Friday

Khamis - 30052013

Macamana aku tak terpaksa pergi breakfast kat kedai, (walaupun sekarang guna coins aje), sebab tiap kali aku beli roti untuk breakfast esoknya, biasanya dah habis, ataupun tinggal a few kepings aje. Sebab mak selalu buat sandwich untuk dibawak ke surau.

Best dak alasan aku tuh? ekekekeke

So, untuk mengelakkan dari kelaparan (aku perlukan tenaga untuk kerja di kebun), dan walaupun  guna coins aje, terpaksalah aku menapak ke kedai Chu Bekam untuk makan pagi. Dan aku pun tukar coins sebab nak beli roti, malulah nak bayar harga roti RM 3.40 kat kedai Makcik Milah tuh guna coins semuanya kan?

Miskin sungguh aku nih kan? Tapi, aku pernah lebih miskin dari sekarang nih so this is nothing. Alah bisa tegal biasa kata orang tuh.

Malas pulak aku pagi nih, so sebelum pukul 10 aku dah balik ke rumah, tak ada apa sangat nak buat pun, nak menyiram, rasanya tanah masih basah dek hujan dua malam lepas.

Dan biasalah, kalau aku balik awal, mak lah pulak akan ke kebun, yang membuatkan aku rasa guilty aje membiarkan mak buat kerja (yang aku pun tak pasti apa dia). So sesambil online tuh aku asyik mengintai mak jer lah. Kalaulah mak tuh anak dara orang, dah penuh ketumbit kat mata aku nih sebab mengintai jer kerjanya. 

Alah, masa aku kerja pun, mak mengintai aku jugak, kalau tak tuh mana mak tahu aku buat apa, aku ke kedai ker, aku melepak ker, kan?



"Moh lah ke masjid awal sikit, awak nak makan kang", kata mak.

Mak puasa. Tak sampai hati aku nak beritahu yang aku tak ada duit. Tak apa lah, maggi ada, masa mak ke surau petang nanti bolehlah aku makan. Until then terpaksalah menahan lapar sekejap. 


Lama jugaklah bergossip sama Ida, masa tuh mak di surau. Ida beritahu dia dah masukkan duit ke account aku, untuk bayar repair pam air yang RM 300 tuh. Bukan duit dia tapi duit dari account mak. Kalaulah Cina kedai tuh talipun nanti, dan mak yang jawab, dan mak tertahu jumlah kos, aku akan beritahu yang duit tuh Ida yang kasi. So buat masa sekarang nih, semuanya ok, Long tak payah keluar duit (sebab dia dah keluarkan duit beli pam tuh) dan aku pun ada duit untuk bayar kos repair, dan mak pun tak payah nak hulur duit lagi. Harap-harap mak tak tahu lah pasal nih sebab sure jadi riuh nanti kalau mak tahu yang harga repair dekat sama dengan harga pam. Itulah, pengajaraannya, you get what you pay for. 

Dalam bergossip tuh, aku tertangkap 2 statements dari 2 orang yang berbeza, dan aku jadi sentap. Tapi biasalah, aku tak menyerlahkan kesentapan aku tuh, aku diam kan aje. Aku kecik hati. Tak payahlah aku tulis apa dia yang mencecikkan hati aku tuh tapi lepas pada tuh jadi bodoh jer aku.

Dan petang nih, masa di kebun, kejadibodohan aku tuh berterus-terusan lah. Aku melepak mencabut rumput, pokok renek jer lah, sambil fikiran aku jauh melayang. 


Ngah ada talipun masa mak kat bilik air, so aku yang jawab. Dengan Ngah aku jarang mengadu, seboleh-bolehnya aku tak nak adik beradik lain tahu dengan detail (selain Ida dan Ani) tapi tadi Ngah tanya aku makan apa, (sebab soalan lain aku jawab macam nak tak nak jer, so Ngah terpaksa tanya soalan-soalan budak kecik gitu), selamba jer lah aku kata aku makan maggi. Dan bila Ngah tanya apa pasal makan maggi, aku katalah aku tak ada duit, sebab selalunya kalau mak puasa, aku akan makan kat luar. 

So from there, banyaklah cerita-cerita lain yang terungkit. 

"That's only tips of the icerberg lah Ngah", aku kata gitu lepas Ngah kata dia suspects yang life is not all that rosy over here.

"Deme dan ker Puasa di Malaysia nanti?", aku tanya Ngah. Sebab mak lalu belakang aku masa tuh. 

Banyaklah benda lain yang kitaorang sembangkan, sambil gelak-gelak. I let her know yang everything's under control, cuma ada a few benda berkarat yang memang dah tak boleh direpair lagi sebab karatnya memang sejak azali lagi. 

Dalam gila maksud ayat kat atas tuh.

"I can understand", kata Ngah.

"Thank You", aku kata gitu, feeling happy, rasa macam beban yang aku pikul kat bahu aku nih dah terjatuh tanpa terkena jari kaki aku. 

See, aku jawab "thank you" tuh sebab au nih macam Mat Salleh style nya kan? Ekekekek

Akak The talipun jugak, the moment aku start kereta nak ke masjid. Akak The cuma nak beritahu yang diaorang sekeluarga akan sampai malam nanti. 

Agaknya mak macam confused sebab ramai yang menalipun harinih, dan semuanya aku yang jawab. Kalau mak buat diam, buat moyok jer, itu tanda ada lah benda yang tak kena nya. So masa dalam kereta, laju dan banyak jer benda yang aku sembangkan dengan mak, aku tanya itu ini, pasal khenduri keluarga Makcik Esah, pasal khenduri anak Long bertunang kat Trengganu Sabtu nih, pasal khenduri anak Pak Andak kat Johor, minggu depan. Aku rasa happy jer sebab best jer kitaorang sembang, sampaikan aku terlupa sekejap yang aku akan tetap berkecik hati dengan statment yang baru aku tahu tadi tuh. Kecik hati dengan tanpa ada rasa marah, bengang, that's ok kan? 

"Awak tak pergi ke Johor ker?", Chu tanya aku masa kitaorang sampai masjid. 

"Tak", ringkas jer aku jawab.

"Mat nyer?", Chu tanya lagi.

"Nak jaga kacang", aku jawab gitu.

"Lah, tak kan tak boleh tinggal ker sesekejap?", Chu macam tak percaya itu alasan aku.

"Sapa nak menyiramnya?", aku jawab gitu sambil senyum.

Kalaulah cuma aku dengan Chu jer masa tuh, dah aku beritahu jawapan sebenar. Yang aku tak ada duit, dan I want to be alone, all by myself for a few days.

