"Pakai lawa harinih, nak ke mana?", Samad tanya aku masa breakfast tadi.
Biasanya aku pakai pakaian kerja kalau pergi breakfast, dan kalau minum masa break, pakaian aku memang kotor, kadang tuh memang kotor sangat, kadang tuh pakaian jer nampak kotor, tapi aku tak buat apa pun sangat kat kebun. Pagi nih, sebab aku nak ke Jabatan Pertanian, dan sebab cuaca pun macam mendung semacam, gaya macam nak hujan sangat, itu yang aku decide yang aku tak nak ke kebun, aku nak settlekan urusan lain. Ke Pusat Serenti pun aku tak nak pergi.
Dalam sesetengah jam tunggu S tapi masih tak nampak muka dia, terus aku ke tempat peraih pisang tuh, Ngit orang panggil dia, mungkin singkatan dari perkataan "hangit, bingit, sengit, lengit atau langit". Dia kata dalam pepukul 11 dia akan datang ke rumah untuk jemput aku untuk ke setor Jabatan Pertanian tuh.
So melepak aje lah aku sementara tunggu Ngit tiba, masa tuh masih awal pagi, dan aku jadi macam serba salah, nak ke kebun atau tidak. Aku nampak mak tengah mengutip jagung, lagilah rasa bersalahnya aku. Tapi kan, aku ada urusan lain nanti nih, dan sebagai seorang pekebun, petani, tak semestinya kena sentiasa ada di kebun kan? Hujan turun the moment ngit sampai, ngam-ngam pukul 11.
"Kome ada dalam seseratus ekar tanaman, tak ada pun dapat bantuan", kata Ngit.
"100 ekar? Tanam mende?", aku tanya, respect aku kat orang yang rajin berusaha nih.
"Macang-macang, pisang, sawit, tembakau, sayur", kata Ngit. "Kome nih pelajarannya rendah tapi sejak umur 15 tahun lagi kome dah buat kerja kebun. Tak lah kaya tapi boleh lah", kata Ngit lagi.
Hujan semakin lebat bila kitaorang sampai, dan setornya pulak di sana satu, di sini dua, so terpaksa redah jer lah hujan, mengangkat guni-guni baja, kapur tuh. Bukan semuanya baja yang aku dapat tapi dikasi jugak bekalan kapur. Now, what the heck is that kapur for? Sampai 10 guni. Setahu aku, kapur nih untuk kegunaan kalau nak buat kolam ikan, lepas dibuang air kolam, dasar kolam tuh ditabur kapur. Tapi, apa pulak kaitannya untuk pertanian? Tak apa, aku ada internet, aku akan cari semua jawapan tuh online. Buat masa nih, aku kena buat pura-pura tahu apa kegunaan kapur tuh, dan ambik jer apa yang Jabatan Pertanian tuh kasi, dua hari lepas dah ambik racun sama Clorox.
Korang tau, Clorox tuh untuk apa? Tak apa, masa aku bodoh-bodoh dulu pun aku ingatkan Clorox tuh buat guna basuh pakaian kerja, and I was like, Ya Rabbi, baiknya kerajaan, sampaikan Clorox pun dikasi bantuan.
Mulanya cadang nak singgah kat Pejabat Pertanian di Pintu Padang sebab selain nak ucapkan terima kasih kat pegawai-pegawai yang tolong aku, aku nak perkenalkan Ngit kat dioarang jugak, Ngit tuh kalau sedari dulu dia berhubung dengan Jabatan Pertanian, tentu dah berjaya, tentu orang tak akan kenal Pak Mat Siam.
"Kome nih bukan jenis orang yang suka jilat jubur, nak dapat bantuan nih kena ikut jer telunjuk diaorang', kata Ngit. Jangan kata aku pun jilat jubur jugak sebab aku ada dapat bantuan baja tuh.
