Monday

Isnin - 23122013

Since aku nak ke kebun dan aku tak dapat online the whole morning, aku engsotkan Stop Loss aku dari 1 pip profit ke 13 pips, maknanya, kalaulah Stop Loss aku kena hit, dapatlah dalam USD 65, dan USD 7.50 bonus multi-rebet. 

"Bukan main lagi Bibik awak menyanyi di beranda ituhari, sambil baring...", kata S masa aku terserempak dengan dia kat kedai Samad.Then riuhlah dia bercerita kat kawan semeja dia, cerita pasal Bibik.

"Dia menggoda awak dak, dia baru habis eddah tu, S", aku kata gitu.

Lepas tuh aku ke Sungai Ruan, isi minyak kereta, then ke kedai, beli skop, dan jugak baja untuk kasi buah banyak. Hampir aku terambik wheel barrow sebijik sebab susah tak ada wheel barrow nih (yang kitaorang dulu tuh dah jual kat Keling besi buruk, pasal wheel barrow tuh dah koyak rabak), tapi bila mengenangkan yang reti ker aku pasang wheel barrow, itu yang terpaksa fikir dua kali tuh. Nampak jer gaya macam senang nak assemble wheel barrow, mahu separuh hari jugak kalau tak kena gaya. Tersengih jer aku bila mengenangkan yang aku mampu beli kereta dah sekarang nih, walaupun cuma wheel barrow.

Aku merepair batas kacang, then memindahkan pokok kacang ke mana-mana batas yang rongak, aku ambik pokok kacang tuh dari batas yang hampir semuanya mampus sebab kena racun. Then aku sumbatkan baja yang baru aku beli tuh, letak sikit jer sebab baja tuh mahal, lagipun memang tak boleh ditaruk banyak pun. 

Bibik datang ke kawasan kebun, entah buat apa, petik sana petik sini, sambil mulutnya berzikir. Then aku nampak laju jer dia jalan ke arah jeep this one Ustaz yang selalu park kat depan jalan masuk ke kawasan rumah kitaorang. Kebun Ustaz tuh kat seberang jalan tu jer. Terfikir aku, gini ker perangai janda (perempuan, in general), tak boleh nampak jantan, terus berkejar. Dari celah-celah pokok pisang tuh jugak aku nampak Ustaz tuh masuk ke kebun bawak pam racun, dan Bibik pun patah balik ke kebun.

Then Ida talipun sebab nak tahu cerita, apa reaksi mak masa aku kasi duit semalam tuh. Aku beritahu yang mak macam tak ada reaksi, mak tak terkejut (or buat-buat terkejut) pun, macam mak dah expect yang aku akan kasi duit. Then bila Ida kata yang mungkin mak dah tahu "aku ada duit" (sebab ada orang kasi tahu), terus aku teringat kat Long. Pasal masa Long hantar aku ke stesen bas ituhari, Long ada cuba jolok duit kat ATM, dan duit dari Nuar belum masuk. So Long gelabah, dan aku beritahu yang aku boleh kasi Long duit buat belanja Umrah. Tapi Long tak nak, Long menolak, sebab dia kata mungkin Nuar akan masukkan jugak nanti. Selain Long, Pui aja yang tahu, masa tuh, aku ada kasi dia a few ribus sebab dia nak cari barang kat Siam.

Then kitaorang bercerita pasal Bibik nak ke Shah Alam nanti tuh. Ida kata, lain pulak cerita yang dia dengar dari Lia (bini Nuar). Lia kata Bibik tuh tak ada passport, tu pasal disuruh duduk kat sini diam-diam (Hmmm...mana cerita yang kata Bibik tuh boleh drive etc, passpor pun ga punya) Ida beritahu jugak yang Bibik Muda Nuar/Lia pun ada masalah, cuba melarikan diri naik teksi, sekarang nih mogok tak nak makan. Bila Ida kata yang Nuar nak cari Bibik baru, aku suggest biar ambik Bibik Tua ni aje lah, semak fikiran aku menengok gelagatnya. 

