Berjaya jugak aku menukar MyKad baru pagi nih, buat kat UTC Puduraya. Too bad passport tak boleh dibuat kat situ. Nampak gayanya aku kena buat kat Putrajaya, macamana pun, balik Raub nanti aku akan cuba-cuba tanya kalau-kalau boleh dibuat di Raub jer sebab kes aku nih berat sikit. Saja jer lah nak buat pasport, aku bukan nak ke mana-mana pun, kan?
Balik dari Sembahyang Jumaat tadi (Masjid Jamek KL), aku tersinggah kat Guardian, lama dah aku nak beli Apple Cider Vinegar, Sunnah Nabi tuh minum cider vinegar. Banyak khasiatnya jugak. Beli 2 botol, dapat free sebotol honey. Rasanya dan bau nya memang menyenakkan tapi sebab aku dah biasa minum air asam jawa, jugak aku suka hirup kuah jeruk, so tak ada lah terasa sangat.
Ini antara kelebihan-kelebihan apple cider vinegar, yang aku copy paste dari blog orang.
1. Memecahkan lemak dalam badan
2. Melancarkan laluan darah
3. Menambah dan menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan otak.
5. Melawaskan usus kecil dan besar
6. Bertindak sebagai Anti alergi, Anti septik, Anti anemia, Anti ulcer
7. Menghilangkan masalah jerawat.
8. Menyahkan penyerapan dan pengumpulan lemak.
9. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu.
10. Menyingkir air yg berlebihan . (Pemparitan Limfatik)
11. Menguat dan melembabkan kulit dan menegangkannya.
12.Merawat selulit.
13. Membuang lemak yang berlebihan dibahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti bonggolan-bonggolan.
14. Meredakan sengal dan sakit sendi.
15. Menurunkan risiko masalah barah dan jantung.
16. Mengandungi anti oksidan yg menjaga kesihatan jantung.
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kekuatan dan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis iaitu boron pada mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Mengawal berat badan ke paras ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
Hadis Pertama:عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللّهِ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الْإِدَامَ فَقَالُوا : مَا عِنْدَنَا إلا خَلّ فَدَعَا بِهِ وَجَعَلَ يَأْكُلُ وَيَقُولُ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّDari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk pauk kepada keluarganya. Jawab mereka: “Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka”. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata: “Sebaik-baik lauk ialah cuka.” (HR Muslim)
Hadis Kedua:عَنْ أُمّ سَعْدٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهَا عَنْ النّبِيّ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ اللّهُمّ بَارِكْ فِي الْخَلّ فَإِنّهُ كَانَ إدَامَ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي وَلَمْ يَفْتَقِرْ بَيْتٌ فِيهِ الْخَلDari Ummu Said RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Sebaik-baik lauk ialah cuka. “Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah lauk para nabi sebelumku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”.(HR Ibnu Majah)
Kalau korang masih ingat, apple cider vinegar nih jugaklah yang aku guna untuk membersihkan lantai apartment masa aku kerja kat rumah Carter kat Chelsea New York dulu tuh kan?
Lain blog entry aku kali nih. Hiks!