Monday

Jumaat - 28062013

Macam semalam, aku tak ke mana-mana pun lepas breakfast. Aku cuma ke MidValley sebelum Sembahyang Jumaat, makan kat sandwich shop yang sebelah MacDonald's tuh kalau tak salah aku.

Khutbah Sembahyang Jumaat dibuat guna multi-media, ada screen besar. Bagus, at least jemaah boleh faham makna ayat-ayat yang Imam bacakan. Tajuk Khutbah harinih, Rumah Allah Yang Semakin Sepi, peringatan tentang pentingnya mengimarahkan tempat ibadat. Yang buat lawaknya, since Khutbah tuh disediakan oleh JAWI, so adalah a few pages yang diskipped oleh Imam, especially pasal sekarang nih masjid yang dijadikan tempat berdemo. Imam tak baca bab tuh tapi kitaorang jemaah (yang tengok screen) dapat tengok sepintas lalu.

Lepas Maghrib ada Tahlil, best Tahlil kat surau nih, masa berdoa, ada orang hulur sampul berisi duit. Patutlah ramai Bangla yang datang, itu bukan aku kata tapi one of the jemaahs punya lawak. Dia kata dia perasan yang Banglas yang menyewa kat apartment Sri Putra sana tuh ramai yang datang kalau time-time Maghrib. Lepas Tahlil tuh, mentara tunggu Isyak, aku keluar sekejap merayau-rayau. Yang benarnya aku nak tengok apa isinya sampul duit tuh ekekekeke. RM 5 rupanya. 

Ada majlis ijab-kabool (sah lah yang tulis kat board di surau tuh orang lama ekeke) lepas Isyak, aku tunggu jugaklah, dah 3 malam berturut-turut aku makan khenduri kat surau. Buat syarat jer sebenarnya sebab aku dah makan malam dah sebelum Maghrib.

Entahlah tapi aku sebagai penonton yang rasa tension sangat dengan Kadi jurunikah tu. Tau lah dia orang penting, tau lah yang dia kerjanya menikahkan orang, tapi, buat lawak tuh berpada-pada lah. Kesian kat pasangan pengantin yang tersipu-sipu kemaluan tuh, angkara lawak bodoh Kadi tuh. Kanyo jer muka diaorang aku tengok, bila Kadi tuh merperlekeh-lekehkan diaorang dalam bentuk lawak. Seriously, aku rasa nak lempang jer Kadi tuh, tak tahu ker orang tuh ada perasaan jugak? Tak tahu ker yang pengantin tuh terpaksa buat-buat gelak walaupun kau "kononnya" buli-buli dia dalam bentuk lawak. 

Orang macam Kadi tuh kena diajar jugak kadang tuh, kalau tak dia tak akan sedar, dia rasa yang menjatuhkan air muka orang tuh bukan satu kesalahan, sebab orang yang airmukanya terjatuh tuh, dia pun turut gelak. Dia tak terasa hati pun sebab kalau dia terasa hati, apapasal dia pun turut gelak?

Kalau aku lah yang jadi pengantin tuh, aku akan either lempang Kadi tuh atau aku jelir lidah, buat muka masam.Kasi middle finger pun ok gak. Atau aku just walk away. Tak kawin pun tak apa, boleh cari Kadi lain. Yang pentingnya aku dapat ajar Kadi tuh.