Tak boleh tidur kitaorang malam semalam pasal banyak anjing menyalak, berkeliaran depan rumah. Malam nih aku rasa nak cuba tutup semua lampu di kiri kanan dan depan rumah, biar bergelap. Akhir-akhir nih banyak betul menatang tuh, babi pun ada jugak kadang tuh. Tanah belakang dan depan rumah kitaorang, tanah sawit, memang banyak babi.
Aku sambung kerja semalam, memindahkan pokok kacang, satu persatu, ke batas-batas yang rongak. Then mencabut rumput, menambun batas. Jugak merepih. Macam-macam lah yang aku buat, aku kena pastikan yang by the time Long balik dari Umrah, semuanya dah elok, dah cambah. Tension aku kat Long nih tau dak, malam semalam dia talipun tanya aku, dah siap ker tanam kacang yang kat depan rumah tuh, sebab dia kata kalau siap, nak tanam kat tempat lain.
Long nih cakap jer yang reti nya, apa guna tanam kat kawasan baru yang lain sedangkan kawasan lama masih boleh ditanam (dan perlu dibersihkan terlebih dulu). Tanam merata-rata, buat susah nak menyiram aje nanti tuh, dia balik sekali-sekala aje, yang jadi hamba sahaya nya aku. Lagipun selama ini aku yang usahakan kacang tuh, let me decide where and when nak tanam.
Mak pun ikut cakap Long, nak mula tanam kat tempat baru, kononnya kat kawasan yang lama tuh tak elok, terlindung dek pokok pisang. Ini aku dah repair, aku dah gembur batas elok-elok, ok jer nampak gayanya pokok kacang. True yang banyak extra works aku kena buat tapi nak buat macamana, tak kan nak salahkan hujan yang turun tak henti-henti dulu tuh sampaikan tanah jadi mampat.
"Moh kita ke Raub sekejak, mak nak ke klinik nak beli ubat gatal", kata mak, masa aku tengah menyangkul.
"Pergi sekarang lah, suruh Bibik bersiap", aku kata gitu, terus tinggalkan cangkul.
"Nak bawak dia jugerk ker?", mak tanya aku.
"Bawaklah, kan ker janjinya (dengan Ani, Ida) gitu? Jangan tinggalkan Bibik sorang-sorang", aku kata gitu. Lurus aku nih orangnya, memegang janji, unlike mak yang dah berkali melanggar janji manis untuk tidak biarkan/tinggalkan Bibik Duyung sorang-sorang kat rumah.
"Iyalah......tapi.....", tak habis lagi mak buat ayat, terus aku kata, "Bawak".
Masa bersiap tuh terfikir jugak aku, buatnya ada road block, dan Bibik kena tahan, tak ker naya? And so aku sms-ed Ida, tanya pendapatan dia. Ida kata bawak Bibik Duyung sekali, kalau ada terjadi apa-apa, nasib lah.
Tak apalah, kalau Bibik Duyung kena tahan, entah-entah dia akan tulis blog masa dalam tahanan, kan? Dapatlah aku baca Kisah Seorang Banduan versi Aceh ekekekekeke
Lepas habis urusan, kitaorang singgah Simpang Kallang sekejap, beli lauk. Nak beli tembikai untuk jamuan kat surau Khamis nih tapi dari satu gerai buah ke satu gerai buah sepanjang Jalan Raub-Lipis tuh tutup.
Lepas Zohor kitaorang singgah rumah Chu pasal nak bincangkan masalah kerja khenduri Sabtu nih, Tihah (anak Chu) nak bertunang, so nak lah jugak kitaorang tolong apa-apa yang patut.
"Awak jangan tak datang Sabtu terh, Chu nak kenei ker awak calun yang Chu kabor ker awak dulu terh", Chu berbisik kat aku.
"Jangan berbisik kuat sangat, kang nyer dengar di mak kang, kerayan", aku kata gitu kat Chu, masa mak dah di luar rumah.