Eh, tapi berani ker aku duduk rumah sorang-sorang malam-malam? Dulu tuh balik lepas Maghrib sekejap aku jadi tertakut, kan? 

Hujan lebat selebat-lebatnya malam nih, kilat sabung menyabung sampai ada sekali tuh ukor terkancuh (sampaikan terkejut) aku masa tengah sembahyang sunat. Tak ramai jemaah yang datang, so banyak makanan yang berlebih, dah lah bermacam-macam ada. Ada sayur, lauk pauk, tomyam, dan kuih muih. 

Akak The sekeluarga dah setengah jam sampainya masa kitaorang balik tuh. Masa aku onkan laptop, tak ada internet signal, walaupun berkali-kali aku on off on off kan. Yang peliknya anak-anak Akak The rileks jer online guna smartphone dioarang. 

Dekat 2 jam aku godek sana godek sini, memang confirmed lah yang laptop aku buat hal, or rather internet connection on my side nih ada yang tak kena nya. Terus jadi gelap dunia aku, segelap malam ni yag tak berbintang.


Thursday

Rabu - 29052013

Lambat sikit aku ke kebun pagi nih sebab lepas Subuh aku sambung tidur sekejap. I have to stop this bad habit of tidur lepas Subuh, dalam ugama pun tak bagus kalau tidur lepas Subuh, menutup pintu rezeki. Tapi, semalam hujan lebat, dan angin kencang, so aku tak lena sangat, itu yang aku cuba nak cover balik tuh. 

Ingatkan dapatlah buat kerja berungguh-sungguh sikit pagi nih tapi sebab tanah lembik, nak menyangkul jadi susah, terpaksalah aku menambun pangkal kacang tuh guna kiut. Mudah letih kerja macam tuh, lambat pun satu hal, so aku tambun mana yang kritikal jer lah, yang hampir tercabut, yang sulurnya tak masuk dalam tanah. 

Long pun kerja sekejap jer, biasanya kalau kerja sama Long nih aku jadi bersemangat. Tapi since dia pun berihat, aku pun berihatlah jugak, aku pergi mengeteh. 



Lepas Long sekeluarga balik ke Jerantut tengahari nih, melepak jer lah aku, back to square one. Entah, aku macam ada sikit-sikit down gitu, rasa macam tak best jer, rasa macam ada benda yang tak kena jer. Puas aku fikir, apa yang buatkan aku rasa macam tuh. Nak kata ada masalah besar, tak ada pulak. Lawak sangatlah kalau orang macam aku yang tak ada apa-apa nih, ada masalah besar, kan?

Melarat-larat aku berfikir, sampaikan masa ke kebun lepas Asar tu pun aku tak ada pun tergesa-gesa nak siapkan kerja, aku layan jer perasaan aku, dan tangan aku laju jer mencabut rumput, pokok-pokok renek kat celah-celah pokok kacang tuh. 

Yang best dengan aku ni itulah, aku akan kaji, aku akan cuba cari punca mood swing aku. Kalau aku resah, down, aku akan cuba atasi, bila aku dah estabishedkan punca-punca yang buat jiwa aku kacau tuh. Kalau aku happy, biasanya aku akan tahu apa puncanya. 





Apa yang aku dapat rumuskan, aku rasa macam tak best tuh pasal aku tak ada duit. Oklah, sesehari dua nih aku akan ke Raub, koreklah kat mana-mana bank, ada lagi sesikit serdak duit kot? Mulanya aku cadang nak  bertahan aje, biarlah langsung tak ada duit kat pocket, dalam wallet, tapi since benda tuh macam mengedownkan aku, menyedarkan aku, so aku kena atasilah masalah kecik tuh. 

At the back of my mind aku selalu fikir yang nanti, InsyaAllah, masa aku entah di mana-mana di muka bumi nih, aku akan ingat yang aku pernah duduk di kampung dengan tak ada duit, and nobody knew pasal tuh, and I survived. Masa tuh aku akan ingat yang how great Tuhan is and macamana berbezanya kehidupan aku dulu dan sekarang. 

Hopefully sekarang sekarang nih tak sama dengan sekarang akan datang. 


Tersengih aku, sebab dengan sikit pujian dari Ustaz Simon Cowell tuh, aku jadi macam happy, semua benda-benda kecik yang buatkan aku macam down jer the whole day harinih, semuanya lesap begitu aje. Besar kuasa Tuhan, kan? Aku tahu aku nih suka merapu, kuat mencarut (orang New York lah katakan ekekeken) tapi aku suka bila semua benda sekeliling aku buatkan aku bersyukur pada Tuhan. 

Dang, sapa sangka yang Ustaz Simon Cowell knows the fastest way to my heart, kan?

Wednesday


Selasa - 28052013

"Moh kita ke Pekan Sari Sungai Ruan karang, tak ada benda langsung nak buat gulai", kata mak, balik aje dari Subuh tadi.

Aik, hari Sabtu ke Pekan Sehari, hari Ahad ke Pasar Minggu Raub, apa pasal tak beli barang banyak-banyak, sedangkan mak patut tahu yang time cuti sekolah nih sure ada yag balik kampung? Aku iya kan jer lah, so kitaorang berempat, aku, mak, Akak Long, Hidayah pergi lah kejap ke Sungai Ruan. 

Long memesin semak kat kolam, aku menyiram kacang. Sebelum tuh kitaorang discuss jugak apa yang nak ditanam, apa projek yang nak dibuat. Long nih banyak sungguh projeknya (tapi so far belum buat apa-apa pun). Ingat tak dulu masa mula-mula dulu, Long kata nak buat projek tanam tebu. Then bila kacang tanah aku menjadi, nak triplekan pulak kawasan seterusnya, then nak buat cili fertigasi pulak, then nak tanam jagung. Itu belum kira dengan projek nak bela ayam itik, ikan, kambing. 

Tapi kali ini, for the last few weeks, Long punya konsentrasi cuma pasal fertigasi. Kat Jerantut, Long selalu pergi cari info kat Temin, dan di sini pulak, aku cari info kat Pusat Serenti/ Jabatan Pertanian. Macam yang aku beritahu dulu, kalau memang confirm aku aku buat keputusan untuk duduk di kampung, memang aku akan buat projek besar-besaran, buat fertigasi, tanam cara conventional nih buat jugak. 

