I was debating samada nak breakfast kat rumah atau nak makan kat luar, then teringat yang entah-entah kedai Chu Bekam tak ada orang datang makan. Memang betul pun, sepanjang aku di kedai tuh, cuma ada 3 orang jer, kat kedai Samad ada 15 orang.
Itupun aku ajak Omar, budak kampung nih yang bagi aku, annoying sikit. Tapi dia nih ada screw yang loose so tak boleh nak marah kat dia, pernah dia jentik telinga UstazM masa UstazM tengah sembahyang sunat. So aku belanja Omar nih, too bad dia makan nasi putih sama sayur jer, minum kopi Tongkat Ali. At least ada lah jugak orang makan kat kedai Chu Bekam tuh kan?
Macam biasa, aku menyiram kat Zone 1, tapi kali nih tak beria sangat, sekadar basahkan tanah yang kering tuh aje, iyalah, dalam 2 tiga minggu lagi kacang tuh dah boleh dicabut, kan? Lepas tuh aku mulalah membersihkan kawasan, basahkan tanah, dan mula menyangkul dan menggembur. Dah masuk plot ke 3 nih, sikit demi sikit aku terokai kawasan baru untuk ditanam.
S peratikan aje aku, sekali sekala dia merungut kata yang tanah kering dan keras sangat, susah nak kerja. Dia menyangkul, merumput di sekeliling pokok pisang. He should be thankful sebab banyak jugak keliling pokok pisang yang aku dah clearkan sebab nak kasi cantik sikit kawasan. Tak kan lah aku cuma clearkan kawasan yang aku nak tanam aje kan, kawasan di persekitaran pun kena lah bersihkan jugak, baru cantik.
Boleh tahan lama jugak aku kerja, then aku terfikir yang baik upah orang aje untuk tolong aku menyangkul. Sebab aku cuma ada seminggu aje untuk sediakan kawasan nak ditanam (next week aku di KL), bulan Puasa nanti takkan aku nak menyangkul sebab aku rasa first week of Puasa aku dah boleh start cabut kacang.
"Kalau saya upah Mizi untuk tolong saya menyangkul, rasa-rasanya ok tak?', aku tanya mak.
Semalam tuh mak beritahu, lebih baik upah Mizi aje sebab dia tu miskin, tak ada kerja. Aku tak pernah bercakap dengan Mizi nih walaupun selalu jumpa dia. Aku perasan yang tiap kali jumpa, dia macam mengelak jer dari aku, dia buat-buat tak nampak. Sedangkan kitaorang selalu terserempak kat masjid. Or even kat kedai Chu Bekam, dia kerja kat situ weekends.
Elok sangatlah tu tolong orang susah, kan? So terpaksalah pergi kedai Chu Bekam, mana tahu kot-kot Mizi ada di situ. Dah ter-ada kat situ, terus ajelah aku makan pasal harinih mak puasa, mak tak memasak, malam ni nanti ada khenduri kat masjid.
Zohor tadi barulah terserempak dengan Mizi, aku tanya dia kalau-kalau dia nak kerja tapi dia kata pagi-pagi dia menoreh getah dan petang pulak dia tak keluar rumah. Tak berapa friendly Mizi nih rupanya and I'm sure lepas nih aku dah tak bercakap dengan dia dah, he will macam biasa akan cuba avoid dari bertentang mata, bertegur sapa dengan aku. Rugi lah Mizi nih, orang sebaik aku dia tak nak buat kawan, kan?
"Upah S jer lah suruh dia menyiram, masa awak ke Kolumpo nanti", kata mak bila aku tanya, siapa yang nak aku upahkan untuk menyiram, seminggu aku tak ada nanti.
"Malas benarnya nak suruh S, dia tuh menipu kuat. Lagipun saya cadang nak bagi dalam RM 20 jer untuk 2 tiga kali menyiram, mak biasanya upah dia, mak bagi RM 50 kan? Tentu dia nak RM 50 jugak, pandailah dia kelentong nanti tuh, dia akan kata dia menyiram hari-hari kononnya", aku kata gitu.
Nasib baiklah Ariff setuju nak tolong, esok dia akan datang nak tengok apa yang kena dibuat. Aku nak dia siram sesikit kacang aku tuh, 2 kali pun dah ok, lagi elok kalau 3 kali, sepeninggalan aku nanti. Jugak cili, itu kena disiram jugak, nak suruh siram dengan air paip aje sebab kalau disiram dengan air baja, harus dia tak reti, mampos cili aku tuh nanti.
And for that little kerja, aku nak kasi RM 20. Oklah kot? Tak sampai pun 4 jam kerja, itu aku kira RM 5 sejam, budak kerja MacDonald's pun dapat sebanyak itu sejam, kan? Itu aku bayar ikut Georgia sama Wyoming punya Minimum Wage tuh, mamposlah kalau nak ikut new York State punya Minimum Wage ekekekek
Aku ada jugak sound kalau-kalau Ariff nak tolong aku menyangkul, minggu terakhir sebelum Puasa nanti, dia macam teruja jer bila dengar yang upahnya RM 5 sejam. Tapi kena tengok lah dulu macamana kerjanya, kalau main-main aje, tak nak lah aku ambik dia kerja. If only Ariff ni tahu yang aku nih pemurah dan baik hati (if I may say so myself), kalau aku puas hati dengan kerja dia, aku akan kasi lebih.
So, settle semua masalah, masalah menyiram, jugak masalah mak yang tak kan kesaorangan sebab mak akan duduk di rumah Chu. Mengada-ngada aku nih, aku belum lagi bertolak ke KL tapi aku dah rasa rindu kat Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan nih .
From this valley Ulu Gali they say you are going
We will miss your bright eyes and sweet smile
For they say you are taking the sunshine
That has brightened our pathways awhile
Come and sit by my side, if you love me
Do not hasten to bid me adieu
Just remember the red River Valley Kampung Ulu Gali
And the cowboy who loved you so true
I've been thinking a long time, my darling
Of the sweet words you never would say
Now, alas, must my fond hopes all vanish
For they say you are going away
Do you think of the valley Ulu Gali you're leaving
O how lonely and how dreary it will be
And do you think of the kind hearts you're breaking
And the pain you are causing to me
Come and sit by my side, if you love me
Do not hasten to bid me adieu
Just remember the red River Valley Kampung Ulu Gali
And the cowboy who loved you so true