Wednesday

Rabu - 25122013

Balik dari breakfast tadi aku nampak Bibik Duyung tengah menyiram kacang, cili, kat tempat mak menyiram semalam tuh. First time aku tengok Bibik Duyung buat kerja tuh, selama ini mak yang buat. Aku biarkan aje sebab aku mengusahakan kacang kat plots lain.

"Jenis yang nak kena disuruh dulu, baru dia nak buat kerja", mak merungut dari dapur, masa aku kat garaj nak ambik perkakas berkebun.

"Suruh jer mak, kalau tak, mende kerja yang dia buat nya", aku kata gitu.

Aku peratikan yang mak sama Bibik Duyung nih macam tak sehaluan, masing-masing buat hal sendiri, mak buat hal mak, benda-benda yang biasa mak buat. Bibik Duyung pulak, kerjanya setakat menyapu, mengemop, sidai dan angkat pakaian. So far itu aje kerjanya. Tak ada lagi aku tengok mak suruh Bibik Duyung buat itu ini. Mak pulak yang semakin aktif ke kebun, menggolect points along the way. Sepatutnya Bibik Duyung yang kena usaha collect points tapi dia rileks aje, memang dia tak ada experience kerja rumah orang gayanya.

"Dulu terh mak suruh dia cuci kereta, nya cuci lah sekali", kata mak lagi. Cuci kereta maksud mak, lap body kereta sesikit, bukan cuci guna air, sabun.

Plan aku pagi nih nak menyiram sebab dah kering kontang tanah, tapi kan ker Bibik Duyung guna paip air? Kerja menyiram seluas kangkang kera bunting tu pun bukan main lama lagi, agaknya kalau disuruh menyiram kat kawasan lain yang banyak pokok tuh, haruslah sampai ke petang.

So aku mula menyemai kacang kat trays semaian, leceh jugak kerjanya, dekat sejam kerja, dapat 6 trays aje. Lepas tuh aku sambung menyangkul rumput, then buat batas, then menanam. Sikit demi sikit kerja aku buat tapi aku puas hati.

Mak sama Bibik Duyung ke tapak Pekan Sehari, ada majlis apa tah sempena Hari Perpustakaan kampung nih, ada banyak acara. Aku cuma pergi masa nak makan aje. Aku nampak mak kat bahagian menyediakan makanan, Bibik Duyung entah di mana. Sepatutnya di mana ada mak, di situ ada Bibik Duyung. Tapi, di mana ada mak, di situ tak ada Bibik Duyung. Rupanya dia, macam orang lain jugak, berkerumun dalam Dewan Serbaguna, pasal ada cabutan bertuah. Nasib baik nombor dia tak bertuah (kalau pun dia dapat nombor), tak kalu, harus dia pengsan kehappyan naik pentas terima hadiah.

Pelik aku pasal mak tak balik pun for Zohor, biasanya sure mak akan balik untuk ke masjid. So aku pergi masjid sorang-sorang jer lah. Aku melepak kat bilik aje lepas tuh sebab mak sama Bibik Duyung ada, petang nih diaorang tak ada mengaji. Lan sekeluarga sampai, diaorang nak balik ke rumah keluarga Rozi Jumaat nih rasanya, ada khenduri.

Lepas Asar aku cuma menyiram, itupun tak sempat siap pasal air slow sangat, esok jer lah menyiram guna pam. Tapi aku kena beli segelung hose lagi, baru boleh sampai, bila disambung ke empat-empat gelung, 120 meter panjang. Hmmm, kena keluar duit lagi.

"Macam orang Indon baca Quran jer", kata Ustaz Simon Cowell sambil gelak-gelak, lepas Bibik Duyung baca.

"Memang orang Indon", aku jawab gitu. Semua jemaah gelak.

Sesehari dua nih aku tak tunggu mak dalam kereta dah sebab kalau aku terus masuk kereta, Bibik Duyung pun akan terus aje masuk kereta. Instead aku bersandar aje kat kereta, dan kalau mak lambat sikit, aku melepak dulu tempat lain. Bila mak keluar dari kawasan masjid, baru aku bukak pintu kereta.

"Orang rumah saya dah tak ada dah", itu aje yang sempat aku dengar Ustaz Simon Cowell kata, masa dia bersembang sama Bibik Duyung, masa dia nak naik motor.

Hmmm...aku dah terbayang yang kemungkinan Bibik Duyung jadi orang kampung nih nanti ekekekekee

Memang pelik sungguhlah Bibik Duyung nih, dalam seminit tuh dia boleh menangis teresak-esak, then dia boleh ketawa terbahak-bahak. Dia talipun Indo agaknya, sekejap menangis, sekejap cakap-cakap manja, sekejap ketawa terbahak-bahak. 

Tensionnya aku.

Tuesday

Selasa - 24122013

Tak boleh tidur kitaorang malam semalam pasal banyak anjing menyalak, berkeliaran depan rumah. Malam nih aku rasa nak cuba tutup semua lampu di kiri kanan dan depan rumah, biar bergelap. Akhir-akhir nih banyak betul menatang tuh, babi pun ada jugak kadang tuh. Tanah belakang dan depan rumah kitaorang, tanah sawit, memang banyak babi.

Aku sambung kerja semalam, memindahkan pokok kacang, satu persatu, ke batas-batas yang rongak. Then mencabut rumput, menambun batas. Jugak merepih. Macam-macam lah yang aku buat, aku kena pastikan yang by the time Long balik dari Umrah, semuanya dah elok, dah cambah. Tension aku kat Long nih tau dak, malam semalam dia talipun tanya aku, dah siap ker tanam kacang yang kat depan rumah tuh, sebab dia kata kalau siap, nak tanam kat tempat lain.

Long nih cakap jer yang reti nya, apa guna tanam kat kawasan baru yang lain sedangkan kawasan lama masih boleh ditanam (dan perlu dibersihkan terlebih dulu). Tanam merata-rata, buat susah nak menyiram aje nanti tuh, dia balik sekali-sekala aje, yang jadi hamba sahaya nya aku. Lagipun selama ini aku yang usahakan kacang tuh, let me decide where and when nak tanam. 

Mak pun ikut cakap Long, nak mula tanam kat tempat baru, kononnya kat kawasan yang lama tuh tak elok, terlindung dek pokok pisang. Ini aku dah repair, aku dah gembur batas elok-elok, ok jer nampak gayanya pokok kacang. True yang banyak extra works aku kena buat tapi nak buat macamana, tak kan nak salahkan hujan yang turun tak henti-henti dulu tuh sampaikan tanah jadi mampat.

"Moh kita ke Raub sekejak, mak nak ke klinik nak beli ubat gatal", kata mak, masa aku tengah menyangkul.

"Pergi sekarang lah, suruh Bibik bersiap", aku kata gitu, terus tinggalkan cangkul.

"Nak bawak dia jugerk ker?", mak tanya aku.

"Bawaklah, kan ker janjinya (dengan Ani, Ida) gitu? Jangan tinggalkan Bibik sorang-sorang", aku kata gitu. Lurus aku nih orangnya, memegang janji, unlike mak yang dah berkali melanggar janji manis untuk tidak biarkan/tinggalkan Bibik Duyung sorang-sorang kat rumah.

"Iyalah......tapi.....", tak habis lagi mak buat ayat, terus aku kata, "Bawak". 

Masa bersiap tuh terfikir jugak aku, buatnya ada road block, dan Bibik kena tahan, tak ker naya? And so aku sms-ed Ida, tanya pendapatan dia. Ida kata bawak Bibik Duyung sekali, kalau ada terjadi apa-apa, nasib lah.

Tak apalah, kalau Bibik Duyung kena tahan, entah-entah dia akan tulis blog masa dalam tahanan, kan? Dapatlah aku baca Kisah Seorang Banduan versi Aceh ekekekekeke

Lepas habis urusan, kitaorang singgah Simpang Kallang sekejap, beli lauk. Nak beli tembikai untuk jamuan kat surau Khamis nih tapi dari satu gerai buah ke satu gerai buah sepanjang Jalan Raub-Lipis tuh tutup.

Lepas Zohor kitaorang singgah rumah Chu pasal nak bincangkan masalah kerja khenduri Sabtu nih, Tihah (anak Chu) nak bertunang, so nak lah jugak kitaorang tolong apa-apa yang patut.

"Awak jangan tak datang Sabtu terh, Chu nak kenei ker awak calun yang Chu kabor ker awak dulu terh", Chu berbisik kat aku.

"Jangan berbisik kuat sangat, kang nyer dengar di mak kang, kerayan", aku kata gitu kat Chu, masa mak dah di luar rumah.

Lama tak ada internet signal, so aku cuba-cuba call ke cellphone aku. Rupanya line kena potong. Damn! Dah 2 kali macam nih, tak kan Ida lupa kot? Sibuk sangat ker jual beli emas sampaikan 2 bulan bayaran tertunggak. Yang buat sakit nya, bukan duit account Ida yang diguna untuk bayar bill, tapi duit dari account mak, yang Ida sorang jer tahu passwordnya, sebab dia yang set kan sendiri. 

Tak aman jadinya aku bila memikirkan yang aku ada a few naked positions (unprotected) yang aku cadang nak adjust, right before European session. Bukan Ida tak tahu yang aku perlukan internet sepanjang masa? Then again gitulah adik beradik aku, they like to take things for granted, pulak tuh asyik fikir pasal diri sendiri jer, tak fikir pasal kesusahan orang lain yang bersusah payah so that diaorang tak payah bersusah payah. Payah!