So until then, kitaorang nak cuba-cuba dululah, nak tanam cili dalam polybag, then dijaga secara manual. Nak buat berperingkat-peringkat. Like 50 bags at a time. Pokok cili yang aku sama mak tanam dulu tuh, dalam 60 pokok, sampai sekarang masih mengeluarkan hasil, sampaikan aku pun bosan menengoknya, tak challenging langsung. 

Aku beritahu Long yang round seterusnya nanti, aku nak tanam kacang harimau nih sebanyak mungkin, aku even beritahu Long yang aku nak sediakan tempat merebus kacang kat luar rumah, aku nak jual kacang rebus, nak hantar ke kedai Chu Bekam. Entah-entah nanti aku berjual kacang rebus kat Pekan Sehari, mana tahu, kan? Just for the fun of it. Aku kena mula mengikis kemaluan aku dari sekarang lah nampak gayanya. 

Aku ajak Long ke Pusat Serenti sebab rasa macam dah lama tak ke sana. Tak ramai detainees kat kawasan ladang tuh pasal ramai yang dah dibebaskan. Ralit kitaorang bersembang sama SarjanK, memang best betullah SarjanK tuh, pandai bercerita, manis mulut. Even Long pun suka kat dia.



Tak sedar jer dah pukul 12 lebih, so kitaorang teruslah ke kedai tempat aku hantar pam air dulu tuh. Cina tuh kata yang pam tuh kena diganti mesinnya, kitaorang terpaksa bersetuju jer lah pasal itu aje keputusan yang terbaik. Tak kan nak dibiarkan rosak macam tu aje. Dekat RM 300 kos nya, Long beli pam tuh pun dalam RM 400, memang pam murah, tak berjenama pun. 

Aku beritahu Long yang aku akan suruh Ida keluarkan duit bank mak aje lah, malaslah aku nak suruh Long guna duit dia sebab dah lah dia yang belikan pam tuh. Dan aku beritahu Long yang jangan cerita apa-apa kat mak, buat hati sakit banyak cerita jer nanti kalau mak tahu. Dulu masa aku ingatkan yang kos repair pam tuh dalam RM 80, ada aku beritahu mak, mak kata, "Belinya tiga ratus lebih jer tapi repairnya ukor segitu". Aku geram jer nak jawab, "Itu garaj tuh, buat mahal-mahal tapi akhirnya tempat mengepark baja". 

Aku tengah melepak kat beranda bila aku tengok, Yami yang hantar mak ke surau. Then aku dapat idea, apa kata suruh Yami temankan mak for a few days, bolehlah aku ke KL. Dia pun free lagi rasanya sebelum mula masuk college awal July nanti.


Syukur malam nih hujan lebat, angin pun kencang gila, esok senanglah sikit aku nak menambun pangkal pokok kacang tuh. 

Tuesday

Isnin - 27052013

Pagi nih sedar-sedar dah azan Subuh, mak masih belum bangun. Panik jugak aku, bermacam-macam benda bermain di kepala aku. So tak ke masjid lah kitaorang. Masa aku dah siap sembahyang baru aku terdengar bunyi mak bangun. Salah kunci jam agaknya sebab pukul 6 baru alarm berbunyi, sepatutnya pukul 5, sebab sempatlah mak nak bersahur kan? 

Awal aku ke kebun pagi nih, sebelum 7 setengah lagi. Itupun lepas pergi kedai beli beras, roti. Tinggal 10 ringgit jer dalam wallet aku sekarang. Apapun, ada aku kisah?

Memang confirmed lah yang semua benih jagung tuh tak tumbuh, dimakan dek semut merah. Now, apa aku nak tanam then? Ada lah sesikit lagi benih jagung tapi silap-silap dimakan semut jugak nanti tuh. Nak tunggu lagi sebulan setengah, then tanam kacang tanah? (Guna benih hasil tuaian kacang kat Zone 2) Rasa macam lama sangat lagi nak menunggu kacang tuh berisi.

Kat area tuh kalau aku nak tanam kacang tanah, aku kena tanam dengan kulit-kulitnya sekali, kalau tanam guna biji benih yang dah dikupas, haruslah dimakan semut durjana tuh jugak. 

Terasa macam lama sangat aku di kebun pagi nih tapi cuma satu kerja aje yang aku buat, menyiram. Happy jer aku tengok pokok kacang yang merimbun tuh tapi aku macam cuak jugak nih pasal baris-baris kacang tuh rapat sangat sampaikan tak ada space untuk aku lalu, nak tambun pangkal pokok. Dulu masa pokok kacang tuh kecik, ada lah aku tambun, tapi bila hujan lebat dua tiga minggu lepas, tanah dah jadi rata semula. Pokok kacang, kalau nak hasil yang banyak, pokoknya kena ditambun sampai ke paras pinggang sebab isinya akan cambah dari sulur pokok tuh. Kalau tak ditambun, sulur pokok tuh tak mengeluarkan isi. Itulah, tamak sangat nak tanam rapat-rapat, dah menyusahkan diri terpaksa bersusah sikit untuk menambun panfkal kacang tuh.

Kitaorang pergi awal sikit ke kelas mengaji petang nih tapi Ustaz lah pulak yang lambat. So sempatlah aku baca 4 rounds (3 pages) sebelum Ustaz tiba, so lancar jer lah aku baca akhirnya, tak ada tergagap-gagap macam selalu tuh.

Sebelum Asar lagi guruh berdentum dentam, keadaan gelap, gaya macam nak hujan sesangat. Tak kan aku nak ke kebun dalam keadaan gitu kan? So aku melepak kat beranda aje lah, menunggu hujan turun. Tapi, sampai dekat Maghrib, hujan tak turun jugak. 

Long sekeluarga ada balik, just before kitaorang ke masjid. 

Monday

Ahad - 26052013

Tak jadi aku nak sambung tidur lepas Subuh tadi pasal mak, Pui dan Nor macam nak keluar aje, aku agak diaorang nak ke Pasar Minggu Raub. Aku intai jer lah dari tingkap bilik. 

Apa yang aku tak fahamnya, kan ker semalam Pekan Sehari kat sini, so apa lagi lah yang nak dibeli, sampai nak ke Raub yang 12 km away tuh? Paling-paling pun beli sayur, as if semalam  tuh kat Pekan Sehari nih tak ada jual sayur. 

Tapi bila difikir yang ini lah peluang mak nak bermanja dengan anak-anak, so aku jadi macam faham lah tujuan sebenar. Semalam pun mak ke Pekan Sehari sama Ipin, Farida, pergi naik kereta lagi tuh, aku pergi sama Faris jalan kaki aje. 

Betul pun jangkaan aku, yang dibeli, kangkung, pucuk paku, dan buah. Yang semuanya memang ada dijual di Pekan Sehari semalam. 

