saja aje meround sesikit, rasa ega sebab ada berbesen-besen besar kacang yang dah dibersihkan, ready untuk dijual. Aku beli murtabak, yang macam roti sardin aje, satu untuk mak, satu untuk aku.

Tah apa pasal pulak mak buatkan aku Milo se tumbler besar (aku tak suka Milo tapi aku tak beritahu mak, aku minum aje) so masa berbuka, aku minum air aje kerjaya, seliter lebih. Tak heran lah aku tak berselera nak makan nasi, aku tak bukak pun bekal aku masa kat kedai sebelah masjid tuh.

Ada orang tertinggal cellphone kat atas meja kat kedai tuh so aku bele-belek, checked messages (ooppsss) mana yang patut. tak lama tuh ada call, so aku beritahu pasal phone tuh. Tak lama kemudian budak tuh datang, ambik phone atas meja, terus blah. Tak cakap terima kasih pun.

Aku ngantuk sangat malam nih, sepanjang balik balik Tarawikh aku rasa tak sedap hati jer pasal aku tak kusyuk langsung masa sembahyang. Puas aku cuba kusyukkan (guna formula yang Ustaz tazkirah kasi ituhari) tapi ada jer setan datang menyelinap masuk. Then tertak-kusyuk semula. Jauh jugak perjalanan aku masa dalam sembahyang tuh, siap plan yang tahun depan, lepas buat Umrah, sebelum pergi South America, aku nak ke Australia for a month at least. Nak nak train all the way dari Perth sampai Darwin. Dah lama aku mengidam nak experience merentas Nullarbor Plain.



Monday

Ahad - 21072013

Again, untuk hari keduanya, aku tak tidur dah lepas balik dari masjid, aku pun tak ingat apa yang buat sampailah pukul 7 lebih sikit tuh, then terus aje ke kebun. Degan penuh semangat. 

Aku menyiapkan peralatan untuk menyiram, aku nak guna air anak sungai aje sebab lepas menyiram cadangnya nak basahkan kawasan kacang yang akan dicabut, jugak nak basahkan tanah yang bakal aku cangkul. Tapi, entah ke mana pulak perginya satu gelung hose, yang ada cuma 2 gelung, tak sampai (tak cukup panjang) ke kawasan untuk aku nak kerjakan tuh, so terpaksa usung pam semula. Entah-entah hose yang hilang tuh ada bergelimpangan kat dalam semak samun yang semakin menggila tuh, sampaikan Long pun dah panik, dia kata kalau tak diracun, dimesin, haruslah Raya nanti dah sampai ke paras pinggang semak tuh. Indon yang mak nak upah kerja tuh, dia masih belum datang, masalahnya dia kerja sama tokay Cina so terpaksa mintak cuti lah kalau nak buat kerja lain, dan dia pun dah dapat cuti ituhari, too bad masa dia cuti (dia cadangnya nak meracun kat tempat kitaorang) hujan pulak turun.

Log memesin rumput, tapi tak sempat sepuluh minit kerja, dia dah berhenti. Aku tahu yang Long risau pasal pokok cili, nasib baiklah cili-cili yang layu semalam tuh dah segar bugar, cuma masalah sekarang apa yang menyebabkan anak cili yang dalam polybags tuh daunnya macam terbakar, mengerepot dan mengerekot gitu. Aku tak kasi Long tahu yang aku rasa mungkin sebab salah bancuhan racun sebab aku pakai tibai jer sesedap rasa masa menuang racun tuh. So aku iya kan aje bila Long kata kemungkinan disebabkan racun tak sesuai. memang tak sesuai pun racun tuh, amount yang tak sesuai. Ooooppsss.

Ariff sama nak Nasir datang masa au mula menyiram, aku suruh dia yang ambik aih. Then suruh dia kopek kacang untuk dibuat benih. Dua-dua kerja lambat dibuatnya, slow sangat, memang rugi aje aku upah dia, tak berbaloi. So aku suruh dia potong akar pokok kacang, dan walaupun dia main-main aje kerjanya, aku nak buat macamana, kan? Bebudak. So, redha jer lah, anggap ajelah sedekah. 


Nasir datang tak lama lepas tuh so bersembang ajelah sesambil buat kerja. Dalam pukul 11 tuh aku suruh diaorang balik, walaupun kacang yang dicabut masih banyak belum dileraikan, esok boleh buat. Dan kacang yang belum dicabut ada setengah Zone 1 lagi. Aku kasi Nasir kacang tanah sebagai upah dia tolong. Mak pun ambik sikit, nak kasi Chu. Minggu depan;ah aku start bagi-bagi kat orang, Pakcik Kacang tuh punya kacang aku kena sediakan dulu. 

Sebelum balik Jerantut, Long pesan kat aku suruh tegok-tengok cili. Aik, selama ini aku tak tengok ker? Aku tak siram ker? Itu yang aku terlebih sembur racun tuh apa nya? It shows yang aku memberikan kasih sayang yang berlebih-lebih kat cili tuh kan? Ekekekeke. Long tahu yang aku sibuk dengan kacang, so itu yang dia cakap macam tuh kot. Aku tengok kawasan projek cili tuh dah lawa, dikemas dan disusun rapi oleh Long, kalau ikutkan aku, aku biarkan aje berkenjah (bersepah larah).

Aku baru aje nak tidur lepas Zohor, bila Nuar sekeluarga balik. Diaorang nih tak sound nak balik pun, tiba-tiba jer menjengul. So terbantut tidur aku, dahlah pagi tadi tak sambung tidur. 

Lepas Asar aku membersihkan kacang, dan memilih kacang-kacang yang elok aje untuk diasingkan. Ya ampunlah, itulah nak harapkan orang tolong, setengah baldi kacang yang rosak, yang muda, yang putik, yang tak elok, dimasukkan sama, jadi satu kerja pulak aku sampaiakna aku tak dapat nak buat kerja lain.

Mak berbuka dan Maghrib di rumah, aku sorang aje berbuka di masjid. Iyalah kan, tak kan anak balik kampung pun mak nak berbuka di masjid jugak kan? Ya rabbi punya banyak kuih muih yang orang hantar ke masjid, biasanya cuma ada kurma, dua tiga potong kuih sama sandwich aje, masa berbuka. Tapi tadi tuh jadi macam meja buffet pulak. Aku sorang jer pulak tuh. 

Lepas rihat-rihat, aku balik ke rumah, makan dan jemput mak untuk ke masjid. Nuar sekeluarga balik Shah Alam lepas Sahur. Dia hulur aku RM 200, besar kuasa Tuhan, murah rezeki aku. 

Sunday

Sabtu - 20072013

Lepas Subuh tadi ada Tazkirah, dari Ustaz mana pun aku tak tahu, tapi best sungguh peringatan dan cerita dia. Peringatan tentang amal ibadat yang dianggap "remeh" yang seharusnya  selalu diamalkan, apatah lagi kita dah hampir di pertengahan Ramadhan, masih belum terlambat kalau nak dibuat dan diamalkan sehari-hari.

