Pagi nih sedar-sedar dah azan Subuh, mak masih belum bangun. Panik jugak aku, bermacam-macam benda bermain di kepala aku. So tak ke masjid lah kitaorang. Masa aku dah siap sembahyang baru aku terdengar bunyi mak bangun. Salah kunci jam agaknya sebab pukul 6 baru alarm berbunyi, sepatutnya pukul 5, sebab sempatlah mak nak bersahur kan?
Awal aku ke kebun pagi nih, sebelum 7 setengah lagi. Itupun lepas pergi kedai beli beras, roti. Tinggal 10 ringgit jer dalam wallet aku sekarang. Apapun, ada aku kisah?
Memang confirmed lah yang semua benih jagung tuh tak tumbuh, dimakan dek semut merah. Now, apa aku nak tanam then? Ada lah sesikit lagi benih jagung tapi silap-silap dimakan semut jugak nanti tuh. Nak tunggu lagi sebulan setengah, then tanam kacang tanah? (Guna benih hasil tuaian kacang kat Zone 2) Rasa macam lama sangat lagi nak menunggu kacang tuh berisi.
Kat area tuh kalau aku nak tanam kacang tanah, aku kena tanam dengan kulit-kulitnya sekali, kalau tanam guna biji benih yang dah dikupas, haruslah dimakan semut durjana tuh jugak.
Terasa macam lama sangat aku di kebun pagi nih tapi cuma satu kerja aje yang aku buat, menyiram. Happy jer aku tengok pokok kacang yang merimbun tuh tapi aku macam cuak jugak nih pasal baris-baris kacang tuh rapat sangat sampaikan tak ada space untuk aku lalu, nak tambun pangkal pokok. Dulu masa pokok kacang tuh kecik, ada lah aku tambun, tapi bila hujan lebat dua tiga minggu lepas, tanah dah jadi rata semula. Pokok kacang, kalau nak hasil yang banyak, pokoknya kena ditambun sampai ke paras pinggang sebab isinya akan cambah dari sulur pokok tuh. Kalau tak ditambun, sulur pokok tuh tak mengeluarkan isi. Itulah, tamak sangat nak tanam rapat-rapat, dah menyusahkan diri terpaksa bersusah sikit untuk menambun panfkal kacang tuh.
Kitaorang pergi awal sikit ke kelas mengaji petang nih tapi Ustaz lah pulak yang lambat. So sempatlah aku baca 4 rounds (3 pages) sebelum Ustaz tiba, so lancar jer lah aku baca akhirnya, tak ada tergagap-gagap macam selalu tuh.
Sebelum Asar lagi guruh berdentum dentam, keadaan gelap, gaya macam nak hujan sesangat. Tak kan aku nak ke kebun dalam keadaan gitu kan? So aku melepak kat beranda aje lah, menunggu hujan turun. Tapi, sampai dekat Maghrib, hujan tak turun jugak.
Long sekeluarga ada balik, just before kitaorang ke masjid.