Sampai pukul 9 aku tidur pasal kat luar hujan renyai-renyai, or at least itulah bunyi yang aku dengar masa aku tidur tuh. Bila aku bangun, tengok-tengok tanah kering jer, rupanya hujan rintik-rintik aje tadi tuh.
Aku tak ke kebun sebab tak ada apa nak buat sangat pun, terus aku bersiap untuk keluar. Banyak benda nak buat rasanya. Nak hantar kereta kat kedai Cina, nak suruh dia tengok-tengok (sebab esok nak ke Gombak), nak ke Pusat Serenti etc. Tak ada orang kat ladang Pusat Serenti tuh so aku blah, the moment aku keluar dari situ, ada 2 kereta (Officers Pusat Serenti) masuk, perempuan semuanya isi kereta tuh, diaorang jeling aku semacam sebab tentu diaorang ingat aku menceroboh kawasan larangan tuh. Kat Pusat Serenti tuh, SarjanK, Pengetua (EnRoss), Timbalan Pengetua (EnY) sama EnBruno Mars jer yang "kenal" aku.
Lepas hantar kereta aku merayap ke kedai makan jap untuk breakfast, terjumpa pulak tokay/pembuat roti canai kedai Chu Bekam tengah minum, so sembang lama jugak dengan dia. Lepas tuh merayap masuk kedai barang pertanian, terbeli benih tembikai yang mahal sikit (RM 22 sepacket). Aku teruja nak tanam tembikai sebab semalam tengok kat Jabatan Pertanian tuh, banyak anak-anak tembikai yang Pak Mat Siam semai. Ada 5 pokok tembikai yang aku tanam dalam polybags ituhari, cuma satu jer yang nampak macam berseri nya. Yang lain tuh tah pasal apa tah, moyok jer memasing, mungkin sebab masa aku siram dengan air baja, terkena daun/batang diaorang kot. Itu yang macam kebatang (merajuk dengan mengeraskan diri) jer memasing.
Sepergian aku ke Sungai Ruan tuh, mak kata, ada orang Tabligh datang cari aku. Entah-entah pasal nak mintak tolong hantarkan diaorang ke destinasi seterusnya esok, kot? Macamana nih, esok aku nak ke KL.
Lepas sembahyang Jumaat aku punggah diaorang dari masjid ke surau sebab diaorang cuma ada satu kereta aje.
Lepas Asar ada khenduri Tahlil, kat kampung nih kalau khenduri lepas Asar, makanannya sure mee kari, mee soto, bubur dan kuih muih. Kalau pergi khenduri, memang aku makan banyak.
Long sekeluarga ada balik, ada bawak 5 trays anak cili yang usianya hampir 3 minggu. Dan Long kata yang he will keep on semai-ing benih cili. So bercerita pasal projek cili aje lah kitaorang, Long akan bawak balik a few pokok cili yang dah besar tuh, nak tunjuk dan tanya kawan dia (Pengusaha cili di Temin), apa silapnya yang kebanyakan pokok cili tuh kat hujungnya, pucuknya, mengerekot, bergulung-gulung. Long setuju bila aku kata aku nak tanam like 2 trays (100 pokok) kat tanah aje sebab polybags yang berisi coco peat cuma ada berapa aje. Maknanya sekarang aku ada dalam 600 pokok cili dan minggu depan akan ada another 500.
Lepas Maghrib pergi mengeteh sama Long, aku ada tanya pasal cerita mak nak memondok tuh. Long kata tahun depan agaknya mak nak pergi, then bila aku kata yang kalau dengar cerita mak, macam masa terdekat, lepas Raya, mak dah nak mula memondok.
"Kalau tahun depan nak pergi nya, apa pasal beria-ia sangat, macam nak sangat dah. Gayanya mak nak cepatlah Long", aku kata kat Long.
"Ada pondok yang kosong, kalau dapat yang tu, bolehlah kalau mak mula cepat. Bayarnya RM 8000", kata Long.