Tuesday

Isnin - 17062013

Mak pun suka makan cereal rupanya sebab masa aku nak breakfast tadi, aku terperasan yang kotak cereal aku dah dibukak, tinggal sikit jer isinya. Rupanya mak yang makan, tapi mak makan cereal tuh letak air milo, aku guna Dutch Lady perisa strawberry. 

Mulanya aku nak menyiram tapi terrajin pulak, so aku sembur, aku basahkan tanah kat kawasan yang dah aku clearkan semalam tuh, dan aku mula menyangkul. Not bad lah kerjanya, tak sesusah yang aku sangkakan, mungkin sebab aku betul-betul basahkan tanah, aku biarkan air bertakung dan mendap. 

Sekejap jer kerja, luas jugaklah kawasan yang dapat dicangkul, digembur. Hitam jer tanah di kawasan tuh, tanah subur, sure mencakar langit nanti kacang tanah yang aku tanam ekekkee. 

S ada datang, kebetulan dia menebang pisang kat kawasan aku kerja tuh so aku peratikan aje berapa tandan yang dia dapat. Kalaulah aku tak ada di situ, harus dia tipu, kata cuma dapat 2 tandan, dan 3 tandan lagi tuh dia songlap. Masak sangat dah aku dengan perangai S tuh. 





"Awak nak tanang (tanam) mende di sini?", aku tak perasan mak ada lalu, nak memetik jantung pisang.

"Kacang lah", aku jawab gitu.

"Ambik mana benih?", mak tanya lagi.

"Kacang yang di senoho tu dalam sesebulan lagi dah boleh cabut, ini nak sediakan tempat nak tanam nih', aku kata gitu. 

Kalau dulu, seseminggu dua lepas kacang dicabut masa tu lah baru nak prepare tempat untuk ditanam semula, tapi kali ini aku nak sediakan batas awal-awal sikit, so bila cabut aje kacang nanti tuh, terus aku nak buat benih, dan terus tanam. I'm going all out nanti nih, nak pastikan dapat more than 1000 kilo kacang, nak pastikan yang bekalan kacang sentiasa ada. Bukan macam sekarang nih, nak kena tunggu 3 bulan baru ada supply. 

Sampai pukul 11 setengah aku di kebun, puas hati aku sebab banyak berpeluh, dan kawasan yang dicangkul, digembur pun luas jugak. Then mengeteh kat kedai Samad.



Tak sempat tidur pun petang nih sebab lepas mengaji sama UstazM, aku ke Sungai Ruan, isi minyak, beli minyak, beli kopi-o. Then ada kawan yang aku kenal kat internet, dia nak datang lepas Asar, nak kenal-kenal, nak tengok projek kacang pun jugak. 

Tak buat apa pun petang nih lepas Asar sebab sembang-sembang sama member dari Bentong tuh, banyak jugak tips pertanian yang aku dapat dari diaorang. Dari gaya cakap, keempat-empat diaorang tuh memang minat sangat bab-bab pertanian nih, macam-macam yang diaorang tanam, Melayu sangatlah kan, tanah sekangkang kera tapi nak tanam semua benda ekekekek

Ustaz Simon Cowell dah bersiap nak kasi kuliah lepas Maghrib tadi tapi ada permintaan baca Yaasin/Tahlil, so dikansel kuliah dia. 

Aku terdengar mak bersembang sama Pak Andak (over the phone), mak kata yang she's ok tinggal sorang-sorang sepemerrgian aku ke KL nanti, kitaorang aje yang macam risau sangat.