Dah tak boleh nak online, so aku cuba lelapkan mata, semalam berapa jam aje aku tidur. Then terdengar bunyi mak tutup pintu, nak ke surau. Tapi, Bibik Duyung tengah bernasyid kat beranda. Bila aku nak tutup pintu depan, aku tengok Bibik Duyung tengah terlentang, terkapar-kapar.

"Bibik, pergi suro", aku kata gitu kat Bibik Duyung.

Then baru lah mak tanya, "Bibik nak pergi ker?"

Dengan mak nih memang gitu, mak sepatutnya kata, "Jom", jangan tanya samada Bibik Duyung nak pergi atau tidak. Seriously, aku tak tahu apa fungsinya Bibik Duyung tuh kat rumah nih, dia lebih kepada macam tetamu jer gayanya.

Tak boleh jadi, tersiksa jiwa raga aku kalau tak ada internet so aku ke Sungai Ruan, cari U Mobile prepaid, sempat singgah kedai beli tong penyiram air, trays dan tanah semaian, seratus lebih jugak habisnya. Banyak belanja jadi pekebun nih, duit keluar aje. Penghasilannya? Sekarang lagi parah sebab tabung bekas duit hasil jualan kacang/pisang/kelapa/cili, dah mak simpan kat bilik mak, sejak kitaorang ada "tetamu" nih. Kalau dulu, bolehlah aku seluk kat bekas duit tuh bila masa sengkek sangat. Akan datang nih, belanja nak beli barang guna duit aku tapi hasilnya jatuh ke tangan orang lain. Yang miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya hehehhe.

Bila aku dapat connect balik ke internet, tengok-tengok two of my positions parah, so kena cut loss. So aku rugi USD 90, balik ke asal. Damn! Tak apa, tak ada rezeki. 

Lepas Asar aku menyangkul rumput, nak clearkan kawasan untuk ditanam. Laju jugak aku buat kerja, kejap jer berjurai peluh keluar. Mulanya cadang nak terus buat batas, dan tanam. Jugak nak tanam kat tray semaian yang ada dalam 20 trays tuh tapi tak cukup masa.

Aku tengok, lepas aje balik dari surau, mak terus ke kebun, menyiram kat 2 plots yang salah satunya ditanam masa aku di KL dulu. Yang plot lagi satu, aku yang tanam. Bibik Duyung tak keluar pun ke kebun, petang-petang kalau dia keluar pun cuma untuk petik rambutan, atau bersidai kat buai. Sambil melagukan alunan kuat. Mak pulak, pelik jugak aku, sejak Bibik Duyung ada, kerap pulak ke kebun. Tak kan nak kutip points kot? Tak ada faedahnya lah. 

Entahlah, kadang-kadang aku rasa aku nih "cerewet tak bertempat", ada jer perbuatan orang lain yang serba tak kena di mata aku, ada jer cacat cela nya. Perfectionist ker aku nih, atau just plain normal, orang lain yang tidak berapa normal nya. Entahlah.

Aku cadang nak melepak masjid jer lepas Maghrib tapi since esok cuti, Nasir ada balik, so kitaorang pergi mengeteh. Ada aku ajak anak MatNor tolong aku kerja di kebun esok pagi, tengoklah, dia datang ker tidak. Kalau dia ada best jugak, boleh dibuat kawan, walaupun budak kecik jer.

Monday

Isnin - 23122013

Since aku nak ke kebun dan aku tak dapat online the whole morning, aku engsotkan Stop Loss aku dari 1 pip profit ke 13 pips, maknanya, kalaulah Stop Loss aku kena hit, dapatlah dalam USD 65, dan USD 7.50 bonus multi-rebet. 

"Bukan main lagi Bibik awak menyanyi di beranda ituhari, sambil baring...", kata S masa aku terserempak dengan dia kat kedai Samad.Then riuhlah dia bercerita kat kawan semeja dia, cerita pasal Bibik.

"Dia menggoda awak dak, dia baru habis eddah tu, S", aku kata gitu.

Lepas tuh aku ke Sungai Ruan, isi minyak kereta, then ke kedai, beli skop, dan jugak baja untuk kasi buah banyak. Hampir aku terambik wheel barrow sebijik sebab susah tak ada wheel barrow nih (yang kitaorang dulu tuh dah jual kat Keling besi buruk, pasal wheel barrow tuh dah koyak rabak), tapi bila mengenangkan yang reti ker aku pasang wheel barrow, itu yang terpaksa fikir dua kali tuh. Nampak jer gaya macam senang nak assemble wheel barrow, mahu separuh hari jugak kalau tak kena gaya. Tersengih jer aku bila mengenangkan yang aku mampu beli kereta dah sekarang nih, walaupun cuma wheel barrow.

Aku merepair batas kacang, then memindahkan pokok kacang ke mana-mana batas yang rongak, aku ambik pokok kacang tuh dari batas yang hampir semuanya mampus sebab kena racun. Then aku sumbatkan baja yang baru aku beli tuh, letak sikit jer sebab baja tuh mahal, lagipun memang tak boleh ditaruk banyak pun. 

Bibik datang ke kawasan kebun, entah buat apa, petik sana petik sini, sambil mulutnya berzikir. Then aku nampak laju jer dia jalan ke arah jeep this one Ustaz yang selalu park kat depan jalan masuk ke kawasan rumah kitaorang. Kebun Ustaz tuh kat seberang jalan tu jer. Terfikir aku, gini ker perangai janda (perempuan, in general), tak boleh nampak jantan, terus berkejar. Dari celah-celah pokok pisang tuh jugak aku nampak Ustaz tuh masuk ke kebun bawak pam racun, dan Bibik pun patah balik ke kebun.

Then Ida talipun sebab nak tahu cerita, apa reaksi mak masa aku kasi duit semalam tuh. Aku beritahu yang mak macam tak ada reaksi, mak tak terkejut (or buat-buat terkejut) pun, macam mak dah expect yang aku akan kasi duit. Then bila Ida kata yang mungkin mak dah tahu "aku ada duit" (sebab ada orang kasi tahu), terus aku teringat kat Long. Pasal masa Long hantar aku ke stesen bas ituhari, Long ada cuba jolok duit kat ATM, dan duit dari Nuar belum masuk. So Long gelabah, dan aku beritahu yang aku boleh kasi Long duit buat belanja Umrah. Tapi Long tak nak, Long menolak, sebab dia kata mungkin Nuar akan masukkan jugak nanti. Selain Long, Pui aja yang tahu, masa tuh, aku ada kasi dia a few ribus sebab dia nak cari barang kat Siam.

Then kitaorang bercerita pasal Bibik nak ke Shah Alam nanti tuh. Ida kata, lain pulak cerita yang dia dengar dari Lia (bini Nuar). Lia kata Bibik tuh tak ada passport, tu pasal disuruh duduk kat sini diam-diam (Hmmm...mana cerita yang kata Bibik tuh boleh drive etc, passpor pun ga punya) Ida beritahu jugak yang Bibik Muda Nuar/Lia pun ada masalah, cuba melarikan diri naik teksi, sekarang nih mogok tak nak makan. Bila Ida kata yang Nuar nak cari Bibik baru, aku suggest biar ambik Bibik Tua ni aje lah, semak fikiran aku menengok gelagatnya. 

(Ok, bagi yang tak faham, yang tahap kelembapannya tinggi, tujuan Bibik Tua tuh dihantar ke sini dulu tuh, untuk temankan mak, kalau-kalau aku nak ke KL. Kitaorang setuju sebab dengar ceritanya Bibik tuh boleh drive, dan alim orangnya, kuat mengaji. Rupa-rupanya tak lah macam yang diwar-war kan. Aku pun baru perasan yang "kuat mengaji" tuh maknanya mengaji dengan suara yang kuat, di khalayak ramai. Di atas buai. Masa menyidai kain)

Lepas tuh aku beralih merepair batas-batas kat tempat lain pulak, yang kat depan rumah. Tadi Bibik tuh kata jangan tanam kacang kat situ dah sebab tak elok, dilindungi pokok pisang, tu pasal isinya tak banyak. What does she know kan, buah tak banyak pasal pokok kacang tuh tak sempat dijaga rapi, dulu kan ker selalu hujan, akarnya tercabut, aku tak ada masa nak repair pasal masa tuh sibuk dengan projek cili jugak. Sekarang nih aku dah repair sesikit, elok jer gayanya, so banyak lagi yang aku akan repair.

"Bibik mana?", aku tanya mak yang masih berlegar-legar di kebun.

"Aih, dia dah habih kerja, dia masuk ke rumah lah", kata mak. Hmm, apa kerja yang Bibik buat masa kat luar tadi tuh?

"Gini lah mak.....", aku terus bercerita kat mak, pasal perbualan aku dengan Ida tadi. Kamcing gila aku sama mak sekarang nih ekekekekeke

"Masa awak di Kuala Lumpur, dia sembayang tepi pintu, dia mengaji di beranda, kuat nya tak usah cerita lah sampe mak suruh dia perlahan ker sikit, malu ke orang", kata mak lagi bila aku beritahu yang kat kedai pun orang dah bercerita pasal Bibik.

