Monday

Isnin - 20052013

Lama aku melepak kat kedai Samad pagi nih, lepas breakfast aku terus aje melepak, sikit pun tak peduli orang. Samad, bini dia, pekerja dia, semuanya tegur tanya aku, aku katalah yang aku tak tahu nak buat apa sebab semalam hujan lebat so aku tak payah nak menyiram kacang, dan nak buat kerja lain pun tak ada apa sangat pun.

Ini 'fenomena' yang berulang nih, bila kacang dah tumbuh, aku dah tak ada kerja sangat dah, jadi macam bosan jer rasanya. Itu yang aku nak berjagung-jagung sementara menunggu kacang berisi, tapi tanam jagung pun kejap jer kerjanya. 

I was in two minds sebenarnya, rasa macam nak ke Pusat Serenti tuh, nak jumpa mis amigos puta madre heheheh, rasa nak ke Raub, bayar bill, rasa macam nak tangguhkan esok aje semuanya. Last-last melepak, berangan. Hidup aku sekarang nih, tak ada apa nak dikejar pun, itu yang berangan, merancang tuh, at least ada jugak benda yang boleh aku cuba kejarkan. Melayu gitulah kan, kalau dia sorang-sorang, dia berangan, atau tidur jer kerjanya. Kalau berdua, diaorang mengumpat. Kalau beramai, diaorang nak menjatuhkan orang.

Aku buat keputusan nak tanam jagung aje lah sebab macam tak ada kerja lain yang lebih penting. Mak ada masa tuh, menambunkan sekeliling kacang yang ada mak tanam a few baris dulu tuh. Teruk aku nih, kacang yang mak tanam, aku tak tengok-tengok pun, adalah dulu sekali tuh aku siram, itu aje, kerja yang lainnya biar mak buat sendirilah. Tak banyak, a few baris jer. 



Apa-apa hal aku contact Ida, nak tahu status akaun mak, iyalah, harga emas tengah turun sekarang nih, tentu Ida masih hold emas yang dia beli dulu tuh, maknanya, duit dalam akaun mak (yang Ida guna) masih belum Ida transferkan lagi.

Aku tinggalkan mak kat Klinik Kesihatan Ulu Gali, dan aku teruslah ke bandar Raub. Lepas pergi bank (duit withdrawal akaun Forex aku dah masuk, ituhari aku buat withdrawal USD 150)), pergi beli benih jagung/tembikai, then buat kunci duplicate, semua kunci, kunci kereta pun jugak, aku buat. 


"Sedang molek (ngam-ngam) jer mak keluar, awak pun sampai. Rame ngat orang, doktor nya sorang pulak tu", kata mak. 

Terlambat sikit kitaorang pergi surau untuk sessi mengaji petang nih, iyalah, mana nak ke kedai beli kuih lagi. Ustaz dah lama tunggu, so bila kelam kabut gitu, mulalah silap aje bacaan aku, sampai page ke 3 barulah ok aku baca, tak ada salah. The first 2 pages tuh banyak salahnya sampaikan aku rasa Ustaz tuh macam nak give up aje, geleng-geleng kepala lagi. Aku tak kisah sangat UstazM nih sebab dia understanding, tak macam Ustaz Simon Cowell yang syerewet tuh. 

Maknanya sekarang, 3 kali seminggulah aku mengaji dengan Ustaz M nih, petang Isnin, petang Jumaat, dan malam hari Sabtu. 

Rajin aku petang nih, balik dari sembahyang Asar, aku tak online pun (biasanya sempatlah online dalam 15 minit), terus aje ke kebun. Mulanya aku menambun pangkal kacang (guna kiut sebab rapat sangat baris kacang tuh, susah kerja kalau guna cangkul) di Zone 2, tak sempat habis, aku ke Zone 1 pulak, repair-repair mana yang patut. Last sekali aku mencabut rumput/pokok renek kat Zone 3a.




I am my own worst enemy. Always been, always will.