Entah apa-apa lah aku nih, semalam beria-ia jer buat azam baru tak nak minum kat luar, (sebab aku macam merajuk, aku macam terasa hati sebab mak beritahu dan tanya Ida, kat mana aku dapat duit), tapi tadi aku terpergi jugak. Terpaksa pergi sebenarnya. Tak apalah, esok aku akan cuba lagi, aku sepatutnya tak tidur dah lepas Subuh tu, lepas lepak-lepak sekejap patutnya aku sediakan breakfast. Tak bolehlah aku tidur semula then bangun again dalam pukul 8, then masa tu lah baru nak sediakan breakfast, kan? Lewat sangat dah, nanti issue lain pulak yang berbangkit.
Ooo, lagipun tadi tak ada apa yang nak dimakan, tu pasal aku terpaksa ke kedai beli roti.
So mulai esok, InsyaAllah, aku tak brekfast kat kedai dah lah, makan roti selek kaya sama telur separuh masak 2 bijik dah lah. Cereal yang aku beli dulu tuh masih ada sikit, oatmeals pun ada jugak lagi. Dan aku tak nak beli paper dah, baca online paper jer lah, lagipun kat paper banyak sangat cerita rogol (then again, reason aku baca paper hari-hari sebab nak baca cerita rogol jer kan? ekekek)
Tengoklah nanti, berapa hari aku dapat bertahan menahan nafsu sahwat aku daripada minum kat kedai. Dapat 2 tiga hari pun ok dah kan? Oooppsss
Tak ada lah aku merajuk apa pun dengan mak cuma semalam, lepas Maghrib tuh, aku melepak kat masjid jer. Kedua-dua kedai yang aku nak pergi, semuanya tutup, tu pasal. So I had a deep thought, aku tahu, kalau dapat pun cuma pahala iktikaf, tapi tak apa, once in a while aku kena fikir dalam-dalam apa yang menyenakkan fikiran aku nih, sesekali sekala aku kena fikir ummah.
Aku tak tahu lah apa yang readers blog aku fikir pasal aku dengan mak nih, and as I said I don't give a fuck pun apa orang nak fikir, coupled with the fact yang banyak benda-benda sensitive lain yang tak aku tulis kat blog nih, aku rasa aku macam ada masalah besar. Masalah macamana nak menangani kerenah mak yang di luar jangkaan aku nih. Masa aku mula-mula duduk di kampung dulu, aku tak expect langsung yang aku akan hadapi masalah macam nih, aku tahu yang menjaga orang tua is such a daunting task tapi aku rasa mak aku best, bukan macam mak orang lain. Or so I thought lah kan?
To cut it short, dalam 6 bulan aku duduk di kampung nih, banyak lah benda yang terpaksa aku simpan dalam hati, aku banyak memendam rasa.
Ok, now, masalahnya macam nih.
Setiap kali lepas sembahyang, aku memang sentiasa berdoa, among others, aku bersyukur dan redha dengan segala apa yang Tuhan beri pada aku (kita kena bersyukur jugak, tak boleh nak berdoa, memintak aje kan?) dan aku AKAN bersyukur dan redha dengan apa yang akan Tuhan berikan pada aku.
So, yang aku rasa tak puas hati, aku mengeluh, aku whine, aku merengek-rengek, kat blog even, mengalahkan bapok sundal tuh, apa pasal nya? Sepatutnya aku bersyukur dan redha ajelah kan, after all memang itu pun yang aku berjanji dengan Tuhan, kan?
True yang my mom is no Ibu Mithali. Far from it baby. What, you crazy? My mom, kalau dicalunkan untuk Ibu Mithali, surenya akan kalah sebelum bertanding lagi.
So, deal with it lah kan, pepandai lah jaga mak kan?
On second thought, nasib baik jugak mak bukan Ibu Mitahli, kalau tidak lagi teruk. Sure aku akan bosan sebab everything is just plain sailing, tak ada ombak nya langsung. Worst part is aku terpaksa ke hulu ke hilir hantar mak, iyalah kan, Ibu Mithali Peringkat Daerah, Ibu Mithali Peringkat Negeri, Ibu Mithali Peringkat Kebangsaan kan?