Amalan yang kita take for granted, contohnya, sentiasa berdoa, sentiasa dalam keadaan berwudhuk, amalkan berzikir dan salawat, dan benda-benda lain yang boleh dianggap sebagai ibadat, tidur di waktu siang untuk merihatkan badan setelah beribadat di waktu malam. Masuk sangat kat kepala otak aku yang biol nih sampaikan aku rasa macam nak ucapkan terima kasih kat Ustaz tuh. Macamana pun aku akan sentiasa ingat apa pesanan Ustaz tuh, sebab mengingatkan aku pada benda-benda yang kadang tuh aku lalai. Sampai pukul 7 Tazkirah tu.

"Sapa tu, jauhnya dia berjalan ke masjid?", aku tanya kat mak bila aku nampak ada perempuan jalan kaki laju jer, tak kenal lah pulak dari belakang. Bila sampai dekat, bila dia berpaling sebab nak cross jalan, baru kitaorang tahu yang itu rupanya Makcik Esah, anak dia tak datang jemput dia so dia terpaksa jalan kaki. Baik orangnya Makcik Esah tu, jenis yang tak suka menyusahkan orang. Patutnya dia beritahu mak, patutnya tumpang aje lah kitaorang but she choose untuk jalan kaki aje. Kalau mak lah "tertinggal" macam tuh, sure dah mak tumpang orang, atau suruh sapa-sapa hantarkan mak balik. Tersedih aku bila Makcik Esah kata, "Saya ni orang banyak dosa, The", aku tak faham sangat apa maksud dia.

Aku tak tidur dah lepas tuh, terus aje ke Pekan Sehari, banyak barang yang kena beli sebab dengar ceritanya Lan nak balik hari nih. Awal jugak aku ke kebun, menyangkul. Dalam sesetengah jam tuh, Ariff datang, so teruslah ke Zone 2, mencabut kacang. Dalam pukul 9, anak Nasir datang, dia ponteng sekolah tambahan sebab nak kerja. Lambat sungguhlah kerjanya Aiman tuh, main-main pulak tuh sampaikan jadi meluat aku nak melayannya. Then again, dia bebudak, so aku terpaksa faham. 

Mulanya aku mencabut kacang sama Ariff tapi lepas tuh aku biarkan dia buat kerja sorang-sorang, aku meleraikan kacang pasal kalau nak harapkan Aiman, tak akan siapnya lah kerja kitaorang. So akhirnya habislah kacang di Zone 2 tuh dicabut, dipetik, cuma dapat satu wheelbarrow aje. Aku tak congak lagi berapa jumlah berat kacang keseluruhannya yang aku dapat, kat Zone 2 tuh. Cadangnya nak sambung mencabut kat Zone 1 pulak tapi diaorang (aku terutamanya) macam dah malas nak sambung kerja, mungkin esoklah buat pulak. So aku bayar Aiman RM 6 dan Ariff EM 15, untuk 2 jam dan 2 jam setengah kerja. 

Lepas tuh aku membersih dan memilih kacang, adess, banyak kacang yang rosak dan kecik-kecik yang dipetik. Haruslah itu kerja Aiman sama Ariff pasal aku cuma petik kacang yang besar-besar, yang elok aje. 

Mak sibuk kat dapur, for the first time di bulan Puasa,  mak memasak, yer lah kan, anak bongsu mak ada kat Malaysia sekarang nih, dia nak balik. 

"Kita nak pergi ke masjid Raub ker, ada Imam Mekah malam ni", kata mak, masa aku tengah menimbang kacang, tadi ada kawan mak nak beli kacang 2 kilo.

"Tapi kan ker Lan nak balik?", aku tanya mak.

"Itulah. Mak cadangnya nak pergi, Chu pergi sama Tihah. Biar mak talipun Chu", kata mak lagi.

Aku biarkan mak "uruskan" permasalahan tuh, kalau mak nak pergi jugak, aku terpaksa pergi. Apa pasal tak nak pergi naik satu kereta aje, that's beyond me. Ada jugak aku terfikir, mak, kalau ada anak-anak balik, mak akan tetap dengan urusan mak. Unlike orang lain yang kalau ada anak-anak diaorang balik, diaorang akan adjust sesikit schedule diaorang. Mak selamba aje. Agaknya tu pasal adik beradik aku tak beria-ia sangat nak balik sebab kalau balik pun bukannya dapat "berbuka" sesama mak. Kitaorang akan tetap berbuka di masjid. 

Aku semakin banyak ketinggalan baca Quran (dan terjemahan) nih, aku kena buat sesuatu. Mungkin aku akan bangun awal sikit pepagi, itu jer caranya kot. Waktu lain tuh aku memang occupied, nampak jer macam tak ada kerja tapi sebenarnya masa aku sentiasa penuh. Pagi sampai Zohor aku di kebun. Lepas tuh tidur. Lepas Asar ke kebun. Malam pulak, dari pukul 7 sampai 11, aku di masjid, so aku kena cari masa lain di luar waktu yang dioccupy tuh. 

Tak jadi akhirnya kitaorang nak ke Raub. Dan Lan pun tak jadi balik sebab ada hal lain. Yang balik cuma Long sorang. Kesian kat Long, risau dan sedih jer dia bila tengok anak-anak cili rosak daunnya. Dan anak cili di tray semaian semuanya layu tak bermaya. Aku tak tahu apa pasal anak cili tuh daunnya hijau kekuningan, pucat, dan yang dah disembur ubat serangga, daunnya macam terbakar. 

Batch yang dulu tuh ok jer, sebab aku tak sembur pun racun serangga. Masalah batch yang dulu tuh, daun pucuknya bergulung-gulung, dengar katanya sebab berlebihan baja. Tapi sekarang nih daunnya dah tak bergulung sangat sebab aku pun cuma membaja sekali seminggu aje. Dan anak cili yang batch baru nih, macam ada masalah pulak. 

Yang aku peliknya, apa pasal Long macam down sangat, sedangkan aku selamba aje. Mak, biasalah, mengintai dari dapur, memerhati. Sambil menyediakan lapuran mental. 

Aku rasa aku nih sebijik macam (arwah) pak punya style. Kalau ada masalah macam tuh, aku buat tak tahu aje, aku tak tunjukkan sikit pun rasa "bengang", mungkin sebab nak hide ego. Ataupun mungkin kitaorang overly penyabar. Tapi Tuhan tahu yang inside of me tuh ada perasaan yang sama macam yang Long rasa, cuma aku tak tunjukkan aje. Sebab aku ada projek lain kan, projek kacang. 

Aku tetap berbuka bawak bekal, walaupun Long ajak balik ke rumah lepas Maghrib tadi. 

Saturday

Jumaat - 19072013

Awal jugak aku ke kebun pagi nih, mula tuh menggembur sesikit kat kawasan kacang yang semakin banyak tumbuh tu. The moment mak ke surau, terus aje aku ambik benih dan mula menanam kat kawasan yag dah aku cangkul dulu tuh. Bukan apa, kalau boleh aku tak nak mak tengok/tahu kat area mana yang aku sedang dan dah tanam, lagipun aku tak plan nak tanam sampai habis kawasan tuh, setakat empat lima baris will do. Tapi, aku terrajin pulak, ngam-ngam cukup benih yang aku ada, dan dapatlah sebidang tanah lagi ditanam kacang tanah. Dalam 10 baris gitu tapi barisnya jarang-jarang antara satu sama lain, rasanya kawasan tuh nak dijadikan kacang rumah contoh, akan aku pastikan semuanya elok bitambun nanti tuh. 

