Friday

Khamis - 19122013

Aku masih ada a few hals yang nak diuruskan nih tapi kadang tuh rasa malas pulak nak settlekan semuanya, lain kali aje lah. Yang bermaksud, aku bolehlah datang ke KL lagi. Sebulan sekali atau dua bulan sekali ke KL dah ok dah kot?

Mulanya aku cadang nak ke E tapi aku skipped yang tuh, semalam aku dapat tahu yang nama aku digunakan sebagai Director untuk 3 companies Sendirian Berhad. Tapi companies tuh dormant, tak ada aktiviti apa-apa, so itu yang aku rasa malas nak pergi SSM untuk tanya macamana nak clearkan nama aku yang ujud sejak berzaman, tanpa pengetahuan aku tuh. 

Aku nak ke F, rupanya F dah tak ada kat situ, dah pindah bangunan, the whole bangunan pindah. It shows yang banyak perubahan yang terjadi rupanya sepeninggalan aku. So aku ke G, lama jugak kat situ. Then ke H, lagi lama kat situ, walaupun tak ramai pun orang. 

Tengahari, mulanya cadang nak ke Shah Alam, nak ke I. I tuh, pejabat Income Tax, aku nak settlekan masalah income tax tertunggak, kalau pun aku ada passport nanti, aku tak dibenarkan keluar dari Malaysia sebab ada income tax yang tertunggak tuh. 

And so aku balik ke sarang, tidur. Sampai ke petang, kat luar hujan lebat. Letih jugak rupanya merayau sana sini. Itulah, sebenarnya aku banyak hal yang nak diuruskan, yang selama ini aku tak settlekan pasal aku tak ada kesempatan nak ke KL. Dan tak ada duit. Sekarang nih Alhamdulillah aku dah dberi sedikit keluangan masa, dan dengan duit dari King Mongkut tuh, itu yang aku "taburkan" merata-rata tuh.

Aku beli 2 g jer gold hari nih. Dapat beli 2 g hari-haripun dah ok, kan? Tapi aku perasan yang kalau beli online (melalaui Kuwait Finance House), tak terasa sangat (tu pasal beli sikit-sikit, leveraging) walaupun price of gold keeps going lower and lower, dibandingkan beli/buat trading kat Terminal MT4. Beli physical gold, atau beli online, kita beli tak guna leverage, so kalau price goes against kita pun, tak perlu bimbang, ini long term punya investment. Kalau trade online, price moves a few ticks pun dah kecut perut. 

Malam aku merempit, sempat jugak ke Carrefour, dalam RM 100 harga Toasted Oats, Muesli, etc (untuk breakfast, kat Raub tak ada jual benda-benda tuh rasanya), aku rasa lagi save kalau aku mengeteh kat luar sebab dalam seseminggu habis lah benda yang aku beli tuh. 

Malam aku memantau Forex jer lah, gold plunged to the lowest level in 3 years, pasal tapering stimulus yang US baru announced. Aku tak monitor crypto currencies sangat pasal aku "takut" nanti aku terberkecimpung dalam urusan jual beli pulak. Aku kena concentrate Forex sama gold aje lah dulu, tak boleh tamak sangat nak kesemuanya, I have to save some for rainy days.

Eh, sekarang memang musim hujan pun kan?