Elok dah set kan alarm pukul 4 tapi bila cellphone berbunyi, aku engsotkan sikit ke pukul 4-15 pagi. Sanggup tuh bangun, letakkan cellphone tuh jauh sikit, tak boleh letak within reach takut nanti ada alasan lain pulak. Lambat lagi lah, semalam tidur tak cukup lah, lima minit jer lagi lah, macam-macamlah. Aku letak jauh sikit tuh bukan apa, aku sedar yang kadar kelemahan aku nih tinggi, sebab kalau aku "kuat", dah aku bangun dah masa alarm tuh berbunyi pukul 4 tuh kan? Tapi itulah, sanggup engsotkan alarm, sanggup bangun, then baring semula, semata-mata nak sambung tidur for like 10 minutes. Pengajarannya, waktu Subuh memang every second counts, memang waktu paling berharga.
So korang ingat aku bangun pukul berapa harinih? Aku bangun pukul 4 suku tu lah. Tengok orang lah! Ekekekeke
Pukul 9, hantar mak ke masjid, ada program untuk orang perempuan, Sembahyang Tasbih kalau tak salah aku. So aku sambung tidur lepas tuh, sedar-sedar pukul 10. Macam semalam jugak, aku buat kerja sana sikit, sini sikit. Mulanya tanam kacang, dapatlah sebaris. Then siram cili, susun polybags peria, tomato, tembikai. Then mencabut kacang. Dapat dalam 2 kilo jer.
Itupun sampai dekat nak masuk Zohor dah. Semalam, harinih, kepala aku pening jer, tak ada lah teruk tapi cukup buat aku rasa uncomfortable. Itu yang aku tak buat kerja berat sangat tuh sebab kalau dilayan kerja berat, memantak-mantak peningnya. Dua-dua hari nih lepas berbuka, aku telan Panadol 2 bijik, masa Tarawikh stim semacam jer.
Sejak semalam jugak aku tak online sangat, takat bukak FB kejap, then check harga gold, harga EURUSD, GBPUSD, bukak Twitter kejap, then offline. Baguslah macam nih, banyak benda lain yang boleh dibuat di bulan Puasa nih, daripada online kan?
Kitaorang tak beli apa-apa pun kat Pasar Ramadhan, lauk semalam masih ada, then belen lauk masa jamuan kat masjid pun ada mak bawak bawak balik. Berbuka, cuma 3 orang jer, ada lah orang hantar kuih, roti canai, so makan sikit-sikit gitu jer lah. Ada jugak makanan lain yang orang hantar tapi dikebas dek Bulat, dia nih tak berapa siuman, so dia bebas buat apa kat masjid, itu yang diambil dek dia sorang jer mee rebus, yang mulanya aku dah aim nak ambik.
Tadi lepas Tarawikh aku tanya Nasir kalau-kalau anak dia nak kerja tolong-tolong aku, aku upahlah sesikit. Anak dia nak, budak darjah 6, so weekend nih dia tolong aku kat kebun lah, rasanya nak suruh dia tolong potong akar pokok kacang tanah yang dah dilerai bijiknya tuh. Bukan apa sangat, best jugak kalau kerja ada peneman nih, tambah-tambah kalau bebudak. Daripada peneman yang asyik nak komplen itu ini, baik lah aku upah kat budak, kan?