Saturday

Jumaat - 31052013

Pepalih (kemain lagi, ya ampun, holy shit, what de farque, puta madre) lah lebatnya hujan malam tadi, ukor ampuh (sampaikan melimpah/tenggelam) tebing anak sungai, ukor cengkelik-cengkelik (sampaikan tenggelam-tenggelam) pokok kacang aku.

Lepas breakfast kat rumah, aku ke kedai sekejap, belikan breakfast untuk yang lain tuh, nasi lemak sama laksam. Aku ambik jer duit mak yang ada atas meja tuh, RM 10, dan aku tak mengeteh pun. Bagus sungguhlah aku nih, aku makan roti cicah teh o jer tadi tapi aku pastikan orang lain makan proper breakfast.

Lepas tuh aku ke kebun sekejap, membuang sampah-sampah yang terlekat kat titi, dan yang bergelimpangan kat kawasan kacang, yang dibawak dek arus anak sungai semalam tuh. Batang pisang, pelepah, kelapa sawit, dahan-dahan, jugak plastik sampah. Aku tengok jugak satu persatu beg sampah tuh, manalah tahu kalau-kalau ada bayi kan? Tapi tak ada apa, yang banyaknya, plaster luka. Besar-besar plaster luka tuh, plaster luka orang perempuan ekekekek

Then sempatlah jugak aku menambun a few pokok kacang yang hampir tercabut dibawak arus, mamposlah kali nih pasal bila hujan lebat, pokok kacang tuh akan nampak akar, sedangkan dah selalu aku tambun pangkalnya. Macam nih kalu, susahlah kacang tuh nak berisi.

"Saya nak ke Raub sekejap", aku kata kat mak.

"Mat nyer?", mak tanya.

"Nak keluar duit, tak ada duit langsung dah nih. Lepas tuh nak hantar bela (repair) komputer, entah mende rosaknya", aku kata gitu.

Tak sangka pulak aku macam "berani" nak beritahu mak yang aku nak ke bank. Plan aku semalam, nak kelentong mak, nak kata yang aku nak ke Jabatan Pertanian, ataupun ke Pusat Serenti aje.

"Keluarkan lah duit mak sekali, mak nak bayar nak buat khenduri arwah tak lama lagi, sebelum Puasa", kata mak.

Awal sangat aku ke Raub, belum pukul 9 lagi aku dah sampai. Keluarkan seribu dari akaun mak, dan lepas aku keluarkan duit dari akaun aku, aku terperasan yang ada orang (samada Ani, Ida atau Lan) masukkan sikit duit. Tersentuh hati aku dibuatnya. Aku tahu yang InsyaAllah tahun depan bila aku dah dapat duit, aku akan surprisekan diaorang (dan a few others yang namanya aku tak mention kat sini), diaorang ingat dan tolong aku masa aku susah, kan?


Aku cari dua tiga kedai komputer, tapi semuanya belum bukak. Tersengih jer bila memikirkan pasal aku nih. Dalam seseminggu nih aku tak berduit, aku buat selamba jer. Aku sanggup tak makan, tak minum kat luar. Aku sanggup korek dan kutip coins aje. Aku buat macam tak kisah jer. Cellphone aku rosak, aku buat selamba jer, tak ada pun aku berpeluh dingin, tak ada pun aku fikir macamana aku nak menangani masalah. Emang nye gue pikirin? Cellphone lah satu-satunya benda yang I can live without. TV langsunglah tak masuk senarai. Cuma internet jer yang I can't live without.

Tapi bila laptop aku buat hal, terus aku leap into action, terus aku berusaha nak repair, aku tak tunggu-tunggu dah. Aku tak boleh buat selamba. Aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan semula internet access, walaupu sehingga ke titisan darah terakhir.



"Lu kasi tinggal ini laptop, Isnin lu datang ambil. Ini laptop kena reformat", kata Cina kedai tuh.

