Tak best harinih rasanya sebab tak breakfast nasi dagang kat kedai Samad yang masih tutup. Setiap Sabtu memang aku berbreakfastkan nasi dagang. Aku pusing jugaklah Pekan Sehari dua tiga rounds, sama Faris, anak sedara aku yang umur 5 tahaun tuh. Tension aku dibuatnya, tak ada apa yang dia nak, puas aku memujuknya. Masa minum, aku tanya nak minum air apa, dia kata nak air putih aje. Aku makan roti canai, dia tak nak makan, dia kata, 'makan kat rumah jer lah'. Aku nak belikan dia selipar, dia kata dia dah ada selipar. Zuhud sungguhlah budak tuh.
Aku menyiram kat Zone 2, 3 dan kat kawasan jagung, cili, kacang panjang. Semalam mak kata, "turunlah hujan, tak pernah bersiram jagung terh". Ada aku jawab, "Semalam dah siram..." geram jer nak sambung ayat tuh,.... "tak kan hari-hari nak kena siram", tapi ayat-ayat gitu aku kena pendamkan aje.
Sampai dekat pukul 11 aku kat kebun, then mak kata nak ke Claw Valley (Lembah Klau) sama Chu/Tihah, anak sedara Nyang kawin. Pukul 12 aku ke Dewan Serbaguna di dekat Pekan Sehari, ada majlis kahwin jugak. Pukul 12-30 tuh ada jugak jemputan makan kat tempat lain tapi aku tak pergi sebab mak tak ada pun suruh aku pergi.
Memang bosan gila kalau Sabtu, antara waktu Zohor ke Asar tuh, so aku online aje lah. Kebelakangan nih aku selalu search pasal benda-benda pertanian, cara-cara nak buat baja fertigasi, cara-cara menanam etc, pendek kata aku nak meknowldegekan diri aku dengan sebanyak mungkin. So minggu nih bab membuat baja.
Aku macam percaya tak percaya jer dengan a few forumers yang walaupun duduk kampung, walaupun tak buat kerja lain kecuali bertanam sesikit, tapi macam bagus jer kasi formulae nak buat baja. as if diaorang tuh ada PhD semuanya. Tapi aku rasa, diaorang tuh semua cut and paste jer agaknya, itu yang nampak macam terrer jer masing-masing tuh.
Ini contoh paling senang untuk buat baja AB tapi aku satu hapah pun tak tahu apa dia.
Set A:
Kalsium Nitrat (10,580 gram)
Iron Chelate (190 gram)
Set B:
Kalium Nitrat (6,600 gram)
Mono-kalium hidrogen fosfat (2,220 gram)
Magnesium Sulfat (4,030 gram)
Mangan Sulfat (17 gram)
Asid Borik (28.5 gram)
Zink Sulfat (14.5 gram)
Kuprum Sulfat (1.9 gram)
Natrium Molibdat (1.2 gram)
Korang faham tak? Kalau tak, lega lah jugak aku sebab aku rasa macam bodoh jer aku nih, so at least ramai jugak orang sebodoh aku. Nak jadi pekebun pun susah, kan? Tension aku tau dak?
Pui sekeluarga ada balik dari Ampang, tak lama tuh mak pun balik. Agaknya keletihan, mak tidur, sampailah dah dekat waktu Asar. Aku tunggu jugak kalau-kalau mak nak pergi tapi macam tak ada gaya mak nak ke masjid, tak kan aku nak bangunkan mak dari tidur. And so aku tunggu dalam kereta jer lah. for about 10 minutes. Bila dah dekat sangat nak masuk waktu, terus aje aku ke masjid, sorang-sorang.
Siap jer sembahyang sunat, aku ternampak kelibat Pui, sama mak. Habislah aku kali nih, kata aku dalam hati. Bukan niat aku nak pergi sorang-sorang tapi aku betul-betul ingatkan mak tak nak pergi masjid. Pernah a few times mak tak turut pergi, masa mak pening kepala etc.
Aku menyiram jugak petang nih walaupun guruh berdentum dentam dan angin pun kencang jugak, macam gaya nak hujan sangat. Tapi itulah, dah banyak kali dah, dentum dentam aje yang kuat tapi tak hujan jugak. Kat sekeliling aku nih, banyak benda lain yang bunyi jer kuat, lentung-lantang bukan main lagi, tapi habuk pun tarak.
Ipin balik PJ petang nih.
Tak ada pulak UstazM malam nih, tak apa lah, semalam dah mengaji dengan dia, Isnin petang nanti pun mengaji dengan dia lagi, kan? Aku makan kuih jer masa jamuan lepas Isyak sebab masih kenyang, petang tadi lepas menyiram tuh, aku pekena tom yam seround, tension sangat aku bosan-bosan macam nih, so that was my highlight of the week, makan kat kedai.