Saturday

Jumaat - 24052013

Pagi nih terpaksa breakfast kat luar. Terpaksa. Aku sambung tidur lepas Subuh, sedar-sedar dah 7-30 am, dan bila aku nak sediakan breakfast, mak ada di dapur. Malu lah aku, mak sure jeling-jeling tengok aku sediakan breakfast. Lama gayanya mak akan berada di dapur, so terpaksalah aku ke kedai, dengan berat hati. Bukan apa, aku seboleh-bolehnya tak nak mak ada apa-apa yang nak dicerita kat my siblings, pasal aku.  For surenya mak akan tambah cerita sesedap rasa, kan? 

Ingat dak yang Ani sama Ida sampai teresak-esak menangis bila dengar cerita aku ke masjid jalan kaki, masa hujan, masa belum ada kereta dulu tuh? sedangkan aku selamba jer, tak fikir apa-apa pun. Tiap kali aku teringat pasal tuh, aku sengih jer, gila lah lawaknya bagi aku.

Kat kedai Chu Bekam dah kehabisan makanan, so menapak ke kedai AJL (Akak Janda Lucah) aje lah.

Since harini cuti, dan kat US pun Memorial Day weekend, aku, walaupun sepatutnya tak ada berhubung kait langsung, aku rasa macam malas jer nak kerja. Macamana pun aku kuatkan jugak semangat, lagipun bukanlah sesusah mana pun menyiram, kan? 

Lepas Sembahyang Jumaat kitaorang ada mengaji, dan Chu pun nak join sama, sebab lepas mengaji tuh, puak-puak omtiner ada sessi menghafal Surah Yaasin. Since aku sorang jer orang jantan (selain ustaz), aku cuma mengaji aje. Ok jugak aku mengaji harinih, aku baca slow-slow, tak rush pun, itu yang cuma ada satu dua jer yang salah baca.

Gaya macam nak hujan lepas Asar tuh, dan aku kena jemput Chu, so aku tak dapatlah nak ke kebun, kan? Ada dalam setengah jam lebih aku menunggu mak, Chu. Aku ok jer, menunggu gitu sambil dengar radio kereta, jauhlah lebih best dari kerja kat kebun.

Makcik Esah sama Chu tak ke masjid malam nih, Chu nak ke Lembah Klau, dan Makcik Esah pulak baru balik dari Putrajaya (anak dia pengurus penyanyi, kat KL. Tak ada lah aku tanya siapa yang dia urus tuh sebab kalau diberitahu pun, mana lah aku kenal)

Lepas Maghrib ada majlis Tahlil, lepas Isyak ada jamuan, Samad yang sediakan. Aku tak makan banyak sebab masih kenyang (sebelum ke masjid, aku makan sandwich yang mak buat untuk dibawak ke surau. Aku makan sama kucing, aku makan 2 set jer tapi kucing tuh, lepas 3 set baru dia tak mengiau. Kalau tak tuh, asyiklah mengiau-ngiau, nak makan pun jadi tak tenteram, rasa bersalah jer membiarkan kucing tuh kelaparan, then teringat yang kalau kita selalu bagi haiwan makan for example, rezeki kita akan bertambah, InsyaAllah), cuma makan mee kari aje.  

Tak lama kitaorang sampai rumah, Ipin sekeluarga sampai dari PJ.