Gila apa dia nih? 3 hari aku tak dapat online?

Kau sangoop?

"Ini macam, Isnin nanti saya datang", aku kata gitu. At least aku dapat online lagi guna UMobile, kan? Walaupun connectionnya memang menguji kesabaran.

On my way balik, aku terasa nak singgah kat satu kedai komputer yang besar nih, kat area Tunas Manja. Manalah tahu kalau-kalau ada penyelesaian lain sebab aku macam tak berapa konfiden jer yang dengan mengreformat laptop tuh, aku akan dapat semula internet connection. Aku rasa ada masalah lain.

Tak nak cakap banyaklah tapi lain pulak ceritanya kat kedai tuh. Technician tuh kata yang wireless cable (what a nice oxymoron kan?) aku kena lightning strike. Alah, cable yang kuning tu lah, yang aku sambungkan ke router. That makes perfect sense, kata aku dalam hati, sebab aku tak boleh connect ke Streamyx tuh right lepas aku balik masjid, right lepas halilintar berhenti. 

So dia rekomen aku guna wireless adapter instead, apa-apalah, as long aku laptop aku boleh tangkap wireless signal semula. Aku cadang nak beli yang harga RM 148 tuh tapi Technician tu kata baiklah aku ambik yang RM 38 tuh aje. Apa-apa lah Encik Technician yang budiman, aku menurut kata kau aje lah, walaupun kau sure ingat aku nih tak berduit. Aku ada dekat dua ribu dalam poket lah, wahai Encik Technician, my hero yang telah menyelesaikan masalah internet connection aku.

"He's a good guy, ini orang banyak bagus, Boss", aku kata gitu kat tokay kedai tuh, sambil kasi thumb up kat Technician tuh. Tersipu-sipu kemaluan Technician tuh. Bagus aku nih, aku suka kasi orang happy, memang style orang New York betul lah aku nih. I gotta give respect where it's due, dude.

Walaupun aku ada bawak cangkul kecik untuk repair kubur (arwah) pak, manalah tahu sebab semalam hujan lebat, tapi aku tak jadi singgah kubur pasal masa tuh ramai orang Majlis Bandaran, tengah memotong pokok kayu yang tumbang. 

"Kira lah duit nih, seribu", aku kata kat mak lepas letakkan duit sama kad ATM atas meja. Terus aku masuk bilik, nak mandi, nak pergi Sembahyang Jumaat.

"Awak ambiklah lima ratus, mak ambik lima ratus, buat bayar khenduri", kata mak.

Apasal pulak nih, tanya aku dalam hati.

"Ambik jer lah", kata mak lagi.

Aik, tak pernah mak buat macam nih, kata aku dalam hati.

"Letak dalam bekas tu aje lah", aku kata kat mak.

Kitaorang ada bekas duit, macam tabung lah kiranya, duit untuk kegunaan seharian. Biasanya mak letak duit kat situ. Aku tetap tak nak ambik duit tuh sebab aku macam confused, aku kecik hati (kecik hati jer tau, tak disertai dengan perasaan-perasaan lain, ok? heheheh) semalam tuh bila dapat tahu yang mak ada beritahu adik beradik aku yang kalau nak kasi duit kat aku, jangan kasi kat tangan aku, letak aje duit kat dalam tabung/bekas tuh. (Aku rasa macam tak adil lah kan pasal duit yang anak-anak kasi kat mak, mak guna sorang-sorang dan duit yang adik beradik kasi kat aku, aku kena share dengan mak. Sedangkan aku nak lah jugak beli spender ker, barang-barang peribadi lain, kan?)

"Tak apa lah, ambik lah duit nih", kata mak sambil hulur duit tuh kat aku.

