Monday

Ahad - 14072013

Pagi nih terlambat bangun, sedar-sedar dah 4-45 am, alarm tak berbunyi kot? So lepas Subuh terpaksa lambat sikit tidurnya pasal nak gantikan dengan apa yang aku sepatutnya buat, angkara terlambat bangun tu lah. Kat luar pun hujan turun rintik-rintik so chances untuk aku ke kebun memang slim, jadi tak ada masalahlah kalau aku tidur sampai lewat sikit. 

Aku bersyukur sebenarnya sebab aku boleh susun dan atur aktiviti aku di bulan Puasa nih mengikut kehendak hati. Kalau dibayangkan macamana orang-orang yang bekerja tuh kan, diaorang tak boleh tidur siang (kecuali curi-curi tidur), diaorang tak dapat nak bangun awal, diaorang resah kalau tidur lewat, semua masalahlah. Tapi bagi aku, aku tak ada semua masalah tuh, masalah-masalah macam tuh semua tak timbul. Dengan lain perkataan, aku kenalah "kerja" lebih kuat sebab aku diberi Tuhan kemudahan macam tuh, kan?

Aku bangun dalam pukul 8 setengah just because Long dah lama ke kebun, dan mak nak ke surau. Kalau diikutkan hati, mau pukul 10 baru aku bangun. Aku tak ada niat pun nak ke kebun sebab hujan turun rintik-rintik tapi lepas jer berak, anak Nasir datang. 

So terpaksalah aku turun ke kebun, at least nak beritahu, nak tunjukkan apa-apa yang nak dibuat. Sebenarnya tak ada apa sangat pun kerjanya tapi sebab aku dah janji dengan diaorang, so aku suruh budak tuh memotong akar pokok kacang yang dah dicabut. Budak darjah 6, sama level dengan mak jer lah kerjanya, kan? Aku pindahkan anak-anak kacang yang tercambah dengan sendirinya, banyak jugak, maknanya kacang kat Zone 2 tuh dah tua dan elok dituai. Tapi, bila aku cabut at random, banyak pulak yang masih keputih-putih, kepucat-pucatan, belum bersedia untuk dituai, dalam seseminggu gitu lagi gayanya. 

Nasir datang tak lama lepas tuh, takut sangat anak dia aku jadikan hamba sahaya aku agaknya ekekekeke. Bersembang aje lah, sesambil mengopek kacang, yang akhirnya habis siap.

Aku ajak anak Nasir tuh tolong menanam kat Zone 1 pulak, so dapatlah 2 baris panjang. Bersemangat aku jadinya kerja macam tuh, ada teman penolong, ada helper. Kalau ikutkan biasa, tak sebanyak itu kerja yang selesainya pagi nih. Aku kasi RM 10 untuk 2 jam lebih anak Nasir tuh kerja. Happy gila budak tuh. 

Dari kejauhan aku nampak mak tengah sembang sama Long, sebelum Long balik ke Jerantut. serious semacam, I'm sure cerita pasal aku pun ada dibentangkan tuh, semalam aku ada beritahu Long yang aku nak settle down kat kampung aje lah macam Long jugak, so projek kitaorang nih boleh terus berjalan lancar. 

Aku lupa pulak nak beritahu yang semuanya tuh provided aku tak ada masalah lain kat sini, provided fikiran aku tenang. Untuk masa sekarang, fikiran aku tenang, tak ada anasir-anasir subversif lain yang datang mengacau. Tapi, kalau keadaan bertukar, bilamana aku kata, "ah, senaklah aku kalau macam nih", then besar kemungkinan aku tak jadi nak settle down kat kampung dengan kadar segera, aku akan "merempit" ke tempat lain dulu. 

Benda tuh yang aku lupa nak beritahu Long semalam tuh, janganlah diaorang take for granted yang "the eagle has landed so everything's going to be ok" Aku bukan seekor camar yang pulang.

Kerajinan aku terbawak-bawak sampai ke petang, lepas beli lauk kat Pasar Ramadhan, terus aku sambung menanam kacang, dapat another 2 baris panjang. Ada Indon yang kawin dengan orang kampung nih, dia datang hantar racun sebab esok dia akan mula meracun. Mak nak upah Indon tuh sebab S dah lama tak datang, seseminggu dua nih mak astik risau pasal rumput tak berracun aje kerjanya, aku senyapkan aje, at least mak tak bising pasal benda lain, yang may or may not buat aku aku sentap. Mak sanggup berhabis empat lima ratus untuk bayar upah meracun, dua bulan sekali pulak tuh. Tapi yang peliknya, bila aku kata nak beli sabut kelapa RM 100, mak kata menghabiskan duit aje (sedangkan itupun bukan duit mak). Ngeri kan perbandingannnya? Ekekekekke

Berdua aje (lelaki) yang berbuka kat masjid malam nih, aku sama Bilal. Yang lain tuh diaorang berbuka kat rumah, then terkocoh-kocoh datang untuk Maghrib. Macam biasa aku makan itu sikit ini sikit. Makan macam tuh buat aku tak berselera nak makan nasi, lepas balik Tarawikh, sampaikan mak tanya, "Mat nyer awak tak pernah makan nasi, berbuka makan kuih jer?". Kalau diikutkan hati, nak aku bawak bekal nasi ke masjid untuk berbuka tapi aku biasanya beli lauk sikit jer, satu lauk dan satu sayur. Dan itu untuk dimakan masa Sahur. Bukanlah aku kedekut, tapi aku malas membazir sebab tak makan nasi pun aku tetap kenyang makan benda-benda lain.