Tuesday

Isnin - 24062013

Balik dari masjid, singgah KFC jap untuk breakfast. Then terus aje mandi, off kan lampu, cellphone, pasang aircond, dan terus tidur. Sampailah pukul 12 lebih.




Dua tiga hari sebelum aku ke KL nih ada aku janji nak jumpa dengan orang, pembaca blog aku. Pembaca/followers baru. Sebenarnya ada 2 tiga orang yang lain tapi yang 2 tiga orang tuh senyap jer. Aku pun senyap lah jugak, tak kan aku yang beria-ia nak jumpa diaorang kan? Patutnya, diaorang yang nak jumpa, diaorang yang make the effort, kan? So kitaorang jumpa kat kedai mamak di Jalan Pudu, sebab kedai mamak nih bukak 24 hours.