Long nih, buat tension aku jer. Pagi-pagi lagi dia dah startkan mesin potong rumput sedangkan aku nak cuba-cuba lena semula lepas Subuh. Dan aku nak ke Pekan Sehari pulak tuh. Mak, biasalah, turun jugak ke kebun. Kalau ada adik beradik aku balik, memang gitu lah perangai mak.
Aku jer yang maintain ikut cara dan kehendak aku, orang nak kata yang aku nih pemalas, by all means kata lah. Sebab memang aku malas pun kan? Masa malaslah. Kalau masa malas, memang aku malas tapi kalau masa terpaksa buat rajin, aku betul-betul rajin. tapi, malas-malas aku pun, aku supply kacang kat Cina Kacang Tanah Sempalit tuh kan?
Kau mampoo?
Kau mampoo?
Kalaulah aku ada duit, dah aku beli anak ayam, anak itik, ataupun arnab, yang ada dijual tadi tuh. Memang Long nak sangat pelihara ketiga-tiga binatang tuh tapi tak ada reban, tak bercadang nak buat pun lagi. Kolam semulajadi kat kebun tuh pun penuh dengan lalang dan tumbuhan liar, dulu dah cadangnya nak dibersihkan elok-elok, then bela ikan, lepaskan itik. Long nih banyak idea dan cadangnya, masalahnya Long cuma balik sini sekali sekala aje.
Katalah yang aku decide nak duduk kampung nanti tahun depan nih, akan aku usahakan semua tuh. Sejak semalam lagi aku sama Long asyik bercerita pasal projek fertigasi yang Long nak sangat buat tuh. Long tanya aku samada aku sanggup atau tidak nak buat. Again, aku beritahu Long yang kalau memang confirm aku akan duduk kampung selamanya, aku akan buat projek secara besar-besaran, with or without him.
"Kalau betul-betul awak serious, kita boleh sewa tanah sebelah tanah mak tuh, ada dalam 3 ekar gayanya, sewa sesepuluh tahun, pastu buat projek", kata Long lagi.
Aku tak ada lah jauh sampai ke situ fikirnya, aku sekarang cuma fikir untuk masa terdekat nih aje, tahun depan. Sebab tahun depan lah yang aku akan buat keputusan, buat masa sekarang sehingga akhir tahun, aku nak peratikan aje keadaan persekitaran aku. Dah 6 bulan aku di sini, aku lebih cenderung kepada keputusan aku untuk tidak duduk di kampung. Dan tidak duduk di Malaysia.
Apa-apa pun, kita hanya boleh merancang, kan? I wish I knew apa perancangan Tuhan untuk aku, itu pasal aku sentiasa redha aje dengan perjalanan hidup aku nih sebab aku tahu yang itu semua ketentuan Tuhan.
Cuti sekolah dah dekat nih, tentu ada adik beradik aku yang akan balik kampung, dan Ngah pun sure akan balik jugak sebelum diaorang pindah ke Chicago, so aku rasa aku nak beritahu diaorang rancangan aku, aku nak suruh diaorang buat persediaan untuk tahun depan. Saja jer lah, nak kasi adik beradik aku kena berfikirlah pulak, diaorang kena buat arrangement lain, siapa nak jaga mak, atau ke mana, di mana dan dengan siapa mak nak tinggal nanti. Kalau diaorang ada solution yang lagi elok, that's very well and good.
Aku tak nak beritahu diaorang, tak nak kasi hints whatsoever yang katalah diaorang tak ada penyelesaiannya (mak berkeras tak nak duduk dengan anak-anak, mak tetap nak duduk di kampung), aku boleh teruskan duduk di kampung nih temankan mak. Yang by that time akan terconfirm lah keputusan aku untuk jadi orang kampung, dan aku akan buat projek pertanian secara besar-besaran. Dan aku akan kawin, dengan sapa-sapa aje yang Chu atau mak rekomen. Dengan aku nih, nothing is difficult, semua masalah tu ada jalan penyelesaiannya.
Kalau aku tak suka, aku tak puas hati, lebih-lebih pun aku mengomel kat blog. Itu aje, kan?
Lama sungguh lah Long memesin rumput, aku buat bodoh jer, lepas pura-pura buat kerja sesikit, aku pun balik. Walaupun berpura-pura tapi banyak jugak kerja yang aku buat, cabut rumput, pindahkan pokok kacang dari Zone 4 ke Zone-zone lain, menambun pangkal pokok kacang etc. Lain dari mak, sepagian mak di kebun tapi aku rasa kalau aku lah yang buat apa yang mak buat tuh, dalam masa 10 minit boleh siap.
Apa pasal aku selalu sangat memerhatikan mak, I have no freaking idea why.
Lepas Zohor ada khenduri tapi mak tak nak pergi pulak, alasannya kat rumah banyak makanan. Malam nih pun ada khenduri lepas Isyak dan mak kata nak pergi, aku tak faham apa kriteria yang mak pilih untuk pergi atau tak pergi khenduri.
