Syukur Alhamdulillah malam semalam hujan, so pagi nih tak payah buat kerja. Tak payah menyiram kacang tanah. Dan tak payah menyangkul. Bukan tak payah maksudnya tak perlu menyangkul. Tak payah aku dalam konteks ayat ini makna nya senang (tak payah = senang).
On my way ke kebun aku tengok cangkul yang S selalu guna untuk merepih rumput tuh, ada tersadai kat pokok pisang, so aku cuba guna cangkul tuh sebab matanya lebar dan tajam. Mungkin sebab tanah lembab dek hujan lebat semalam, it was such a breeze menyangkul, macam menyudu frozen yogurt jer rasanya, kejap jer luas kawasan yang aku kerjakan.
Dulu aku selalu peratikan S kerja, kerjanya tak seberapa tapi dia asyik lah duduk mengasah cangkul. Dia tak perlukan cangkul yang tajam sangat sebab kerja dia cuma merepih, membuang rumput di sekeliling pokok pisang, itu aje, very simple.
Dan aku pulak, selama aku duduk di kampung, tak pernah pun aku asah cangkul walaupun kebanyakan kerja aku melibatkan cangkul. So bila aku comparekan kedua-duanya, baru aku terperasan yang mudah jugak kerjanya kalau cangkul tuh tajam. Dang, kerja bercucuk tanam nih kena guna otak jugak rupanya. Patutlah aku nih Pengerusi Kelab Geng Skru Lerh (Loose)
Aku selalulah dok fikir, apalah kerja nya si S nih, dapat menarah tanah sesepuluh kali, then dia duduk, mengasah cangkul. Aku tahu yang cangkul yang tajam lebih memudah dan mempercepatkan kerja tapi I choose untuk berpuas hati dengan cangkul yang aku guna tuh, yang tak pernah diasah. Sebab aku fikir, dengan cangkul tumpul tu pun aku boleh kerjakan tanah yang luas, kan? Bukan macam S, harap kan cangkul aje yang tajam, kerjanya tak seberapa.
So here we have 2 different karakters, pemikiran. Si A (S) yang lebih mementingkan kesenangan, keselesaan bekerja, supaya dia tak payah kerja kuat, supaya kerja dia jadi senang. He's one smart guy.
On the other side kita ada Si B (aku) yang walaupun tahu jalan mudah untuk senang bekerja, tapi he chooses jalan susah, dia berpuas hati dengan apa yang ada. He knows the quickest short cut but he chooses the road less traveled. He's one dumb guy.
Ok anak dara-anak dara, janda-janda sekelian. Sekiranya anda disuruh memilih salah satu antara dua tuh (A atau B) untuk dijadikan bakal suami, solely based on that criteria, lelaki mana kah yang akan anda pilih, A atau B?
"Aok nak ke kedei ker? Kawaih nak kiring kopi-o-ais", kata S bila aku pulangkan cangkul.
Aku tak berniat nak break pun tapi sementelah dia tanya gitu, terus aku dapat idea untuk pergi mengeteh. Nak reward diri aku nih yang tadinya menyangkul uko jas peluh (sampaikan basah berpeluh).
Walaupun aku kurang berkenan dengan S nih, walaupun aku selalu kutuk dia (sebab suka menipu tu lah) tapi tiap kalu aku ke kedai, aku tapaukan dia air. Baik hati aku nih, sebenarnya kan? Too bad nobody knows ekekekek
Zohor tadi aku perasan yang kumpulan Tabligh ada di masjid. Semalam IbrahimTabligh ada beritahu aku pasal orang Tabligh nak datang ke kampung nih for 3 days. Dan diaorang akan melepak di masjid. Now, masjid kampung nih pelik sikit, banyak protokol dan rules yang pelik-pelik, dan aku beritahu IbrahimTaligh yang I doubt it pihak masjid akan benarkan orang Tabligh bermalam di masjid tuh.
"Cuba jer lah, pedulikan apa diaorang nak kata. Kalau tak boleh, surau kan ker ada?", aku kata gitu kat IbrahimTabligh.
Biasanya orang Tabligh yang datang ke kampung nih diaorang melepak di surau, yang lebih kepada markas tak rasmi orang Tabligh di kampung nih (ada quite a few Karkuns kat sini, I'm not one of them, aku bukan Karkun, aku Kartun ekekekek). So far aku belum pernah nampak orang Tabligh (orang luar) melepak kat masjid.
"Orang Tabligh tu kena halau, tak dibaginya duduk di masjid. Disuruh pergi ke surau", kata mak, lepas Asar.
Aku dah agak dah sebab masa Zohor tadi tuh aku peratikan yang ada a few orang kuat masjid yang macam tak selesa jer dengan kehadiran geng Tabligh tu. Yang orang Tabligh nih pulak satu hal, tak reti lah aku nak cakap apa yang aku sendiri pun tak berapa puas hati nya tapi, janganlah buat masjid tuh macam Masjid Seri Petaling (markas Tabligh), atau markas-markas lain. Lagi satu, berpakaian tuh, keterampilan diri, buatlah senonoh sikit, bukan zuhud namanya kalau berketerampilan macam tuh. Itu cara pembawakan orang malas, orang habat (pengotor). Macamana kita nak mengajak orang ke arah yang baik kalau orang tengok kita pun tak bersemangat.
Aku dah agak orang Tabligh akan datang ke rumah petang nih. Aku tengah menugal kacang tanah bila diaorang datang tuh, Rizal sama RiTabligh yang bawakkan. Boleh tahan jugak diaorang nih dalam bab-bab bercerita pasal orang (mengumpat?), semuanya sebab kes diaorang tak dibenarkan bermalam di masjid tu lah.
Rileks lah Bro, tak dikasi duduk di masjid, duduk di surau pun dah ok. Bukan ker surau tuh markas Tabligh kampung nih? Lagipun, diaorang tentu ada valid reasons apa pasal diaorang tak benarkan bermalam di masjid, mungkin jemaah-jemaah Tabligh yang lepas-lepas ada buat palat. So, rileks lah, jangan bitter sangat, tak baik tau?
Gaya macam nak hujan, dan aku cuma sempat tanam 2 baris kacang, sedangkan aku rasa macam nak mengeteh sangat. So aku kata kat mak yang aku nak ke Sungai Ruan, nak isi minyak. True yang aku ke Sungai Ruan, aku beli ubat semut, nak sembur kat pokok cili aku tuh. Then singgah kedai, makan mee hailam, semalam aku order mee tuh tapi sebab lambat sangat, aku kansel. So, aku makan mee hailam yang sepatutnya aku makan malam semalam lah.
Lepas Maghrib aku ke surau, nak dengar Bayan (Ustaz Simon Coweel tak ada malam nih, dia melawat anak dia kat Nilai). Geng Tabligh dari Kelantan tuh ada seramai 12 orang semuanya, dan karkun-karkun kampung dan yang lain-lain, termasuk aku, 12 orang jugak, so kira macam ok jugaklah sambutannya. Itu jer lah yag mampu aku buat demi meraikan orang luar yang datang buat kerja ugama kat kampung nih.
Rizal tanya aku kalau-kalau aku boleh tolong hantar some of them ke destinasi seterusnya Sabtu nanti, mungkin ke Masjid Jelu sebab Jelu tuh kampung orang Kelantan.
Syukur, malam nih hujan turun lagi.