Sepagian aku menyiram hari nih, aku perasan yang banyak benih jagung yang aku tanam/tugal ituhari, banyak yang 'timbul', diusung semut merah. Sahihlah diaorang cuba makan benih tuh tapi gigi diaorang tak lut. Kalau benih kacang, sure dah tinggal kulit jer tuh. Tengoklah, kalau by next week tak ada yang tumbuh, nampak gayanya aku ke re-tanam. Nasib baiklah 2 baris jagung yang mak tanam dulu tuh, a few days sebelum aku tanam, masih belum cambah jugak. 



Dalam pukul 11 baru aku balik ke rumah, bosan tak tahu nak buat apa, aku tidur sekejap. Sedar-sedar dah dekat 12 noon, elok jer aku bukak tudung saji nak makan, mak tanya, "Kita tak ke rumah orang kawin ker".

Seriously, aku tak tahu pun ada jemputan kawin harinih, mak tak ada pun beritahu. Since mak dah siap bersiap, aku tahulah yang mak nak pergi, so aku kata aku akan hantar mak, tapi aku tak nak pergi.


Entah, aku selalu gitu, kalau adik beradik aku ada balik, aku jadi macam resah jer sesikit, aku ada rasa tak berapa comfortable. Aku akan selalu fikir, apa lah yang mak akan ceritakan kat deme nyer, jangan tokok tambah cerita yang membabitkan aku dah lah, things like that.

Tapi bila diaorang nak balik, aku rasa macam sedih pulak. Bukan sedih apa, aku selalu terfikir yang diaorang dah nak balik, maka akan tinggallah aku seorang diri untuk menangani masalah dunia yang kadang tuh aku rasa terlalu besar untuk aku tangani sengsorang. 

The rest of the day macam biasa, bosan dan tak ada apa-apa worth mentioning. 



Sunday

Sabtu - 25052013

Tak best harinih rasanya sebab tak breakfast nasi dagang kat kedai Samad yang masih tutup. Setiap Sabtu memang aku berbreakfastkan nasi dagang. Aku pusing jugaklah Pekan Sehari dua tiga rounds, sama Faris, anak sedara aku yang umur 5 tahaun tuh. Tension aku dibuatnya, tak ada apa yang dia nak, puas aku memujuknya. Masa minum, aku tanya nak minum air apa, dia kata nak air putih aje. Aku makan roti canai, dia tak nak makan, dia kata, 'makan kat rumah jer lah'. Aku nak belikan dia selipar, dia kata dia dah ada selipar. Zuhud sungguhlah budak tuh.

Aku menyiram kat Zone 2, 3 dan kat kawasan jagung, cili, kacang panjang. Semalam mak kata, "turunlah hujan, tak pernah bersiram jagung terh". Ada aku jawab, "Semalam dah siram..." geram jer nak sambung ayat tuh,.... "tak kan hari-hari nak kena siram", tapi ayat-ayat gitu aku kena pendamkan aje. 

Sampai dekat pukul 11 aku kat kebun, then mak kata nak ke Claw Valley (Lembah Klau) sama Chu/Tihah, anak sedara Nyang kawin. Pukul 12 aku ke Dewan Serbaguna di dekat Pekan Sehari, ada majlis kahwin jugak. Pukul 12-30 tuh ada jugak jemputan makan kat tempat lain tapi aku tak pergi sebab mak tak ada pun suruh aku pergi. 

Memang bosan gila kalau Sabtu, antara waktu Zohor ke Asar tuh, so aku online aje lah. Kebelakangan nih aku selalu search pasal benda-benda pertanian, cara-cara nak buat baja fertigasi, cara-cara menanam etc, pendek kata aku nak meknowldegekan diri aku dengan sebanyak mungkin. So minggu nih bab membuat baja. 

Aku macam percaya tak percaya jer dengan a few forumers yang walaupun duduk kampung, walaupun tak buat kerja lain kecuali bertanam sesikit, tapi macam bagus jer kasi formulae nak buat baja. as if diaorang tuh ada PhD semuanya. Tapi aku rasa, diaorang tuh semua cut and paste jer agaknya, itu yang nampak macam terrer jer masing-masing tuh. 

Ini contoh paling senang untuk buat baja AB tapi aku satu hapah pun tak tahu apa dia. 

Set A:

Kalsium Nitrat (10,580 gram)
Iron Chelate (190 gram)

Set B:

Kalium Nitrat (6,600 gram)
Mono-kalium hidrogen fosfat (2,220 gram)
Magnesium Sulfat (4,030 gram)
Mangan Sulfat (17 gram)
Asid Borik (28.5 gram)
Zink Sulfat (14.5 gram)
Kuprum Sulfat (1.9 gram)
Natrium Molibdat (1.2 gram)

Korang faham tak? Kalau tak, lega lah jugak aku sebab aku rasa macam bodoh jer aku nih, so at least ramai jugak orang sebodoh aku. Nak jadi pekebun pun susah, kan? Tension aku tau dak?

Pui sekeluarga ada balik dari Ampang, tak lama tuh mak pun balik. Agaknya keletihan, mak tidur, sampailah dah dekat waktu Asar. Aku tunggu jugak kalau-kalau mak nak pergi tapi macam tak ada gaya mak nak ke masjid, tak kan aku nak bangunkan mak dari tidur. And so aku tunggu dalam kereta jer lah. for about 10 minutes. Bila dah dekat sangat nak masuk waktu, terus aje aku ke masjid, sorang-sorang. 

Siap jer sembahyang sunat, aku ternampak kelibat Pui, sama mak. Habislah aku kali nih, kata aku dalam hati. Bukan niat aku nak pergi sorang-sorang tapi aku betul-betul ingatkan mak tak nak pergi masjid. Pernah a few times mak tak turut pergi, masa mak pening kepala etc.


Aku menyiram jugak petang nih walaupun guruh berdentum dentam dan angin pun kencang jugak, macam gaya nak hujan sangat. Tapi itulah, dah banyak kali dah, dentum dentam aje yang kuat tapi tak hujan jugak. Kat sekeliling aku nih, banyak benda lain yang bunyi jer kuat, lentung-lantang bukan main lagi, tapi habuk pun tarak.


Ipin balik PJ petang nih.

Tak ada pulak UstazM malam nih, tak apa lah, semalam dah mengaji dengan dia, Isnin petang nanti pun mengaji dengan dia lagi, kan? Aku makan kuih jer masa jamuan lepas Isyak sebab masih kenyang, petang tadi lepas menyiram tuh, aku pekena tom yam seround, tension sangat aku bosan-bosan macam nih, so that was my highlight of the week, makan kat kedai. 