Lama tak ada internet signal, so aku cuba-cuba call ke cellphone aku. Rupanya line kena potong. Damn! Dah 2 kali macam nih, tak kan Ida lupa kot? Sibuk sangat ker jual beli emas sampaikan 2 bulan bayaran tertunggak. Yang buat sakit nya, bukan duit account Ida yang diguna untuk bayar bill, tapi duit dari account mak, yang Ida sorang jer tahu passwordnya, sebab dia yang set kan sendiri.
Tak aman jadinya aku bila memikirkan yang aku ada a few naked positions (unprotected) yang aku cadang nak adjust, right before European session. Bukan Ida tak tahu yang aku perlukan internet sepanjang masa? Then again gitulah adik beradik aku, they like to take things for granted, pulak tuh asyik fikir pasal diri sendiri jer, tak fikir pasal kesusahan orang lain yang bersusah payah so that diaorang tak payah bersusah payah. Payah!
Dah tak boleh nak online, so aku cuba lelapkan mata, semalam berapa jam aje aku tidur. Then terdengar bunyi mak tutup pintu, nak ke surau. Tapi, Bibik Duyung tengah bernasyid kat beranda. Bila aku nak tutup pintu depan, aku tengok Bibik Duyung tengah terlentang, terkapar-kapar.
"Bibik, pergi suro", aku kata gitu kat Bibik Duyung.
Then baru lah mak tanya, "Bibik nak pergi ker?"
Dengan mak nih memang gitu, mak sepatutnya kata, "Jom", jangan tanya samada Bibik Duyung nak pergi atau tidak. Seriously, aku tak tahu apa fungsinya Bibik Duyung tuh kat rumah nih, dia lebih kepada macam tetamu jer gayanya.
Tak boleh jadi, tersiksa jiwa raga aku kalau tak ada internet so aku ke Sungai Ruan, cari U Mobile prepaid, sempat singgah kedai beli tong penyiram air, trays dan tanah semaian, seratus lebih jugak habisnya. Banyak belanja jadi pekebun nih, duit keluar aje. Penghasilannya? Sekarang lagi parah sebab tabung bekas duit hasil jualan kacang/pisang/kelapa/cili, dah mak simpan kat bilik mak, sejak kitaorang ada "tetamu" nih. Kalau dulu, bolehlah aku seluk kat bekas duit tuh bila masa sengkek sangat. Akan datang nih, belanja nak beli barang guna duit aku tapi hasilnya jatuh ke tangan orang lain. Yang miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya hehehhe.
Bila aku dapat connect balik ke internet, tengok-tengok two of my positions parah, so kena cut loss. So aku rugi USD 90, balik ke asal. Damn! Tak apa, tak ada rezeki.
Lepas Asar aku menyangkul rumput, nak clearkan kawasan untuk ditanam. Laju jugak aku buat kerja, kejap jer berjurai peluh keluar. Mulanya cadang nak terus buat batas, dan tanam. Jugak nak tanam kat tray semaian yang ada dalam 20 trays tuh tapi tak cukup masa.
Aku tengok, lepas aje balik dari surau, mak terus ke kebun, menyiram kat 2 plots yang salah satunya ditanam masa aku di KL dulu. Yang plot lagi satu, aku yang tanam. Bibik Duyung tak keluar pun ke kebun, petang-petang kalau dia keluar pun cuma untuk petik rambutan, atau bersidai kat buai. Sambil melagukan alunan kuat. Mak pulak, pelik jugak aku, sejak Bibik Duyung ada, kerap pulak ke kebun. Tak kan nak kutip points kot? Tak ada faedahnya lah.
Entahlah, kadang-kadang aku rasa aku nih "cerewet tak bertempat", ada jer perbuatan orang lain yang serba tak kena di mata aku, ada jer cacat cela nya. Perfectionist ker aku nih, atau just plain normal, orang lain yang tidak berapa normal nya. Entahlah.
Aku cadang nak melepak masjid jer lepas Maghrib tapi since esok cuti, Nasir ada balik, so kitaorang pergi mengeteh. Ada aku ajak anak MatNor tolong aku kerja di kebun esok pagi, tengoklah, dia datang ker tidak. Kalau dia ada best jugak, boleh dibuat kawan, walaupun budak kecik jer.