And so habislah dah kawasan yang bercangkul, maknanya aku kena mula cari kawasan lain untuk diterokai. Ini dah tak hujan dah, tanah jadi keras, so kenalah aku sembur dengan air dulu then baru menyangkul. Buatlah mana terdaya di bulan Puasa nih. Tapi tadi tuh sampai berpeluh aku kerja, menyangkul etc, aku rasa bersyukur yang walaupun bulan Puasa, tapi aku kerja jauh lebih rajin/kuat dari bulan-bulan lain. Dulu aku macam panik jugak, takut melepek keletihan, tapi itulah, berdoa pada Tuhan, InsyaAllah Tuhan permudahkan semuanya. 

Ariff ada datang nak tanya pasal bila dia boleh ambik upah cabut kacang so aku kata esok aje lah sebab memang itu plan aku, esok nak cabut kacang secara besar-besaran. 


Tak lama lepas tuh S datang, dia tak perasan aku sama Ariff ada kat kebun pisang, so kitaorang peratikan aje dia merayau-rayau, nak tengok kalau-kalau ada pisang yang dah tua dan boleh dijual lah tuh.

S kata esok ada one Indon yang datang meracun sebab dia tak daya nak kerja di bulan Puasa nih. Teruslah aku beritahu yang mak dah pun setuju nak upah meracun kat another Indon so S kira macam terlambatlah. Aku selamba jer kata yang mak dah pun bayar deposit kat Indon tuh, dan Indon tuh dah pun beli se tong racun ituhari kan? 

Aku terlambat bangun untuk Asar, sedar-sedar dah 4-20, terus bergegas nak ke masjid. Sebab harinih Jumaat, aku tidur pun lewat lah sikit tadi tuh, itu yang terlajak tuh. Lagipun aku letih, tadi bekerja keras kat kebun.

Petang nih aku merayau meninjau-ninjau kawasan yang berpotensi untuk ditanam kacang tanah, masalahnya kawasan tuh semuanya dipenuhi rumput, semak samun, kalau Indon tuh cepat meracun, cepatlah aku dapat kerjakan kawasan tuh. Aku tak nak tanam kat kawasan berbatu halus, berpasir, pertamanya susah nak menyangkul. Keduanya, pokoknya kecik-kecik, isi tak banyak. 

The rest of the day macam biasalah. 


Friday

Khamis - 18072013

Since semalam hujan, dan tanah masih lembut, pagi ni teruslah aku mencabut kacang kat Zone 2. Tapi gitulah, tiap kali aku cabut, mesti aku rasa yang kacang tuh tak berapa elok dicabut sekarang, tunggu untuk dua tiga hari lagi. Selalu ada rasa macam tuh, mungkin sebab banyak kacang-kacang yang masih pucat lesi warna kulitnya. 

"Awak cabut banyak-banyak, boleh tanya (Makcik) Lijah tu kalau-kalau dia nak (beli)", kata mak masa mak lalu, on her way pergi surau.

"Tak", ringkas jer aku jawab, sambil geleng kepala.

"Awak nak buat benih?", tanya mak lagi.

"Ha'ah", ringkas jer aku jawab, sambil angguk kepala.

Hmmm....itu satu lagi potensi untuk dijadikan bahan gossip tuh. 

"Yang di sebelah sana tuh habih di makan tikerh (tikus)", kata mak sambil tunjuk ke arah Zone 4.

Aik, bila pulak mak pernah jejak kaki ke kawasan kacang aku nih? Especially kat Zone 3b? Tapi aku faham sebab dua hari lepas ada aku beritahu mak yang ada traces yang kacang-kacang di situ dimakan tikus. 

"Cuba awak pergi ke Sungai Ruan beli racun tikerh lepas tu awak tabur sekeliling, ketidak (kalau tidak) habih jer dimakan di deme eh (di makan geng tikus), pak dulu pernah uko habih nyer makan di tikerh", kata mak lagi.

Memang gitu cara orang tua cakap, exaggerate jer yang lebih, dan dilengkapi dengan fakta dan bukti yang direkacipta mengikut peredaran waktu kejadian.

Itu pun satu lagi potensi bahan gossip tuh. 

Itu yang aku, sedari dulu, cuba kurangkan berinteraksi dengan mak, benda-benda penting, benda-benda yang melibatkan kebun, benda-benda yang sensasi. Sebab aku tahu yang cerita dan berita tuh akan di ketengahkan ke masyarakat umum dengan versi bentuk baru. Lebih teruk kalau pembawa cerita yang asal di ketepikan dan mak akan ketengahkan diri sendiri sebagai orang yang bertanggung jawab mengolah, mendirect, mencipta,semuanyalah.

Entah apa-apa ayat aku, kalau nak tulis direct kang orang kata aku tulisan aku berbentuk mengutuk. Tapi sebenarnya aku cuma tulis apa yang ada di kepala otak aku. Aku nih kan ker style Mat Salleh, kalau aku tak suka, aku kata aku tak suka, aku susah sikit nak berselindung. Unlike orang Melayu, unlike orang tua. unlike orang kampung. Diaorang tuh banyak cekadaknya, banyak selekoh, banyak pantang larang nya kalau bercakap tuh. 

What a baloney lah Melayu kita nih. 

And so dapatlah penuh satu bucket kecik tuh, terus aje aku jemur. The rest of the morning aku menyangkul/menggembur kat kawasan kacang yang dah tumbuh. Aku terperasan yang ada a few lubangs yang tak ada anak pokok kacang, sebab dimakan dek ayam. Ada jugak yang dimakan semut merah. Tak apa, akan aku penuhkan nanti mana-mana yang kosong tuh. 

"Kena tukar talipern ni, tadi elok, ini nyer rosak balik", kata mak.

Walaupun aku explain yang talipun tu ok, cuma line yang tak ok, dan sedang diperbaiki, yang TM akan talipun aku once semuanya dah ok nanti, tapi aku percaya yang mak tak percaya sikit pun explaination aku tuh. Sampaikan aku terjadi bodoh sebab aku fikir, nanti tentu ada suara-suara halus dari luar yang kata, aku nih tak boleh diharap, talipun rosak pun aku tak dapat nak settlekan masalahnya, sampai berhari-hari.

And so aku kena cuba contact TM, aku kena siasat sampai ke akar umbi, apa pasal line masih belum ok. Kalau ikutkan hati memang aku nak biar line terus tak ok, aman sikit hidup aku tanpa terpaksa menegakkan telinga tiap kali talipun berbunyi, nak merisik khabar kalau-kalau nama aku dibuahbibirkan, ataupun nak dengar gossip dan cerita terbaru yang pastinya berfesyen dan berona-rona baru.