Saturday

Jumaat - 24052013

Pagi nih terpaksa breakfast kat luar. Terpaksa. Aku sambung tidur lepas Subuh, sedar-sedar dah 7-30 am, dan bila aku nak sediakan breakfast, mak ada di dapur. Malu lah aku, mak sure jeling-jeling tengok aku sediakan breakfast. Lama gayanya mak akan berada di dapur, so terpaksalah aku ke kedai, dengan berat hati. Bukan apa, aku seboleh-bolehnya tak nak mak ada apa-apa yang nak dicerita kat my siblings, pasal aku.  For surenya mak akan tambah cerita sesedap rasa, kan? 

Ingat dak yang Ani sama Ida sampai teresak-esak menangis bila dengar cerita aku ke masjid jalan kaki, masa hujan, masa belum ada kereta dulu tuh? sedangkan aku selamba jer, tak fikir apa-apa pun. Tiap kali aku teringat pasal tuh, aku sengih jer, gila lah lawaknya bagi aku.

Kat kedai Chu Bekam dah kehabisan makanan, so menapak ke kedai AJL (Akak Janda Lucah) aje lah.

Since harini cuti, dan kat US pun Memorial Day weekend, aku, walaupun sepatutnya tak ada berhubung kait langsung, aku rasa macam malas jer nak kerja. Macamana pun aku kuatkan jugak semangat, lagipun bukanlah sesusah mana pun menyiram, kan? 

Lepas Sembahyang Jumaat kitaorang ada mengaji, dan Chu pun nak join sama, sebab lepas mengaji tuh, puak-puak omtiner ada sessi menghafal Surah Yaasin. Since aku sorang jer orang jantan (selain ustaz), aku cuma mengaji aje. Ok jugak aku mengaji harinih, aku baca slow-slow, tak rush pun, itu yang cuma ada satu dua jer yang salah baca.

Gaya macam nak hujan lepas Asar tuh, dan aku kena jemput Chu, so aku tak dapatlah nak ke kebun, kan? Ada dalam setengah jam lebih aku menunggu mak, Chu. Aku ok jer, menunggu gitu sambil dengar radio kereta, jauhlah lebih best dari kerja kat kebun.

Makcik Esah sama Chu tak ke masjid malam nih, Chu nak ke Lembah Klau, dan Makcik Esah pulak baru balik dari Putrajaya (anak dia pengurus penyanyi, kat KL. Tak ada lah aku tanya siapa yang dia urus tuh sebab kalau diberitahu pun, mana lah aku kenal)

Lepas Maghrib ada majlis Tahlil, lepas Isyak ada jamuan, Samad yang sediakan. Aku tak makan banyak sebab masih kenyang (sebelum ke masjid, aku makan sandwich yang mak buat untuk dibawak ke surau. Aku makan sama kucing, aku makan 2 set jer tapi kucing tuh, lepas 3 set baru dia tak mengiau. Kalau tak tuh, asyiklah mengiau-ngiau, nak makan pun jadi tak tenteram, rasa bersalah jer membiarkan kucing tuh kelaparan, then teringat yang kalau kita selalu bagi haiwan makan for example, rezeki kita akan bertambah, InsyaAllah), cuma makan mee kari aje.  

Tak lama kitaorang sampai rumah, Ipin sekeluarga sampai dari PJ.

Friday

Khamis - 23052013

Tak nak jadi macam semalam, mengantuk tak tentu hal, lepas balik dari masjid Subuh tadi teruslah aku sambung tidur. Sekejap. Breakfast pun cuma makan roti 2 keping, then terus ke kebun. Mulanya menugal jagung kat tempat-tempat yang boleh ditanam, aku guna benih yang aku beli dua hari lepas sebab itu jagung variasi lain. So aku 2 jenis jagung lah yang bertanam sekarang nih.

Lepas pada tuh teruslah aku menyiram di Zone 2, dah lama tak menyiram, hujan pun dah 2 tiga hari tak turun. Sejam lebih aku menyiram kat situ, aku betul-betul siram, sampaikan bertakung air in between baris kacang. What's the point kalau menyiram takat sembur sana sembur sini kan? Bukannya menyiram bunga.

Kerajinan aku laju jer mengalirnya, selaju pancutan air, so aku sambung pulak kat Zone 1, itu yang dekat pukul 11 aku masih di kebun. Harinih aku tak ada plan nak ke Pusat Serenti tuh.



Kedai Samad tak bukak, so aku mengeteh kat kedai Chu Bekam jer lah, tak ada orang pun, so lama jugak aku lepak sambil baca paper. Now, aku tak kata aku tak nak mengeteh kat luar, kan? Aku cuma kata aku nak breakfast kat rumah, kan?  


"Ada orang meninggal sekejap tadi, ayah Samad", kata mak masa nak ke masjid for Zohor.

Ingat dak masa aku baru jugak duduk di sini, aku nak belanja minum ada sorang tua nih sebab aku macam kesian tengok dia, dia pakai selekeh jer, dengan semutar kat kepala. Bila aku nak bayar, bini Samad kata yang orang tua tuh ayah dia. Dia lah tu, semoga roh nya dicucuri rahmat. Amin.


Bosannya sementara nak tunggu Asar, lepas hantar mak ke surau, aku ke Sungai Ruan, isi minyak kereta. Awal minggu lepas dah taruk, ini kena taruk lagi. Aku silap ituhari, 2 bulan lepas, full tank minyak sampai sebulan tahannya, sebab masa tuh tak ke mana-mana pun, kecuali ke surau dan masjid. And so aku beritahu mak. Dan mak expects yang akan datang nih, minyak kereta akan tahan untuk sebulan jugak lah. itu yang terpaksa taruk minyak sembunyi-sembunyi tuh, or else adalah statement-statement yang kurang enak didengar, walaupun aku dah kasi explaination yang bernas dan jelas.

Trust me, you don't know my mom.



Aku cadang nak ke kubur untuk turut majlis pengkebumian tapi mak pulak kat surau (aku kat masjid), dan mak tak ada kunci rumah (sebab aku yang bawak), susah jugak nanti, so aku terus aje lah balik. Dan ke kebun, menyiram di Zone 2 dan 3a. Lepas tuh mencabut rumput, pokok renek yang semakin bermaharajalela tuh. 


Ramai sungguh orang kat masjid malam nih, agaknya separuh dari jemaah tuh semuanya keluarga Samad, semuanya dari Kelantan, jugak dari Selatan Thai, bini Samad tu orang Siam. 


