Friday

Jumaat - 14062013

Malas keluar pergi beli petrol, aku menyiram guna air paip aje. Aku betul-betul siram, sampai bertakung air in between baris kacang. Masa menyiram nih antara masa-masa yang seronok berkhayal, atau berfikir. Aku asyiklah memikirkan pasal pemergian aku ke KL nanti, or rather, pasal sepeninggalan aku nanti. 

True yang aku tak nak campur sangat dengan perbincangan mak dan adik beradik aku tapi tak bermakna aku tak tulis kat blog nih apa-apa yang aku fikir, pemerhatian aku, kan? I can't help it dari fikir yang what makes benda sesimple itu, jadi satu masalah besar. Kalau ikutkan aku, macam yang aku cakap semalam, mak ke KL sama aku, then duduklah rumah sesiapa adik beradik kitaorang, after all 29 haribulan nanti kan ker ada family gathering? 

Terfikir jugak aku, apa pasal mak tak pernah nak melawat anak-anak, cucu-cucu. Kalau orang tua lain, sekejap ke sana, sekejap ke sini, kan? Tapi mak tak pulak macam tuh. Mak nak anak yang balik jumpa mak. 

Aku fikir jugak, katalah mak tak nak ke rumah sesiapa nanti, apa penyelesaiannya pulak? Weekend bolehlah Long balik sini tapi 5 hari tuh? Nak suruh Makcik Esah temankan macam dulu tuh? By the way, Makcik Esah tu duduk sorang-sorang selamba jer. 

Tengah berkhayal tuh, Puan S dari Jabatan Pertanian talipun, apparently ada one Pengusaha nih dia nak cuba tanam kacang tanah harimau, masalahnya susah nak dapatkan benih, serata alam dia pergi, tak ada. Since Puan S tahu yang aku kenal dengan Cina Kedai Kacang Sempalit tuh, dan dia tahu yang aku tanam kacang harimau, dia suruh aku tolong cuba dapatkan untuk Pengusaha tuh. Aku beritahu yang Cina tuh pun tak ada benih kacang tuh, kalau ada pun diaorang tak akan jual. Aku dulu tuh, mungkin kebetulan jer kot, itupun lepas aku merayu-rayu kat diaorang. 

Pakcik Pengusaha tuh kata nak datang melawat kebun kacang aku nih sebab dia nak order benih, walaupun aku kata yang dalam sesebulan lagi barulah kacang boleh dicabut.

Masa menyiram tuh aku perasan yang ada dua tiga lubang , haruslah lubang tikus. Aku ikut jejak kulit kacang yang berteraburan, betul pun, aku nampak sekor tikus tengah kusyuk makan kacang tanah aku. Pundek punya tikus, kata aku dalam hati. Yang buat aku geramnya, aku sembur-sembur dengan air paip, tikus tuh buat bodoh jer. So jadi satu kerja pulak terpaksa mencabut semak samun kat kawasan tuh, hopefully tikus tak berani nak melalui kawasan lapang.


So aku melayan Pakcik tu jer lah sepagian, dia nak tahu macamana cara nak tanam, things like that. Dia ada cuba tanam kacang tanah, tapi kacang biasa tuh, yang orang buat kuah satay tuh, tapi kacang tuh tak glamer langsung, kacang kasta Brahmin lah bagi aku. 

Dari Pakcik tuh aku dapat banyak jugak info pasal Jabatan Pertanian, sebenarnya aku tak payah buang peluh menyangkul, aku boleh sewa suruhkan orang Jabatan Pertanian, memplough tanah. Save masa dan kederat kalau macam tuh. Chargenya dalam seseratus jer. Terus aku jadi bersemangat, nampak gayanya plan aku untuk tanam kacang tanah secara besar-besaran next round nanti, semakin cerah.

Aku tak kisah kalau tak dapat jual sangat pun hasil kali ini, aku nak buat benih sebanyak mungkin. Jangan ada orang lain campur tangan dah lah, payah, aku yang buat kerja, orang lain kasi komentar. Tambah-tambah kacang dah nak berhasil dah nih, ada lah nanti tuh yang nak kan suara nya didengari. Again, aku kena tegas sikit kali ini. 

Tapi aku nih, cakap jer nak tegas, tapi sekerat jalan, mudah sangat cair, mudah sangat nak kasi jalan mudah kat orang, walaupun aku yang terpaksa berpayah.

UstazM tak ada hari nih sebab kat surau ada ceramah (untuk puak-puak omtiner) so lepas hantar mak, aku tidur sekejap, sementara tunggu Asar.

Ida talipun, menceritakan berita semasa. Usul supaya mak duduk di rumah adik beradik di KL ditolak mentah-mentah oleh mak. Usul supaya mak duduk di rumah Long di Jerantut jugak ditolak, tak pasti pulak kadar kementahannya. Alasannya, siapa yang nak siram cili? Aik, sejak bila mak pandai bancuh air baja untuk cili? Alasan kedua, takut rumah dimasuki pencuri sepeninggalan kitaorang nanti. True yang dulu masa arwah ada, pernah rumah dimasuki pencuri. Tapi, apa lah yang nak dikebasnya pun? Mak bukannya ada emas perak. Benda paling berharga pun probably a few balangs tempoyak dan belimbing rebus kat dalam fridge tuh, yang lain tuh tak ada nilainya. Tak apalah orang nak curi tempoyak, sekarang dah nak masuk musim durian, nanti aku pergilah pungut durian separa-rosak yang Cina peraih tuh lambakkan tepi pokok, apa susah? Tayar wheelbarrow kan ker dah elok? Dulu tuh, tayar wheelbarrow pancit pun sampai sepuluh rounds aku ulang alik punggah durian, kan?




"Awak tak siram ke lada?", mak tanya masa nak ke masjid. Aku cuma menyiram kacang kat depan rumah tuh, Zone 1.

"Tak. Malas membancuh baja, tapi tak apa, sabert (sabut) dalam poybags tuh basah, dalam seseminggu tak siram pun tak apa tuh", aku kata gitu, penuh pengajaran dan makna ayat aku tuh. 

Then aku beritahu pasal masalah nak menyangkul kawasan untuk ditanam kacang (untuk next round) yang rasanya macam settle, kalaulah betul boleh upah Jabatan Pertanian untuk memelough tanah tuh.

"Itulah, mak rasa baik kita buang jer lah pisang-pisang ni, kita tanam kacang jer kesemernyer (kesemua nya)", kata mak.

"S tak mengamuk ker nanti?", aku tanya mak.

"Tak lah, dia bukannya kerja sangat pun", kata mak.

Bagus jugak cadangan mak tuh, lagipun Pakcik Pengusaha tu pun nak tanam kacang harimau, so aku kena tanam lagi luas dari dia. Tolong sikit, mana boleh dia lagi bagus dari aku. Aku kena lawan. Tak pun, jangan jual benih kacang kat dia, itu lagi senang ekekekek

Tak ramai jemaah kat masjid malam nih pasal kat surau di kampung sebelah ada kuliah mingguan. Lapar punya pasal dan mengenangkan yang di rumah nanti terpaksa makan lauk yang dibawak balik dari masjid semalam tuh, aku pun makan kat luar lah, sorang-sorang.