Tuesday

Isnin - 16122013

Aku sambung tidur lepas Subuh tadi tapi sekejap jer, dalam setengah jam gitu. Then terus pergi breakfast kat kedai Samad.

Since dah tak ada kawasan yang ready untuk ditanam kacang buat masa nih (aku malas nak menyangkul) so aku ambik kesempatan membaiki, menambun mana-mana pokok kacang yang perlukan perhatian aku. Banyak, luas rupanya kawasan yang perlu aku baiki, especially kat tempat yang tak banyak pokok kacang yang tumbuh, disebabkan hujan lebat yang berturutan ituhari. Terpaksalah aku ambik dan gali mana-mana kacang yang sebaya dan penuhkan mana-mana batas yang rongak. Daripada tak ceria jer batas tuh sebab rongak, jadi ceria akhirnya, berbaris-baris kacang, yang aku kambus pangkalnya then aku tabur baja. Dalam seseminggu dua bolehlah selesai semuanya kot. Aku tak nak teruskan menanam, apa faedahnya tanam banyak-banyak, luas-luas, kalau yang dah ditanam tuh tak terjaga.

Bibik ada datang kat aku, tanya-tanya kalau aku nak dia kopek kacang untuk dijadikan benih, so aku ok kan aje walaupun aku rasa tak berapa sedap hati, iyalah kan, dia sepatutnya temankan mak, buat apa yang mak buat. Masa tuh mak masih di rumah. Tak lama lepas tuh mak keluar, membersihkan daun-daun dan ranting-ranting kering. Rajin pulak mak. Tapi tak serajin aku yang boleh selesai 2 plots kacang aku kerjakan, sampaikan basah lenjun baju aku, pedih-pedih mata aku sebab peluh masuk ke mata. Pui sama Nor memetik rambutan.

S ada datang sekejap, tanya pasal pokok kelapa yang aku nak suruh dia tebang, pokok tuh dekat dengan rumah, takut jugak nanti dihempapnya rumah, so lebih baik ditebang awal-awal.

Dekat pukul 12 aku pun masuk rumah, aku tengok mak tengah memasak, dan bila aku ke bilik, aku boleh dengar Bibik berdengkur. Ish, sepatutnya Bibik ke dapur jugaklah kan? Kalaupun tak tahu apa nak buat, tunjukkanlah muka sikit, at least.

Aku bukak one of my FBs, yang khas untuk adik beradik dan sedara mara, aku melapurkan berita terkini tuh. Semenjak dua menjak nih gini lah aku, aku buat lapuran kat FB, so that diaorang (mostly adik beradik aku) tahu what's going on. Ada yang suruh aku ketuk bilik Bibik masa tuh jugak, suruh dia ke dapur. Tapi aku tak nak pasal aku tak tahu, entah-entah Bibik tak sihat.

"Mak tak apa ker Bibik tak ke dapur? Patutnya dia turun lah jugerk ke dapur masa mak memasak", aku tanya gitu kat mak masa nak pergi Zohor. Lembut jer ayat aku.

"Entah. Tak nya turen-turen (turun-turun), letih agaknya mengupas kacang tadi terh", kata mak.

"Kita makan bukannya banyak, mak memasak sorang pun tak apa", kata mak lagi.

Aku senyap kan aje walaupun aku mulanya nak jawab yang that's not the point. Sebab aku tak nak nanti mak ingat yang aku nih yang cerewet, nak cari salah orang aje. Kalau mak ok dengan cara Bibik, then aku pun ok kan jer lah, tak nak lah aku beria-ia sangat. 

EnRoss followed kitaorang sebab dia nak ambik kacang yang dia order ituhari dan HajiRamli, bila dia tahu ada lagi kacang, dia pun order sekilo.

Bibik ikut kitaorang pergi mengaji sama UstazM kat surau, tapi aku pergi dulu sebab aku orang yang first mengaji. So far aku rasa petang nih aku paling puas hati dengan bacaan aku, tak tersangkut-sangkut, lantang, dan dah ada lagu nya.

Walaupun berkain pelikat, berketayap, tapi aku pergi jugak ke Sungai Ruan, aku ada banyak benda yang nak discan dan disavekan ke pen drive. Balik tuh, tengok-tengok Long ada, sama Ieqa, sama anak Malik. Rupanya flight Long delay ke 25 hb nanti, tapi Long akan balik ke Jerantut Khamis nih.

Pui balik Ampang tak lama lepas tuh. Aku ke kebun meneruskan kerja pagi tadi. Long ada jugak tolong mulanya tapi bila menengokkan yang pokok kacang tak berapa ceria, dia terus berhenti menyangkul, then dia pindah merepih kat kawasan cili. So tinggallah aku sorang-sorang mengerjakan kacang aku, ceria tak ceria ker pokok kacang tuh, akan aku elokkan sedikit demi sedikit.

Aku masuk ke rumah awal sikit petang nih pasal aku ada janji dengan David/King Mongkut. 

Then aku sujud syukur.

"Aku nak ke KL esok, Long. Mak, saya nak ke KL esok", aku kata gitu kat Long, kat mak, masa nak pergi masjid. Aku mintak Long tolong hantar aku ke stesyen bas Raub awal pagi esok so bolehlah aku naik bas awal sikit. Long kata tak apalah aku nak pergi KL sampai Sunday, nak kasi chance tengok macamana mak sama Bibik tinggal berdua. Dengar ceritanya Ipin sekeluarga nak balik dalam sesehari dua nih.

Aku tak ke mana-mana lepas Maghrib, melepak kat masjid aje sampai Isyak.

Masa aku buat update nih aku belum tidur, jam dah pukul 1 setengah pagi. Benarnya tadi aku sambung balik Forex Projek Tabung Ayam aku dulu tuh, itu yang terralit tuh. Aku dah cuba tidur (dengan MT4 Terminal tetap on) tapi bila dengar yang Ieqa sama anak Malik belum tidur jugak, itu yang aku bangun semula tuh. Esok boleh tidur dalam bas.