Thursday

Rabu - 22052013




Pukul 7-30 pagi.


Pukul 9-30 pagi






Pukul tengahari




Pukul petang





Pukul malam

Tuesday

Selasa - 21052013

Entah apa-apa lah aku nih, semalam beria-ia jer buat azam baru tak nak minum kat luar, (sebab aku macam merajuk, aku macam terasa hati sebab mak beritahu dan tanya Ida, kat mana aku dapat duit), tapi tadi aku terpergi jugak. Terpaksa pergi sebenarnya. Tak apalah, esok aku akan cuba lagi, aku sepatutnya tak tidur dah lepas Subuh tu, lepas lepak-lepak sekejap patutnya aku sediakan breakfast. Tak bolehlah aku tidur semula then bangun again dalam pukul 8, then masa tu lah baru nak sediakan breakfast, kan? Lewat sangat dah, nanti issue lain pulak yang berbangkit.

Ooo, lagipun tadi tak ada apa yang nak dimakan, tu pasal aku terpaksa ke kedai beli roti. 

So mulai esok, InsyaAllah, aku tak brekfast kat kedai dah lah, makan roti selek kaya sama telur separuh masak 2 bijik dah lah. Cereal yang aku beli dulu tuh masih ada sikit, oatmeals pun ada jugak lagi. Dan aku tak nak beli paper dah, baca online paper jer lah, lagipun kat paper banyak sangat cerita rogol (then again, reason aku baca paper hari-hari sebab nak baca cerita rogol jer kan? ekekek)

Tengoklah nanti, berapa hari aku dapat bertahan menahan nafsu sahwat aku daripada minum kat kedai. Dapat 2 tiga hari pun ok dah kan? Oooppsss

Tak ada lah aku merajuk apa pun dengan mak cuma semalam, lepas Maghrib tuh, aku melepak kat masjid jer. Kedua-dua kedai yang aku nak pergi, semuanya tutup, tu pasal. So I had a deep thought, aku tahu, kalau dapat pun cuma pahala iktikaf, tapi tak apa, once in a while aku kena fikir dalam-dalam apa yang menyenakkan fikiran aku nih, sesekali sekala aku kena fikir ummah. 

Aku tak tahu lah apa yang readers blog aku fikir pasal aku dengan mak nih, and as I said I don't give a fuck pun apa orang nak fikir, coupled with the fact yang banyak benda-benda sensitive lain yang tak aku tulis kat blog nih, aku rasa aku macam ada masalah besar. Masalah macamana nak menangani kerenah mak yang di luar jangkaan aku nih. Masa aku mula-mula duduk di kampung dulu, aku tak expect langsung yang aku akan hadapi masalah macam nih, aku tahu yang menjaga orang tua is such a daunting task tapi aku rasa mak aku best, bukan macam mak orang lain. Or so I thought lah kan?

To cut it short, dalam 6 bulan aku duduk di kampung nih, banyak lah benda yang terpaksa aku simpan dalam hati, aku banyak memendam rasa.

Ok, now, masalahnya macam nih. 

Setiap kali lepas sembahyang, aku memang sentiasa berdoa, among others, aku bersyukur dan redha dengan segala apa yang Tuhan beri pada aku (kita kena bersyukur jugak, tak boleh nak berdoa, memintak aje kan?) dan aku AKAN bersyukur dan redha dengan apa yang akan Tuhan berikan pada aku.

So, yang aku rasa tak puas hati, aku mengeluh, aku whine, aku merengek-rengek, kat blog even, mengalahkan bapok sundal tuh, apa pasal nya? Sepatutnya aku bersyukur dan redha ajelah kan, after all memang itu pun yang aku berjanji dengan Tuhan, kan?

True yang my mom is no Ibu Mithali. Far from it baby. What, you crazy? My mom, kalau dicalunkan untuk Ibu Mithali, surenya akan kalah sebelum bertanding lagi. 

So, deal with it lah kan, pepandai lah jaga mak kan?

On second thought, nasib baik jugak mak bukan Ibu Mitahli, kalau tidak lagi teruk. Sure aku akan bosan sebab everything is just plain sailing, tak ada ombak nya langsung. Worst part is aku terpaksa ke hulu ke hilir hantar mak, iyalah kan, Ibu Mithali Peringkat Daerah, Ibu Mithali Peringkat Negeri, Ibu Mithali Peringkat Kebangsaan kan?

So from today onwards, aku tak nak fikir banyak-banyak sangat, aku tak nak over analyse (tapi kan, analisa aku selalunya betul, dammit!), aku nak buat-buat bodoh jer benda-benda yang buat aku tak berkenan, benda-benda yang sepatutnya bakal merungsingkan otak aku. Well, up to a point lah kan? (Tudia, warning siap-siap ekekekke)

From today onwards jugak aku nak buat tak kisah jer, walaupun kadang tuh aku rasa mak treats aku macam a 16-year-old girl aje, walaupun I am a grown-ass man for heaven sake. Then again, kalau aku nih a 16 year-old teenage girl, dah lama aku lari ikut Bangla. Sebab kan ker Bangla-Bangla sekarang semuanya dah dikasi IC? 

"Benih jagung dah habis ker?', mak tanya, masa aku tengah mengeluarkan pam air yang disimpan dalam rumah (mak tak nak simpan dalam setor, takut kena curi. Ialah, pam baru)

"Semalam saya ada beli sikit', aku kata gitu.

"Ada lagi benihnya, penuhkan jer kawasan sayur terh, jagung ni kena tanam serentak baru elok', kata mak. 

Maksud mak, mak nak aku terus sambung tanam/tugal jagung. Aku buat tak tahu jer sebab dalam kepala aku fikir, what different does it make kalau aku tanam jagung tuh esok, lusa, atau minggu depan, kan?

Tak sampai 5 minit aku menyiram, pam air tuh padam, so aku start lagi sekali. Ok semula, for about 3 minutes, then bila aku nak start, tali pam tuh macam ketat, macam bersimpul kat dalam, tak bergerak-gerak. Pelik aku, selalu sangat gitu, bila aku nak guna aje, adalah taik palatnya. Sedangkan aku tak buat apa-apa pun yang boleh menyakitkan hati pam tuh. Ingat dak masa mula aku dapat kereta ituhari, tak sampai sehari, kereta tuh kong, bateri yang kong. Ingat tak masa aku kerja kuli jaga kolam ikan kat Hulu Langat dulu tuh, mesin rumput, pam air, dapat sehari jer aku guna, lepas tuh terus rosak, sedangkan aku guna dengan cara yang betul.

