Tuesday

Isnin - 03062013

"Mat nyer awak tak minum di kedai?", mak tanya aku masa aku tengah bancuh teh-o.

"Malas, nak ke kebun cepat sikit", aku jawab gitu.

And so aku ke kebun, melawat kawasan. Jagung yang ditugal dulu tuh ada jugak yang tumbuh, itu semua benih baru, benih yang lama-lamaa, tak ada satu pun yang menjadi. Kacang panjang 4 baris tuh dah jauh tinggi menjalarnya. Tembikai ada berbuah, dah sebesar kepala budak kecik dah. Dan kat Zone 4 yang terbiar tuh, makin banyak kacang tanah yang tumbuh sendiri-sendiri, yang biasanya aku pindahkan ke Zone lain yang ada kosong. Tapi sebab semakin banyak, susah jugak jadinya, nak biarkan kacang tuh tumbuh dan hidup di Zone 4 tuh, semak samun pun meliar sama. Nampak gayanya aku kena clearkan semak samun di sekeliling pokok-pokok kacang tuh, yang lain tuh boleh dimesin kan aje.

Tengah aku pindahkan a few pokok kacang ke tempat lain, aku nampak kereta Long. Long balik sorang jer. Aku nampak Long memunggah a few gunis, sabut kelapa kot, untuk projek fertigasi secara manual kitaorang.

"Long nak membaja lah dulu, pokok cempedak, mutan, mangga, manggis tuh, betul jugak kata awak dulu, pokok yang besar-besar nih kenalah jugak letak baja", kata Long.

Masa aku nak ambikkan baja (yang ditutup rapi kat bawah garaj), aku terperasan yang baja 50 kg yang mahal tuh tinggal satu guni aje. Dulu ada 3 guni. Aku tahu yang S ada kata nak membaja pisang ituhari, dan aku ada nampak a few pokok pisang yang dibaja, tapi, tak kan sampai 2 guni? Takat empat lima genggam jer. Dulu pun aku dah beritahu mak yang ke mana perginya lebihan baja sebab cuma sesepuluh pokok aje yang S baja kan. So aku assumed yang S ambik lebihan baja tuh. Dan rupanya dia ambik 2 guni. Memang dasar penipu, pencuri sungguhlah S nih. Dua hari lepas dia ada tebang a few pokok pisang, dapatlah a few tandans untuk dijual, tapi duit bahagian mak belum dikasi lagi. Dia akan buat-buat lupa lah tu nanti.

And so aku ambik baja seguni tuh, aku simpan dalam setor. Dan aku beritahu mak yang kalau nanti S mintak duit sebab nak beli baja mahal, suruh aje S guna baja lain yang murah tuh, baja apa tah, busuk melantong bau nya, bau taik lembu.

"Berapa kos semua nih?", aku tanya Long, nak tahu berapa yang Long belanjakan untuk beli polybags, baja, jugak sabut kelapa 8 guni tuh. Jugak 50 batang anak cili.

"RM 150 semuanya, kita buat sikit-sikit gini lah, tak terasa sangat. Lagipun ini percubaan jer dulu", kata Long.

"Saya bagi lagi RM 150, Long balik nanti beli lah lagi. Semalam Akak The, Ida, Nuar ada bagi duit kat saya", aku kata gitu.

Susah jugak nak sediakan polybags berisi sabut kelapa tuh, tak semudah yang aku fikir sebelum ini. Apa tak nya, sabut tuh kena dibasahkan dulu, digaul, diuli, kasi dia bercerai, then baru dimasukkan dalam polybags. Kalau ikut kata Long, semburkan aje air ke dalam guni sabut tuh tapi aku buat lain sikit, aku gaul sabut tuh dalam wheelbarrow, besen besar, then masukkan sikit-sikit ke dalam polybags. Yang kalau orang Jabatan Pertanian tengok, tentu diaorang gelakkan aku pasal "buang masa" aje. Tak boleh blame aku, first time buat kerja gitu, dan aku nak kan yang terbaik.

