Memang lah niat murni, angan-angan dan cita-cita aku, yang disertai dengan semangat membara, nak kerja kuat sikit hari nih, minggu terakhir sebelum Puasa. Tapi, sebab aku tak berapa sihat, niat murni, angan-angan dan cita-cita aku, yang disertai dengan semangat membara tuh cuma tinggal bara aje.
Sebab aku ter-jadi ter-sangat lah malas nya. No thanks to hidung yang masih tersumbat, tekak kering tuh. Lepas Subuh aku tidur, sedar-sedar dah 8 setengah, tak pernah aku bangun selewat itu. Tapi understandble lah kan, aku masih keletihan. Mak pun masih keletihan, mak tak puasa pun harinih.
So terus aje lah ke kedai for breakfast, walaupun mak ada kata, "Maggi banyak tu, semalam Nuar bagi Maggi uko dua tong", kata mak. Nuar ada a few kedai runcit/mini-markets kat Shah Alam/PJ. Mungkin mak tak bermaksud suruh aku berbreakfastkan Maggi.
Lepas tuh barulah bersemangat nak kerja, tapi dah lewat lah jugak, matahari dah lama naiknya. Tapi, kalau dah semangat membara gitu, dalam badai salju pun aku akan kerja jugak, ini kan pulak cahaya matahari. Bukannya aku tak boleh berlindung di sebalik daun pisang, kan?
Aku sambung kerja menyangkul, aku basahkan tanah, dan mula lah menyangkul. Rasa macam segar badan, hilang lenguh-lengah sebab batuk, bila badan berpeluh gitu tuh. So semakin laju aku kerja, semakin banyak keringat tertumpah ke bumi ekekeke. Sebanyak hingus aku yang tak reti nak berhenti mengalir tuh.
Aku repair-repair kan jugak kawasan yang dah lama siap dicangkul tuh, cadangnya nak terus tanam aje, ada benih kacang yang mak beli ituhari, walaupun bukan kacang harimau, tapi nampak macam gebu jugak isinya. Tapi, buat apa aku buang masa tanam kacang, baik aku teruskan menyangkul sebab nanti bila Puasa dah mula, aku tak rasa aktiviti berat macam menyangkul nih, akan aku buat. So, kerja berat-berat, kalau boleh dibuat sekarang, baik aku percepatkan. Nanti di bulan Puasa, buat kerja ringan-ringan aje, kalau ada kerja berat yang lain, tunda sampai lepas Raya. Bukan ada apa nak dikejar pun sangat kan?
Sebelum masuk rumah, aku siram cili, pindahkan polybags yang jauh kat belakang, dah besar dan subur cili kitaorang, aku menengoknya pun seram. Cuma yang buat aku geramnya, banyak semut yang menghurung hujung pokok cili aku tuh. Tension aku dibuatnya, tau dak?.
Petang nih tak ada mengaji sama UstazM, dengar katanya dia tak sihat. Tapi mak, Chu sama mak Rizal ada majlis baca Yaasin, so lepas hantar diaorang ke Jelu, aku melepak aje lah. Lepas Asar baru aku pergi jemput diaorang, yang by the time aku sampai ke rumah, dah agak lewat untuk aku buat kerja-kerja kat kebun.
Macamana pun aku pergi lah jugak, aku nak petik cili. Ini cili yang kitaorang tanam lama dulu tuh, kat kawasan play area mak tuh. Ada dalam 50 pokok cili yang kecik-kecik pokoknya tapi buahnya bertitiran. Seriously, selama ini aku tak pernah pun petik cili, biasanya mak yang buat semua tuh, kerja-kerja tak macho macam tuh. Tapi sebab aku kesian kat mak, sebab cili tuh banyak, so dengan penuh rasa rendah diri nya aku pun mulalah memetik.
Tak sampai sepuluh minit kerja, terus aku rasa bosan, Ya Rabbi lah kerjanya, annoyingly boring. Macamanalah agaknya geng-geng Indons, Banglas yang kerja memetik cili sebab diaorang dibayar 30 sen se kilo cili. Dekat sejam aku kerja, sekilo pun tak dapat rasanya, sebab asyiklah pindah dari satu pokok ke pokok lain, nak cari cili yang besar-besar jer.
Since malam nih tak ada Kuliah Maghrib, aku ajak Ariff keluar makan, kebetulan pulak Rizal pun nak keluar so kitaorang bertiga ke kedai makan depan Sekolah Sains di Pintu Padang. So settle lah bab nak belanja Rizal.
Tak boleh tidur jugak aku malam nih, asyik batuk, bersin aje. Habat aku nih, uko berlemir selimut, buat mengesat hingus. Bagus sebenarnya bersin nih, selain dari kesihatan, bersin buat kita selalu ingat mati. Mana tak nya, bila bersin, jantung kita berhenti berdetup, kan? Tu pasal lepas bersin kita kena ucap Alhamdulillah, mensyukuri yang kita masih hidup selepas jantung berhenti seketika.
Aku online jer lah, mengecheck FB, apa-apa artikel berkaitan tempat Pengajian Pondok yang mak nak pergi tuh. Bagus tempatnya, selalu sangat ulama-ulama datang bagi kuliah. Cuma bila tengok gambar-gambar "pondok" tempat tinggal penghuni, aku rasa macam insaf jer, daif keadaannya. Yang akhirnya buat aku pasang niat. Pasang niat jer lah buat masa nih yang aku mampu.