Ini mesti ada sapa-sapa talipun mak masa aku kat Raub tadi, kata aku dalam hati. Biasanya macam tu lah, aku tak mengadu kat sapa-sapa tapi samada Ida, Ani atau Akak The, diaorang faham sendiri, dan diaorang akan beritahu mak, suruh bagi duit kat aku. Contohnya masa mula-mula aku ada kereta dulu tuh kan? Yang mak kasi aku seratus (itupun lepas puas Ida, Ani, Akak The melobi mak) tu kan, yang aku tergelak sebab aku fikir yang mak nih ingatkan aku nih naik basikal aje, dengan duit di poket sebanyak itu. 

"Mak dah suruh dah dia ke klinik", mak kata gitu masa Ida tanya, dulu masa aku demam dulu tuh.

"Mak tak tanya ker, dia ada duit ker tidak?", Ida tanya mak. 

"Tak lah pulak", itu jawapan mak.

Aku kalau susah, aku tak beritahu orang lain. Kalau aku tak ada duit, aku buat cara tak ada duit. Too bad it takes orang lain untuk sedar masalah aku sebab yang duduk sama aku tak akan dan tak pernah sedar. Probably because I am a good actor. 

And so aku ambik jugaklah duit yang mak kasi tuh , dan aku akan siasat what transpired mak untuk bagi duit kat aku. Impossible lah mak ada baca blog aku, kan? Ekekekekke

Besar nya kuasa Tuhan kan? Semalam, a few days ago, aku tinggal coins jer dalam kocek, aku pergi masjid tak bawak wallet dah pasal dalam wallet tak ada apa-apa, dan aku selamba jer, tak nak ke bank sebab the only duit yang ada dalam akaun aku, aku nak guna untuk ke KL nanti. Tapi  hari nih, tak semena-mena aku ada seribu lebih dalam poket. 

Semua tuh buat aku ingat Tuhan, semua tuh buat aku lagi takut, but most importantly aku kena tingkatkan amalan dan kesyukuran aku sebab seingat aku, aku berdoa macam biasa jer tapi Tuhan kasi aku lebih dari apa yang aku perlukan. 

Mengaji petang nih ok jer, aku rasa UstazM tertidur kot pasal terlentuk jer dia, dan aku baca laju jer, tak ada salah walau satu pun.

The rest of the day biasalah, aku ke kebun lepas Asar, macam biasa. Akak The ada tolong sesikit, tapi tension jugak aku jadinya sebab she keeps saying yang hasilnya nanti tak banyak sebab kacang tuh rapat-rapat, susah nak ditambun tanah kat pangkal pokok kacang tuh. Ditambah pulak hujan yang lebat sangat, banyak pokok kacang yang terkeluar akar-akarnya. Itu yang buat aku makin jadi rajin, terpaksa kerja keras sikitlah nanti, nak pastikan yang semua pokok kacang aku tuh ditambun elok-elok. 

Tak ramai orang kat masjid malam nih pasal ramai yang ke surau lagi satu, ada kelas ugama kat sana. Lepas Maghrib tuh aku lepak kat masjid jer sebab nak makan kat rumah jer, Abang The ada buat sambal tumis betik, kang kalau makan kat luar kang, kenyang sangat lah pulak, kan? Ariff asyik jeling aku jer, dan aku asyik tertengok dia aje, sorrylah Ariff, aku tak nak pergi makan luar pasal aku masih dalam mood nak berjimat cermat. 

Tengah aku baca Quran, aku terbersin, banyak kali pulak tuh, tak henti-henti, hidung aku tersumbat, hingus keluar meleleh-leleh. Lama dah aku tak kena macam tuh, so aku melepak kat luar masjid sebab malu kat dua tiga jemaah yang ada kat dalam tuh. Masa tengah melepak tuh baru aku teringat yang kalau bersin-bersin macam nih, biasanya aku akan makan tomyam panas dan pedas, then minum teh o limau panas. Too bad Ariff dah blah, kalau tidak boleh ajak dia temankan aku makan.

See, besarnya kuasa Tuhan, kan? Setiap perbuatan, perlakuan kita, berkait-kaitan, kan?