So from today onwards, aku tak nak fikir banyak-banyak sangat, aku tak nak over analyse (tapi kan, analisa aku selalunya betul, dammit!), aku nak buat-buat bodoh jer benda-benda yang buat aku tak berkenan, benda-benda yang sepatutnya bakal merungsingkan otak aku. Well, up to a point lah kan? (Tudia, warning siap-siap ekekekke)
From today onwards jugak aku nak buat tak kisah jer, walaupun kadang tuh aku rasa mak treats aku macam a 16-year-old girl aje, walaupun I am a grown-ass man for heaven sake. Then again, kalau aku nih a 16 year-old teenage girl, dah lama aku lari ikut Bangla. Sebab kan ker Bangla-Bangla sekarang semuanya dah dikasi IC?
"Benih jagung dah habis ker?', mak tanya, masa aku tengah mengeluarkan pam air yang disimpan dalam rumah (mak tak nak simpan dalam setor, takut kena curi. Ialah, pam baru)
"Semalam saya ada beli sikit', aku kata gitu.
"Ada lagi benihnya, penuhkan jer kawasan sayur terh, jagung ni kena tanam serentak baru elok', kata mak.
Maksud mak, mak nak aku terus sambung tanam/tugal jagung. Aku buat tak tahu jer sebab dalam kepala aku fikir, what different does it make kalau aku tanam jagung tuh esok, lusa, atau minggu depan, kan?
Tak sampai 5 minit aku menyiram, pam air tuh padam, so aku start lagi sekali. Ok semula, for about 3 minutes, then bila aku nak start, tali pam tuh macam ketat, macam bersimpul kat dalam, tak bergerak-gerak. Pelik aku, selalu sangat gitu, bila aku nak guna aje, adalah taik palatnya. Sedangkan aku tak buat apa-apa pun yang boleh menyakitkan hati pam tuh. Ingat dak masa mula aku dapat kereta ituhari, tak sampai sehari, kereta tuh kong, bateri yang kong. Ingat tak masa aku kerja kuli jaga kolam ikan kat Hulu Langat dulu tuh, mesin rumput, pam air, dapat sehari jer aku guna, lepas tuh terus rosak, sedangkan aku guna dengan cara yang betul.
Terus ajelah aku masukkan dalam kereta, nak hantar ke kedai repair di Sungai Ruan. Kebetulan pulak aku memang nak ke Pusat Serenti tuh, rasa macam dah lama tak ke sana.
Cina tuh tak nak lah pulak repair sebab kata dia, pam tuh pam baru, baik hantar ke kedai tempat pam tuh dibeli. Masalahnya, Long beli pam tuh di Jerantut. Macam nih kena tunggu Long balik lah, ataupun hantar ke kedai lain, yang tokaynya lebih friendly.
Terus ajelah aku masukkan dalam kereta, nak hantar ke kedai repair di Sungai Ruan. Kebetulan pulak aku memang nak ke Pusat Serenti tuh, rasa macam dah lama tak ke sana.
Cina tuh tak nak lah pulak repair sebab kata dia, pam tuh pam baru, baik hantar ke kedai tempat pam tuh dibeli. Masalahnya, Long beli pam tuh di Jerantut. Macam nih kena tunggu Long balik lah, ataupun hantar ke kedai lain, yang tokaynya lebih friendly.
Tahanan-tahanan Pusat Serenti tuh baru jer nak memulakan aktiviti diaorang, ada dalam 50 orang yang ditugaskan menebas hutan di sekeliling kawasan kolam, kawasan pertanian diaorang tuh. Pandai pihak pengurusan CCRC (Pusat Serenti) tuh, diaorang kata yang menebas hutan tuh is part of the aktiviti yang memberi markah, akan dibuat penilaian, kalau bagus, tahanan tuh akan dibebaskan sesehari dua lebih awal. Most of them akan bebas akhir bulan nih so masing-masing bersemangat kerja.
