Tak nak jadi macam semalam, mengantuk tak tentu hal, lepas balik dari masjid Subuh tadi teruslah aku sambung tidur. Sekejap. Breakfast pun cuma makan roti 2 keping, then terus ke kebun. Mulanya menugal jagung kat tempat-tempat yang boleh ditanam, aku guna benih yang aku beli dua hari lepas sebab itu jagung variasi lain. So aku 2 jenis jagung lah yang bertanam sekarang nih.
Lepas pada tuh teruslah aku menyiram di Zone 2, dah lama tak menyiram, hujan pun dah 2 tiga hari tak turun. Sejam lebih aku menyiram kat situ, aku betul-betul siram, sampaikan bertakung air in between baris kacang. What's the point kalau menyiram takat sembur sana sembur sini kan? Bukannya menyiram bunga.
Kerajinan aku laju jer mengalirnya, selaju pancutan air, so aku sambung pulak kat Zone 1, itu yang dekat pukul 11 aku masih di kebun. Harinih aku tak ada plan nak ke Pusat Serenti tuh.
Kedai Samad tak bukak, so aku mengeteh kat kedai Chu Bekam jer lah, tak ada orang pun, so lama jugak aku lepak sambil baca paper. Now, aku tak kata aku tak nak mengeteh kat luar, kan? Aku cuma kata aku nak breakfast kat rumah, kan?
"Ada orang meninggal sekejap tadi, ayah Samad", kata mak masa nak ke masjid for Zohor.
Ingat dak masa aku baru jugak duduk di sini, aku nak belanja minum ada sorang tua nih sebab aku macam kesian tengok dia, dia pakai selekeh jer, dengan semutar kat kepala. Bila aku nak bayar, bini Samad kata yang orang tua tuh ayah dia. Dia lah tu, semoga roh nya dicucuri rahmat. Amin.
Bosannya sementara nak tunggu Asar, lepas hantar mak ke surau, aku ke Sungai Ruan, isi minyak kereta. Awal minggu lepas dah taruk, ini kena taruk lagi. Aku silap ituhari, 2 bulan lepas, full tank minyak sampai sebulan tahannya, sebab masa tuh tak ke mana-mana pun, kecuali ke surau dan masjid. And so aku beritahu mak. Dan mak expects yang akan datang nih, minyak kereta akan tahan untuk sebulan jugak lah. itu yang terpaksa taruk minyak sembunyi-sembunyi tuh, or else adalah statement-statement yang kurang enak didengar, walaupun aku dah kasi explaination yang bernas dan jelas.
Trust me, you don't know my mom.
Aku cadang nak ke kubur untuk turut majlis pengkebumian tapi mak pulak kat surau (aku kat masjid), dan mak tak ada kunci rumah (sebab aku yang bawak), susah jugak nanti, so aku terus aje lah balik. Dan ke kebun, menyiram di Zone 2 dan 3a. Lepas tuh mencabut rumput, pokok renek yang semakin bermaharajalela tuh.
Ramai sungguh orang kat masjid malam nih, agaknya separuh dari jemaah tuh semuanya keluarga Samad, semuanya dari Kelantan, jugak dari Selatan Thai, bini Samad tu orang Siam.
Ramai sungguh orang kat masjid malam nih, agaknya separuh dari jemaah tuh semuanya keluarga Samad, semuanya dari Kelantan, jugak dari Selatan Thai, bini Samad tu orang Siam.