Tuesday

Isnin - 08072013

"Tak dan kita nak sembahyang Tahiyatul-masjid nih kang gayanya, dah bang dah agaknya", kata mak, risau sangat, masa menjemput Makcik Esah pagi tadi. Makcik Esah terlambat sikit, masa kitaorang sampai, gelap gelita rumah dia, so aku aku tunggu ajelah. Mak dah suruh terus ke masjid aje, biasalah, mak akan selalu kata, "Dia tak ada agaknya". Tapi aku rasa dia ada sebab kalau tak ada, atau sebab ada hal lain, Makcik Esah akan talipun kitaorang. So aku drive ke tepi tangga/pintu rumah, tak lama tuh Makcik Esah terkocoh-kocoh keluar.

"Tenang jer, ada masa kita tercepat, ada masa kita terlambat. Awal lagi nih, belum bang lagi rasanya, tak dan sembahyang sunat tahiyatul masjid pun tak apa, bukannya wajib, sunat jer", aku kata gitu. Dengan penuh nada keslowan macam seorang Ustaz. Bahaya jugak kalau benda yang sunat nih dianggap (aku kata dianggap, aku tak kata dibuat, ok?) seolah-olah benda wajib, kan? Memang betul pun, belum azan pun masa kitaorang sampai masjid tuh. 

Pengajarannya, kalau kita terlambat, jangan nak terkejar sangat sampai terlondeh kain, jangan nak menyalahkan orang, buat rileks jer, buat setakat yang dapat.

Aku tak tidur pun lepas Subuh, nak membiasakan diri untuk bulan Puasa nanti. Lepas breakfast, terus aku ke tempat cili, pindahkan anak cili ke dalam polybags, sampai habis dah polybags yang ada isi coco peat. Dapatlah dalam 60 bags. Nampak gayanya kena mintak duit kat mak lah nak beli another 10 gunis sabut kelapa. Kat wallet aku ada lah duit nak beli tapi kena standby untuk tujuan lain. Tiap hari aku check kalau-kalau ada sapa-sapa adik beradik aku  yang masukkan duit ke dalam CIMBClicks aku tapi nampak gayanya bulan nih rezeki tak banyak. Tak apa, tak kisah. 

Lepas tuh aku menyangkul, kawasan yang aku cangkul ituhari dah mampat balik tanah dia pasal almost hari-hari hujan, tapi tak kisah sangat sebab kalau dicangkul nanti, tak lah susah mana sangat pun pasal tanah tuh dah kind of loose. Terrajin, lepas tuh aku ke Zone 2, mencabut kacang. Dah genap 100 hari dah kacang di situ, memang boleh dah dicabut. 

Dulu, dalam 2 minggu lepas, masa panas, kuning-kuning, kering daunnya, aku ingatkan dah elok sangat untuk dicabut, tapi sekarang musim hujan nih, daun-daun pokok kacang tuh jadi hijau pulak, macam belum sesuai pulak untuk dicabut. Macamana pun dapatlah dalam sebaris yang aku cabut, more pada nak tengok hasilnya aje. Ok lah hasilnya, ada yang cuma empat lima butir sepokok, ada yang bergogos-gogos, I was a little surprised actually sebab aku ingatkan tak berapa menjadi kacang kali ini pasal selalu sangat pokoknya tercabut masa hujan lebat dulu tuh.

Terus aje lah aku jemur kacang yang aku cabut tuh, tak bersihkan pun, tak aku rebus pun macam dulu tuh. Patutnya first harvest tuh makan lah dulu kan? Tak apa, banyak lagi kacang yang boleh dimakan nanti, Insya Allah.

Aku ke kedai Pak Chu Bekam sebab nak ambik bakul roti, dia banyak bakul roti yang tak diguna, kat belakang rumah dia. Ada beratus-ratus. So aku beli dari dia lah, dia suruh aku ambik aje dalam sesepuluh bakul (mungkin sebab dia rasa guilty membekamkan aku sampai pengsan semalam tuh kot? ekekeke), tapi aku kasilah jugak duit kopi RM 20. Aku ambik 15 bakul, ada gunanya nanti tuh, at least untuk isi kacang yang dicabut.

"Ada S jual pisang ituhari, 5 tandan, tapi setandan tu kena reject sebab rosak", kata Ngit masa aku tanya dia samada S ada jual kat dia atau tidak. Sebab ituhari S ada beritahu yang 5 tandan pisang yang dijual, cuma setandan jer yang eloknya, 4 lagi kena reject. Memang dasar penipu betullah S tuh.

Masa mengaji sama UstazM tadi, aku saja-saja buat tak tahu nak baca, sebab aku nak tengok yang dia tidur ker tidak. Sebab laju jer aku baca, tak ada pun yang ditegurnya. 

Sementara tunggu Asar, sembang sama anak Makcik Lijah (and his bini) yang datang mengait kelapa, aku beritahu diaorang yang kacang dah boleh dicabut, dan kalau-kalau mak dia nak, beritahulah aku. Kalau Makcik Lijah tak nak (sebab bulan Puasa), pun tak apa, yang mula-mula nanti nih aku nak buat benih aje. 

Aku sempat siram air baja kat pokok cili aje, then hujan turun. Lebat dan berterusan sampailah Maghrib.

"Bulan Puasa nanti awak tak payah lah jemput Makcik sebab Makcik berbuka di rumah, lepas tu Makcik ke masjid sama anak Makcik. Biasanya bulan Puasa dia ke masjid (untuk Tarawikh)", kata Makcik Esah, masa nak ke masjid.

"Subuh jer lah Makcik pergi sama kome?", aku tanya makcik Esah.

"Tak agaknya sebab biasanya anak makcik, Subuh pun dia pergi masjid juga. Masa bulan Puasa jer lah", kata Makcik Esah.

Malam nih ada Forum Perdana kat masjid, lepas Maghrib sampailah pukul 9 setengah. Naib Kadi Lipis sama Kadi Raub yang dijemput. Jemaah yang datang pun ramai jugak. Sama ramai dengan yang balik.