Sunday

Ahad - 22122013

Malas sungguh aku nak balik rasanya, kalau boleh nak duduk KL lama-lama. Sebab aku rasa kepala aku lapang jer bila duduk KL nih, tak ada sapa kisah, dan aku tak payah nak fikir pasal orang lain. Kalau kat kampung terpaksa berdepan dengan banyak drama swasta. Dan jugak sinetron Indo.

Lepas banked-in duit ke Ida, aku pun kemas-kemas barang, kena balik awal sikit so that petang nih bolehlah aku ke kebun. Entah apa jadi kat kacang aku, kalau hujan dalam masa seseminggu nih macam KL, Alhamdulillah.

Aku naik bas pukul 10, sampai Raub 11-30 pagi, tapi lama jugak kat stesen bas, nak tunggu bas ke Sungai Ruan, pukul 12-15. Dari kejauhan aku nampak Bibik baring kat beranda, dan dari kejauhan tuh jugak aku boleh dengar suara dia, "bercakap dengan Tuhan", memohon ampun. 

"Mak nak ke mana?", aku tanya mak bila aku nampak mak berpakaian lawa jer.

"Mak ke rumah orang khenduri tadi terh, Bibik tak ikert (ikut) pun, dia tinggal sorang. Ada orang jempert (jemput)", kata mak.

Aku diam kan aje walaupun mak telah melanggar janji, untuk tak tinggalkan Bibik bersendirian kat rumah.

"Lah, dia pun nak pergi jugerk?", mak tanya bila dia nampak Bibik keluar rumah nak ke masjid. 

Hmmmmm.....

Lepas Zohor aku tinggalkan mak sama Bibik kat rumah Chu pasal nak ke rumah orang khenduri Tahlil kat depan rumah Chu, rumah yang mak pergi tadi nya tuh.

"Mak ambiklah duit nih, saya bayar bulan-bulan sebanyak nih", aku hulur kat mak a few hundreds, lepas aku beritahu mak yang aku sekarang dah "ada duit" sesikit. Aku beritahu yang aku ke KL ituhari nak uruskan pasal duit, dan aku nak buat business online. Tak adalah aku kata aku memorex (mana mak faham) cuma aku kata aku buat kerja guna laptop, guna internet, dan sekali sekala aku kena ke KL. 

Apa yang aku perasan, mak macam dah expect aku nak kasi duit, mak tak ada tanya lebih-lebih pun, mak even tercakap yang mak ada tanya ustaz pasal "anak yang berhutang...." Aku ambik kesempatan tuh beritahu mak yang lepas nih mak tak payah risau pasal hutang aku (dan anak-anak lain yang ada berhutang) pasal kitaorang tahu lah hukum hakan ugama, memang kitaorang akan bayar, tapi cuma waktu tak mengizinkan lagi. Ada jugak aku beritahu pasal yang kalau aku mati dulu blah blah blah, and by that time airmata aku dah mula keluar. Mungkin orang kata aku tak sepatutnya cakap pasal tuh tapi aku rasa aku patut sangat cakap, sebab walaupun memang benar aku berhutang tapi aku terasa hati sungguh-sungguh bila dapat tahu yang mak sampaikan tanya Ustaz, sampaikan mak mengadu pada one of my sisters, mak kata yang aku akan susah kat akhirat nanti (sebab berhutang).

Tiga kali aku peluk mak, aku kata jangan ambik hati dengan apa yang aku cakap, apa yang aku tegur sebab aku sebagai anak lelaki yang tahu pasal mak, aku punya tanggung jawab nak tegur dan sedarkan mak, benda-benda yang mak tak sedar dan buat-buat tak sedar dan buat-buat tak tahu. Siap aku kasi hadis sama Ayat Quran lagi. Tapi, sepanjang aku bercakap dengan mak tuh, aku cakap lembut jer, sikit pun tak ada rasa marah, geram, bengang. Itu yang buat aku bersemangat tuh, dan mak pun dengar sambil mengiakan apa yang aku cakap. Mak pun tahu aku tak marah. Last aku peluk mak, mak mintak maaf dengan aku berkali-kali. 

Sebelum-sebelum ini pun ada mak mintak maaf tapi takat ucapan di mulut jer lah kan hehehehe. Tengoklah kali ini ada perubahan ker tidak sebab aku berniat nak sedarkan mak yang ugama tuh bukan sekadar pergi sembahyang kat masjid setiap waktu dan pandai mengaji aje, ugama tuh lebih luas dari tuh semua.

Then aku tidur, sementara tunggu Asar. Lepas tuh ke kebun, melawat kawasan. Ada satu plot yang baru ditanam, mungkin Long yang tanam kot, aku dah pesan harituh yang aku tak nak tanam kacang kat situ sebab tanah nya berpasir, tak berapa elok, kacangnya banyak yang "luka-luka". Then aku tengok ada 5 baris kacang aku mati kena racun, mengikut kata Bibik, mak yang meracun kat situ, mak guna botol spray. 

Dan kacang yang lain semuanya dicabut, dan dijual. Aku dah pesan ituhari yang kacang tuh nak dibuat benih, dengan mak nih, bila kacang dicabut aje, semuanya nak dijual. Sedangkan banyak lagi kawasan yang belum bertanam, dan banyak jugak kawasan yang aku kena tanam semula sebab anak-anak kacang mati masa hujan berterusan ituhari. 

So aku menambun pangkal kacang, mencabut weeds, merepair mana yang patut. Sambil fikir yang aku tak nak fikir banyak sangatlah pasal tanaman aku, nak buat setakat mampu, setakat yang ada aje. Sebab soon aku akan kena fikir pasal Forex aku lah pulak, kan? Aku berkebun nih just nak mengaburkan mata orang banyak, itu aje. Lagipun, I have to do what I have to do, kalau duduk di kampung. 

Long ada talipun, nak pinjam duit sebab nak berangkat 25 hb nanti sedangkan Nuar tak bayar habis hutang Long, maksudnya Nuar tak kasi penuh jumlah yang Long mintak, yang Long perlukan. 

Terfikir aku, pagi tadi dah terpaksa pinjamkan Ida, tengahari terpaksa bayar hutang mak sikit, petang pulak Long "mengungkit", mengonered aku, nak duit. Gini rupanya keluarga aku. Hmmm....

Bibik beritahu yang dia nak suruh Ida datang jemput dia akhir bulan nih atau awal bulan depan sebab dia nak ke Shah Alam, ke rumah Nuar. Ada hal pasal masalah dia nak pergi Haji tahun depan. Bila aku tanya lagi dia kata bulan 2 nanti dia akan balik ke Aceh, nak uruskan pasal Haji tuh. Dia siap tunjukkan aku buku tabungan kos Haji dia.

Apa-apa lah, nak balik terus ker, tak nak datang sini dah ker, itu lagi bagus. Emangnye gue pikirin?

Makcik Esah nak tumpang ke masjid malam nih sebab ada Ustaz mengajar mengaji. Aku sorang jer jemaah lelaki yang ikut mengaji, jemaah perempuan 4 orang.