Sunday

Jumaat - 13122013

Aku cadang nak pergi breakfast kat kedai Samad aje macam kebiasaan tapi teringat pulak nak terus pergi beli baja, so aku keluar bawak kereta. Tiba-tiba aku macam tukar fikiran, akhirnya aku ke toot toot toot toot. Lama aku kat situ, dalam sejam setengah, balik tuh baru aku singgah beli baja.

Then teruslah sambung menanam kacang kat kawasan semalam, aku sorang jer sebab Long tolong Malik menyiapkan kerja-kerja pasang paip. Dah letih menanam, aku membaja, senang macam tuh, tak payah nak tunggu kacang tuh tumbuh dulu baru letak baja. Baik aku membaja siap-siap.

"Ambiklah duit nih", aku kata kat Ieqa bila diaorang nak balik, lepas Asar.

"Pedo'oh, Pak Itam bukan ada duit", kata Ieqa.

"Ada, ni duit yang Pak Chu Lan bagi ke Pak Itam", aku kata gitu sambil kasi RM 10, kat anak Malik pun aku kasi. Duit belen beli baja tadi.

"Berapa harga kacang nih?", Long tanya aku, sambil keluarkan wallet, sambil keluarkan duit untuk dihulur kat mak.

"Ambik jer lah, tak kan dengan adik beradik pun nak berkira", aku kata gitu. 

"Berapa kilo seme nyer? Berapa ringgit?", mak tanya. Tak tahu lah tanya sapa, tanya Long atau tanya aku.

Aku tunggu jer, aku nak pastikan yang Long tak bayar harga kacang tuh, tak kalu, mak akan ambik jer. Aku yang tanam kacang tuh so aku ada hak nak kasi kat sapa-sapa. Sebanyak mana pun.

RiTabligh ada datang, berdua. Aku perasan ada Jemaah Tabligh kat surau sebab masa sembahyang Jumaat tadi ada nampak segerombolan geng diaorang. Senyum dan bersyukur dia, sambil menadah tangan macam orang berdoa, bila aku kata kitaorang dah ada Bibik. Bagi dia, itu maksudnya aku dah bebas untuk ke mana-mana, aku boleh "keluar" ikut Jemaah Tabligh. Tapi bila aku kata yang nampak gayanya keadaan akan masih sama macam dulu sebab siapa yang akan drive mak ke masjid, kalau aku tak ada? 

"Diaorang tengah nak bentuk Jemaah 10 Hari, bolehlah awak "keluar", kata RiTabligh lagi.

Degil dia nih, kata aku dalam hati. Slow-slow lah, biar aku cuba "memboloskan" diri dulu 2 tiga hari minggu depan, dan aku nak tengok samada ada masalah berbangkit atau tidak. Lepas tuh, kalau semuanya ok, bolehlah aku membolos dan meloloskan diri lama sikit.

Eh, ok, boleh ker kalau aku "tipu" mak, aku kata nak ke KL 3 hari, instead aku "keluar" ikut Jemaah Tabligh? Aku rasa bagi diaorang, itu tak ada masalah, boleh jer, cuma bagi aku, itu tak berapa betul caranya. Bagi diaorang, semua tuh Tuhan tolong, Tuhan mudahkan. 

Actually, itu salah satu benda yang aku kurang berkenan dengan "prinsip" Tabligh nih, diaorang mudah ambik senang, hatta benda yang tak berapa betul. Ini contoh, ada orang kuat Tabligh kat kampung nih, dia drebar kat JKR Raub. Dia selamba jer gunakan kenderaan JKR, bawak balik waktu lunch hour (dalam 10 km jauhnya JKR ke rumah dia), sebab dia nak jemput anak dia balik dari sekolah. Kalau tanya dia, dia akan kata yang "Tuhan mudahkan usaha dia".

Bagi aku, itu tak patut dibuat, tak kira lah orang Tabligh atau tidak. What I'm trying to say is, biasanya orang Tabligh selalu ambik jalan mudah, membolehkan benda yang tak boleh etc.

Allahuaklam.

Lepas semuanya balik, aku sambung menanam kacang, dapatlah dalam 5 baris. Dua hari nih panas, nampak gayanya minggu depan aku dah kena start menyiram semula. Rasanya sebulan lebih aku tak menyiram sebab hujan almost every other day. That aku memang bersyukur.

"Ajaklah Bibik ke masjid", aku kata kat mak bila macam tak ada gaya yang Bibik akan ikut kitaorang.

"Mak dah tanya tadi, dia kata dia tak apa kalau dia tinggal sorang-sorang kat rumah", jawab mak.

"Tak. Ajak jugak dia ke masjid", aku cakap gitu. Tegas.

Kalau aku sambung ayat tuh, .... "kan Ani dah pesan jangan tinggalkan Bibik sorang-sorang kat rumah"..., sure mak akan sentap.

Dah lama aku tak mengeteh kat kedai depan masjid tuh, mulanya aku plan nak sambung lah balik my favorite waste of time tuh, tapi sebab tak ada sapa pun jemaah lelaki yang stay back kat masjid (semuanya balik ke rumah), aku decided untuk cuba tahan godaan, so aku melepak kat masjid jer lah.