Terus ajelah aku masukkan dalam kereta, nak hantar ke kedai repair di Sungai Ruan. Kebetulan pulak aku memang nak ke Pusat Serenti tuh, rasa macam dah lama tak ke sana. 

Cina tuh tak nak lah pulak repair sebab kata dia, pam tuh pam baru, baik hantar ke kedai tempat pam tuh dibeli. Masalahnya, Long beli pam tuh di Jerantut. Macam nih kena tunggu Long balik lah, ataupun hantar ke kedai lain, yang tokaynya lebih friendly.

Tahanan-tahanan Pusat Serenti tuh baru jer nak memulakan aktiviti diaorang, ada dalam 50 orang yang ditugaskan menebas hutan di sekeliling kawasan kolam, kawasan pertanian diaorang tuh. Pandai pihak pengurusan CCRC (Pusat Serenti) tuh, diaorang kata yang menebas hutan tuh is part of the aktiviti yang memberi markah, akan dibuat penilaian, kalau bagus, tahanan tuh akan dibebaskan sesehari dua lebih awal. Most of them akan bebas akhir bulan nih so masing-masing bersemangat kerja.


Aku sempat sembang dengan SarjanK sekejap, dia tunjukkan peralatan fertigasi yang dah dipasang, jugak benih-benih yang diaorang baru semai. Impressed sungguh aku, so aku tanya SarjanK kalau-kalau dia boleh buat semua tuh from A to Z, kalau boleh, might as well aku contractkan kat dia aje, daripada suruh Pak Mat Siam buatkan, kos nya sure jauh lebih rendah, kan?

EnY (Timbalan Pengarah) ada datang, dia ajak aku ke seberang sana tuh tempat diaorang menebang hutan, 50 orang yang kerja, memang sekejap jer nampak berbeza dari mulanya tadi. Memang cantik kawasan tuh, berbukit, dipenuhi pokok akasia, dikeliling kolam yang cantik bersih airnya. Aku beritahu EnY yang kalaulah kawasan tuh dapat ke Cina, sure dah dijadikan resort dah.

Banyak benda yang aku sembangkan, or rather EnY ceritakan kat aku, I wish I could tulis semuanya kat sini tapi dia kan ker orang penting, so aku kena respect kat dia. Aku tak boleh tulis sembarangan, aku tak boleh tulis sikit pun apa yang kitaorang sembangkan dalam 3 jam tuh, sebab semuanya penting-penting belaka, semuanya news to me. 

Pelik aku, masa aku ke Pejabat Daerah di Kompleks Kerajaan Raub ituhari, banyak kereta mewah kat designated parking spaces kan? Ada Lexus, ada Honda, tapi EnY nih selamba jer drives Kancil. Tapi kan.....

Ooopppsss...nyaris terlepas cakap!

"En Ross (Pegarah) nih jiran kitaorang, dia menyewa kat belakang rumah mak saya", aku kata gitu sambil tunjuk Proton di sebelah kereta EnY tuh.

"Eh, saya menyewa sama dia, kitaorang duduk sekali (sama-sama)", kata EnY.

Rupanya En Ross sama EnY jadikan rumah sewa tuh macam rumah persinggahan aje sebab dalam seminggu tuh ada sekali dua diaorang balik ke tempat masing-masing di Temerloh dan Mentakab. 

Dang, kalaulah aku boleh tulis, dah aku ceritakan dengan detail pasal hal kitaorang pergi minum kat one restoran di Sungai Ruan tadi tuh. Aku kan ker bijak memerhati orang? 

Laaa, lupa nak tulis.... tadi sebelum balik dari kebun Pusat Serenti tuh, masa dalam kereta, (sebab kesian kat tahanan-tahanan yang sengaja balik lambat so that diaorang boleh mengecek aku), aku "buang" 2 kotak rokok kosong, biar diaorang kutip sampah tuh, diaorang dapat hidup bau kotak rokok tu pun dah bagus dah kan? Ekekekkeke

"Nyang ada datang tadi, dia baru balik dari ladang sawit dia, tu yang dia singgah sini kejap", kata mak masa nak pergi Zohor.

"Mak ada beli mi sup, awak tak payah ke kedai tu lah karang", kata mak masa balik dari surau, masa aku tengah menyiram.

Now, sepatutnya aku sentap dengan ayat mak tuh kan? Mana tak nya, masa bila pulak aku kata aku nak ke kedai? Memang setiap petang ker aku ke kedai? Yang dua tiga hari lepas mak tanya, "Awak selalu ker makan kat luar?" tuh apa hal nya kalau mak tahu yang aku setiap petang pergi kedai, kan? 

Yang paling menyentapkan aku, mak anggap yang aku nih ke kedai setiap petang, ha, itu aku susah sikit nak terima (siaplah aku nak ceritakan kat Ida, kat Ani nanti nih)

Macamana pun aku buat selamba aje, aku tetap kata kat diri aku yang jangan ambik hati sangat dengan ayat-ayat mak yang kadang tuh bagai sembilu. Aku tahu mak memang tak ada niat nak menyembilukan ayat-ayat mak, they come naturally kan? Hehehehhe

"Nuar ker yang talipun (tadi), dia ajak ke Johor ker?', kali pertama dalam hidup aku, aku tanya mak, siapa yang menalipun mak. Lagipun aku ada benda yang nak beritahu mak pun.

Semalam aku dah pesan dengan Ida, suruh Ida talipun Nuar, Nuar aje lah calun yang sesuai untuk bawak mak pergi khenduri kawin di Johor, pasal Nuar banyak sedara kat sana. 

"Ha ah, dia suruh kita ke Kuala Lumpur, lepas terh pergi ke Johor sama deme nyer dari sana", kata mak.

"Tengoklah macamana nanti, saya dah lama tak ke bawak kereta di Kuala Lumpur, lagipun kereta nih te'elok (tak elok), tingkap pun tak boleh bukak", aku kata gitu sambil tunjukkan yang cermin tingkap kat my side tuh tak berfungsi buttonnya, tak boleh dibukak, kalau nak bayar toll kena bukak pintu.

Now, bukannya aku nak berdrama tapi itulah hakikatnya, kereta tuh walaupun plate numbernya WLM tapi itu Proton. Lagipun, the last time aku bawak kereta kat KL, sehari sebelum aku ke US, and that was what, 12, thirteen years ago? 

Ok, now, mari kita analyse.

