Friday

Khamis - 30052013

Macamana aku tak terpaksa pergi breakfast kat kedai, (walaupun sekarang guna coins aje), sebab tiap kali aku beli roti untuk breakfast esoknya, biasanya dah habis, ataupun tinggal a few kepings aje. Sebab mak selalu buat sandwich untuk dibawak ke surau.

Best dak alasan aku tuh? ekekekeke

So, untuk mengelakkan dari kelaparan (aku perlukan tenaga untuk kerja di kebun), dan walaupun  guna coins aje, terpaksalah aku menapak ke kedai Chu Bekam untuk makan pagi. Dan aku pun tukar coins sebab nak beli roti, malulah nak bayar harga roti RM 3.40 kat kedai Makcik Milah tuh guna coins semuanya kan?

Miskin sungguh aku nih kan? Tapi, aku pernah lebih miskin dari sekarang nih so this is nothing. Alah bisa tegal biasa kata orang tuh.

Malas pulak aku pagi nih, so sebelum pukul 10 aku dah balik ke rumah, tak ada apa sangat nak buat pun, nak menyiram, rasanya tanah masih basah dek hujan dua malam lepas.

Dan biasalah, kalau aku balik awal, mak lah pulak akan ke kebun, yang membuatkan aku rasa guilty aje membiarkan mak buat kerja (yang aku pun tak pasti apa dia). So sesambil online tuh aku asyik mengintai mak jer lah. Kalaulah mak tuh anak dara orang, dah penuh ketumbit kat mata aku nih sebab mengintai jer kerjanya. 

Alah, masa aku kerja pun, mak mengintai aku jugak, kalau tak tuh mana mak tahu aku buat apa, aku ke kedai ker, aku melepak ker, kan?



"Moh lah ke masjid awal sikit, awak nak makan kang", kata mak.

Mak puasa. Tak sampai hati aku nak beritahu yang aku tak ada duit. Tak apa lah, maggi ada, masa mak ke surau petang nanti bolehlah aku makan. Until then terpaksalah menahan lapar sekejap. 


Lama jugaklah bergossip sama Ida, masa tuh mak di surau. Ida beritahu dia dah masukkan duit ke account aku, untuk bayar repair pam air yang RM 300 tuh. Bukan duit dia tapi duit dari account mak. Kalaulah Cina kedai tuh talipun nanti, dan mak yang jawab, dan mak tertahu jumlah kos, aku akan beritahu yang duit tuh Ida yang kasi. So buat masa sekarang nih, semuanya ok, Long tak payah keluar duit (sebab dia dah keluarkan duit beli pam tuh) dan aku pun ada duit untuk bayar kos repair, dan mak pun tak payah nak hulur duit lagi. Harap-harap mak tak tahu lah pasal nih sebab sure jadi riuh nanti kalau mak tahu yang harga repair dekat sama dengan harga pam. Itulah, pengajaraannya, you get what you pay for. 

Dalam bergossip tuh, aku tertangkap 2 statements dari 2 orang yang berbeza, dan aku jadi sentap. Tapi biasalah, aku tak menyerlahkan kesentapan aku tuh, aku diam kan aje. Aku kecik hati. Tak payahlah aku tulis apa dia yang mencecikkan hati aku tuh tapi lepas pada tuh jadi bodoh jer aku.

Dan petang nih, masa di kebun, kejadibodohan aku tuh berterus-terusan lah. Aku melepak mencabut rumput, pokok renek jer lah, sambil fikiran aku jauh melayang. 


Ngah ada talipun masa mak kat bilik air, so aku yang jawab. Dengan Ngah aku jarang mengadu, seboleh-bolehnya aku tak nak adik beradik lain tahu dengan detail (selain Ida dan Ani) tapi tadi Ngah tanya aku makan apa, (sebab soalan lain aku jawab macam nak tak nak jer, so Ngah terpaksa tanya soalan-soalan budak kecik gitu), selamba jer lah aku kata aku makan maggi. Dan bila Ngah tanya apa pasal makan maggi, aku katalah aku tak ada duit, sebab selalunya kalau mak puasa, aku akan makan kat luar. 

So from there, banyaklah cerita-cerita lain yang terungkit. 

"That's only tips of the icerberg lah Ngah", aku kata gitu lepas Ngah kata dia suspects yang life is not all that rosy over here.

"Deme dan ker Puasa di Malaysia nanti?", aku tanya Ngah. Sebab mak lalu belakang aku masa tuh. 

Banyaklah benda lain yang kitaorang sembangkan, sambil gelak-gelak. I let her know yang everything's under control, cuma ada a few benda berkarat yang memang dah tak boleh direpair lagi sebab karatnya memang sejak azali lagi. 

Dalam gila maksud ayat kat atas tuh.

"I can understand", kata Ngah.

"Thank You", aku kata gitu, feeling happy, rasa macam beban yang aku pikul kat bahu aku nih dah terjatuh tanpa terkena jari kaki aku. 

See, aku jawab "thank you" tuh sebab au nih macam Mat Salleh style nya kan? Ekekekek

Akak The talipun jugak, the moment aku start kereta nak ke masjid. Akak The cuma nak beritahu yang diaorang sekeluarga akan sampai malam nanti. 

Agaknya mak macam confused sebab ramai yang menalipun harinih, dan semuanya aku yang jawab. Kalau mak buat diam, buat moyok jer, itu tanda ada lah benda yang tak kena nya. So masa dalam kereta, laju dan banyak jer benda yang aku sembangkan dengan mak, aku tanya itu ini, pasal khenduri keluarga Makcik Esah, pasal khenduri anak Long bertunang kat Trengganu Sabtu nih, pasal khenduri anak Pak Andak kat Johor, minggu depan. Aku rasa happy jer sebab best jer kitaorang sembang, sampaikan aku terlupa sekejap yang aku akan tetap berkecik hati dengan statment yang baru aku tahu tadi tuh. Kecik hati dengan tanpa ada rasa marah, bengang, that's ok kan? 

"Awak tak pergi ke Johor ker?", Chu tanya aku masa kitaorang sampai masjid. 

"Tak", ringkas jer aku jawab.

"Mat nyer?", Chu tanya lagi.

"Nak jaga kacang", aku jawab gitu.

"Lah, tak kan tak boleh tinggal ker sesekejap?", Chu macam tak percaya itu alasan aku.

"Sapa nak menyiramnya?", aku jawab gitu sambil senyum.

Kalaulah cuma aku dengan Chu jer masa tuh, dah aku beritahu jawapan sebenar. Yang aku tak ada duit, dan I want to be alone, all by myself for a few days.

Eh, tapi berani ker aku duduk rumah sorang-sorang malam-malam? Dulu tuh balik lepas Maghrib sekejap aku jadi tertakut, kan? 

Hujan lebat selebat-lebatnya malam nih, kilat sabung menyabung sampai ada sekali tuh ukor terkancuh (sampaikan terkejut) aku masa tengah sembahyang sunat. Tak ramai jemaah yang datang, so banyak makanan yang berlebih, dah lah bermacam-macam ada. Ada sayur, lauk pauk, tomyam, dan kuih muih. 

Akak The sekeluarga dah setengah jam sampainya masa kitaorang balik tuh. Masa aku onkan laptop, tak ada internet signal, walaupun berkali-kali aku on off on off kan. Yang peliknya anak-anak Akak The rileks jer online guna smartphone dioarang. 

Dekat 2 jam aku godek sana godek sini, memang confirmed lah yang laptop aku buat hal, or rather internet connection on my side nih ada yang tak kena nya. Terus jadi gelap dunia aku, segelap malam ni yag tak berbintang.