Sunday

Sabtu - 21122013

Semalam, right after aku tulis blog (pasal aku masuk position bersaiz kecik), entah macamana aku decided nak masuk lot besar sikit. Biasanya 1 pip = 50 Cents, tapi semalam tuh for the first time aku besarkan saiz lot ke 1 pip = USD 5. And so I went long GBPUSD pasal I was so confident yang the price was about to go south. Bila guna lot besar nih (besar bagi aku, based on my equity), kena siap-siap pasang Stop Loss sebab kalau dibiarkan aje, dan price moves against aku punya harga jual, boleh diwipe out my whole account.

The first few minutes macam tak ada apa sangat, biasalah. Then price went against mine so aku redha aje lah kalau Stop Loss aku kena hit, which means aku akan rugi USD 150 pasal Stop Loss aku 30 pips.Then aku tidur. Sedar-sedar pagi nih, my position tuh "survived", terus aku "locked" at breakeven point, maksudnya, any which way the price goes, aku akan untung at least USD 5. Price closed to my advantage, adalah dekat USD 200 "floating profits". Apa pasal aku tak terus close kan aje? Ha, itu strategy, aku nak pasang jerangkap samar, nak mempositioning. Bila dah ada "floating profits" yang banyak, barulah aku rasa konfiden nak kerap sikit masuk positions lain.

Memang itu style aku. Mungkin orang kata yang aku "tamak", tapi as I said, itu strategy aku. So I'm a little pumped nak tunggu Monday when market opens. Kalau price keeps dropping, very well and good. Kalau price bounces dan hit Stop Loss aku, Alhamdulillah jugak walaupun cuma dapat USD 5. Kalau boleh aku nak bela, nak jaga that position, tah-tah boleh buat ibu duit, kot?

Harinih aku sama Ida nak bawak anak-anak sedara aku (anak-anak Nuar, Ani yang duduk Johor, Perak) jalan-jalan, so pagi lagi aku dah kat KL Sentral, walaupun janjinya pukul 10 pagi. Aku santai aje, breakfast, baca paper, melepak. Ida (sama Lukman dan Ati), anak Nuar 2 orang, sama anak Ani, so bertujuh semuanya. Masing-masing isi perut dulu kat restaurant yang kat luar KL Sentral tuh, Meals Station ker apa tah nama restoran tuh.

"Berapa banyak dah emas yang awak kumpul?", aku tanya Ida masa kitaorang sembang-sembang bila aku kata aku baru nak mula beli gold.

Lama baru Ida jawab, sempat kitaorang gelak-gelak lagi sebab aku kata yang Ida serba salah nak kasi tahu jumlah sebenar.

"Alah, Lan sama Rozi lagi banyak, deme nyer dah lama dah simpan emas", kata Ida.

Kecik jer aku rasa diri aku sebab aku barulah ada belasan gram sedangkan orang lain dah berkilo emas yang diaorang kumpul. Then Ida kata nak pinjam a few ribus sebab nak beli lagi emas Isnin nih, aku serba salah jugak mulanya sebab at the back of my mind fikir yang aku sendiri tak berani nak beli emas sebanyak duit yang Ida nak pinjam tuh, kalau aku kasi dia, dia yang seronoknya, and I'm back to square one, tak ada apa-apa. Then again bila diingatkan yang masa dulu-dulu aku ada janji yang kalau Ida atau Ani nak mintak tolong, aku mesti tolong. Sebab diaorang berdua aje lah yang masukkan RM 100 seorang ke account aku setiap bulan, masa aku sengkek dulu tuh. Orang lain pun ada hulur duit tapi sekali sekala. So sekali sekala.

Duit yang aku ada tak lah banyak sebab aku dah labur dan taburkan sana sini, yang tinggal pun setakat nak menampung kehidupan aku di kampung. I don't expect yang aku "terpaksa" tolong Ida this soon tapi itulah realitinya, dan aku tak harapkan duit tuh aku akan dapat balik semula. Aku beritahu Ida yang aku pun nak settlekan hutang keluarga sedikit demi sedikit pasal ada ahli keluarga aku yang asyik bercerita pasal hutang aku, yang "how susahnya aku nanti (kat akhirat) kalau aku mati sebab aku banyak hutang kat keluarga".

Ada aku beritahu Long ituhari, dan aku pun beritahu Ida benda yang sama, yang aku tahu aku ada hutang, yang aku berusaha nak bayar hutang, yang kalau aku mati dulu, settlekan hutang aku dengan duit EPF aku yang ada ratusan ribu tuh. Apa susahnya kan? It pains me in the heart bila ahli keluarga aku "sibuk" bimbang pasal aku sedangkan diaorang patut bimbangkan diri sendiri dulu.

Then kitaorang ke Bukit Bintang, masuk Fahrenheit kejap, bebudak tuh nak bergambar. Then masuk Pavilion. Mulanya aku ikut jugak diaorang tapi lama-lama bosan aku, so aku tunggu kat luar aje lah. Then aku merempit sengsorang, akhirnya aku ke surau for Zohor.

Teh pun ada datang, sempat jumpa kat food court Pavilion sebab Teh sekeluarga makan kat situ, kitaorang pergi restoran kat belakang Fahrenheit. Aku tak join diaorang yang menapak ke KLCC, Pui dah ada di KLCC sama Adam. Aku balik, then tidur. 

Malam nih aku ada janji nak jumpa peminat tegar member, dia pernah beli kacang kat aku. Dulu dah dia nak jumpa tapi masa tuh tak ada kesempatan dan tak kan aku nak menolak pulak kali nih, after all dia nak belanja aku, makan kat steak house kat Ampang yang famous tuh, owner dia yang pernah kerja kat Buckhingham Palace tuh. 

Hujan turun, so aku redah aje, sembahyang Maghrib pun kat LRT Jelatek. Lama kitaorang sembang, dalam 3 jam kitaorang bercerita, itupun sebab dah dekat pukul 11. Aku tak ada apa-apa expectation pun, sekadar memenuhkan pemintaan peminat, kan? Ekekekek. 

N nih baca blog-blog aku baru jugak lagi, tapi dia baca semua, dia dapat dari abang dia. Yang aku kagumnya, banyak cerita yang dia ingat, yang details-details pun dia tahu, cuma susunan jalan cerita yang dia blur sikit, itu yang aku ceritakan balik start dari aku di Maryland, balik Boston, ke California, pindah Philadelpia, pindah Atlantic City, ke Pittsburgh, balik semula ke Philadelphia, pindah New York, kerja kat New Hampshire, dan yang terakhirnya balik semula hidup di New York. Semua cerita-cerita yang berlaku masa kat tempat-tempat tuh, semuanya dia tahu, yang buatkan senang aku bercerita.  

Then cerita semasa, aku rasa banyak jugak benda yang aku tak tulis kat blog yang aku kasi tahu N, aku rasa comfortable aje sembang dengan dia. Aku beritahu yang aku akan balik kampung tanam kacang and at the same time memorex. Pasal plan-plan aku nak ke sana sini, itu aku tak nak fikir dulu sebab dengan duit yang aku ada sikit nih aku nak mulalah menapak. Dan aku sengaja tak cepat-cepat buat passport (aku dah boleh apply passport baru dah), tak nak settlekan pasal hutang income tax sebab aku takut nanti aku terpergi ke mana-mana, especially Bosnia, Ecuador. Dan katalah aku terkawin masa kat kampung, aku akan pergi jugak, tapi "terpaksa" pergi berdua lah. 

So memang masih samar-samar apa perancangan dan plan aku.