Friday

Khamis - 13062013

Aku tak kisah pun balik-balik makan roti cicah teh-o for breakfast setiap pagi, (at least untuk minggu nih), pasal aku plan nak keluar. Bolehlah makan kat luar, kan? Walaupun macam menipu diri sendiri jer. Tak apa, as long as mak tak tahu. 

Dan aku pun tak boleh lah keluar setiap hari, nanti sure nya ada cerita lain yang timbul. Aku kena pandai mengejas keadaan, kadang tuh aku rasa susah jadi aku nih. Yang buat sadisnya, aku nih dah tua, bukannya budak belasan tahun.

Dah lah, malaslah aku cerita panjang-panjang, I'm ok as ok can be.

Sebab dah lama tak menyiram, aku pun angkut pam, dan memulakan operasi menyiram. Tak meragam pun pam tuh, cuma minyak habis after like an hour, dan aku terpaksa berhenti. Asyik lupa jer nak beli petrol untuk mesin. Aku cuba-cuba jugak guna mesin rumput tapi longgar sana longgar sini, tak sempat pun nak buat kerja.

Aku bersemangat nak kerja harinih benarnya tapi tak tahu apa nak buat sebab di sana ada kerja, di sini ada kerja, di situ ada kerja, di senoho ada kerja. Last-last aku balik, mandi, dan bersiap nak keluar. Kebetulan pulak letrik tak ada, sampai petang, ada pekeliling dari TNB. 

Aku ke kedai Makcik Milah, beli tembakau, then ke Pusat Serenti. Tapi kat kawasan pertanian tuh gate bertutup dan sorang pun tak ada. Haruslah diaorang ada program lain. So aku ke kedai semalam, semalam tuh beli satu tray dan satu pack jer tanah semaian, so tadi beli lagi dua trays dan 2 packs tanah. Jugak benih terung, timun etc. Then ke kedai elektrik, nak pasang lampu untuk kawasan kerja aku tuh. Singgah kejap supermarket, beli barang-barang keperluan diri. Sedih jer aku tengok, macam tak percaya, yang dalam 7 bulan duduk di kampung, ini kali ke 2 aku berbelanja untuk diri sendiri, beli barang untuk kegunaan sendiri. Itupun tak sampai RM 50. Nak kata zuhud, jauh sekali. Sebenarnya aku boleh hidup seminimal gini rupaya. 

Dah tak tahu nak ke mana, aku ke nursery semalam, beli polybags, nasib baiklah aku tak terbeli benda lain. Walaupun aku dah terpegang guni berisi batu-batu sungai, yang aku nak letak kat kubur (arwah) pak. On my way balik, singgah melawat (arwah) pak macam biasa. Aku suka singgah kubur sebab aku tahu yang (arwah) pak sure happy bila aku datang melawat, keadaan persekitaran buat aku selalu ingat (arwah) pak.

"Awak ke mana?", mak tanya, belum sempat aku tutup pintu.

Now, I hate to answer with a question tapi aku jawab. "Mengapa nya?", dengan harapan mak tak akan tanya macam tuh lagi setiap kali aku keluar tanpa beritahu tujuan dan destinasi aku. 

"Awak ke mana?", mak tanya lagi. Haruslah mak tak dengar jawapan aku tadi sebab aku jawab pun slow, sebab jawapan berbentuk sinis tak bolehlah dijawab kuat.

Tak adalah seserious mana tapi aku tak comfortable lah kalau mak tanya, mak nak tahu setiap pergerakan aku. Again, I'm a grown-ass man, aku bukannya bebudak. 

Terfikir jugak aku, katalah satu masa nanti aku berbini, dan "ter"dapat pulak bini yang serba nak tahu setiap inci langkah pergerakan aku (inci yang lain sure dia dah tahu kot? ekekeke), sampaikan aku tak boleh nak bernafas, harus aku lempang jer kot bini aku tuh.

Eh, tapi, bakal bini aku nanti tak tanya, "Abang ke mana tadi?", bakal bini aku tanya, "A donde fuiste?" atau ¿ Donde estaba?

Oh, ok.


Malam nih mak buat khenduri Tahlil kat masjid, aku suka mak kontrakkan kat orang untuk memasak pasal kalau mak sama Chu sendiri yang sediakan makanan, haruslah tak cukup. Tak pernah cukup. 

Letrik kat masjid padam pulak sebelum Maghrib so majlis baca Yaasin/Tahlil dibuat dalam kesamaran lampu jalan aje. Punyalah panas, nyamuk banyak pulak tuh. Tapi, aku ambik kesempatan tu untuk cuba-cuba baca Yaasin tanpa tengok Buku Yaasin tuh, Alhamdulillah, ada dua tiga jer ayat yang aku ada sangkut, so aku nak praktis selalulah buat macam tuh.

Long ada talipun, nak tanya pasal family gathering di rumah Teh 29 haribulan nanti, kalau mak nak pergi, boleh pergi sama Long. Then aku beritahu yang aku akan di KL mula dari 22/06 sampailah 29/6 tuh.

"Macam mana nih, Yami tak dapat nak gantikan awak sebab dia dapat masuk UTM, nak kena pergi register minggu nih", kata Long.

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

Sapa nak temankan mak? Tak kan aku nak kansel plan aku? Macamana penyelesaiannya nih? Terus hilang mood happy aku. Mulaya aku dah nak kata yang in that case, aku shortenkanlah plan aku tuh. Then aku terfikir, selama ini aku dengar jer cakap orang, aku selalu mengalah, tapi kali ini apa kata aku tegas sikit?

"Deme berbincanglah, aku tetap ke KL 22 sampai 29 haribulan tu, balik sini 30/6", aku kata gitu.

Senang jer penyelesaiannya, mak duduklah sama sapa-sapa adik beradik kat KL, sampailah 29 haribulan tuh. Tak pun, duduk sama Long di Jerantut. Habis masalah, kan? 


Tapi, knowing mak, akan banyaklah drama bersiri nanti nih. Dan aku berjanji yang aku tak nak campur sangat, tak nak bukak mulut, apa yang aku tahu, aku akan di KL selama seminggu. Aku nak peratikan aje, nak dengar jer cerita-cerita berbangkit, nak tengok jer. Mak never fails to amaze me. So far.

Bukan apa, bukan nak prove them wrong tapi nak prove kan yang I'm right. Samalah tu kan?