Sebab tertarik dengan cerita aku agaknya, Long ajak aku ke Pusat Serenti (baru aku tahu yang sekarang nih orang tak guna dah term Pusat serenti nih, orang guna perkataan PUSPEN, atau kalau nak lebih glamer lagi, CCRC. Cuba korang goggle CCRC Sungai Ruan) nak tengok projek fertigasi SarjanK tuh. Aku ada beritahu Long yang aku sekarang dah dapat ramai kawan, orang-orang penting (Jabatan Pertanian, Pusat Serenti). What a snob lah aku nih kan sebab aku tak anggap pun yang tahanan-tahanan yang aku kenal kat Pusat Serenti tuh, jugak pekerja-pekerja bawahan kat Jabatan Pertanian tuh sebagai "kawan".
Tak ada orang lah pulak kat kawasan pertanian SarjanK tuh, weekend punya pasal kot? Kat main gate Pusat Serenti tu pun tak sibuk, ada 3 buah jer kereta, pelik aku, diaorang tak kerja ker weekends? Habis, tahanan-tahanan tuh disuruh buat apa? sapa yang kawal? Disuruh tidur sepanjang hujung minggu ker? Masa aku kat BFDF dulu, weekends memang tak ada aktiviti tapi officers nya tetap kerja macam hari-hari lain.
Lepas Asar aku terus bawak pam air, nak cuba sekali lagi. Uko berjera-jera peluh aku sama Long tapi air tetap tak keluar, pam tuh tak sedut air. Mak pun ada kat kawasan sayur/jagung yang dah clear, Long mesin pagi tadi tuh. aktif sungguh lah mak nih, kata aku dalam hati. Tapi, apa yang dibuatnya?, hati aku bertanya.
"Moh bawak mesin nih ke Sungai Ruan, suruh Cina tu pasang', kata Long, bila dah give up sebab kitaorang tak berjaya nak membuatkan air anak sungai tuh disedut dek pam.
'Tinggalkan jer lah benda-benda connectors, tube nih, tak mahal mana pun, dalam sesepuluh ringgit jer. Malu ke Cina tu jer kang kalau dia kata, 'ayoo, ini pun lu tak reti pasang", aku kata gitu kat Long.

Kitaorang nak ke kedai tempat aku beli paip/connectors dulu tuh, tapi tak ada tempat nak park kereta, so terpaksa pergi jauh sikit.
"Eh, itu pun kedai repair mesin, jom tanya tokay tuh kalau-kalau dia tahu nak buat macamana dengan pam nih", aku kata kat Long.
Tak nak cakap banyak lah tapi tokay tuh terus dapat selesaikan masalah kitaorang. Banyak benda-benda yang dapat aku belajar dari tokay tuh harinih. Dang, susahnya nak jadi seorang pekebun nih, kan?
Laju jer aku menyiram lepas tuh, guna air anak sungai tu pulak, akan datang nih aku nak basahkan kawasan-kawasan kosong yang lain, so that senanglah aku nak menyangkul. Sebelum Puasa nanti aku kena pastikan yang semuanya siap, aku nak tanam kacang tanah sebanyak, seluas mungkin kali ini, tak dapat jual banyak pun tak apa (sebab kacang tuh nak dijadikan benih, dikitar semula) asalkan next round nih bekalan nya akan sentiasa ada. Mungkin akan datang nih round terakhir aku tanam kacang kot?
Yang aku dah tak nak duduk kampung nih apa pasal nya?
Hujan lebat jugak turunnya malam nih, dan sessi mengaji pun lambat habisnya yang by the time Isyak, dah pukul 9-30 pm, dah lewat untuk orang masjid pergi jemputan khenduri. So masing-masing semuanya tak jadi pergi.
"Makan kat luar lah kita nampak gayanya", kata Long bila mak kata yang kat rumah nasi ada sikit, lauk pun habis, goreng telur jer lah kot? Ish, lambat lah nak tunggu nasik masak, kata aku dalam hati. Dan dalam hati aku tertanya-tanya, khenduri tengahari tadi tak nak pergi, nak pergi khenduri malam, tak kesampaian pulak.
"Makan kat luar jer lah', aku kata gitu.
"Awak selalu ker makan kat luar?", mak tanya aku.
Adess, menusuk kalbu dan banyak makna sungguhlah soalan mak tuh. Apasal mak tanya gitu sedangkan setiap malam, lepas aje Isyak, kitaorang terus aje balik ke rumah. Mana pernah aku menyusup keluar, kan? So, masa bilanya aku makan kat luar?

"Awak selalu ker makan kat luar?", mak tanya lagi.
Aku buat pura-pura tak dengar, aku kata kat Long yang aku nak makan maggi jer lah, lagi best. Mana tak best nya, taruk udang, sotong, sayur, cili, telur 2 bijik.