So lepas Asar kitaorang singgah rumah Chu, nak pinjam guna talipun, nak talipun TM. Cellphone aku tak ada credits, kalau ada pun, tak nak lah aku guna untuk buat panggilan yang sure nya lama tuh. Aku buat tuh pun untuk kasi mak puas hati, kalau takat aku explian aje, tak nya mak percayalah cakap aku. And so aku explainkan balik kat mak sama Chu, apa masalahnya. Apparently, line tuh masih belum selesai diselidik apa salahnya, lapuran yang dibuat semalam masih valid dan TM akan contact aku once semuanya dah ok. Dengan Chu, senang jer Chu faham, cuma dengan mak nih yang payah sikit nya.

Since dah tak ada masa sangat, lepas ke Pasar Ramadhan, aku cuma mengopek kacang sesikit, dalam sesetengah jam gitu. Aku masuk rumah awal dari biasa sebab aku ada ketinggalan sikit nih. Harinih hari ke 9 puasa, patutnya by malam nih aku dah di mukasurat 180 (at least) baca Quran (dan terjemahan) tapi as of Asar aku masih di page seratus lima puluh lebih, so ada a few pages yang kena catch up, kalau dibiarkan nanti makin banyak pages tertinggal, harus tak dapat khatam Quran (dan terjemahan) di bulan Puasa nih. Sehari aku baca Quran (sekali dengan terjemahannya) 3 kali jer, sebelum Sahur, sebelum Asar dan sebelum Isyak, sekali baca dalam lima enam pages jer so InsyaAllah boleh khatam kot, Amin.

Lepas Maghrib, instead of makan kat masjid, aku bawak bekal aku tuh ke kedai yang tutup kat sebelah masjid tuh, aku makan di situ dalam samar-samar kegelapan yang cuma diterangi lampu jalan. Best siot ko, walaupun ada aku rasa macam rugi pasal kalau aku makan kat masjid, sekurang-kurangnya dapat jugak pahala iktikaf. 

So, 15 minit aku melepak kat situ sorang-sorang, rasanya macam highlight of my day lah, aman dan tenang jer, nobody knows, nobody cares, and I like it that way sebab aku boleh berfikir, bersyukur, ingat kebesaran Tuhan. 

And so, malam nih kiranya aku makan di kedai lah kan? Bila lah mak nak tanya, "Awak makan di kedai ker semalam?" lagi? Mungkin aku dengan happy nya akan jawab, "Ha'ah, makan kat kedai, makan bekal kat kedai sebelah masjid tu, situ kosong, tak ada orang". 

Ada harapan ker mak akan sentap kalau aku jawab gitu? 

Thursday

Rabu - 17072013

Aku tak ke kebun pun pagi nih sebab nak ke Raub tu lah, saja jer pergi awal sikit, boleh balik awal, dan kalau ada masa aku akan ke kebun, buat kerja-kerja yang ringan, sementara tunggu Zohor.

Banyak benda-benda kecik yang aku kena selesaikan, itu yag aku terpaksa buat list tuh, tua dah aku nih kan sampaikan terpaksa berpandukan pada list. Lepas pergi bank untuk masukkan cek ke akaun mak, aku ke Tunas Manja, beli limau dan barang yang mak pesan. Then ke TM, aku siap bawak talipun sekali sebab manalah tahu kot-kot talipun tuh yang rosaknya. Then ke kedai buat kunci, then ke sana ke sini, ikut tata tertib apa yang tertulis kat list. Beli kipas pun yang paling murah sekali, kipas kat bilik aku rosak, so sekarang aku melepak kat hall jer lah selalunya tapi Raya nanti bila ramai yang balik, bilik aku sure nak kena ada kipas, tuh yang beli siap-siap tuh. 

Sempat jugak beli spender Raya ekekeke. Eh, apa pasal spender lelaki dijual dalam kotak tapi spender pompuan dijual berlambak-lambak? Sepatutnya spender lelaki lah yang dijual berlambak-lambak, berlonggok-longgok, pasal lelaki nih jenis tak ada kemaluan kan? Patutnya spender pompuan dijual dalam kotak, disorok-sorok, pasal pompuan nih biasanya besar kemaluannya kan? Then again, cuba bayangkan kalau spender pompuan dijual dalam kotak (macam spender lelaki), sure lunyai kotak-kotak tuh kan?



Aku tak tidur pun lepas Zohor macam selalu tuh, entah pasal apa tak ada pulak rasa mengantuk, aku baca paper aje lah, once in a while aku beli paper, kalau ke Raub, sure beli The Star. Kadang-kadang jer aku baca paper lama-lama, macam tadi tuh, semua nya aku baca.

Lepas Asar kitaorang ke Pasar Raamadhan, mak beli her favorite makanan, Nasi Kerabu (aku tak suka Nasi Kerabu, my favorite is Nasi Dagang) dan lauk sesikit. Then teruslah ke kebun, aku menyiram, betul-betul menyiram, sampai macam bertakung air. Tak apa, dua tiga hari dah tak payah nak menyiram, kan?


Again, aku bertiga aje yang berbuka (lelaki) kat masjid. Berdua sebenarnya sebab sorang tuh, Bulat, dia tak puasa, (screw dia banyak yang loose nya, rasanya tak ada screw pun dah, tampal pakai selotape aje kot?), tapi almost tiap hari dia datang masjid masa nak berbuka, diambik makanan banyak-banyak, pastuh tak dimakan. Merokok dalam masjid pulak tu, puntung dicampak merata-rata, tak ada sapa yang berani tegur dia. Aku ada lah tegur-tegur tapi tegur melawak gitu macam, "Lah Bulat, matnyer awok tak tak habih ke roti terh? Kang uko penuh dihurong semerk"

Lepas tuh aku melepak kat depan kedai yang gelap tuh macam biasa, sambil bawak bekal air. Mungkin akan datang aku makan nasi kat situ kot, best jugak. 

Terlambat dari kebiasaan aku masuk masjid lepas lepak tuh pasal aku bersembang dengan Tok Empat yang kebetulan singgah kat masjid, dia nak ke KL sebab bini dia (yang kitaorang melawat, dalam sesebulan lepas) nazak, dah sebulan kat hospital. Sedih aku mendengarnya, buat aku jadi insaf, tentu Tok Empat tengah kelam kabut terpaksa drive ke KL, sambil memikirkan nasib bini dia. Moga-moga semuanya berjalan dengan baik, Amin.

The moment aku masuk ke masjid, hujan turun, lebat. Kita tak tahu apa yang akan berlaku next kan, tu pasal petang tadi aku menyiram bagai nak rak, alih-alih malam nih hujan. Itu semua buat kita ingat dan sedar yang betapa besarnya kuasa Tuhan, kan? Ker sebab duduk di kampung yang selalu buat kita ingat Tuhan hah? Seriously, dulu aku jarang relatekan my everyday's life tuh dengan kebesaran Tuhan, bukan tak bersyukur ker apa cuma aku tak ada nak fikir dan kaitkan semua tuh. Tak macam sekarang nih, everything leads to one thing, kebesaran Tuhan.

Wednesday

Selasa - 16072013

"Awak dah lama ker bangun nya?", mak tanya masa tengah bersahur.

"Ha'ah", aku jawab gitu.

"Lain kali gerak-gerak (bangun kan) lah mak kalau mak lambat bangun", kata mak lagi. 

