"Awak kena pergi ke Raub karang, keluar ker duit nak buat belanja Puasa. Mak malas memasak, masa ada (arwah) pak dulu, dia lah tukang beli lauk", kata mak, Subuh tadi.
Kitaorang akan berbuka di masjid, so kena bawak bekal lah pasal masjid cuma sediakan makanan untuk More. Lagipun, dengar ceritanya, cuma tiga empat orang aje yang akan berbuka di masjid.
Awal aku ke kebun pagi ni, beum pun 7 setengah aku dah keluar. Eh dak, aku pergi breakfast dulu sekejap. Mulanya plan nak mencabut kacang tapi rasa rugi pulak kalau aku tak menyangkul, sementelah tanah masih lembut sebab hujan semalam tuh. And so aku menyangkul, kat kawasan pisang yang di tepi rumah, bukan kawasan depan rumah tuh. Tanah kat situ nampak macam subur jer, lagipun kawasannya luas jugak, pisang yang ditanam tuh jauh-jauh antara satu sama lain.
Yang tak bestnya, mak boleh nampak aku kerja, dan jiran kitaorang, Haji Tarr boleh nampak jugak. Denagn lain perkataan, aku kena betul-betul kerja, tak boleh nak melepak-lepak, kena tunjukkan yang aku rajin. Itu yang terbongkok-bongkok, uko tak henti-henti aku menyangkul, lebih-lebih lagi bila dengar suara Haji Tarr kat belakang rumah dia, jugak bila dengar macam mak ada kat dapur. Puas hati aku dengan kerja aku, luas kawasan yang aku cangkul, rasa macam tak percaya jer yang aku serajin itu.
Tak lama tuh mak pun mula lah datang pungut-pungut sampah, kulit kelapa, pelepah pisang, kat area aku kerja tuh. Terus aku terjadi malas nak sambung menyangkul, terus aku bersiap untuk ke Raub. Sebelum tuh aku dah sms Ida siap-siap, nak make sure yang akaun mak tuh ada duitnya, aku tak rasa Ida dah ganti sepenuhnya duit mak sebab harga emas kan ker tengah turun sekarang nih?
Singgah sekejap kat Kedai Kacang Sempalit, tanya tokay tuh kalau-kalau dia nak akar kacang tanah. Diaorang tak tanya pun pasal kacang sebab kebetulan yang ada masa tuh cuma tokay bahagian akar. Cuma diaorang kata kalau boleh akar tuh dipotong lebih panjang, dalam sekaki gitu, dan dijemur. Tak payah dicuci dan diikat, masukkan aje dalam guni. Mulanya diaorang suruh hantar setiap hari tapi aku kata tak berbaloi sebab cuma aku sorang yang cabut kacang, mana nak leraikan biji kacang, mana nak potong akar kacang tuh lagi, so sebanyak mana sangatlah yang aku boleh dapat dalam sehari?
Akar Kacang Tanah tuh diorang buat herba untuk kasi kuat kote kot? Ekekekkeke
Mulanya macam rasa banyak benda yang nak buat kat Raub, nak beli itu ini peralatan pertanian, benih, baja, jugak nak minum/makan besar sebelum Ramadhan, tapi lepas aje keluarkan duit kat bank (akaun mak jugak akaun aku sendiri), terus aje aku patah balik. Aku singgah kat nursery, beli 10 guni sabut, jugak sekilo polybags.
Last-last makan kat kedai Samad jer lah.
Petang lepas Asar aku dah confused apa nak buat, bersahut-sahutan kerja memanggil aku. Aku kopek kulit kacang mulanya, boring gila. Nampak gayanya kali ini mak lepaskan semua kat tangan aku, untuk round ini, sikit pun mak tak campur. Kalau dulu, bab-bab menyediakan benih, mengopek kacang tanah, itu kerja mak, aku tak sentuh pun, apa yang aku tahu, ambik aje setupperware benih kat dalam fridge bila aku nak menanam. So kali ini aku kena settlekan semua all by myself.
Kita tunggu bab duit hasil jualan kacang nanti macamana pulak.
Aku tunggu mak balik dari surau sebab aku nak mak mamakesurekan yag dua tandan pisang yanag akau nak tebang tuh, dah tua dan elok ditebang. Nak harapkan aku, mana aku tahu pisang tuh dah tua atau tidak, unless pisang tuh dah kekuningan, then aku tahu lah pisang tuh dah tua ekekekeke.
So dapatlah 2 tandan, aku nak jual esok, daripada biarkan S tipu kitaorang, baik aku sendiri yang jual. Kalau dalam masa dua tiga minggu nanti dia ada datang (sebab nak tengok-tengok mana pisang yang sedia ditebang), aku nak kata kat dia yang pisang tuh rosak. Ada setandan yang rosak, aku tak nak beritahu ada yang tak rosaknya.
Meriah kat masjid tadi, masa Tarawikh lagi meriah, rasa macam masa sembahyang Jumaat pulak, ramai orang. Imam Simon Cowell yag mengimamkan sembahyang pasal Imam Hafiz akan cuma datang malam esok aje, InsyaAllah.
More nya oklah, kuih sesikit, mee goreng, cukup untuk para jemaah yang cuma tinggal dalam 50 orang jer dah masa tuh. Pelik jugak More kat sini, setiap malam harga-harga sebutharga More tuh berbeza, dari serendah RM 75 sampai ke yang paling tinggi, RM 300 setiap More. Maknanya, ada makanan yang simple aje, ada makanan yang best. Kalau aku jadi sesetengah orang, tentu aku fikir, baik datang Tarawikh malam sekian-sekian sebab makanannya best.
Mind you, ada orang yang berfikir gitu. Nasib baik bukan aku.