"Kalau di masjid terh, tiap kali dia ada, orang suka (gelak) menengok nya, orang pandang-pandang ke mak. Sebab dia, kalau berzikir, uko bergoyang sekali badan-badan, pastu sembayang sokmo di depan-depan sekali", kata mak lagi. Aku boleh imagine.

"Kalau Ida balik, kita suruh dia bawak Bibik jer lah, tak payah suruh dia balik ke sini lagi lah, bukan ada pe'edahnya (faedahnya). Biar dia ganti Bibik Muda Nuar tuh", aku kata gitu.

"Rasanya.....", kata mak. "Buang duit jer Nuar bayar gaji, bukannya dia buat kerja", kata mak lagi.

"Dia baru balik Umrah katanya...", kata mak lagi.

"Baru" dia tu berapa lama dah, mak? Dia dah di Malaysia 3 bulan setengah, tak kan masa dia nak bercerai barai dulu dia pergi Umrah. Entah-entah 10 tahun lepas", aku kata gitu.

"Kalau dia nak beli mende-mende, kita kena bagi duit ker?", mak tanya aku. "Sebab hari Pekan Sari baru nih, dia beli beg besar, bila mak tanya, dia kata beg dia koyak", mak tanya aku.

"Tak payah bagi duit, kalau dia nak beli mende-mende dia kena guna duit dia sendiri, dia ada duit tuh, saya ada nampak Lia bagi dia duit", aku kata gitu. Sambil fikir, Bibik nak ke rumah Nuar di Shah Alam, Bibik beli beg besar, macam ada sesuatu jer nih. Bagi orang Indon, frame-frame gambar, deko-deko murah tuh pun benda berharga. Nampak gayanya aku kena cam benda-benda perhiasan yang mak susun sana sini tuh, kot-kot ada yang bakal hilang nanti ekekekke, jahat otak aku, kan? 

And so aku suruh mak masuk ke rumah sebab tak boleh biarkan Bibik bersendirian. Dan aku pun terus sambung kerja. Aku kena make sure aku siapkan kerja-kerja penting sebelum hujung bulan pasal sekarang nih market slow, very thin trade, so aku tak payah nak risau sangat pasal positions aku. Tapi bila bukak tahun baru nanti semuanya akan back to normal, dan aku tak boleh nak lama-lama kat kebun. Aku bukannya pekebun sebenar, aku kan ker full-time Forex Trader? ekekekek

Lama tuh aku terdengar orang menyanyi, bila aku tengok kat beranda, aku nampak Bibik tengah meniarap sambil menyanyi (bukan berzikir atau nyanyi lagu nasyid tapi nyanyi lagu cinta). Dengan dia meniarap sambil kaki diangkat dan digoyang-goyang, sebijik (seekor ?) macam mermaid yang terdampar kat pantai. 

Eh, perempuan kalau meniarap, tak senak ker tetek diaorang hah? Tak takut ker tetek jadi herot, atau berlawan arah, sebiji hala ke kanan, sebijik hala ke kiri.

Lepas pada tuh tak putus-putus talipun dia berdering, dan macam biasalah, cakapnya bukan main kuat lagi. Bengang jer aku, tambah-tambah bila fikir yang dia sepatutnya di dapur sama mak.

Bila aku check positions aku, rupa-rupanya GBPUSD aku dah kena hit, so dapatlah USD 65. Susah Forex nih, tak dapat nak predict ke mana arah tuju sebab sentiasa ada benda yang menyebabkan price bergerak ke atas atau ke bawah. 

Lambat UstazM harinih, sempat aku ulang baca sampai 3 kali, barulah dia tiba. So tak dapat lama aku bersendirian kat rumah sebab lambat selesainya, then dah nak ke masjid for Asar.

"Lah, kau buat apa kat sini?", ada orang tegur aku masa bersalam, lepas sembahyang.

"Aku memang orang sini. Lepas (arwah) ayah aku pencen, keluarga kitaorang pindah sini", aku kata gitu. 

Rupanya Mat member satu sekolah, jugak satu kelas masa UiTM dulu. Kitaorang panggil dia Mat Rimau. Dia asal Dong, Raub, duduk Shah Alam, kawin dengan coursemate kitaorang jugak

"Apa ceritanya kau nih sebenarnya? Semua orang speculate kau mati, kau terlibat masa World Trade Center kena bom dulu tuh", kata Mat.

Hmmm, banyak yang aku kena terangkan pada dia nih, kata aku dalam hati. So aku ajak dia pergi minum, dia tinggalkan kereta kat rumah. So aku ceritakan kat dia kisah aku, dari last aku jumpa dia, masa aku masih kerja buat projek kat SIRIM. Sampai cerita terkini, cerita hari semalam.

Banyak benda yang Mat tak setuju dengan cara aku, dia lebih pada suruh aku balik kerja kat KL, jangan nak "melarikan diri" dari kawan, hilangkan perasaan rendah diri dengan kawan-kawan yang sekarang nih ada yang dah jadi Professor etc.

"Kau dulu kan ker "geng-geng elit", kau kena balik semula join kitaorang, apa kau nak duduk di kampung. Kau kena fikir masa depan. Apa plan kau?", tanya Mat.

Aku beritahu yang aku dah settled duduk kampung, dan aku pun baru nak mula menapak. Banyaklah benda yang dia nasihat kat aku, yang aku senyumkan aje sebab aku tak nak terima. Malaslah aku dengar nasihat ke arah mengejar dunia sangat nih. 

Satu jer yang aku mintak dari Mat, jangan beritahu sesiapa pasal aku sebab kalau aku nak reconnect dengan kawan lama, dah lama aku cari diaorang. Mat kata dia nak datang lagi, nak bawak Nonie sekali, bini dia, kawan baik aku dulu tuh.

"Ini kawan satu sekolah dulu mak, dia nih jutawan", aku kenalkan Mat pada mak, masa Mat dah nak balik. Saja jer lah aku kata gitu.

"Rezeki masing-masing....", kata mak.

Sembang punya sembang rupa-rupanya mak sama mak Mat dulu belajar mengaji kat masjid yang sama di Durian Sebatang, cuma mak tak perasan mak dia yang mana satu.

"Kau talipun dulu kalau nak datang, Mat", aku pesan dia gitu. Yer lah, dia nak datang sama Nonie, takut nanti diaorang "sedih" pulak tengok aku berpakaian kerja, walaupun aku selamba jer. 

Macam semalam jugak, cuma aku sorang jemaah lelaki yang ikut mengaji. Jemaah perempuan adalah 5 orang, mak, Bibik, Makcik Esah and 2 others.

Seriously, aku kurang berkenan cara Bibik nih, tau dak? Lepas aje sembahyang, terus masuk kereta. Patutnya tunggulah mak, jalan seiringan dengan mak lah, macam Makcik Esah tuh, dia tak akan masuk kereta selagi mak tak masuk. Lagi satu, Bibik nih tangan dia tak lepas dari talipun, sejak dia ada, selalu talipun berbunyi masa tengah sembahyang. Harinih jer, selain dari masa dia macam ikan duyung tadi tuh, masa dalam kereta nak pergi Zohor, talipun berbunyi. Masa sampai masjid, talipun berbunyi. Masa nak masuk surau, talipun berbunyi. Masa dalam surau, talipun berbunyi. Masa sampai masjid Maghrib tadi, talipun berbunyi. 

Itu belum cerita pasal masa di rumah lagi tuh, malam-malam masa orang nak tidur.

Sunday

Ahad - 22122013

Malas sungguh aku nak balik rasanya, kalau boleh nak duduk KL lama-lama. Sebab aku rasa kepala aku lapang jer bila duduk KL nih, tak ada sapa kisah, dan aku tak payah nak fikir pasal orang lain. Kalau kat kampung terpaksa berdepan dengan banyak drama swasta. Dan jugak sinetron Indo.

Lepas banked-in duit ke Ida, aku pun kemas-kemas barang, kena balik awal sikit so that petang nih bolehlah aku ke kebun. Entah apa jadi kat kacang aku, kalau hujan dalam masa seseminggu nih macam KL, Alhamdulillah.

Aku naik bas pukul 10, sampai Raub 11-30 pagi, tapi lama jugak kat stesen bas, nak tunggu bas ke Sungai Ruan, pukul 12-15. Dari kejauhan aku nampak Bibik baring kat beranda, dan dari kejauhan tuh jugak aku boleh dengar suara dia, "bercakap dengan Tuhan", memohon ampun. 

"Mak nak ke mana?", aku tanya mak bila aku nampak mak berpakaian lawa jer.

"Mak ke rumah orang khenduri tadi terh, Bibik tak ikert (ikut) pun, dia tinggal sorang. Ada orang jempert (jemput)", kata mak.

Aku diam kan aje walaupun mak telah melanggar janji, untuk tak tinggalkan Bibik bersendirian kat rumah.

"Lah, dia pun nak pergi jugerk?", mak tanya bila dia nampak Bibik keluar rumah nak ke masjid. 

Hmmmmm.....

Lepas Zohor aku tinggalkan mak sama Bibik kat rumah Chu pasal nak ke rumah orang khenduri Tahlil kat depan rumah Chu, rumah yang mak pergi tadi nya tuh.