Mak terlambat bangun Sahur, dalam pukul 4-45 am gitu baru mak sedar, masa tuh aku kat bilik aku . Aku ada plan yang kalau by 5 mak masih belum bangun, aku akan kejutkan mak for Sahur. Macamana pun tak adalah aku beritahu mak memang gitu plan aku, biar kan aje lah mak nak fikir yang aku tak nak kejutkan mak. Tak kan gitu sekali kan? 

"Semalam awak makan di kedai ker?", tanya mak.

Adess. Bertalu-talu badai melanda nih. The tide is high lah pulak pepagi nih. But I'm holding on. 

"Tak", simple jer aku jawab.

XXX (sorry, aku lupa apa nama yang mak sebut/sambar) tu kata awak makan di kedai?", mak tanya lagi. 

It's either soalan memerangkap atau memang ada spy yang beritahu. Tapi aku sure betul yang semalam tuh memang tak ada sapa yang tahu/nampak aku ke kedai, tak ada sapa pun kat masjid masa aku blah. So, surenya nama XXX tuh mak sambar mana-mana aje kot? Mengena pulak serkap jarang mak. 

Ataupun mungkin masa aku di kedai semalam tuh, ada orang nampak kot. Then again, apa ker jadahnya nak pergi report kat mak pulak? Tak mungkin. 

So memang sah lah yang itu semua hanya serkap jarang mak, yang terkebetulan betul sebab mak ada a few reasons. Mungkin mak terperasan yang kereta tak ada di tempat aku park, so ke mana lagi kalau aku tak ke kedai, kan? Sebab aku pun tak balik ke rumah, aku pun tak makan nasi kat rumah. 

Perempuan, gitulah perangainya. Bukan mak sorang, orang lain pun sama. Aku ada peratikan yang kalau kat masjid, lepas Maghrib, masing-masing tuh kadang-kadang melilau sana sini, buat-buat bersihkan itu ini, buat-buat sapu sampah etc. But at the same time mata diaorang ke sana sini merempit. Dan biasanya tak lama lepas tuh, mulut diaorang pun riuh rendah. Ada jer benda yang dicakapkan, ada jer benda yang tak berapa kena nya, ada jer benda yang dijadikan bahan sembangan dan gossipan.

Seriously, aku selalu pelik tengok perempuan (Melayu) punya perangai.

"Pergi surau", aku kata gitu, aku tak tipu mak tapi memang ada aku ke surau semalam tuh, lepas makan kat kedai tu lah kan? Pergi jenguk geng Tabligh yang lebih suka berkumpul di surau tuh daripada join orang lain kat masjid.

Mamposlah, habislah  aku, kata aku dalam hati. Mana tak nya, sure mak ingatkan aku makan kat luar setiap malam, akan jadi bahan cerita pulak nanti nih. Or at least akan jadi bahan sindiran pulak nanti nih, macam dulu tuh, mak selalu sindir (tak sengaja? ada ker term, sindir tak sengaja? ekekeke) kata yang aku tiap petang makan kat luar. 

Ok, seriously, masalah duit aside, why in the world mak concern sangat pasal aku makan kat luar? Bukannya mak memasak pun kat rumah, kan? Dan aku bukannya budak kecik. 

There's something about mak yang selalu buat aku rasa kecik hati. 

There I said it.

Aku kecik hati jer lah, tak ada perasaan-perasaan lain yang turut serta.

Pagi nih, mungkin sebab kesan dari gossipan (antara Ida dan mak) semalam, aku jadi macam bersemangat sikit. Aku bawak satu tray anak cili (110 pokok isi nya), dan aku ke kawasan kacang yang dah dicabut tuh, aku gali dan aku tanam kesemuanya, ngam-ngam pulak kawasannya. Bukan "tanam" kambus, hapuskan cili tuh tapi "tanam" untuk kasi hidup. So Zone 2 akan dipenuhi dengan cili instead of kacang tanah. Terpaksa buat gitu pasal mak bising "kat orang lain" (mak kata tak nak "bising" kat aku sama Long, mak nak diam kan aje) yang 50 pokok cili tuh macam tak menjadi jer, dah nak tanam beratus-ratus yang lain pulak. 

Yang aku peliknya, apasal most perempuan macam tu hah, patutnya senyapkan aje lah, tak payah lah beritahu orang lain yang she's going to keep her mouth shut pasal projek cili kitaorang tuh. 

Analogy nya macam nih: Ada 5 orang idiots nih tengah sembahyang. Tiba-tiba ada tikus melintas.

Idiot 1 kata, "Opocot!
Idiot 2 kata, "Eh, awak bercakap dalam sembahyang"
Idiot 3 kata kat Idiot 1 & 2, "Shhh, masa sembahyang mana boleh bercakap"
Idiot 4 kata kat Idiot 3, "Kau pun bercakap"
Idiot 5 (sambil tutup mulut dengan jari, geleng-geleng kepala memikirkan keidiotan idiot-idiot lain tuh) kata, "Nasib baik aku tak bercakap.

Aku tengah tekun kerja, Pakcik Kacang talipun, yang terpaksa aku jawab sebab aku bukan di dalam rumah. Kalau dalam rumah, harus aku tak jawab call tuh. Tapi kalau di luar rumah nih, buatnya dia ada kat situ-situ jugak, kan? 

Memang pun, Pakcik Kacang sama kawan dia ada kat kawasan peraih pisang, kejap jer diaorang datang sembang dengan aku. Dia nak beli kacang, nak buat benih, nak dalam sesepuluh kilo, tapi aku beritahu dia keadaan sebenar, yang kacang belum dicabut sepenuhnya, yang ada tuh semua dah aku buat benih. Pakcik tuh kata dia akan talipun dan datang minggu depan, hopefully ada lah benih. Dia kata dia dah ready tanah 3 ekar. Takut jugak aku mendengarnya pasal dia nih ada 3 pekerja Indonesia sedangkan aku sorang aje, so aku rasa in no time dia akan dapat kalahkan aku, akan lupuslah title satu-satunya penanam kacang tanah harimau seantero Pahang. 

Tak kan aku tak nak jual kat dia pulak kan? Tak apa lah, aku nak jual 5 kilo jer dulu ekekeke, dan aku akan cuba buat benih sebanyak mungkin. Sebagai peluru. Akan datang aku kena bertempur dengan pakcik nih. Itu yang aku fikir yang aku kena kerja kuat lagi, dan dari gaya pakcik tuh, dia nak ikut style Cina, nak "baringkan" pokok kacang tuh dan nak kambus sedalam yang boleh". Aku nak cuba buat style itu jugaklah sikit-sikit. 

"Awak puasa ker?", Pakcik Kacang tanya aku. macam ada perancangan lain aje.

Aku bukanlah judgmental orangnya tapi itu soalan untuk budak kecik jer kan? Kalau disoal kat orang tua, itu dah dianggap macam bertanya sebab nak mendapat kepastian, nak cari kawan (in this case, kawan setidakpuasaan). Ada orang yang jenis macam tuh, dah tua bangka tapi tak Puasa, tak sembahyang. 