Aku sempat sembang dengan SarjanK sekejap, dia tunjukkan peralatan fertigasi yang dah dipasang, jugak benih-benih yang diaorang baru semai. Impressed sungguh aku, so aku tanya SarjanK kalau-kalau dia boleh buat semua tuh from A to Z, kalau boleh, might as well aku contractkan kat dia aje, daripada suruh Pak Mat Siam buatkan, kos nya sure jauh lebih rendah, kan?
EnY (Timbalan Pengarah) ada datang, dia ajak aku ke seberang sana tuh tempat diaorang menebang hutan, 50 orang yang kerja, memang sekejap jer nampak berbeza dari mulanya tadi. Memang cantik kawasan tuh, berbukit, dipenuhi pokok akasia, dikeliling kolam yang cantik bersih airnya. Aku beritahu EnY yang kalaulah kawasan tuh dapat ke Cina, sure dah dijadikan resort dah.
Banyak benda yang aku sembangkan, or rather EnY ceritakan kat aku, I wish I could tulis semuanya kat sini tapi dia kan ker orang penting, so aku kena respect kat dia. Aku tak boleh tulis sembarangan, aku tak boleh tulis sikit pun apa yang kitaorang sembangkan dalam 3 jam tuh, sebab semuanya penting-penting belaka, semuanya news to me.
Pelik aku, masa aku ke Pejabat Daerah di Kompleks Kerajaan Raub ituhari, banyak kereta mewah kat designated parking spaces kan? Ada Lexus, ada Honda, tapi EnY nih selamba jer drives Kancil. Tapi kan.....
Ooopppsss...nyaris terlepas cakap!
"En Ross (Pegarah) nih jiran kitaorang, dia menyewa kat belakang rumah mak saya", aku kata gitu sambil tunjuk Proton di sebelah kereta EnY tuh.
"Eh, saya menyewa sama dia, kitaorang duduk sekali (sama-sama)", kata EnY.
Rupanya En Ross sama EnY jadikan rumah sewa tuh macam rumah persinggahan aje sebab dalam seminggu tuh ada sekali dua diaorang balik ke tempat masing-masing di Temerloh dan Mentakab.
Dang, kalaulah aku boleh tulis, dah aku ceritakan dengan detail pasal hal kitaorang pergi minum kat one restoran di Sungai Ruan tadi tuh. Aku kan ker bijak memerhati orang?
Laaa, lupa nak tulis.... tadi sebelum balik dari kebun Pusat Serenti tuh, masa dalam kereta, (sebab kesian kat tahanan-tahanan yang sengaja balik lambat so that diaorang boleh mengecek aku), aku "buang" 2 kotak rokok kosong, biar diaorang kutip sampah tuh, diaorang dapat hidup bau kotak rokok tu pun dah bagus dah kan? Ekekekkeke
"Nyang ada datang tadi, dia baru balik dari ladang sawit dia, tu yang dia singgah sini kejap", kata mak masa nak pergi Zohor.
"Mak ada beli mi sup, awak tak payah ke kedai tu lah karang", kata mak masa balik dari surau, masa aku tengah menyiram.
Now, sepatutnya aku sentap dengan ayat mak tuh kan? Mana tak nya, masa bila pulak aku kata aku nak ke kedai? Memang setiap petang ker aku ke kedai? Yang dua tiga hari lepas mak tanya, "Awak selalu ker makan kat luar?" tuh apa hal nya kalau mak tahu yang aku setiap petang pergi kedai, kan?
Yang paling menyentapkan aku, mak anggap yang aku nih ke kedai setiap petang, ha, itu aku susah sikit nak terima (siaplah aku nak ceritakan kat Ida, kat Ani nanti nih)
Macamana pun aku buat selamba aje, aku tetap kata kat diri aku yang jangan ambik hati sangat dengan ayat-ayat mak yang kadang tuh bagai sembilu. Aku tahu mak memang tak ada niat nak menyembilukan ayat-ayat mak, they come naturally kan? Hehehehhe
"Nuar ker yang talipun (tadi), dia ajak ke Johor ker?', kali pertama dalam hidup aku, aku tanya mak, siapa yang menalipun mak. Lagipun aku ada benda yang nak beritahu mak pun.
