Aku dah sedar dah pagi tadi tapi aku tak tengok jam, aku tunggu mak kejutkan aku macam biasa, aku ingatkan masih awal so aku sambung tidur. Sedar-sedar dah 6 setengah. Malam semalam aku off kan alarm sebab biasanya alarm aku berbunyi masa aku dah bangun tidur.
"Awak makan mende?", mak tanya masa aku tengah breakfast.
"Biskut", aku jawab gitu. "Malas nak rebus telur", aku sambung.
Aku jadi macam rajin jer pagi nih, lepas menyiram kacang yang kat depan rumah, aku merepih, menyangkul kat area-area situ, untuk ditanam kacang next round, InsyaAllah. Tapi aku kena basahkan dulu tanah tuh, kalau tak, mamposlah nak menyangkulnya, keras gila tanah kat situ. Aku macam dah terlalai nih, dulu aku ingatkan awal sangat kalau aku start menyediakan kawasan baru untuk bertanam, tapi minggu depan aku akan di KL, so cuma seminggu aje sebelum Puasa, aku dapat menyangkul pun. Aku rasa di bulan Puasa nanti aku sure tak larat nak buat kerja-kerja berat. Minggu kedua Puasa aku dah boleh start mencabut kacang dah walaupun aku rasa some of the kacangs pun dah boleh dicabut a little bit earlier, sebab dah banyak jugak kacang yang nampak macam dah ready untuk dicabut, daun-daunnya semua dah kuning, dah layu.
Berjera-jera peluh keluar, puas hati aku bila dapat clearkan like 2 plots, antara 3 baris pokok pisang. Dalam pukul 11 gitu aku ke kedai Chu Bekam, terserempak dengan Ariff, so minum dengan dia. Aku ada tanya Arif kalau-kalau dia nak ambik upah mencabut kacang nanti, di bulan Puasa. Dia kata ok, dia kata kalau dibayar RM 20 untuk 4 jam bekerja, dari 7 sampai 11 pagi. Kalau boleh dia nak ajak anak Chu Bekam sekali. Aku tak adalah bagi kata putus tapi aku tak tolak kemungkinan yang aku akan hire Ariff jer untuk tolong aku nanti. Aku ada jugak tanya kalau dia nak kerja menyangkul, dia kata sekarang nih mana ada orang ambik upah menyangkul dah. Kalau meracun, ok lagi, tapi sekarang ni orang tak nak dah ambik upah menyangkul.
Ngah ada balik lepas Zohor, dari Putrajaya, sorang jer, ini kali terakhir kot balik sini sebelum pindah US 5 Julai nanti. Sembanglah sekejap kitaorang bertiga, sesambil makan KFC yang Ngah bawak, sebelum masing-masing cari port untuk tidur. Dah lama aku tak tidur kat sofa di dapur, zaman-zaman aku tak ada wifi dulu, kat sofa di dapur tu lah tempat tidur aku.
Lepas jer Asar aku terus ke kebun, menyiram, still guna air paip sebab aku masih malas pergi gas station yang cuma dua tiga minit away tuh. Tak lama tuh Ngah datang bawak bekas, nak kutip cili sama kacang panjang. Aku tak perasan pun kacang panjang aku dah panjang. Kalau Ngah balik, sure dia akan ke kebun cari aku. Untuk bertanya khabar berita, jugak bergossip.
Aku puas hati bila aku dapat sampaikan apa yang aku nak sampaikan, tak ada lah berbuku-buku benda di hati aku nih kan? Walaupun mulanya aku macam buat tak nak kisah sangat tapi once dah terbergossip, memang payah nak berhenti ekekekke. Dengan Ngah, dengan Long aku kena hati-hati sikit bercakap sebab dulu, well, quite recent jugaklah, tersampai ke telinga aku yang ada adik beradik aku kata yang diaorang tak nak nanti anak-anak diaorang jadi macam aku, menceritakan, mengeluh, macam memburuk-burukkan mak kat adik beradik lain.
Laaa, bukannya aku memburukkan mak, menceritakan permasalahan berbangkit, aku cuma sekadar menceritakan perkara yang sebenar sebab aku yang duduk sama mak, aku tahu lah mana yang betul dan mana yang tak betulnya. Mana issue-issue, cerita-cerita yang diolak-lempit, dipulas, dikehel, digali-gembur etc. Sebab aku tak adik beradik aku terima bulat-bulat cerita yang tak sebulat mana tuh.
Itupun bukan dengan semua adik-beradik aku, yang aku ceritakan. Cuma kat a few aje yang memahami, yang pernah merasai, yang masing-masing pun ada a few bones to pick.
Kitaorang tak ke masjid for Maghrib pasal nak tunggu Ngah yang nak balik just lepas sembahyang. Tak ada pulak mengaji malam nih, so melepak jer lah sementara tunggu Isyak. Aku sembang-sembang dengan En Bruno Mars Pusat Serenti, jarang sangat dia melepak masjid antara Maghrib ke Isyak.