Monday

Ahad - 19052013

Tak ada lah aku rasa guilty sangat lambat turun ke kebun pagi nih sebab semalam kan ker hujan lebat, tak ada kerja yang boleh dibuat sangat pun. 

Long masih lagi memesin rumput, di sekeliling kawasan kacang yang dah semak samun jadinya tuh. Lega sikit aku sebab tak payah aku susah-susah nak merepih, meynangkul semak tuh nanti. 

Selama aku duduk di kampung, aku tak pernah pun guna mesin rumput tuh, aku pura-pura macam tak reti nak guna. Long pun setuju aku buat gitu sebab "kalau tak, tentu awak disuruh memesin rumput jer kerjanya, tak dapat lalu nak buat kerja lain", kata Long. 

At least he understands.

Aku buat para/junjung kacang panjang yang ada 4 baris tuh, guna kayu dan tali lama aje. Sesambil meleraikan, merungkai tali-tali yang bersimpul tuh (sapa lah yang meruntuhkan junjung kacang ituhari, patutnya tali-tali tuh disusun elok-elok), mata aku mengekor jer pergerakan mak, menengok her every move. Mak menanam/menugal jagung, dapatlah a few baris. Semalam puas aku cari benih jagung yang banyak aku beli dulu tuh, rupanya mak simpan kat tempat lain. Rupanya mak nak tanam sendiri. Dan mak nak tanam kat seluruh kawasan sayur tuh, jugak kawasan yang dulunya aku tanam jagung tuh. 

Dulu masa aku mula-mula tanam, Long sama mak lah beria-ia kata yang aku menanam makanan beruk (jagung tuh akan dimakan beruk) tapi sekarang nih diaorang pulak beria nak tanam jagung. Kalau boleh aku nak tanam cili jer kat situ, tak pun nak reserve tanah tu untuk tanam kacang tanah yang dalam sesebulan setengah lagi, akan mula boleh dicabut. 

"Apasal mak yang nak menanamnya?. Kalau aku yang tanam, sesehari dua siaplah. Puaslah nanti nih, semua lah orang tahu (i.e mak akan beritahu orang yang mak sibuk sangat menanam jagung)", aku kata gitu. Long gelak jer. 

At least he understands. 

Kalaulah aku nih macam mak, kalau mengikut jumlah kacang yang aku dah tanam, aku rasa seluruh pelusuk penduduk Parlimen Raub nih dah tahu pasal tuh, itu perbandingannya heheheeh

Again, kebanyakan perempuan (orang tua) memang macam tuh kan? Kerjanya tak seberapa, canang aje yang dipukul lebih-lebih. 

Anyway, macamana pun, harinih aku rasa macam happy jer, mungkin sebab cuaca mendung, kacang tanah pun dah merimbun, dan kerja menyiram akan  jadi semakin senang, 



"S dah lama tak datang, kalau tidak, nak upah dia memesin semak kolam nih", aku terdengar mak kata gitu kat Long. 

Nak jer aku tanya Long, yang Long faham ker apa maksud mak tuh? Maknanya mak nak suruh Long memesin semak kat situ lah. Memang gitu sokmo lah style mak. "Nak suruh MatN memesin, panjang ngat dah rumpert (rumput) senoho (di sana) terh (tu)', mak akan kata gitu. Dan Long pun akan pergi ambik mesin rumput. Nasib baiklah aku "tak reti" guna mesin rumput tuh.

"Long, deme suruhlah mak ke Johor, tak kan mak tak nak pergi? Awak tak tahu Long, tapi percayalah, mak tuh kuat sangat dramanya", aku kata gitu masa Long dah nak balik.

Sebelum tuh aku ada dengar mak bersembang dengan Long pasal nikah Li, anak Pak Andak, 8 June nanti. Nak jer aku menyampuk tapi aku takut mak sentapz pasal mak laju jer bercerita, sekali kata nak pergi, sekali kata tak nak pergi. Macam biasa, banyak hujah dan nama-nama yang dikaitkan, yang aku sure 100%, semuanya mak reka aje, untuk menyedapkan jalan cerita.

Sampai ke depan rumah aku bersembang dengan Long, biasanya kalau Long nak balik, takat bersalam gitu aje, dua minggu lepas, aku tak sedar pun bila Long balik ke Jerantut. Kitaorang bercerita pasal projek fertigasi tu lah, Long suruh aku dapatkan sebanyak mungkin maklumat dan experience. Agaknya mak pelik pasal ralit sangat aku bersembang dengan Long, mak pun duduk kat sofa, curi-curi dengar.

"Tapi deme kena ingat, mungkin tahun depan aku tak duduk kampung dah", aku kata gitu dengan harapan mak boleh dengar. I doubt it tho'.

"Itu pasal nak tanam kacang ni pun aku dah plan siap-siap, bila harus ditanam, bila aku dah tak nak tanam dah nanti", aku kata gitu.

Tak apalah, biar lah Long berdiscuss dengan adik beradik aku yang lain pulak. Aku nak tengok jer macamana gayanya. In all honesty lah aku cakap, aku boleh jer teruskan duduk di kampung, tapi kenalah on my terms pulak. Sebab it's going to be a long term punya hal.

Kalau aku dapat bebas the whole of next year, then balik semula ke kampung, itu dah cun dah.

Petang nih aku merepair, menambun mana-mana kacang yang terkulai ditiup angin kencang ituhari, mana yang macam nak tercabut tuh. Then aku mencabut rerumput kat Zone 3a, 3b. Tak ada pulak mak turun ke kebun petang nih. Kan aku dah cakap, mak akan ke kebun masa adik beradik aku balik aje, ataupun masa aku tak ke kebun (sebab hujan/malas/benda-benda lain). 

Sneaky sunggu mak nih kan? Ekekekeke. Tapi aku suka mak macam nih, banyak benda yang boleh aku tulis kat blog. Aku ada beritahu dulu yang the reason aku tulis pasal kehidupan aku sama mak nih, katalah panjang umur nanti, InsyaAllah, aku akan baca balik old entries, dan aku akan senyum sorang-sorang. Too bad aku tak ada entries pasal (arwah) pak.

Kadang-kadang aku dapat jugak message dari orang yang aku tak kenal, kat FB aku. So far ada 3 messages (ketiga-tiga nya perempuan.) yang kata perangai mak diaorang macam sama jer dengan perangai mak aku. That's so comforting kan?

"Awak nak pergi bayar bil ker esok?", mak tanya masa nak pergi Maghrib tadi. 

Aku yang beritahu mak, bil air dan letrik dah tiba, walaupun Ida boleh bayar semua tuh online tapi saja jer lah aku nak tengok reaksi mak. Lagipun aku memang berhajat nak ke Raub sesehari dua nih, bolehlah sekali dengan bayar bills.

"Boleh jugak, hari pun hujan nih, tentu tak ada nak buat mende pun esok", aku kata gitu.

"Jagung?", kata mak. Laaa, rupanya mak nak aku tanam jagung kat kawasan yang dah Long clearkan tuh.