Talipun rumah rosak, line tak elok kot. Tapi internet ok pulak. So seharian talipun tak berbunyi. Aku tak perasan jugak mulanya tapi Ida message aku tanya apa pasal calls tak dijawab. Dan aku tengok mak macam resah jer. Kalau orang yang otaknya busuk, tentu kata, "ha' padan muka, kuat sangat bergossip sampai rosak-rosak talipun". Esok aku memang plan nak ke Raub, so boleh settlekan masalah tuh.

Lepas Asar aku malas pulak buat kerja lain, aku cuma cuba-cuba mengopek kacang yang cuma sempat dijemur sekejap aje tadi tuh. Tak heranlah kacang tuh susah nak dikopek, keras semacam. Aku buat kerja tuh kat kawasan projek cili, yang bersebelahan dengan dapur yang "see-thru" tuh. Pelik aku, mak asyik kat dapur jer kerjanya, entah apalah dibuatnya aku pun tak tahu. Bukannya mak memasak pun bulan Puasa nih.

Lama tuh aku blah ke tempat lain, kat kawasan dalam "hutan" sikit, best sikit kerja sorang-sorang tak ada orang tengok nih. Memanglah kera sumbang sungguh aku nih kan? Eleh, sumbang-sumbang aku pun, sampai ke New York aku menyumbang, kan? 

Kau mampoo?

Laaa, patutlah sampai serpih-serpih kuku aku cuba mengopek kacang tuh. Rupanya, kacang tuh, kalau nak senang dikopek, jemur lah ia lama-lama. Tu pasal, dari dulu lagi aku ada fikir, apa gunanya jemur kacang tuh sebab cahaya matahari tuh tak akan sampai ke isi kacang tuh. Rupanya dijemur lama-lama supaya kulit kacang jadi lembut. Baru aku tau tuh, itu pun bila jari-jari aku sakit, bila kuku-kuku aku serpih. Rupanya selama ini aku dibelenggu kebodohan yang tak terperi-peri ekekeke. 

Bosan sebab kacang tuh susah dikopek, sebab cuma sikit jer yang berjaya aku kopek, aku pun berhenti, aku start kereta, pergi Sungai Ruan. Aku beli tupperware bekas nasi, untuk bawak bekal ke masjid nanti. Aku rasa itu jer caranya supaya mak tak fikir yang aku makan kat luar malam-malam. Dengan aku bawak bekal nasi ke masjid. I'm sure mak tak akan tahu the real reason, mak bukan sesensitif aku orangnya.

Sedihkan hidup aku, aku kena buat benda-benda gitu, semata-mata nak jaga hati aku dari terasa hasil dari bualan dan sembangan yang selalunya menusuk kalboo koo itoo. 





Tuesday

Isnin - 15072013

Aku terpaksa bangun awal lepas Subuh tadi pasal kemungkinan Indon yang nak meracun tuh akan mula kerja pagi nih, mak pulak kat surau, so untuk tak bagi bad impression (aku tidur aje kerjanya, sedangkan aku cuma lambat sikit turun ke kebun), itu yang aku ke kebun awal sikit tuh. Tak kisah sebab aku pun memang tengah bersemangat, kalaulah tiap-tiap hari aku bersemangat macam nih, haruslah satu hari nanti aku boleh dinobatkan sebagai Peladang Jaya, tak pun boleh jadi maskot kat MAHA kan?

Aku menanam kacang, sampaikan habis benih, terpaksalah aku mencabut kacang lagi dalam masa terdekat, nak buat benih. kalau boleh aku nak gapkan dalam 3 atau 4 hari setiap kali menanam, tapi tadi tuh aku jadi extra rajin, itu yang aku habiskan benih tuh. 

Lepas tuh bila dah macam tak ada apa nak buat, aku menggemburkan tanah kat  kawasan kacang yang mula membesar, yang ada 4 baris panjang tuh. Ingat tak yang aku started menanam 2 minggu lepas kan? Ha, tak ingat? Tak keep track? Apa ni? Patutnya buat mental note, atau tulis, sekian-sekian haribulan aku mula menanam kat Zone mana, bila aku membaja, bila aku menuai.

Aku ke Sungai Ruan sekejap beli soluble fertilizer untuk cili. Semak fikiran aku bila fikirkan yang apa nak jadi kat 50 pokok cili yang macam-macam refuse untuk membesar tuh. Potong stim betullah, dulu bukan main laju nya tumbuh. Sekarang nih macam tak naik-naik. Mati pucuk ker cili aku nih? Ekekekekek

Aku tengah sedap tidur lepas Zohor bila Pakcik kacang yang nak beli benih kacang, menalipun. Since aku kat dalam rumah, aku tak jawab pun calls dia. Iyalah kan, aku tengah tidur. 

Mak suruh aku ke Pejabat Pos Sungai Ruan, "ambik duit". Ida ada talipun, masa aku tidur tuh, so dia beritahu mak yang suruh aku pergi ambik Surat Berdaftar dari BSN yang tersalah alamat, dalam surat tuh ada cek balance account (arwah) pak. 

Kalau mengikut kata mak, ambik duit. So bila dah confused gitu, tetiba macam tuh, naik lah jugak angin aku pasal bagi info tak lengkap. Kalau kat Pejabat Pos boleh "ambik duit", sure penuh Pejabat Pos tuh kan? So yang jadi mangsanya, Ida lah. Aku keras kan suara, cakap serious. 

So teruslah aku ke Pejabat Pos ambik Surat Berdaftar tuh. 

Aku dah lah terganggu tidur, so bila Ida talipun sekali lagi, sambil terbergossip, aku jadi sentap. Sentap yang aku pendam dalam diam. Ada 3 benda yang buat aku sentap tuh tapi tak payah lah aku tulis satu persatu, atau tiga pertiga nya. Cukup sekadar aku kasi hints sesikit. Semuanya berpunca dari cerita-cerita pasal aku seharian, yang bila sampai ke telinga Ida, cerita tuh jadi versi lain, no thanks to si pengolah cerita yang mungkin sebab dah biasa menambah cerita sesedap rasa, atau memang perisa-perisa yang berbagai rasa tuh tertambah dengan sendirinya.

Senak aku dibuatnya, tau dak?

Hidung aku dah lah asyik tersumbat petang nih, so bila Ida talipun, masa aku kat kebun, terus aku beritahu dia yang jangan layan sangat apa-apa yang mak sembangkan yang melibatkan nama aku sebab chances are yang semuanya tuh dah distorted. 

"Malas lah aku duduk sini dah (maksudnya aku malas dah duduk di kampung), kalau gini lah gayanya, buat pening kepala aku jer", gitu aku kata kat Ida, ada dalam 2 kali rasanya aku ulang kata yang aku tak nak duduk kampung dah.

"Ok lah, kalau itu yang Abang Tam rasa bagus", kata Ida.

Aku tak tahu samada Ida atau aku yang matikan talipun dulu. Macamana pun aku sikit pun tak marah kat Ida. Dan aku tak boleh nak ada rasa marah kat mak, sebab mak tuh mak. Walaupun mak lah punca segalanya. So aku terpaksa pendam rasa geram, rasa bengang  aku tuh, aku terpaksa geram dan bengang kat keadaan. Mungkin ada benda yang aku tak tahu tapi as I see it, ada benda yang tak adil nya dalam hidup nih.

