Aku tak ke mana-mana pun pagi nih, lepas breakfast aku memerap kat apartment aje, seronok jugak duduk sorang-sorang nih, sunyi sepi. Aku rasa aku dah dapat tune lama aku, dulu aku macam nih jugak, melepak sorang-sorang.
I'm such a lonely old fart, kan?
Aku dah tak terfikir nak keluar jalan-jalan, tak ada apa nak ditengok pun, benda yang sama aje. Satu perbezaan nyata yang aku notice bila duduk di KL nih, dibandingkan bila duduk di kampung. Kalau di kampung, apa yang aku fikir hari-hari, cuma lah pasal kacang tanah aku, pasal tanaman aku. Tapi di KL nih, aku banyak berangan, banyak bercita-cita.
Tak payah lah aku tulis apa angan-angan aku, cukup sekadar aku beritahu yang semua tuh boleh aku capai, kalau aku decide nak duduk KL, bila aku dapat duit nanti.
Aku rasa beberapa hari aku di KL nih dah cukup buat aku fikir, apa yang aku nak decide nanti, samada nak teruskan duduk di kampung atau nak balik semula duduk KL. Ada pros and cons tersendiri. Insyaallah, time will tell.
Aku ke UOA Bangsar untuk lunch sama Angah & LB, kat Joesph's Kitchen. Aku kalau nak makan fish 'n chips, memang aku ke situ, jauh lebih sedap dari yang kat Manhattan Fish Market.
"Ko pakai macam orang nak ke kebun", kata Angah.
Kalau orang lain cakap macam tuh memang aku sentap tapi dengan dioarang nih, cakap apa sekali pun, kutuk lah macamana pun, tak akan aku terasa pun. Aku pakai track bottom, tshirt hitam, then pakai baseball cap. Memang gaya macam nak ke kebun, kan? Ekekekke
Petang pun tak ke mana-mana, lepas Asar aku ke Pasar Malam, then sembang sama member kejap. Aku tak tahu yang dia tak ada Kelas Mengaji malam nih, tu pasal dia balik awal. Rasa macam duduk kampung lah pulak, lepas Maghrib ada Bacaan Yaasin, jauh lebih meriah dari di kampung. Itu yang aku terfikir, aku boleh sebenarnya duduk di tengah-tengah KL tanpa buang nilai-nilai murni kehidupan kampung aku.