"Mak ambiklah duit nih, saya bayar bulan-bulan sebanyak nih", aku hulur kat mak a few hundreds, lepas aku beritahu mak yang aku sekarang dah "ada duit" sesikit. Aku beritahu yang aku ke KL ituhari nak uruskan pasal duit, dan aku nak buat business online. Tak adalah aku kata aku memorex (mana mak faham) cuma aku kata aku buat kerja guna laptop, guna internet, dan sekali sekala aku kena ke KL. 

Apa yang aku perasan, mak macam dah expect aku nak kasi duit, mak tak ada tanya lebih-lebih pun, mak even tercakap yang mak ada tanya ustaz pasal "anak yang berhutang...." Aku ambik kesempatan tuh beritahu mak yang lepas nih mak tak payah risau pasal hutang aku (dan anak-anak lain yang ada berhutang) pasal kitaorang tahu lah hukum hakan ugama, memang kitaorang akan bayar, tapi cuma waktu tak mengizinkan lagi. Ada jugak aku beritahu pasal yang kalau aku mati dulu blah blah blah, and by that time airmata aku dah mula keluar. Mungkin orang kata aku tak sepatutnya cakap pasal tuh tapi aku rasa aku patut sangat cakap, sebab walaupun memang benar aku berhutang tapi aku terasa hati sungguh-sungguh bila dapat tahu yang mak sampaikan tanya Ustaz, sampaikan mak mengadu pada one of my sisters, mak kata yang aku akan susah kat akhirat nanti (sebab berhutang).

Tiga kali aku peluk mak, aku kata jangan ambik hati dengan apa yang aku cakap, apa yang aku tegur sebab aku sebagai anak lelaki yang tahu pasal mak, aku punya tanggung jawab nak tegur dan sedarkan mak, benda-benda yang mak tak sedar dan buat-buat tak sedar dan buat-buat tak tahu. Siap aku kasi hadis sama Ayat Quran lagi. Tapi, sepanjang aku bercakap dengan mak tuh, aku cakap lembut jer, sikit pun tak ada rasa marah, geram, bengang. Itu yang buat aku bersemangat tuh, dan mak pun dengar sambil mengiakan apa yang aku cakap. Mak pun tahu aku tak marah. Last aku peluk mak, mak mintak maaf dengan aku berkali-kali. 

Sebelum-sebelum ini pun ada mak mintak maaf tapi takat ucapan di mulut jer lah kan hehehehe. Tengoklah kali ini ada perubahan ker tidak sebab aku berniat nak sedarkan mak yang ugama tuh bukan sekadar pergi sembahyang kat masjid setiap waktu dan pandai mengaji aje, ugama tuh lebih luas dari tuh semua.

Then aku tidur, sementara tunggu Asar. Lepas tuh ke kebun, melawat kawasan. Ada satu plot yang baru ditanam, mungkin Long yang tanam kot, aku dah pesan harituh yang aku tak nak tanam kacang kat situ sebab tanah nya berpasir, tak berapa elok, kacangnya banyak yang "luka-luka". Then aku tengok ada 5 baris kacang aku mati kena racun, mengikut kata Bibik, mak yang meracun kat situ, mak guna botol spray. 

Dan kacang yang lain semuanya dicabut, dan dijual. Aku dah pesan ituhari yang kacang tuh nak dibuat benih, dengan mak nih, bila kacang dicabut aje, semuanya nak dijual. Sedangkan banyak lagi kawasan yang belum bertanam, dan banyak jugak kawasan yang aku kena tanam semula sebab anak-anak kacang mati masa hujan berterusan ituhari. 

So aku menambun pangkal kacang, mencabut weeds, merepair mana yang patut. Sambil fikir yang aku tak nak fikir banyak sangatlah pasal tanaman aku, nak buat setakat mampu, setakat yang ada aje. Sebab soon aku akan kena fikir pasal Forex aku lah pulak, kan? Aku berkebun nih just nak mengaburkan mata orang banyak, itu aje. Lagipun, I have to do what I have to do, kalau duduk di kampung. 

Long ada talipun, nak pinjam duit sebab nak berangkat 25 hb nanti sedangkan Nuar tak bayar habis hutang Long, maksudnya Nuar tak kasi penuh jumlah yang Long mintak, yang Long perlukan. 

Terfikir aku, pagi tadi dah terpaksa pinjamkan Ida, tengahari terpaksa bayar hutang mak sikit, petang pulak Long "mengungkit", mengonered aku, nak duit. Gini rupanya keluarga aku. Hmmm....

Bibik beritahu yang dia nak suruh Ida datang jemput dia akhir bulan nih atau awal bulan depan sebab dia nak ke Shah Alam, ke rumah Nuar. Ada hal pasal masalah dia nak pergi Haji tahun depan. Bila aku tanya lagi dia kata bulan 2 nanti dia akan balik ke Aceh, nak uruskan pasal Haji tuh. Dia siap tunjukkan aku buku tabungan kos Haji dia.

Apa-apa lah, nak balik terus ker, tak nak datang sini dah ker, itu lagi bagus. Emangnye gue pikirin?

Makcik Esah nak tumpang ke masjid malam nih sebab ada Ustaz mengajar mengaji. Aku sorang jer jemaah lelaki yang ikut mengaji, jemaah perempuan 4 orang. 

Sabtu - 21122013

Semalam, right after aku tulis blog (pasal aku masuk position bersaiz kecik), entah macamana aku decided nak masuk lot besar sikit. Biasanya 1 pip = 50 Cents, tapi semalam tuh for the first time aku besarkan saiz lot ke 1 pip = USD 5. And so I went long GBPUSD pasal I was so confident yang the price was about to go south. Bila guna lot besar nih (besar bagi aku, based on my equity), kena siap-siap pasang Stop Loss sebab kalau dibiarkan aje, dan price moves against aku punya harga jual, boleh diwipe out my whole account.

The first few minutes macam tak ada apa sangat, biasalah. Then price went against mine so aku redha aje lah kalau Stop Loss aku kena hit, which means aku akan rugi USD 150 pasal Stop Loss aku 30 pips.Then aku tidur. Sedar-sedar pagi nih, my position tuh "survived", terus aku "locked" at breakeven point, maksudnya, any which way the price goes, aku akan untung at least USD 5. Price closed to my advantage, adalah dekat USD 200 "floating profits". Apa pasal aku tak terus close kan aje? Ha, itu strategy, aku nak pasang jerangkap samar, nak mempositioning. Bila dah ada "floating profits" yang banyak, barulah aku rasa konfiden nak kerap sikit masuk positions lain.

Memang itu style aku. Mungkin orang kata yang aku "tamak", tapi as I said, itu strategy aku. So I'm a little pumped nak tunggu Monday when market opens. Kalau price keeps dropping, very well and good. Kalau price bounces dan hit Stop Loss aku, Alhamdulillah jugak walaupun cuma dapat USD 5. Kalau boleh aku nak bela, nak jaga that position, tah-tah boleh buat ibu duit, kot?

Harinih aku sama Ida nak bawak anak-anak sedara aku (anak-anak Nuar, Ani yang duduk Johor, Perak) jalan-jalan, so pagi lagi aku dah kat KL Sentral, walaupun janjinya pukul 10 pagi. Aku santai aje, breakfast, baca paper, melepak. Ida (sama Lukman dan Ati), anak Nuar 2 orang, sama anak Ani, so bertujuh semuanya. Masing-masing isi perut dulu kat restaurant yang kat luar KL Sentral tuh, Meals Station ker apa tah nama restoran tuh.

"Berapa banyak dah emas yang awak kumpul?", aku tanya Ida masa kitaorang sembang-sembang bila aku kata aku baru nak mula beli gold.

Lama baru Ida jawab, sempat kitaorang gelak-gelak lagi sebab aku kata yang Ida serba salah nak kasi tahu jumlah sebenar.

"Alah, Lan sama Rozi lagi banyak, deme nyer dah lama dah simpan emas", kata Ida.

Kecik jer aku rasa diri aku sebab aku barulah ada belasan gram sedangkan orang lain dah berkilo emas yang diaorang kumpul. Then Ida kata nak pinjam a few ribus sebab nak beli lagi emas Isnin nih, aku serba salah jugak mulanya sebab at the back of my mind fikir yang aku sendiri tak berani nak beli emas sebanyak duit yang Ida nak pinjam tuh, kalau aku kasi dia, dia yang seronoknya, and I'm back to square one, tak ada apa-apa. Then again bila diingatkan yang masa dulu-dulu aku ada janji yang kalau Ida atau Ani nak mintak tolong, aku mesti tolong. Sebab diaorang berdua aje lah yang masukkan RM 100 seorang ke account aku setiap bulan, masa aku sengkek dulu tuh. Orang lain pun ada hulur duit tapi sekali sekala. So sekali sekala.

Duit yang aku ada tak lah banyak sebab aku dah labur dan taburkan sana sini, yang tinggal pun setakat nak menampung kehidupan aku di kampung. I don't expect yang aku "terpaksa" tolong Ida this soon tapi itulah realitinya, dan aku tak harapkan duit tuh aku akan dapat balik semula. Aku beritahu Ida yang aku pun nak settlekan hutang keluarga sedikit demi sedikit pasal ada ahli keluarga aku yang asyik bercerita pasal hutang aku, yang "how susahnya aku nanti (kat akhirat) kalau aku mati sebab aku banyak hutang kat keluarga".