So jadi bodoh jer (as always) aku lah aku lepas tuh. Serba yang aku buat semuanya tak kena. Menyangkul salah, merepih salah, last-last aku blah. Aku ke Pasar Ramadhan, saja jalan-jalan sebab tadi dah beli lauk kat kedai sebelah masjid tuh. Dapat seround, aku balik ke kebun, pusing-pusing kebun seround, bila tengok jam yang masa nak balik ke rumah lambat lagi, aku jalan-jalan kat my neighborhood. Kat kawasan yang menghala ke kuari, ladang-ladang, kawasan yang ada rumah cuma sesebijik dua. 

Jauh jugak aku berjalan, seronok jalan-jalan gitu sambil melayan perasaan, tak ada orang lalu lalang pulak tuh. Entah apa lah yang aku cari pun, mungkin "mencari sabar yang hilang" kot? 

Berbuka harinih tak ada apa sangat pun, bosan jugak aku tiap petang berbukakan sandwich, so, berbekalkan hidung tersumbat aku, lepas Maghrib tuh aku ke kedai, makan Tomyam panas/pedas. Sekali-sekala tukar selera kan, apa salahnya. Selagi aku sempat balik ke masjid untuk buat apa-apa yang patut dalam sesepuluh minit, that's ok bagi aku.

Tak tenteram masa aku sembahyang, especially masa Tarawikh. Aku asyik teringat pasal punca kesentapan aku, macamana cara nak menanganinya. Tapi susah, sebab puncanya bukan dari aku, kalau aku puncanya then senanglah nak cari jalan penyelesaian.

Senak aku dibuatnya tau dak? Yang sadisnya baru semalam aku kata yang aku dah ok duduk kampung. Hopefully everything will be ok tomorrow, Insya Allah.

Monday

Ahad - 14072013

Pagi nih terlambat bangun, sedar-sedar dah 4-45 am, alarm tak berbunyi kot? So lepas Subuh terpaksa lambat sikit tidurnya pasal nak gantikan dengan apa yang aku sepatutnya buat, angkara terlambat bangun tu lah. Kat luar pun hujan turun rintik-rintik so chances untuk aku ke kebun memang slim, jadi tak ada masalahlah kalau aku tidur sampai lewat sikit. 

Aku bersyukur sebenarnya sebab aku boleh susun dan atur aktiviti aku di bulan Puasa nih mengikut kehendak hati. Kalau dibayangkan macamana orang-orang yang bekerja tuh kan, diaorang tak boleh tidur siang (kecuali curi-curi tidur), diaorang tak dapat nak bangun awal, diaorang resah kalau tidur lewat, semua masalahlah. Tapi bagi aku, aku tak ada semua masalah tuh, masalah-masalah macam tuh semua tak timbul. Dengan lain perkataan, aku kenalah "kerja" lebih kuat sebab aku diberi Tuhan kemudahan macam tuh, kan?

Aku bangun dalam pukul 8 setengah just because Long dah lama ke kebun, dan mak nak ke surau. Kalau diikutkan hati, mau pukul 10 baru aku bangun. Aku tak ada niat pun nak ke kebun sebab hujan turun rintik-rintik tapi lepas jer berak, anak Nasir datang. 

So terpaksalah aku turun ke kebun, at least nak beritahu, nak tunjukkan apa-apa yang nak dibuat. Sebenarnya tak ada apa sangat pun kerjanya tapi sebab aku dah janji dengan diaorang, so aku suruh budak tuh memotong akar pokok kacang yang dah dicabut. Budak darjah 6, sama level dengan mak jer lah kerjanya, kan? Aku pindahkan anak-anak kacang yang tercambah dengan sendirinya, banyak jugak, maknanya kacang kat Zone 2 tuh dah tua dan elok dituai. Tapi, bila aku cabut at random, banyak pulak yang masih keputih-putih, kepucat-pucatan, belum bersedia untuk dituai, dalam seseminggu gitu lagi gayanya. 

Nasir datang tak lama lepas tuh, takut sangat anak dia aku jadikan hamba sahaya aku agaknya ekekekeke. Bersembang aje lah, sesambil mengopek kacang, yang akhirnya habis siap.

Aku ajak anak Nasir tuh tolong menanam kat Zone 1 pulak, so dapatlah 2 baris panjang. Bersemangat aku jadinya kerja macam tuh, ada teman penolong, ada helper. Kalau ikutkan biasa, tak sebanyak itu kerja yang selesainya pagi nih. Aku kasi RM 10 untuk 2 jam lebih anak Nasir tuh kerja. Happy gila budak tuh. 

Dari kejauhan aku nampak mak tengah sembang sama Long, sebelum Long balik ke Jerantut. serious semacam, I'm sure cerita pasal aku pun ada dibentangkan tuh, semalam aku ada beritahu Long yang aku nak settle down kat kampung aje lah macam Long jugak, so projek kitaorang nih boleh terus berjalan lancar. 

Aku lupa pulak nak beritahu yang semuanya tuh provided aku tak ada masalah lain kat sini, provided fikiran aku tenang. Untuk masa sekarang, fikiran aku tenang, tak ada anasir-anasir subversif lain yang datang mengacau. Tapi, kalau keadaan bertukar, bilamana aku kata, "ah, senaklah aku kalau macam nih", then besar kemungkinan aku tak jadi nak settle down kat kampung dengan kadar segera, aku akan "merempit" ke tempat lain dulu. 

Benda tuh yang aku lupa nak beritahu Long semalam tuh, janganlah diaorang take for granted yang "the eagle has landed so everything's going to be ok" Aku bukan seekor camar yang pulang.

Kerajinan aku terbawak-bawak sampai ke petang, lepas beli lauk kat Pasar Ramadhan, terus aku sambung menanam kacang, dapat another 2 baris panjang. Ada Indon yang kawin dengan orang kampung nih, dia datang hantar racun sebab esok dia akan mula meracun. Mak nak upah Indon tuh sebab S dah lama tak datang, seseminggu dua nih mak astik risau pasal rumput tak berracun aje kerjanya, aku senyapkan aje, at least mak tak bising pasal benda lain, yang may or may not buat aku aku sentap. Mak sanggup berhabis empat lima ratus untuk bayar upah meracun, dua bulan sekali pulak tuh. Tapi yang peliknya, bila aku kata nak beli sabut kelapa RM 100, mak kata menghabiskan duit aje (sedangkan itupun bukan duit mak). Ngeri kan perbandingannnya? Ekekekekke

Berdua aje (lelaki) yang berbuka kat masjid malam nih, aku sama Bilal. Yang lain tuh diaorang berbuka kat rumah, then terkocoh-kocoh datang untuk Maghrib. Macam biasa aku makan itu sikit ini sikit. Makan macam tuh buat aku tak berselera nak makan nasi, lepas balik Tarawikh, sampaikan mak tanya, "Mat nyer awak tak pernah makan nasi, berbuka makan kuih jer?". Kalau diikutkan hati, nak aku bawak bekal nasi ke masjid untuk berbuka tapi aku biasanya beli lauk sikit jer, satu lauk dan satu sayur. Dan itu untuk dimakan masa Sahur. Bukanlah aku kedekut, tapi aku malas membazir sebab tak makan nasi pun aku tetap kenyang makan benda-benda lain. 