(Ok, bagi yang tak faham, yang tahap kelembapannya tinggi, tujuan Bibik Tua tuh dihantar ke sini dulu tuh, untuk temankan mak, kalau-kalau aku nak ke KL. Kitaorang setuju sebab dengar ceritanya Bibik tuh boleh drive, dan alim orangnya, kuat mengaji. Rupa-rupanya tak lah macam yang diwar-war kan. Aku pun baru perasan yang "kuat mengaji" tuh maknanya mengaji dengan suara yang kuat, di khalayak ramai. Di atas buai. Masa menyidai kain)

Lepas tuh aku beralih merepair batas-batas kat tempat lain pulak, yang kat depan rumah. Tadi Bibik tuh kata jangan tanam kacang kat situ dah sebab tak elok, dilindungi pokok pisang, tu pasal isinya tak banyak. What does she know kan, buah tak banyak pasal pokok kacang tuh tak sempat dijaga rapi, dulu kan ker selalu hujan, akarnya tercabut, aku tak ada masa nak repair pasal masa tuh sibuk dengan projek cili jugak. Sekarang nih aku dah repair sesikit, elok jer gayanya, so banyak lagi yang aku akan repair.

"Bibik mana?", aku tanya mak yang masih berlegar-legar di kebun.

"Aih, dia dah habih kerja, dia masuk ke rumah lah", kata mak. Hmm, apa kerja yang Bibik buat masa kat luar tadi tuh?

"Gini lah mak.....", aku terus bercerita kat mak, pasal perbualan aku dengan Ida tadi. Kamcing gila aku sama mak sekarang nih ekekekekeke

"Masa awak di Kuala Lumpur, dia sembayang tepi pintu, dia mengaji di beranda, kuat nya tak usah cerita lah sampe mak suruh dia perlahan ker sikit, malu ke orang", kata mak lagi bila aku beritahu yang kat kedai pun orang dah bercerita pasal Bibik.

"Kalau di masjid terh, tiap kali dia ada, orang suka (gelak) menengok nya, orang pandang-pandang ke mak. Sebab dia, kalau berzikir, uko bergoyang sekali badan-badan, pastu sembayang sokmo di depan-depan sekali", kata mak lagi. Aku boleh imagine.

"Kalau Ida balik, kita suruh dia bawak Bibik jer lah, tak payah suruh dia balik ke sini lagi lah, bukan ada pe'edahnya (faedahnya). Biar dia ganti Bibik Muda Nuar tuh", aku kata gitu.

"Rasanya.....", kata mak. "Buang duit jer Nuar bayar gaji, bukannya dia buat kerja", kata mak lagi.

"Dia baru balik Umrah katanya...", kata mak lagi.

"Baru" dia tu berapa lama dah, mak? Dia dah di Malaysia 3 bulan setengah, tak kan masa dia nak bercerai barai dulu dia pergi Umrah. Entah-entah 10 tahun lepas", aku kata gitu.

"Kalau dia nak beli mende-mende, kita kena bagi duit ker?", mak tanya aku. "Sebab hari Pekan Sari baru nih, dia beli beg besar, bila mak tanya, dia kata beg dia koyak", mak tanya aku.

"Tak payah bagi duit, kalau dia nak beli mende-mende dia kena guna duit dia sendiri, dia ada duit tuh, saya ada nampak Lia bagi dia duit", aku kata gitu. Sambil fikir, Bibik nak ke rumah Nuar di Shah Alam, Bibik beli beg besar, macam ada sesuatu jer nih. Bagi orang Indon, frame-frame gambar, deko-deko murah tuh pun benda berharga. Nampak gayanya aku kena cam benda-benda perhiasan yang mak susun sana sini tuh, kot-kot ada yang bakal hilang nanti ekekekke, jahat otak aku, kan? 

And so aku suruh mak masuk ke rumah sebab tak boleh biarkan Bibik bersendirian. Dan aku pun terus sambung kerja. Aku kena make sure aku siapkan kerja-kerja penting sebelum hujung bulan pasal sekarang nih market slow, very thin trade, so aku tak payah nak risau sangat pasal positions aku. Tapi bila bukak tahun baru nanti semuanya akan back to normal, dan aku tak boleh nak lama-lama kat kebun. Aku bukannya pekebun sebenar, aku kan ker full-time Forex Trader? ekekekek

Lama tuh aku terdengar orang menyanyi, bila aku tengok kat beranda, aku nampak Bibik tengah meniarap sambil menyanyi (bukan berzikir atau nyanyi lagu nasyid tapi nyanyi lagu cinta). Dengan dia meniarap sambil kaki diangkat dan digoyang-goyang, sebijik (seekor ?) macam mermaid yang terdampar kat pantai. 

Eh, perempuan kalau meniarap, tak senak ker tetek diaorang hah? Tak takut ker tetek jadi herot, atau berlawan arah, sebiji hala ke kanan, sebijik hala ke kiri.

