Monday

Ahad30Disember2018

Aku terlena pagi nih sementara tunggu MN datang kerja, dalam lapan setengah gitu dia sampai. Sementara dia buat kerja, senyap-senyap aku breakfast, ala kadar jer. Then terus ke kebun. 

Aku pindahkan anak limau oren ke polybags asing sebab macam lambat jer penumbuhan diaorang bila beramai-ramai dalam satu polybag. Ada belasan jer yang tumbuhnya, ituhari ada aku semai beratus bijik benih limau oren tapi nampak gayanya tak berhasil sebab tanah digenangi air. Tak apa lah, mana yang tumbuh tuh akan aku jaga betul-betul. Anak pokok betik pun tinggal berapa batang aje, the moment aku pindahkan ke tanah, banyak yang mati. Agaknya tak dapat menyesuaikan dengan alam sekitar kot. 

Since anak kacang buncis, kacang panjang, rock melon, dah mula tumbuh, aku kena banyakkan polybags berisi tanah, sabut, baja  so itu yang aku buat kerja itu jer sepanjang waktu aku di kebun, dapatlah belasan polybags.

Aku tapau makanan untuk kitaorang berdua for lunch, aku tak tahu pun yang MN tak makan ikan keli, patin, sebab aku ingatkan orang kampung makan semua tuh. Nasib baiklah aku ada beli lauk ayam jugak. Parah jugak kalau macam ini hari-hari, salah aku jugak, aku yang mulakan beli dia lunch ituhari, kan?

Pengelat jugak MN nih kadang tuh, tengahari dia tak buat apa sangat, aku selalu ternampak dia melayan cellphone kat bawah pokok rambutan. Entah apa yang meralitkan dia, aku pun tak tahu. Entah-entah masih berhubung dengan awek Malaysia yang duduk Australia tuh, yang dia kenal kat Smule. Yang ajak dia kawin tuh.

Bila dah petang dalam pukul 5 lebih, enam, baru dia mula sibuk. Dia macam tak tahu yang kadang tuh aku nak keluar awal sebab nak jemput Chu etc. Tiap kali dia kerja, aku yang suruh dia stop, suruh buat esok nya aje, sebab aku nak ke masjid for Maghrib. Kalau orang lain tengok dia kerja sampai dekat nak malam, tentu orang akan kata yang dia rajin. Auta jer lebih sebenarnya.

"Datang lah surau karang, ada jamuan, nasi goreng sambal hitam", aku kata gitu kat MN sebelum dia blah.

Aku tak tahu tapi aku rasa macam canggung jer, rasa lain jer masa nak ambik makanan yang aku order dari Chu, untuk dibawak ke surau. Masa nak blah tuh, dari corner of my eyes pun aku boleh baca dan nampak yang Chu macam terkilan kan something.

Ramai yang datang mengaji malam nih, lebih ramai dari yang mengaji hari Isnin malam Selasa kat masjid. Ustaz yang mengajar pun jadi bersemangat. Aku pun bersemangat tapi bila Samad tegur, dia tanya, apa pasal suara aku macam gugup jer bila baca, aku kata lah yang memang gitu jadinya, aku pernah rakam suara aku baca Quran, dan aku macam tak percaya yang how gugupnya aku bila baca.

Laku keras nasi goreng sambal hitam yang Chu buat tuh, tak cukup, itupun tak ramai yang makan sebab ada yang "segan nak makan", ingatkan makanan tuh hanya untuk yang mengaji aje. Diaorang suruh bawak makanan yang sama lagi minggu depan tapi aku kata kena tukar menu lah. Since gula tak ada, aku suruh one of the kids kat surau tuh tolong belikan teh o panas, tapi ada jemaah yang mintak nescafe, so minum nescafe kitaorang malam nih. Minggu depan aku nak bawak nescafe, susu etc sendiri lah, macam mahal jer sejug nescafe RM 15. Sejug teh o cuma RM 5.

"Bila lagi awak nak sponsor makan?", tanya one of the jemaahs.

"Minggu depan lah, InsyaAllah", aku kata gitu. "Kat masjid pun minggu depan jugak tapi tak tahu hari apa. Datanglah ke masjid", aku kata lagi.

Malam semalam, since aku masih di alam kebodohan sebelum Maghrib tuh, aku terbersembang dengan Bendahari Masjid, so aku kasi dia duit untuk buat makan-makan, minggu depan. "Tapi, jangan kabar ke Chu", aku kata gitu.

"Ngapa nya, dia marah ker?", Bendahari tuh tanya aku. 

"Tak, Tak....... Perempuan, tau jer lah kan, diceritanya kesemua orang", aku kata gitu sambil gelak-gelak. 

"Ok, paham, paham", kata Bendahari tuh.

Memang betul pun, Mak tanya aku ituhari, "Awak sponsor makan lagi ker tetiap minggu?", walaupun aku tak pernah cerita apa pun kat Mak. Dan ituhari Chu ada kata yang anak-anak dia selalu tanya Chu, apa kerja yang aku buat duduk kampung? Dan Chu jawab something like, "Dia buat kerja di komputer, banyak duit nya tuh, tiap-tiap minggu dia sponsor makanan hantar ke surau".

I wish aku boleh sponsor makanan setiap minggu untuk masjid tapi harga nya mahal, enam atau tujuh kali sponsor makanan kat surau baru sama dengan sekali sponsor makanan kat masjid. Tapi memang meriah lah masakannya, complete dengan buah dan bubur.