"Kalau (arwah) pak ada, tentu ukor keri (arwah) pak, dia suka sangat kalau projek-projek gini", kata long.

Sampai dekat Zohor kitaorang kerja, mak ada datang jenguk sekejap-sekejap, sambil bawak air. Lepas Zohor Long terus sambung kerja, aku sama mak ke surau. Dalam setengah jam menunggu, sempat lima enam kali aku baca 3 pages of Quran, baru dapat call, UstazM tak dapat datang sebab demam.

Lepas Asar Long ke Sungai Ruan nak beli polybags, racun, dan tengah ralit aku kerja tuh, Puan R orang Jabatan Pertanian datang. Dia nak ambik gambar bangkai pokok pisang yang dibuat demo ituhari.

"Tengah try-try nak tanam cili, fertigasi tapi nak buat manual jer lah dulu", aku kata kat PuanR bila dia tanya aku.

"Bagus, bagus. Buat banyak-banyak", kata dia lagi. 

"Kalau kita tanam kacang dalam poybags nih awak rasa boleh berisi dak?", Long tanya aku.

"Kalau ikut lojik memang boleh berisi kot tapi kalau nak tanam sesepokok dua dalam satu bag, tak berbaloi rasanya. Yang saya tanam tu hah berapa ribu pokok?", aku kata gitu.

"Entah-entah bergogerh-gogerh (bergogos-gogos) kacang nih nanti. Mari kita cuba try nak?", kata Long.

Ukor keri aku gelak dengar perkataan "bergogerh-gogerh" tu, perkataan lama yang baru aku dengar semula, perkataan lama yang dah lama aku tak dengar. Think of "gugusan", "bergugusan (berguguran) air mata", gugusan kepulauan Melayu". Tapi I swear yang perkataan 'bergogerh-gogerh" tu diambil dari phrase, "you go girl!.

Google pun asalnya dari perkataan "gogerh" tu jugak kalau tak salah aku. Bergogerh-gogerh benda keluar bila aku menggoogle.

So, kitaorang cuba tanam kacang tanah (aku gali anak kacang kat Zone 4, pindahkan ke polybags), 5 bags, dan 42 bags cili kampung. Puas hati bila menengok polybags yang tersusun tuh, walaupun cuma sikit. Kitaorang plan nak buat sikit-sikit gitulah, sikit-sikit lama-lama jadi banyak, sampai aku tak terdaya nak menyiram. Ha, masa tuh baru lah nak buat betul-betul, nak pasang paip, nak beli tangki etc. 






"Ani ada talipun tadi, dia kata, suruh Long pergi ke Johor (nikah anak Pak Andak)", kata mak, mengajuk "cakap" Ani. 

Bila dua tiga kali nama Ani keluar, topik yang sama, then aku tahu lah yang itu hanya sambaran aje, drama bersiri masih belum selesai. Aku diamkan aje, aku sekarang nih kalau boleh tak nak masuk campur, tak nak mencelah awal-awal sangatlah apa-apa percakapan mak. Pandangan tajam mak semalam masih menrauma kan aku. 

"Sebenarnya mak tuh nak awak ke Johor", aku kata gitu kat Long, masa dalam kereta, sementara menunggu mak bersiap untuk ke masjid for Maghrib.

"Ngapa nya?", tanya Long.

"Boleh lah mak pergi dengan Long aje, mak naik kereta Long", aku kata gitu. 

"Lah, itu sebenarnya, mat nyer jauh ngat konar nya?", kata Long sambil senyum.

"Itu ok lagi, kadang tu ada konar baring, konar lipat lagi", aku kata sambil gelak-gelak.

"Long ada kelas hari Khamis sama Jumaat ni, memang tak boleh pergi", kata Long.

Long ajak balik lepas Maghrib tapi kat masjid ada mengaji pulak sama ImamMat, dah lah jemaah lelaki yang ikut mengaji cuma HajiRamli sorang, so tak kan aku nak balik? So aku ikut mengaji macam biasa, Long balik sorang.