Ada aku beritahu Long ituhari, dan aku pun beritahu Ida benda yang sama, yang aku tahu aku ada hutang, yang aku berusaha nak bayar hutang, yang kalau aku mati dulu, settlekan hutang aku dengan duit EPF aku yang ada ratusan ribu tuh. Apa susahnya kan? It pains me in the heart bila ahli keluarga aku "sibuk" bimbang pasal aku sedangkan diaorang patut bimbangkan diri sendiri dulu.

Then kitaorang ke Bukit Bintang, masuk Fahrenheit kejap, bebudak tuh nak bergambar. Then masuk Pavilion. Mulanya aku ikut jugak diaorang tapi lama-lama bosan aku, so aku tunggu kat luar aje lah. Then aku merempit sengsorang, akhirnya aku ke surau for Zohor.

Teh pun ada datang, sempat jumpa kat food court Pavilion sebab Teh sekeluarga makan kat situ, kitaorang pergi restoran kat belakang Fahrenheit. Aku tak join diaorang yang menapak ke KLCC, Pui dah ada di KLCC sama Adam. Aku balik, then tidur. 

Malam nih aku ada janji nak jumpa peminat tegar member, dia pernah beli kacang kat aku. Dulu dah dia nak jumpa tapi masa tuh tak ada kesempatan dan tak kan aku nak menolak pulak kali nih, after all dia nak belanja aku, makan kat steak house kat Ampang yang famous tuh, owner dia yang pernah kerja kat Buckhingham Palace tuh. 

Hujan turun, so aku redah aje, sembahyang Maghrib pun kat LRT Jelatek. Lama kitaorang sembang, dalam 3 jam kitaorang bercerita, itupun sebab dah dekat pukul 11. Aku tak ada apa-apa expectation pun, sekadar memenuhkan pemintaan peminat, kan? Ekekekek. 

N nih baca blog-blog aku baru jugak lagi, tapi dia baca semua, dia dapat dari abang dia. Yang aku kagumnya, banyak cerita yang dia ingat, yang details-details pun dia tahu, cuma susunan jalan cerita yang dia blur sikit, itu yang aku ceritakan balik start dari aku di Maryland, balik Boston, ke California, pindah Philadelpia, pindah Atlantic City, ke Pittsburgh, balik semula ke Philadelphia, pindah New York, kerja kat New Hampshire, dan yang terakhirnya balik semula hidup di New York. Semua cerita-cerita yang berlaku masa kat tempat-tempat tuh, semuanya dia tahu, yang buatkan senang aku bercerita.  

Then cerita semasa, aku rasa banyak jugak benda yang aku tak tulis kat blog yang aku kasi tahu N, aku rasa comfortable aje sembang dengan dia. Aku beritahu yang aku akan balik kampung tanam kacang and at the same time memorex. Pasal plan-plan aku nak ke sana sini, itu aku tak nak fikir dulu sebab dengan duit yang aku ada sikit nih aku nak mulalah menapak. Dan aku sengaja tak cepat-cepat buat passport (aku dah boleh apply passport baru dah), tak nak settlekan pasal hutang income tax sebab aku takut nanti aku terpergi ke mana-mana, especially Bosnia, Ecuador. Dan katalah aku terkawin masa kat kampung, aku akan pergi jugak, tapi "terpaksa" pergi berdua lah. 

So memang masih samar-samar apa perancangan dan plan aku.


Friday

Jumaat - 20122013

Lambat aku breakfast tadi sampaikan kepala rasa macam pening sebab badan dah masuk angin, perut kosong. Aku tak nak breakfast di tempat yang sama sebab pekerja situ dah perasan aku datang setiap pagi, bosan aku macam tuh.

Aku ke A2, bukan ke A tempat mula-mula aku pergi masa aku sampai KL ituhari. Then Officer tuh kata aku kena ke A3 di Brickfields, so kat KL Sentral lah baru aku breakfast. 

Then ke Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail. Sempat singgah Low Yatt sekejap, sempat rembat laptop baru yang mahal sikit dari laptop aku yang agak baru tuh. Aku nak jadi full-time Trader, so kena lah ada a few laptops, kan? Untuk monitor price movement, jugak untuk back up kalau-kalau one of my laptops rosak, buat hal. Makna nya sekarang aku ada 3 laptops, satu tuh masih belum hantar repair. 

Mulanya aku nak rembat iPad, or at least smart phone tapi aku rasa another laptop lagi penting. Yang bermakna jugak, aku masih ada ruang untuk terbeli/mengterbeli benda-benda yang aku belum ada. Iyalah kan, kadang tuh aku malu sebab cellphone aku punyalah buruk/murah sampaikan aku jarang guna. Orang lain tuh, bebudak, canggih-manggih cellphone diaorang. Aku tak malu mengaku yang I have no idea what whatsapp is, apa dia wechat, things like that. Nak tukar-tukar sim card ke phone lain pun aku tak reti. Aku baru jer tahu yang sim card boleh dipotong rupanya.

Tapi kan Dear Diary, ada benda lain yang aku tahu banyak, yang langsung orang tak tahu menahu, so kau jangan lekehkan aku sangat, ok?

Sempat balik sekejap, tidur, sebelum Sembahyang Jumaat. Hujan turun lebat so terperangkap kat masjid lama jugak. Then aku redah jer hujan tuh, telan Panadol 2 bijik, tidur, kepala ada sikit pening daaa.

Dah 3 hari aku trade tapi aku punya account tak ada peningkatan pun, nak dapatkan sesedollar dua punyalah siksa. Mungkin timing tak berapa betul, musim cuti hujung tahun market memang slow. Dan mungkin jugak sebab aku "takut-takut" nak masuk positions, walaupun modal aku dalam ribuan USD. Dulu masa modal aku cuma a few dollars, I went all out sebab aku tahu yang kalau aku rugi pun, cuma a few dollars tu aje. 

So itu yang aku masih masuk positions dengan lot size yang kecik. On second thought bagus jugak aku tak serakah sangat terus aje masuk positions bebanyak, dengan lot besar. Mungkin aku sekarang nih di tahap memasang strategy, mempositioning. Dang, Trading is such a lonely "game", you analyze, you buat decision, untung atau rugi nobody knows, sendiri rasa. Memang sesuai sangat Trading nih dengan style hidup aku, kan?

Lepas Isyak aku merayau, nun sampai ke Avenue K, menyalad (bukan memalat hehhehehe) kat Subway, aku suka salad kat situ, pekerja-pekerjanya know the art of preparing salad. 

Best jalan/merempit malam-malam masa hujan renyai, dengan suasana ceria lampu deko, adalah sesikit fefeling NY.


Khamis - 19122013

Aku masih ada a few hals yang nak diuruskan nih tapi kadang tuh rasa malas pulak nak settlekan semuanya, lain kali aje lah. Yang bermaksud, aku bolehlah datang ke KL lagi. Sebulan sekali atau dua bulan sekali ke KL dah ok dah kot?

Mulanya aku cadang nak ke E tapi aku skipped yang tuh, semalam aku dapat tahu yang nama aku digunakan sebagai Director untuk 3 companies Sendirian Berhad. Tapi companies tuh dormant, tak ada aktiviti apa-apa, so itu yang aku rasa malas nak pergi SSM untuk tanya macamana nak clearkan nama aku yang ujud sejak berzaman, tanpa pengetahuan aku tuh. 

Aku nak ke F, rupanya F dah tak ada kat situ, dah pindah bangunan, the whole bangunan pindah. It shows yang banyak perubahan yang terjadi rupanya sepeninggalan aku. So aku ke G, lama jugak kat situ. Then ke H, lagi lama kat situ, walaupun tak ramai pun orang. 

Tengahari, mulanya cadang nak ke Shah Alam, nak ke I. I tuh, pejabat Income Tax, aku nak settlekan masalah income tax tertunggak, kalau pun aku ada passport nanti, aku tak dibenarkan keluar dari Malaysia sebab ada income tax yang tertunggak tuh. 

And so aku balik ke sarang, tidur. Sampai ke petang, kat luar hujan lebat. Letih jugak rupanya merayau sana sini. Itulah, sebenarnya aku banyak hal yang nak diuruskan, yang selama ini aku tak settlekan pasal aku tak ada kesempatan nak ke KL. Dan tak ada duit. Sekarang nih Alhamdulillah aku dah dberi sedikit keluangan masa, dan dengan duit dari King Mongkut tuh, itu yang aku "taburkan" merata-rata tuh.

Aku beli 2 g jer gold hari nih. Dapat beli 2 g hari-haripun dah ok, kan? Tapi aku perasan yang kalau beli online (melalaui Kuwait Finance House), tak terasa sangat (tu pasal beli sikit-sikit, leveraging) walaupun price of gold keeps going lower and lower, dibandingkan beli/buat trading kat Terminal MT4. Beli physical gold, atau beli online, kita beli tak guna leverage, so kalau price goes against kita pun, tak perlu bimbang, ini long term punya investment. Kalau trade online, price moves a few ticks pun dah kecut perut. 

Malam aku merempit, sempat jugak ke Carrefour, dalam RM 100 harga Toasted Oats, Muesli, etc (untuk breakfast, kat Raub tak ada jual benda-benda tuh rasanya), aku rasa lagi save kalau aku mengeteh kat luar sebab dalam seseminggu habis lah benda yang aku beli tuh. 