24 guni baja dan kapur, so nak simpan kat mana? Setor kitaorang memang tak boleh muat, lagipun setor tuh kan ker macam doll house, nak sentiasa cantik dan bersih as if Barbie tinggal kat situ? So, tempat yang paling sesuai untuk simpan baja-baja tuh semua, kat garaj baru. Aku ambik palet, dan kitaorang berdua punggah dan susun baja-baja tuh. Maka dengan ini hampalah harapan sesiapa untuk mengepark kereta di garaj yang baru itu.
Ngit kata upah semuanya RM 60, aku ada terfikir jugak yang aku pun patut dibayar upah jugak, so masa aku pulangkan duit belen kat mak, aku ambiklah a few kepings duit upah.
Lepas Sembahyang Jumaat rupanya ada mengaji kat surau, Ustaz yang hari Isnin tuh sanggup mengajar dua kali seminggu. Aku dah lah tak praktis baca, so memanglah tak berapa lancar aku baca kali nih.
Aku tengah melipat canvas/plastik, pasang zink, dan tindihkan dengan tayar-tayar lama, baja tuh bila Long pun sampai, dia balik sorang jer.
"Mende nih? Simen?, tanya Long. Long sure ingatkan simen untuk buat lantai garaj tu.
"Tak, baja', aku jawab gitu sambil terus betulkan plastik canvass tuh.
"Mat nyer buat gini?", Long tanya lagi. Pelik agaknya dia sebab dahlah dipasang canvass, diletak a few kepings zink di sekeliling, then letak tayar pulak tuh.
"Takut orang curi. Buat gini, kalau ada orang nak curi, kita boleh dengar sebab bising bunyi zink nih", aku kata gitu, selamberly.
"Argh, tak kan lah orang curi", kata Long sambil gelak. Lama jer Long gelak sampaikan aku dah terasa hati. Sampaikan aku terperasan yang benda aku buat tuh memang tak berapa masuk akal. Or rather is shows some of my bad traits.
Aku tak beritahu pun kat Long yang semua tuh adalah idea mak, mak yang suruh aku buat gitu. Walaupun mulanya aku nak menjawab, nak kata yang tak akan ada orang curi nya lah, tapi aku termakan jugak dengan idea bernas mak tuh bila mak kata yang (arwah) pak dulu selalu kecurian baja. Aku tak terfikir pun, aku tercepat percaya, yang itu hanyalah ayat-ayat penyedap cerita yang mak rekacipta untuk mengukuhkan statement mak. i should have known better yang mana pernah (arwah) pak beli baja banyak-banyak, dan kalau beli dua tiga guni, sure disimpan dalam setor? Apalah aku nih, mudah sangat menerima hujah-hujah tak bernas dengan membabi buta.
Aku rasa takat keparanoian aku nih dah melampau-lampau, Maghrib tadi aku ternampak En Bruno Marz, terus jer aku pergi sembahyang ke sebelah hujung sana. Bayangkan satu masa nanti, masa bersalam dengan dia lepas sembahyang tuh, slow jer dia kata, "Keeping The Dreams Alive'. Ha, apa aku nak kata?
And so malam nih aku menggoogle ajelah kerjanya, aku cuba guna word-word yang familiar, hmmm, kebanyakan words yang aku guna tuh meresultkan blog aku ada di page pertama atau kedua search engine tuh. Dan aku terjumpa jugak a few websites pasal tempat-tempat, cerita-cerita di sekeliling aku nih, dan aku terjumpa jugak gambar-gambar orang yag namanya ada aku sebutkan dalam blog aku nih.
Kan ker aku dah kata yang internet world nih kecik sangat?
Ini gambar kacang harimau yang aku tanam tuh, aku terjumpa gambar nih kat internet. Sedap kacang nih, mahal pun mahal. Jangan dicomparekan dengan kacang yang biasa tuh, memang tak boleh dibuat pengompare-ran.
Dan aku satu-satunya anak Melayu yang ada tanam kacang nih secara besar-besaran hehehhe