Friday

Khamis - 06062013

Since tak ada apa sangat yang aku boleh buat pagi nih sebab semalam hujan lebat, aku pun menugal jagung, lebihan 3 packet benih yang aku beli dulu tuh. Lepas tuh buatlah apa-apa yang patut, menambun tanah di sekeliling pokok kacang, mencabut rumput etc. Parah jugak kali ini, tiap kali aku menambun pangkal kacang, hujan lebat, tanah jadi mendap, dan aku terpaksa repair semula. Tapi tak apalah, at least dah save masa aku daripada nak menyiram. Round kali ini cuma beberapa kali aje aku menyiram, syukur lah hujan selalu turun. 

Aku dah macam tak sabar nak tunggu menanam kacang untuk round akan datang. Aku nak tanam sebanyak dan seluas mungkin, so aku nak pastikan yang benih mencukupi. Aku dah boleh imagine yang sepanjang bula Puasa nanti aku akan habiskan masa terluang mengopek kacang tanah untuk dijadikan benih. Sambil kopek kacang, sambil bertasbih, berzikir kan, kalau tak, rugi jer.

Aku tak nak tanam rapat-rapat sangat nanti, nak make sure ada space untuk aku lalu, jugak ada space untuk aku menambun pangkal pokok kacang tuh. Kacang yang sekarang nih punyalah rapatnya sampaikan tak ada space langsung untuk aku bekerja, yang dapat aku tambun pangkal pokok tuh semuanya yang kat tepi-tepi, dan yang ada renggang antara pokok-pokok. 

Instead of buat lubang sebaris-sebaris, aku nak tugal, aku tak nak tanam. Aku rasa kalau menugal, benih dan pokok tuh akan lebih ke dalam, so katalah hujan lebat sentiasa turun nanti, pokok tuh tak akan tercabut. Unlike sekarang nih, sekali hujan lebat, hampir tercabut semua pokok, sampaikan nampak akar-akarnya. 

Mak tak ke surau tengahari nih, tak ada sessi mengaji. So aku tidur ajelah, right after Zohor, sampailah ke Asar. Mamposlah kalau macam nih, kalau bulan Puasa nanti, macamana lah agaknya?

Tak ada Ustaz malam nih, dan Imam pun ada hal, so dia suruh EnBrunoMars (Pusat Serenti) yang conduct Majlis Baca Yaasin/Tahlil. Best bacaan dia, selalu aku terfikir, kalaulah aku boleh jadi macam dia, boleh conduct semua tuh, alangkah bestnya. 

Adik Din tiba dari Temerloh just minutes lepas kitaorang balik dari masjid. Mak mulanya buat-buat terkejut yang Adik Din nak ke KL malam nih jugak (mak nak dia bermalam di sini dan bertolak esok tapi esok dah nak ke Johor, letih mak nanti dibuatnya).

And so keseoranganlah aku malam nih, dan untuk dua tiga hari akan datang.