Malam aku memantau Forex jer lah, gold plunged to the lowest level in 3 years, pasal tapering stimulus yang US baru announced. Aku tak monitor crypto currencies sangat pasal aku "takut" nanti aku terberkecimpung dalam urusan jual beli pulak. Aku kena concentrate Forex sama gold aje lah dulu, tak boleh tamak sangat nak kesemuanya, I have to save some for rainy days.

Eh, sekarang memang musim hujan pun kan?

Thursday

Rabu - 18122013

Since aku tak ada plan nak ke mana-mana sangat harinih, tak lah aku terkejar-kejar. Aku selamba jer pergi breakfast lama-lama, sesambil baca paper, sesambil menengok orang yang macam terkejar-kejar aje semuanya. Apalah yang diaorang kejar, aku pun tak tahu.

Itupun aku tercepat sampai kat C dan D, terpaksa melangu kat luar, tunggu diaorang bukak office. Kat C aku kejap jer tapi kat D lama, Officer tu pun santai aje sembang sama aku, sesambil dia buat apa-apa yang berkenaan dengan hal aku tuh. 

Lepas lunch aku tak keluar dah, aku banyak buat online transactions, aku pun memantau Forex movements, terralit jugak ikut memollow pergerakan crypto currencies yang semuanya moving south.

Sempat jugak rembat 10 g worth of gold.

Walaupun sengsorang kat bilik, sendiri-sendiri jer, tapi rileks jer aku, sikit pun tak teringat hal kat kampung, sikit pun tak rasa nak balik cepat-cepat. Tak boleh nak balik cepat, sebab kat kampung aku tak boleh nak buat macam style aku sekarang nih, aku kena membusykan diri, aku kena ke kebun and stuff.

Kat sini aku, walaupun melepak jer tapi melepak sambil memantau, melantau. Ada peluang baik, rembat apayang patut, gold, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, USDCHF. Itu belum lagi aku berkecimpung dalam jual beli crypto currencies.

I wish aku boleh tulis entry panjang-panjang tapi tiap kali aku ke KL, memang aku tulis pendek, aku tak nak orang tahu pergerakan (mamposlah statement artis pencen ekeke) aku. Tapi, balik kampung nanti, aku rasa blog aku nih akan berat kepada Trade Journal jer lah kot. 

Wednesday

Selasa - 17122013

Pukul 7 lebih sikit Long hantar aku ke stesen bas Raub, sempat jugaklah bersembang sedikit sebanyak. Aku perasan yang sekarang nig I get emotional too quick, mungkin sebab the inside of me dah tepu, so itu yang selalu melimpah keluar tuh.

Sampai KL just before 11, aku terus aje ke A (Jalan Ampang) , aku banyak hal nak uruskan nih. Tak settle hal kat situ, then aku ke B (Jalan Pudu). Dah settle, aku ke A semula, menyettlekan benda yang half-settled tuh tadi. Then ke KL Sentral punya kawasan, ke C. Tak settle jugak, kena datang ambik esok. Then ke D, kat area-area tuh jugak, pun tak selesai urusan aku, malah aku terpaksa ke E untuk menyelesaikan masalah berbangkit. Esok jer lah kot. So aku balik ke B. Then orang kat D talipun, dia kata aku boleh berurusan dengan dia tanpa perlu pergi ke E, maksud dia, aku boleh ke E bila-bila masa aje nanti, tak ada apa-apa kesan kat urusan di D.

Semalam tidur berapa jam aje kan so tak heranlah hidung aku berair jer, asyik terbersin aje. And so aku rehat sekejap. By now kau tahu yang kat mana aku berrehat, kan Dear Diary? Betul, aku berehat di B.

Lepas Asar aku keluar, dengan niat nak memamperkan diri aku, iyalah kan, selama ini aku hidup dengan seribu ke minima-an, so masa-masa macam ni lah aku nak merewardkan diri aku, after all keclassy-an aku tetap tak luntur, walaupun dah setahun lebih aku bergelumang dengan tanah.

Aku ke area-area Bukit Bintang, aku ordered a new pair of glasses sebab cermin mata aku tuh dah lama sangat dah, penuh dengan lumut, aku nak kasi orang pegang pun aku malu. Tak mahal yang aku ordered tuh sampaikan aku almost terorder another pair sebab murah. Lagipun biasalah, bila kita dah order siap-siap, tengok-tengok ada yang lain yang kita berkenan.

Then, sementara menunggu glasses siap (dalam 2 jam), aku pergi potong rambut. Sepanjang upacara tuh aku asyik teringat, yang kalau duduk di kampung, aku potong rambut cuma RM 10 harganya. Tak ada pun aku rasa macam guilty gitu, aku lebih pada mengiyakan yang memang aku gini orangnya, masa aku tak ada duit, aku tak kisah kalau terpaksa makan nasi kepal. Dan bila aku ada duit, aku tak kisah pun kalau nak makan kat tempat mahal-mahal. Kat Hilton Double Tree contohnya.

Aku tak kata pun I had a  RM 300plus haircut, Dear Diary. Kau jangan nak buat-buat cerita, hokay?

Then merayau-rayau gitulah sampai ke Pavilion, dengar lagu-lagu Krismas.

Malam jugaklah baru aku balik, terus aje tidur walaupun aku ada  a few open positions (Forex), musim-musim akhir tahun nih memang gitu, market slow gila, nak monitor price movements memang buat sakit hati jer.

Tuesday

Isnin - 16122013

Aku sambung tidur lepas Subuh tadi tapi sekejap jer, dalam setengah jam gitu. Then terus pergi breakfast kat kedai Samad.

Since dah tak ada kawasan yang ready untuk ditanam kacang buat masa nih (aku malas nak menyangkul) so aku ambik kesempatan membaiki, menambun mana-mana pokok kacang yang perlukan perhatian aku. Banyak, luas rupanya kawasan yang perlu aku baiki, especially kat tempat yang tak banyak pokok kacang yang tumbuh, disebabkan hujan lebat yang berturutan ituhari. Terpaksalah aku ambik dan gali mana-mana kacang yang sebaya dan penuhkan mana-mana batas yang rongak. Daripada tak ceria jer batas tuh sebab rongak, jadi ceria akhirnya, berbaris-baris kacang, yang aku kambus pangkalnya then aku tabur baja. Dalam seseminggu dua bolehlah selesai semuanya kot. Aku tak nak teruskan menanam, apa faedahnya tanam banyak-banyak, luas-luas, kalau yang dah ditanam tuh tak terjaga.

Bibik ada datang kat aku, tanya-tanya kalau aku nak dia kopek kacang untuk dijadikan benih, so aku ok kan aje walaupun aku rasa tak berapa sedap hati, iyalah kan, dia sepatutnya temankan mak, buat apa yang mak buat. Masa tuh mak masih di rumah. Tak lama lepas tuh mak keluar, membersihkan daun-daun dan ranting-ranting kering. Rajin pulak mak. Tapi tak serajin aku yang boleh selesai 2 plots kacang aku kerjakan, sampaikan basah lenjun baju aku, pedih-pedih mata aku sebab peluh masuk ke mata. Pui sama Nor memetik rambutan.

S ada datang sekejap, tanya pasal pokok kelapa yang aku nak suruh dia tebang, pokok tuh dekat dengan rumah, takut jugak nanti dihempapnya rumah, so lebih baik ditebang awal-awal.

Dekat pukul 12 aku pun masuk rumah, aku tengok mak tengah memasak, dan bila aku ke bilik, aku boleh dengar Bibik berdengkur. Ish, sepatutnya Bibik ke dapur jugaklah kan? Kalaupun tak tahu apa nak buat, tunjukkanlah muka sikit, at least.

Aku bukak one of my FBs, yang khas untuk adik beradik dan sedara mara, aku melapurkan berita terkini tuh. Semenjak dua menjak nih gini lah aku, aku buat lapuran kat FB, so that diaorang (mostly adik beradik aku) tahu what's going on. Ada yang suruh aku ketuk bilik Bibik masa tuh jugak, suruh dia ke dapur. Tapi aku tak nak pasal aku tak tahu, entah-entah Bibik tak sihat.

"Mak tak apa ker Bibik tak ke dapur? Patutnya dia turun lah jugerk ke dapur masa mak memasak", aku tanya gitu kat mak masa nak pergi Zohor. Lembut jer ayat aku.

"Entah. Tak nya turen-turen (turun-turun), letih agaknya mengupas kacang tadi terh", kata mak.

"Kita makan bukannya banyak, mak memasak sorang pun tak apa", kata mak lagi.

Aku senyap kan aje walaupun aku mulanya nak jawab yang that's not the point. Sebab aku tak nak nanti mak ingat yang aku nih yang cerewet, nak cari salah orang aje. Kalau mak ok dengan cara Bibik, then aku pun ok kan jer lah, tak nak lah aku beria-ia sangat. 

EnRoss followed kitaorang sebab dia nak ambik kacang yang dia order ituhari dan HajiRamli, bila dia tahu ada lagi kacang, dia pun order sekilo.

Bibik ikut kitaorang pergi mengaji sama UstazM kat surau, tapi aku pergi dulu sebab aku orang yang first mengaji. So far aku rasa petang nih aku paling puas hati dengan bacaan aku, tak tersangkut-sangkut, lantang, dan dah ada lagu nya.