Semalam aku dah pesan dengan Ida, suruh Ida talipun Nuar, Nuar aje lah calun yang sesuai untuk bawak mak pergi khenduri kawin di Johor, pasal Nuar banyak sedara kat sana.
"Ha ah, dia suruh kita ke Kuala Lumpur, lepas terh pergi ke Johor sama deme nyer dari sana", kata mak.
"Tengoklah macamana nanti, saya dah lama tak ke bawak kereta di Kuala Lumpur, lagipun kereta nih te'elok (tak elok), tingkap pun tak boleh bukak", aku kata gitu sambil tunjukkan yang cermin tingkap kat my side tuh tak berfungsi buttonnya, tak boleh dibukak, kalau nak bayar toll kena bukak pintu.
Now, bukannya aku nak berdrama tapi itulah hakikatnya, kereta tuh walaupun plate numbernya WLM tapi itu Proton. Lagipun, the last time aku bawak kereta kat KL, sehari sebelum aku ke US, and that was what, 12, thirteen years ago?
Ok, now, mari kita analyse.
Dua tiga hari lepas, masa mak sembang dengan Long, mak kata mak "tak dapat lah nak pergi', mak kasi hujah-hujahnya, siap dengan nama-nama penyokong hujah mak tuh. Tadi masa on the phone dengan Nuar, mak kata mak akan pergi, siap dengan hujah-hujah dan nama penyokong yang menyokong dan menyetujui keputusan mak untuk pergi. Sekarang nih bila tahu yang aku mungkin tak dapat untuk mendrive mak ke Shah Alam (rumah Nuar), aku rasa mak akan merekabentuk, merekacipta alasan-alasan yang mak tak dapat pergi. Mak nak, kalau boleh, Nuar (atau adik beradi aku yang lain) datang jemput mak kat sini.
Aku tahu sangatlah tu sebab even nak ke surau di seberang jalan sana tuh pun aku yang hantar naik kereta. Kalau ke masjid, hujan renyai sikit, mak nak dihantar sampai ke tepi tangga (parkingnya is on the other side of the masjid), so if I were a betting man, aku akan bet yang mak tak jadi pergi. Unless ada solution lain. Tak mungkin mak akan naik bas ke KL, walaupun aku temankan.
See, drama kehidupan ini bersambung ke siri akan datang.......
"Dah siap dah tadi, lepas tuh Akak Milah (Makcik Milah) datang ngantor borang", kata Chu, lama jugak kitaorang menunggu Chu bersiap nak ke masjid.
"Borang mende?", mak tanya.
"Alah, borang bantuan Ibu Tunggal", kata Chu.
"Mak tak memohon? Dapat bantuan tuh, Ibu Tunggal", aku innocently tanya mak.
"Mak bukannya kumpulan tu, memang tak dapat.......", kata mak. Barulah aku teringat yang mak tak dapat bantuan-bantuan gitu tuh sebab mak sokong pembangkang.
Ustaz Tab tak ada lagi malam nih, so kebanyakan jemaah balik lepas Maghrib tuh, aku pun keluar jugak, then ter-ajak Ariff sama 2 orang yang lain pergi mengeteh. Minum jer, tak makan pun. Lantaklah apa mak nak kata (tentu mak ingatkan aku pergi makan), at least dapat aku berminggle-mingle dengan orang sekampung, kan? Mak jugak yang nak kan aku 'bercampur sikit dengan orang lain" kan?
"Masa ada (arwah) pak dulu ada juga dapat bantuan, tapi ini deme nyer dah tahu mak sokong pembangkang, tak ada dah nama mak dalam list bantuan deme nyer", kata mak, masa balik dari masjid.
"Tak apa lah, tak ada rezeki, lagipun tak kempunan pun tak dapat bantuan gitu tuh', aku cuba menyedapkan hati mak.