Pagi nih bangun pukul 4, mandi etc, dan Sahur 5 suku, aku rasa ok dah arrangement macam tuh. Cuma masalahnya, balik Subuh tuh aku mengantuk sangat walaupun cadangnya tak nak sambung tidur dah lepas tuh. Pukul 7 lebih aku tidur, sedar-sedar dah pukul 9, so teruslah ke kebun. Aku ingatkan mak masih tidur, rupanya mak ke Surau, bertadarus.
Lepas hantar pisang ke peraih (17 kg beratnya), anak Makcik Lijah datang, bayar harga kelapa yang dikait ituhari. RM 55 untuk kitaorang tapi aku ambik RM 50 jer pasal lebihnya sedekah untuk anak dia. Then masa aku mula nak menanam kacang, datang pulak kawan mak, 2 orang, diaorang nak beli kacang tanah, so 2 kilo terjual. Murah rezeki di hari pertama Ramadhan nih.
Terus lah terbantut usaha aku nak menanam so aku ke Zone 2 instead, mencabut. Dapatlah lebihkurang 4 kilo semuanya, banyak jugak kacang-kacang yang dah tua, yang dah cambah anak, maknanya aku kena cepat-cepat habiskan menuai semua kacang tuh. Tapi, setakat dua tiga baris jer yang aku boleh cabut dalam sehari.
Dapatlah tidur sekejap sebelum Zohor tuh, lepas Zohor pun aku cuba-cuba sambung tidur tapi tak lena. Mak ajak singgah kat Pasar Ramadhan lepas Asar, aku tak beli apa pun, mak jer beli lauk sesikit. Malam nih ada disediakan nasi untuk berbuka, cuma malam ni aje lah. Malam setersunya mungkin kena bawak bekal sendiri. Aku beritahu mak yang aku nak makan roti, buat sandwich, burger aje lah kadang-kadang, untuk berbuka, Sahur. Mak kata padai-pandai aku lah, ikut lah apa yang aku nak.
So lepas menyiram cili, aku terus ke Sungai Ruan, hajatya nak beli barang-barang dapur ekekeke. Elok dah aku penuhkan bakul dengan chicken nuggets, chicken fingers, fries, mixed-vege, daging burger, mayonaise etc, then aku terfikir, buat habis duit jer nih, mau nya dalam seseratus ringgit semuanya nih, tak makan benda-benda nih pun ok jugak, InsyaAllah adanya benda lain yang nak dimakan, tanpa perlu aku membazir. Teus aku susun balik satu persatu, sedangkan tadinya beria sangat sampaikan tanya tokay kedai tuh apa pasal tak dijual roti untuk burger.
Aku tersinggah kat pasar Ramadhan sekali lagi, kesian kat Chu Bekam, aku pun terbeli air tebu, yang aku bawak ke masjid untuk berbuka. Ramai jugak yang berbuka kat masjid, rupanya Haji Ramli ada jemput a few orangs untuk jamuan tuh. Ada 4 pelajar dari tahfiz yang ikut sama, one of them tuh anak Samad. Umurnya dalam 12 ke 16 tahun. Diaorang (berdua) yang mengimamkan sembahyang Maghrib dan Isyak, jugak Tarawikh yang diaorang berdua bergilir-gilir jadi Imam.