Dua tiga hari lepas, masa mak sembang dengan Long, mak kata mak "tak dapat lah nak pergi', mak kasi hujah-hujahnya, siap dengan nama-nama penyokong hujah mak tuh. Tadi masa on the phone dengan Nuar, mak kata mak akan pergi, siap dengan hujah-hujah dan nama penyokong yang menyokong dan menyetujui keputusan mak untuk pergi. Sekarang nih bila tahu yang aku mungkin tak dapat untuk mendrive mak ke Shah Alam (rumah Nuar), aku rasa mak akan merekabentuk, merekacipta alasan-alasan yang mak tak dapat pergi. Mak nak, kalau boleh, Nuar (atau adik beradi aku yang lain) datang jemput mak kat sini. 

Aku tahu sangatlah tu sebab even nak ke surau di seberang jalan sana tuh pun aku yang hantar naik kereta. Kalau ke masjid, hujan renyai sikit, mak nak dihantar sampai ke tepi tangga (parkingnya is on the other side of the masjid), so if I were a betting man, aku akan bet yang mak tak jadi pergi. Unless ada solution lain. Tak mungkin mak akan naik bas ke KL, walaupun aku temankan. 

See, drama kehidupan ini bersambung ke siri akan datang.......

"Dah siap dah tadi, lepas tuh Akak Milah (Makcik Milah) datang ngantor borang", kata Chu, lama jugak kitaorang menunggu Chu bersiap nak ke masjid.

"Borang mende?", mak tanya.

"Alah, borang bantuan Ibu Tunggal", kata Chu.

"Mak tak memohon? Dapat bantuan tuh, Ibu Tunggal", aku innocently tanya mak.

"Mak bukannya kumpulan tu, memang tak dapat.......", kata mak. Barulah aku teringat yang mak tak dapat bantuan-bantuan gitu tuh sebab mak sokong pembangkang. 

Ustaz Tab tak ada lagi malam nih, so kebanyakan jemaah balik lepas Maghrib tuh, aku pun keluar jugak, then ter-ajak Ariff sama 2 orang yang lain pergi mengeteh. Minum jer, tak makan pun. Lantaklah apa mak nak kata (tentu mak ingatkan aku pergi makan), at least dapat aku berminggle-mingle dengan orang sekampung, kan? Mak jugak yang nak kan aku 'bercampur sikit dengan orang lain" kan?

"Masa ada (arwah) pak dulu ada juga dapat bantuan, tapi ini deme nyer dah tahu mak sokong pembangkang, tak ada dah nama mak dalam list bantuan deme nyer", kata mak, masa balik dari masjid.

"Tak apa lah, tak ada rezeki, lagipun tak kempunan pun tak dapat bantuan gitu tuh', aku cuba menyedapkan hati mak.

Monday

Isnin - 20052013

Lama aku melepak kat kedai Samad pagi nih, lepas breakfast aku terus aje melepak, sikit pun tak peduli orang. Samad, bini dia, pekerja dia, semuanya tegur tanya aku, aku katalah yang aku tak tahu nak buat apa sebab semalam hujan lebat so aku tak payah nak menyiram kacang, dan nak buat kerja lain pun tak ada apa sangat pun.

Ini 'fenomena' yang berulang nih, bila kacang dah tumbuh, aku dah tak ada kerja sangat dah, jadi macam bosan jer rasanya. Itu yang aku nak berjagung-jagung sementara menunggu kacang berisi, tapi tanam jagung pun kejap jer kerjanya. 

I was in two minds sebenarnya, rasa macam nak ke Pusat Serenti tuh, nak jumpa mis amigos puta madre heheheh, rasa nak ke Raub, bayar bill, rasa macam nak tangguhkan esok aje semuanya. Last-last melepak, berangan. Hidup aku sekarang nih, tak ada apa nak dikejar pun, itu yang berangan, merancang tuh, at least ada jugak benda yang boleh aku cuba kejarkan. Melayu gitulah kan, kalau dia sorang-sorang, dia berangan, atau tidur jer kerjanya. Kalau berdua, diaorang mengumpat. Kalau beramai, diaorang nak menjatuhkan orang.

Aku buat keputusan nak tanam jagung aje lah sebab macam tak ada kerja lain yang lebih penting. Mak ada masa tuh, menambunkan sekeliling kacang yang ada mak tanam a few baris dulu tuh. Teruk aku nih, kacang yang mak tanam, aku tak tengok-tengok pun, adalah dulu sekali tuh aku siram, itu aje, kerja yang lainnya biar mak buat sendirilah. Tak banyak, a few baris jer. 



Apa-apa hal aku contact Ida, nak tahu status akaun mak, iyalah, harga emas tengah turun sekarang nih, tentu Ida masih hold emas yang dia beli dulu tuh, maknanya, duit dalam akaun mak (yang Ida guna) masih belum Ida transferkan lagi.

Aku tinggalkan mak kat Klinik Kesihatan Ulu Gali, dan aku teruslah ke bandar Raub. Lepas pergi bank (duit withdrawal akaun Forex aku dah masuk, ituhari aku buat withdrawal USD 150)), pergi beli benih jagung/tembikai, then buat kunci duplicate, semua kunci, kunci kereta pun jugak, aku buat. 


"Sedang molek (ngam-ngam) jer mak keluar, awak pun sampai. Rame ngat orang, doktor nya sorang pulak tu", kata mak. 

Terlambat sikit kitaorang pergi surau untuk sessi mengaji petang nih, iyalah, mana nak ke kedai beli kuih lagi. Ustaz dah lama tunggu, so bila kelam kabut gitu, mulalah silap aje bacaan aku, sampai page ke 3 barulah ok aku baca, tak ada salah. The first 2 pages tuh banyak salahnya sampaikan aku rasa Ustaz tuh macam nak give up aje, geleng-geleng kepala lagi. Aku tak kisah sangat UstazM nih sebab dia understanding, tak macam Ustaz Simon Cowell yang syerewet tuh. 

Maknanya sekarang, 3 kali seminggulah aku mengaji dengan Ustaz M nih, petang Isnin, petang Jumaat, dan malam hari Sabtu. 

Rajin aku petang nih, balik dari sembahyang Asar, aku tak online pun (biasanya sempatlah online dalam 15 minit), terus aje ke kebun. Mulanya aku menambun pangkal kacang (guna kiut sebab rapat sangat baris kacang tuh, susah kerja kalau guna cangkul) di Zone 2, tak sempat habis, aku ke Zone 1 pulak, repair-repair mana yang patut. Last sekali aku mencabut rumput/pokok renek kat Zone 3a.




I am my own worst enemy. Always been, always will.