Walaupun berkain pelikat, berketayap, tapi aku pergi jugak ke Sungai Ruan, aku ada banyak benda yang nak discan dan disavekan ke pen drive. Balik tuh, tengok-tengok Long ada, sama Ieqa, sama anak Malik. Rupanya flight Long delay ke 25 hb nanti, tapi Long akan balik ke Jerantut Khamis nih.

Pui balik Ampang tak lama lepas tuh. Aku ke kebun meneruskan kerja pagi tadi. Long ada jugak tolong mulanya tapi bila menengokkan yang pokok kacang tak berapa ceria, dia terus berhenti menyangkul, then dia pindah merepih kat kawasan cili. So tinggallah aku sorang-sorang mengerjakan kacang aku, ceria tak ceria ker pokok kacang tuh, akan aku elokkan sedikit demi sedikit.

Aku masuk ke rumah awal sikit petang nih pasal aku ada janji dengan David/King Mongkut. 

Then aku sujud syukur.

"Aku nak ke KL esok, Long. Mak, saya nak ke KL esok", aku kata gitu kat Long, kat mak, masa nak pergi masjid. Aku mintak Long tolong hantar aku ke stesyen bas Raub awal pagi esok so bolehlah aku naik bas awal sikit. Long kata tak apalah aku nak pergi KL sampai Sunday, nak kasi chance tengok macamana mak sama Bibik tinggal berdua. Dengar ceritanya Ipin sekeluarga nak balik dalam sesehari dua nih.

Aku tak ke mana-mana lepas Maghrib, melepak kat masjid aje sampai Isyak.

Masa aku buat update nih aku belum tidur, jam dah pukul 1 setengah pagi. Benarnya tadi aku sambung balik Forex Projek Tabung Ayam aku dulu tuh, itu yang terralit tuh. Aku dah cuba tidur (dengan MT4 Terminal tetap on) tapi bila dengar yang Ieqa sama anak Malik belum tidur jugak, itu yang aku bangun semula tuh. Esok boleh tidur dalam bas.

Monday

Ahad - 15122013

Dah lah semalam aku tak boleh tidur, then pukul 3, convoy Nuar pun sampai. Rupanya Misi Bantuan Banjir PAS Selangor. Ada lori 20 tan, 4 bijik  4x4. Dan 3 orang anak sedara aku pun ikut jugak rupanya.

Lepas Subuh mak terus suruh aku order roti canai 30 keping, so aku pergi dengan 3 orang anak sedara aku tuh. Dari 6 setengah sampai 8 suku, barulah siap roti canai kitaorang. Aku tak nak datang dah ke kedai tuh, ini kali kedua aku kena tunggu lama macam tuh, bila order banyak.

Lepas diaorang breakfast, lepas memetik rambutan, diaorang pun berangkat balik ke Shah Alam.

Memang nasib baik sungguh (kalaulah dia datang semalam kan?), alih-alih S datang pagi nih, dia nak meracun. Dan dia tak perasan pun yang a few tandans pisang dah tak ada, mungkin sebab pisang yang Selepek ambik semalam tuh, bukan yang ditanam dek S tuh, itu pisang yang (arwah) Pak tanam. 

"Awak buat macam kawaih buat ke mak kawaih. Kawaih dengan mak kawaih, kalau dia degil, tak nak dengar nasihat kawaih, kawaih biar ker jer, lantak dia lah", kata S lagi bila dia tanya serba sedikit pasal Bibik, dan aku tercerita serba sebanyak pasal kitaorang. 

Ituhari Long pun ada kata, "Lantak ker dia mak lah..." contohnya kalau mak pergi jugak ke masjid bila aku tak ada di rumah, mak akan talipun sapa-sapa, suruh datang jemput mak. Dan mak akan kata yang orang tuh sebenarnya yang offer nak jemput mak.

Betul jugak, selama ini aku banyak sangat fikir pasal mak, macamana kalau akan datang nih aku buat tak peduli aje, apa mak nak buat, apa mak nak twist, apa mak nak kelentong. Agaknya dengan cara tuh fikiran aku akan jadi lebih tenang kot, tak payah nak fikir bukan-bukan. 

So itu yang aku tanya S tuh, ok ker kalau aku guna approach "lantaklah...." tuh. 

Aku sambung mencabut kacang, meleraikan kacang, buat batas, dan menanam. Akhirnya siap. Bererti jugak, ada lagi 2 plots yang belum dicabut dan boleh dijadikan benih, mula dulu aku ingat tak cukup, tapi nampak gayanya ada lagi yang boleh disimpan. 

Lepas Zohor aku sama mak ke Sungai Ruan sekejap, nak beli kacang hijau, Pui nak makan bubur durian. Jugak menop-up kan talipun Bibik, RM 10. Bagi orang Indon, talipun lah benda paling penting sekali, aku tahu sangat tuh.

Lepas Asar aku menggembur batas kacang yang mula-mula aku tanam dulu tuh. Banyak pokok kacang yang mati, dan banyak batas yang rongak-rongak, tak ceria jadinya. Penangan hujan lebat yang turun setiap hari dulu tu lah, tapi tak apa, kalau pun aku terpaksa tanam semula pun akan aku buat, tak kisah punya. Tak best lah kalau tak ada masalah, tak aman otak aku, mudah bosan.

Bibik datang menghimpit aku ekekekek, bunyi lucah jer kan? Dia nak sembang dengan aku lah tuh, tapi aku buat bodoh jer, aku tak layan pun sebab aku tengah sibuk menyangkul. Lagipun mak ada nun tengah membuang bangkai pokok cili, tak manis lah kalau orang tengok kitaorang berdua-duaan di bawah pokok pisang. Takut nanti, benda lain yang berputik ekekeke.

"Awak nak pergi khenduri ker lepas Isyak karang? Kalau awak nak pergi, mak tak payah ke masjid lah sebab mak tak nak pergi (khenduri) terh", kata mak masa aku bersiap nak ke masjid.

Macam tak percaya aku, why sudden change of style nih, kata aku dalam hati. Biasanya mak tak macam tuh, mak akan ke masjid jugak, dan kalau mak bermahana (bertekung) lepas Isyak tuh, maknanya mak tak nak pergi khenduri. Tapi kalau mak bertudung, bererti mak nak pergi.

"Saya tak pergi lah khenduri tu kalau gitu", aku kata kat mak.

Nasir ada balik so lepas Maghrib kitaorang mengeteh, mengesup-campur sementara tunggu Isyak.

Tersenyap kitaorang bila dalam pukul 10 lebih, Bibik, dari dalam bilik dia, menalipun. Cakapnya bukan main kuat lagi, dalam bahasa Aceh, so memang kitaorang tak faham apa lah. Serious kuatnya dia bercakap, sampai tenggelam semua bunyi lain.

Mulanya aku macam risau jugak sebab selalu sangat dia kata "muka dua, muka dua" tapi dari pengamatan aku, dia cerita pasal ex husband dia. Benda lain yang aku boleh faham, dia kata passport dia di Shah Alam, dan dia sekarang di Pahang. 

Nak tergelak pun ada dengan Bibik nih punya style, macam malam semalam tuh, dia menalipun kat bilik air, cakapnya bergema-gema. Aku yang dah masak sangat dengan style orang Indon nih tak apa lah tapi aku tengok mak yang macam terpinga-pinga gitu. 


Sunday

Sabtu - 14122013

"Mak ke Pekan Sari kang ajak Bibik", aku mengremind mak, lepas balik dari Subuh.

"Tengoklah, kalau dia 'ndak ka tak andak", kata mak.

"Ajak jugerk, dia 'ndak ke dia tak andak", aku kata gitu. Tegas.

"YERLAH, YERLAH", kata mak dengan suara keras.

Hmmmm......

Masa di Pekan Sehari, terjumpa Pakcik yang tukang collect duit Khairat Kematian, dia kata aku ada "hutang" 3 bayaran kematians, so aku bayar advanced sikit, untuk 10 kematian yang akan datang. Susah kat kampung nih, bila ada dua tiga kematian, duit Tabung jadi susut, dah terpaksa cepat-cepat collect dari sapa-sapa yang join.

And so habislah dah duit yang Ani sama Lan kasi ituhari, biasanya gitulah, duit yang orang kasi kat aku, aku kasi kat orang balik, ataupun aku belanjakan untuk benda-benda baik, so that InsyaAllah, diaorang akan dapat kebaikan dari kebaikan yang dah diaorang buat tuh. Untuk belanja aku mengeteh, itu duit-duit belen, duit jualan kacang, atau duit yang aku korek kat celah mana-mana.

Aku sambung menanam, diselang seli kan dengan mencabut kacang. Yang bila siap menanam, dan dah dapat a few baris kacang dicabut, terus aku gemburkan tanah, dan aku tanam. Tak terasa sangat kerja macam tuh, kalau nak tunggu siap mencabut semuanya then baru nak menanam, terasa macam luas sangat kawasan, jadi malas dibuatnya. Tapi kalau dibuat sikit-sikit, lama-lama siap jugak. Itu lah kaedah kerja orang malas. Orang malas yang rajin.