Sunday

Sabtu - 13072013

Aku bangun pagi nih, tengok-tengok mak tak ada kat rumah, dan dari traces dan sign-sign yang aku siasat, mak dah ke Pekan Sehari. Rupanya mak kat kawasan kacang Zone 2 aku tuh, memotong akar pokok kacang yang dah dicabut.

"Mak tak payah buat lah, saya nak upah anak Nasir buat nih", aku kata gitu kat mak.
.
"Lagipun kena potong dalam sesekaki, ini pendek ngat", aku kata lagi.

"Ok dah sepanjang ni", kata mak.

"Tak. Cina tuh suruh potong dalam sesekaki panjang, yang dulu tuh tak berapa panjang", aku kata gitu. 

Seboleh-bolehnya aku tak nak mak masuk campur dalam kerja-kerja kebun. Kalau nak tolong pun, tolong kopek kacang untuk dibuat benih, nun ada seraga besar kacang atas meja tuh. Kalau nak tolong lah kan? Tak nak, tak apa.

Aku ke Pekan Sehari, tak beli apa pun pasal tak ada apa nak dibeli. Kalau ada apa nak dibeli, aku akan beli. 

Balik dari Pekan Sehari, aku perasan ada Toyota putih yang besar, di depan rumah. Aku terus aje lah ke kawasan cili, mengisi polybags dengan sabut kelapa, nak habiskan jugak, senak menengok keadaan tempat kerja yang berkaparan tuh. Sedangkan aku senak, mak apa tah lagi kan? Rupanya sepupu aku (di sebelah arwah pak) yang datang, sama mak sedara aku.

Sampai dekat Zohor jugak aku kerja harinih. Aku tak rasa guilty sangat kalau aku tidur pagi sebab bila keadaan macam tuh, aku akan balik dari kebun lewat sikit, aku akan pastikan aku kerja at least 3 jam. Ok, let me rephrase that sentence, supaya orang lebih faham. Aku akan pastikan yang at least aku macam buat kerja dalam masa 3 jam tuh.

Since mak tak ada program apa-apa petang nih so aku meretoh (tidur, biasanya digunakan untuk tidur di waktu siang) aje lah sampai pukul 4. 

Lepas Asar aku tak ke kebun, aku mengopek kacang untuk dibuat benih. Ya ampun bosan sungguhlah kerjanya tapi apakan daya, aku harus terus mengopek. Walaupun aku tak suka mengopek.

Long ada balik, sorang, bawak a few trays anak cili. Mamposlah macam nih, ada beratus-ratus anak benih yang kena dimasukkan dalam polybags. Masalah utama, tak ada duit nak beli coco peat. Nak tunggu duit jualan kacang, harus lah pokok cili dah membesar. Tak nak lah aku mintak kat mak, so aku beritahu Long. 

Hujan turun tak henti-henti sejak Maghrib tapi tak lah lebat. Aku sama Long lepak kat depan kedai yang kosong/tak bisness waktu malam, sembang-sembang kat situ. Pasal hal ehwal semasa keluarga lah. Tak ada masalah pun, cuma aku nak tahu apa perancangan Long. Long kata yang dia nak mintak tukar ke Raub nih sebab nak buat persediaan untuk pencen nanti sebab lepas pencen, Long nak duduk di Raub aje, so kena lah beli tanah, buat rumah etc kan?

Malam nih ada one Datuk yang sponsor More, jamuan Nasi tomato. Tapi aku tak makan pun cuma minum aje. Aku makan nasi waktu Sahur aje, selebihnya cuma makan benda-benda gitulah, sandwich, kuih, makan lepas Maghrib. Masa More pun aku cuma minum air.

Saturday

Jumaat - 12072013

Pagi nih tak ada masalah nak bangun, rasanya macam dah dapat tune dah nih, bangun pukul 4, mandi etc, dan Sahur dalam 5-15 gitu, then terus ke masjid for Subuh. 

Mak ke surau bertadarus dalam pukul 8, aku sambung tidur sampai pukul 9 cam tuh. Then ke kebun.

Pagi nih cuma memasukkan coco peat ke dalam polybags, sempat habiskan 5 guni, dapat 30 polybags semuanya. Risau jugak aku tengok anak cili kat tray semaian semakin membesar sedangkan sabut kelapa, polybags ada berapa aje. Nak tanam kat tanah, banyak pulak, kena kawasan luas pulak tuh. Apasal kalau tanam cili kat tanah, kena jarakkan jauh-jauh hah sedangkan yang ditanam dalam polybags, diletak side by side?

Pokok cili yang dulu tuh, 50 pokok semuanya, macam dah berhenti membesar, pelik aku, dulu macam laju aje tumbuh tapi sekarang nih macam hidup segan aje. Sampaikan mak pun perasan, dan biasalah, statement bernada negatif pun keluar. True yang banyak jugak duit keluar untuk projek cili tuh tapi tak kan lah semuanya menjadi, kan? Lagi satu, belum pun tahu samada projek nih menjadi atau tidak, so tunggu dulu lah. Nasib baiklah mak tak involve d langsung dalam projek nih (cuma ada guna duit mak sesikit, itu aje), tak kalu, puas jugak aku nak menjawabnya.

Macamana pun aku rasa projek nih akan menjadi, mungkin aku, kitaorang nih jer yang macam tak sabar-sabar.

Sempat jugak mencabut kacang a few perdus, confused aku, ada yang masih tak berapa tua, ada yang dah cambah anak, sedangkan semua tuh dalam satu baris aje, maknanya ditanam serentak, dalam satu masa. Dalam satu hari yang cuma berlainan ketika. Itu yang terpaksa aku pilih-pilih mana yang nak dicabut, mana yang rasa macam belum sesuai dituai, aku tinggalkan aje dulu. Tapi, by next weekend semua kacang kat Zone 2 tuh aku akan pastikan habis dituai/cabut.

Lepas Asar singgah kejap Pasar Ramadhan, beli lauk untuk Sahur, RM 5 jer. Berbuka aku makan aje lah apa yang ada, biasanya sandwich yang mak buat tiap hari tuh. Itu makanan utama berbuka. Sentiasa habis. Aku malas nak balik ke rumah lepas Maghrib, sebab aku nih perut kecik, makan sikit jer dah kenyang. Lagipun rugilah nak tinggalkan masjid, nak melepak kat luar, might as well teruskan aje sampai Tarawikh. Balik rumah pun aku tak makan apa pun, biasanya aku terus aje tidur. Cuma malam nih aku online for the very first time (balik dari Tarawikh), itu yang dah susah nak tidur. Malas sungguh aku nak online sekarang nih, kalau siang tuh sebab keletihan nak on kan laptop, apatah lagi nak tenung screen. Malam pulak sebab mengantuk, esok nya nak bangun awal. Ini buat update blog nih macam buat syarat jer.

Dari 12 midnight sampailah ke pukul 2 lebih aku asyik tergolek kiri tergolek kanan, mata tak lelap jugak. Tapi ok lah macam tuh, at least ada kelainan sikit kan, bosan gak kalau hidup nih sama jer rutin nya setiap waktu dan ketika.