Lepas pada tuh tak putus-putus talipun dia berdering, dan macam biasalah, cakapnya bukan main kuat lagi. Bengang jer aku, tambah-tambah bila fikir yang dia sepatutnya di dapur sama mak.

Bila aku check positions aku, rupa-rupanya GBPUSD aku dah kena hit, so dapatlah USD 65. Susah Forex nih, tak dapat nak predict ke mana arah tuju sebab sentiasa ada benda yang menyebabkan price bergerak ke atas atau ke bawah. 

Lambat UstazM harinih, sempat aku ulang baca sampai 3 kali, barulah dia tiba. So tak dapat lama aku bersendirian kat rumah sebab lambat selesainya, then dah nak ke masjid for Asar.

"Lah, kau buat apa kat sini?", ada orang tegur aku masa bersalam, lepas sembahyang.

"Aku memang orang sini. Lepas (arwah) ayah aku pencen, keluarga kitaorang pindah sini", aku kata gitu. 

Rupanya Mat member satu sekolah, jugak satu kelas masa UiTM dulu. Kitaorang panggil dia Mat Rimau. Dia asal Dong, Raub, duduk Shah Alam, kawin dengan coursemate kitaorang jugak

"Apa ceritanya kau nih sebenarnya? Semua orang speculate kau mati, kau terlibat masa World Trade Center kena bom dulu tuh", kata Mat.

Hmmm, banyak yang aku kena terangkan pada dia nih, kata aku dalam hati. So aku ajak dia pergi minum, dia tinggalkan kereta kat rumah. So aku ceritakan kat dia kisah aku, dari last aku jumpa dia, masa aku masih kerja buat projek kat SIRIM. Sampai cerita terkini, cerita hari semalam.

Banyak benda yang Mat tak setuju dengan cara aku, dia lebih pada suruh aku balik kerja kat KL, jangan nak "melarikan diri" dari kawan, hilangkan perasaan rendah diri dengan kawan-kawan yang sekarang nih ada yang dah jadi Professor etc.

"Kau dulu kan ker "geng-geng elit", kau kena balik semula join kitaorang, apa kau nak duduk di kampung. Kau kena fikir masa depan. Apa plan kau?", tanya Mat.

Aku beritahu yang aku dah settled duduk kampung, dan aku pun baru nak mula menapak. Banyaklah benda yang dia nasihat kat aku, yang aku senyumkan aje sebab aku tak nak terima. Malaslah aku dengar nasihat ke arah mengejar dunia sangat nih. 

Satu jer yang aku mintak dari Mat, jangan beritahu sesiapa pasal aku sebab kalau aku nak reconnect dengan kawan lama, dah lama aku cari diaorang. Mat kata dia nak datang lagi, nak bawak Nonie sekali, bini dia, kawan baik aku dulu tuh.

"Ini kawan satu sekolah dulu mak, dia nih jutawan", aku kenalkan Mat pada mak, masa Mat dah nak balik. Saja jer lah aku kata gitu.

"Rezeki masing-masing....", kata mak.

Sembang punya sembang rupa-rupanya mak sama mak Mat dulu belajar mengaji kat masjid yang sama di Durian Sebatang, cuma mak tak perasan mak dia yang mana satu.

"Kau talipun dulu kalau nak datang, Mat", aku pesan dia gitu. Yer lah, dia nak datang sama Nonie, takut nanti diaorang "sedih" pulak tengok aku berpakaian kerja, walaupun aku selamba jer. 

Macam semalam jugak, cuma aku sorang jemaah lelaki yang ikut mengaji. Jemaah perempuan adalah 5 orang, mak, Bibik, Makcik Esah and 2 others.

Seriously, aku kurang berkenan cara Bibik nih, tau dak? Lepas aje sembahyang, terus masuk kereta. Patutnya tunggulah mak, jalan seiringan dengan mak lah, macam Makcik Esah tuh, dia tak akan masuk kereta selagi mak tak masuk. Lagi satu, Bibik nih tangan dia tak lepas dari talipun, sejak dia ada, selalu talipun berbunyi masa tengah sembahyang. Harinih jer, selain dari masa dia macam ikan duyung tadi tuh, masa dalam kereta nak pergi Zohor, talipun berbunyi. Masa sampai masjid, talipun berbunyi. Masa nak masuk surau, talipun berbunyi. Masa dalam surau, talipun berbunyi. Masa sampai masjid Maghrib tadi, talipun berbunyi. 

Itu belum cerita pasal masa di rumah lagi tuh, malam-malam masa orang nak tidur.