Pui sekeluarga (Nor, Adam) ada balik tengahari nih, unexpectedly. Biasalah, memang style Pui gitu. So Bibik tak ikut kitaorang ke masjid, pasal ada orang di rumah. Boleh jer kalau dia nak ikut tapi dia yang tak nak. 

Lepas Asar aku sambung kerja yang sama, tengah seronok menanam, Bibik datang tolong memetik kacang yang dah aku cabut tuh. And so kitaorang sembang aje lah.

Soalan pertama aku, "Suami nya di mana?". Itu aje. Then dia bercerita, melarat-larat.

Suami dia dulunya alim, ada Pasentran, Imam gedek. Tapi tah macamana, dia kena "sihir", then kawin dengan perempuan yang lebih tua dari dia (Bibik pun lebih tua dari suami dia, macam Rozita Che Wan sama Melayu Mat Salleh tuh). Lama kelamaan suami dia tak balik ke rumah, so Bibik mintak cerai, dia kata nak mencari rezeki kat Malaysia.

Suami dia kata, kalau Bibik datang ke Malaysia, akan jatuh talak. And that was 6 years ago.

So Bibik datang ke Malaysia 3 bulan lepas, yang secara rasminya jatuh lah talak. Ada saksi pun. So Bibik masih dalam eddah lah ni. Anak sedara Bibik jadi Tukang Masak kat restoran Nuar, dah 2 tahun lebih dah, dia yang mintak Nuar ambik Bibik jadi maid Nuar, sebelum datang ke sini.

Bila aku tanya pasal gaji, dia kata dia tak tahu menahu, dan selama ini belum dapat pun gaji. Peliklah aku and so bila aku tanya dia, patut ker aku tanya Nuar, dia kata tak payah. Mungkin gaji akan dibayar sekali sekala, atau secara lump sum. Atau mungkin dia ada hutang dengan Nuar (buat perbelanjaan dia ke sini), itu aku tak tahu, macamana pun itu satu kemungkinan besar.

InsyaAllah tahun nih dia akan buat haji, dia dah menabung sejak 1980 lagi, katanya. 

"Bibik punya.....", belum sempat aku tanya apa-apa, dia jawab, ..."calun suami?". And I was like damn, this is so unreal. Ke situ pulak perginya pemikiran dia.

So itu lah sedikit sebanyak kisah Bibik, aku rasa aku boleh ngam dengan Bibik tuh, aku nh bukannya cerewet sangat orangnya. Cuma aku tak yakin yang Bibik boleh ngam dengan mak. 

Pagi tadi Selepek ada datang, bila dia tengok ada dalam lima enam tandan pisang yang dah elok ditebang, dia tanya aku, dia kata jual kat dia ajelah. Aku ok kan aje. So petang nih dia datang kasi duit hasil jualan pisang tuh, RM 75. Aku macam tak percaya sebab selama ini S yang jual pisang, kitaorang punya bahagian cuma belasan Ringgit aje. Selebihnya diambik S, diautanya kitaorang, dikatanya pisang tak elok, rejected. Akan datang, kalau S tak ada, dan ada pisang yang dah tua, aku nak jual kat Selepek jer lah. S pun dah sebulan lebih tak datang nih, dah jadi belantara dah kat kawasan pisang yang dia tanam tuh, tak berjaga, tak berracun.

"Mak cakak ke Ida, mak tak tahu, tengok jer lah macamana", kata mak, masa kitaorang nak ke masjid for Maghrib. Ida ada talipun mak sebelum tuh, bertanya khabar pasal Bibik.

"Peramah sangat orangnya, bercakak jer. Tadi masa di Pekan Sari, masa nak beli sayur, semer ditanya nyer. Masa nak beli ikan, cerewet bukan main, dah lah cakak nya kuat, sampe semer orang pandang. Entahlah....", kata mak.

Hmmm...

Tak ramai jemaah lelaki yang turut mengaji sama UstazM malam nih, tapi yang ada, semua orang penting, 2 Imam, Bendahari dan Setiusaha masjid. Aku jer orang kebanyakan.

Pui guna laptop aku sepanjang malam so terkulat-kulatlah aku, bila aku nak tidur, Nuar talipun mak, diaorang buat convoy bantaun banjir di Pekan, dan dah nak balik ke KL. So diaorang nak singgah bermalam, ada 18 orang semuanya. Dijangka sampai dalam pukul 2 pagi.

Jumaat - 13122013

Aku cadang nak pergi breakfast kat kedai Samad aje macam kebiasaan tapi teringat pulak nak terus pergi beli baja, so aku keluar bawak kereta. Tiba-tiba aku macam tukar fikiran, akhirnya aku ke toot toot toot toot. Lama aku kat situ, dalam sejam setengah, balik tuh baru aku singgah beli baja.

Then teruslah sambung menanam kacang kat kawasan semalam, aku sorang jer sebab Long tolong Malik menyiapkan kerja-kerja pasang paip. Dah letih menanam, aku membaja, senang macam tuh, tak payah nak tunggu kacang tuh tumbuh dulu baru letak baja. Baik aku membaja siap-siap.

"Ambiklah duit nih", aku kata kat Ieqa bila diaorang nak balik, lepas Asar.

"Pedo'oh, Pak Itam bukan ada duit", kata Ieqa.

"Ada, ni duit yang Pak Chu Lan bagi ke Pak Itam", aku kata gitu sambil kasi RM 10, kat anak Malik pun aku kasi. Duit belen beli baja tadi.

"Berapa harga kacang nih?", Long tanya aku, sambil keluarkan wallet, sambil keluarkan duit untuk dihulur kat mak.

"Ambik jer lah, tak kan dengan adik beradik pun nak berkira", aku kata gitu. 

"Berapa kilo seme nyer? Berapa ringgit?", mak tanya. Tak tahu lah tanya sapa, tanya Long atau tanya aku.

Aku tunggu jer, aku nak pastikan yang Long tak bayar harga kacang tuh, tak kalu, mak akan ambik jer. Aku yang tanam kacang tuh so aku ada hak nak kasi kat sapa-sapa. Sebanyak mana pun.

RiTabligh ada datang, berdua. Aku perasan ada Jemaah Tabligh kat surau sebab masa sembahyang Jumaat tadi ada nampak segerombolan geng diaorang. Senyum dan bersyukur dia, sambil menadah tangan macam orang berdoa, bila aku kata kitaorang dah ada Bibik. Bagi dia, itu maksudnya aku dah bebas untuk ke mana-mana, aku boleh "keluar" ikut Jemaah Tabligh. Tapi bila aku kata yang nampak gayanya keadaan akan masih sama macam dulu sebab siapa yang akan drive mak ke masjid, kalau aku tak ada? 

"Diaorang tengah nak bentuk Jemaah 10 Hari, bolehlah awak "keluar", kata RiTabligh lagi.

Degil dia nih, kata aku dalam hati. Slow-slow lah, biar aku cuba "memboloskan" diri dulu 2 tiga hari minggu depan, dan aku nak tengok samada ada masalah berbangkit atau tidak. Lepas tuh, kalau semuanya ok, bolehlah aku membolos dan meloloskan diri lama sikit.

Eh, ok, boleh ker kalau aku "tipu" mak, aku kata nak ke KL 3 hari, instead aku "keluar" ikut Jemaah Tabligh? Aku rasa bagi diaorang, itu tak ada masalah, boleh jer, cuma bagi aku, itu tak berapa betul caranya. Bagi diaorang, semua tuh Tuhan tolong, Tuhan mudahkan. 

Actually, itu salah satu benda yang aku kurang berkenan dengan "prinsip" Tabligh nih, diaorang mudah ambik senang, hatta benda yang tak berapa betul. Ini contoh, ada orang kuat Tabligh kat kampung nih, dia drebar kat JKR Raub. Dia selamba jer gunakan kenderaan JKR, bawak balik waktu lunch hour (dalam 10 km jauhnya JKR ke rumah dia), sebab dia nak jemput anak dia balik dari sekolah. Kalau tanya dia, dia akan kata yang "Tuhan mudahkan usaha dia".

Bagi aku, itu tak patut dibuat, tak kira lah orang Tabligh atau tidak. What I'm trying to say is, biasanya orang Tabligh selalu ambik jalan mudah, membolehkan benda yang tak boleh etc.

Allahuaklam.

Lepas semuanya balik, aku sambung menanam kacang, dapatlah dalam 5 baris. Dua hari nih panas, nampak gayanya minggu depan aku dah kena start menyiram semula. Rasanya sebulan lebih aku tak menyiram sebab hujan almost every other day. That aku memang bersyukur.

"Ajaklah Bibik ke masjid", aku kata kat mak bila macam tak ada gaya yang Bibik akan ikut kitaorang.

"Mak dah tanya tadi, dia kata dia tak apa kalau dia tinggal sorang-sorang kat rumah", jawab mak.

"Tak. Ajak jugak dia ke masjid", aku cakap gitu. Tegas.

Kalau aku sambung ayat tuh, .... "kan Ani dah pesan jangan tinggalkan Bibik sorang-sorang kat rumah"..., sure mak akan sentap.

Dah lama aku tak mengeteh kat kedai depan masjid tuh, mulanya aku plan nak sambung lah balik my favorite waste of time tuh, tapi sebab tak ada sapa pun jemaah lelaki yang stay back kat masjid (semuanya balik ke rumah), aku decided untuk cuba tahan godaan, so aku melepak kat masjid jer lah.