Malam semalam aku ada baca betapa pentingnya solat sunat sebelum Subuh, itu pasal agaknya pagi nih aku ke masjid 10 minit lebih awal dari biasa. Memang sejak bersembahyang di masjid nih, aku tak pernah miss solat sunat tuh tapi dikuatkan pulak dengan the fact yang ada banyak kelebihannya antara orang yang datang awal ke masjid sambil menunggu waktu sembahyang dengan oraang yang tunggu azan dulu baru datang ke masjid, itu yang buat kitaorang bertolak awal sikit tuh.
Aku menyangkul di kawasan jagung pagi nih, merepih, membuang semak samun yang menghijau tuh. What a waste lah tanam jagung nih, bagi aku. Sebab ditanam jarang-jarang. I'm used to tanam tanaman rapat-rapat, so bila tengok the amount of space yang macam terbiar gitu saja, itu yang buat aku rasa macam tak berbaloi jer tanam jagung. Kalau tanam kacang tanah, seluas kawasan tuh dah boleh dapat more than seratus kilo hasil.
Pukul 9 lebih sikit aku dah bersiap untuk ke Sungai Ruan, harinih hari yang sibuk. Mula tuh pergi ambik pam air yang dihantar repair dulu tuh. Tokay tuh hilang nombor talipun aku, itu pasal dia tak dapat contact. Terbang RM 285 kat situ.
EnRoss, Pengarah Pusat Serenti, ada masa aku tiba, dia yang bangun menyambut ketibaan aku. Caya lah. SarjanK selamba jer. So EnRoss cerita sesikit pasal projek fertigasi diaorang tuh, dia kata dia datang awal sebab kalau datang tengahari, dah panas. Dia nak tengok projek tuh sebab minggu lepas dia seminggu cuti.
Aku peratikan jer cara EnRoss, sebab aku jarang bersembang dengan dia. To me dia nih susah sikit nak buat kawan, unlike Timbalan dia yang sekali jer bersembang dengan aku dekat gate, terus sampai ke atas bukit di seberang kolam tuh kitaorang bercerita. Dia even offered kalau-kalau aku nak guna kabel dia yang tebal dan melingkar-lingkar tuh. Tak payah kabel pun tak apa, dapat spark dari kabel dia pun dah ok sangat dah. Tapi aku tak nak, aku tak biasa main kabel-kabel nih, aku takut nanti kena short circuit pulak kan? I'd rather buat cara aku, I'd rather guna lilin jer, tak payahlah nak berkabel-kabelan.
Aku peratikan jer cara EnRoss, sebab aku jarang bersembang dengan dia. To me dia nih susah sikit nak buat kawan, unlike Timbalan dia yang sekali jer bersembang dengan aku dekat gate, terus sampai ke atas bukit di seberang kolam tuh kitaorang bercerita. Dia even offered kalau-kalau aku nak guna kabel dia yang tebal dan melingkar-lingkar tuh. Tak payah kabel pun tak apa, dapat spark dari kabel dia pun dah ok sangat dah. Tapi aku tak nak, aku tak biasa main kabel-kabel nih, aku takut nanti kena short circuit pulak kan? I'd rather buat cara aku, I'd rather guna lilin jer, tak payahlah nak berkabel-kabelan.
Aku peratikan jugak pembawakan EnRoss, cara pemakaian etc. Kan ker aku dah kata yang aku nih kuat memerhati? Baju, seluar, biasa aje, tapi kasutnya kelas. It's not easy to get thru' to him, mungkin sebab dia nih orang paling atas kat Pusat Serenti, aku pulak, kalau orang-orang atasan nih, susahlah sikit aku nak dekat.
SarjanK kata dia tak dapat nak jual baja kat aku (aku cadang nak beli dari dia) sebab campuran baja yang dia buat tuh nak diguna selama 2 bulan, memang tak cukup gayanya. Kebetulam Pak Mat Siam ada, so aku kata aku nak beli dari dia, bahan-bahan baja dan aku akan buat sendiri campurannya. RM 170 untuk bancuhan 100 liter air. Mungkin esok aku pergi ambil kat either setor Pak Mat Siam kat Jabatan Pertanian atau di rumah dia sendiri.
Bosan sebab benda yang aku hajatkan tak dapat, (aku siap beli 2 containers 5 L untuk beli baja tuh), aku pun blah. SarjanK kata kat nursery Cina di sebelah Kedai Kacang Sempalit tuh ada jual sabut kelapa (coco peat). Itu idea bernas jugak tuh, so ke sana lah aku pergi.
Orang miskin, orang yang jarang membeli-belah nih, bila ada duit sikit, bila ada peluang membeli, mulalah gelap mata. Ada jer benda yang nak dibeli. Tujuan utama nak beli coco peat sama polybags, tapi aku terbeli anak pokok limau bali, oren dan kedondong. Kalau ikutkan hati, nak aku beli setiap jenis pokok yang ada jual di situ tapi aku pilih pokok yang cepat mengeluarkan hasil aje lah. Nak tunggu empat lima tahun, itu ke depan sangat tuh. Pokok limau bali yang tokay tuh jual kat aku dah ada buah, aku nak tanam sorok-sorok sikit, nak surprisekan diaorang nanti. lagipun, aku takut pokok-pokok tuh bantut, mati, sebab aku nih mana lah pernah tanam pokok buah-buahan. Macamana pun akan ku belai, ku jaga pokok-pokok ku itu, seolah-olah aku membelai belalai gajah.And so hanguslah RM 250 kat nursery tuh.
"Habis dah duit yang mak bagi ituhari", aku beritahu mak, balik aje dari nursery. Kena beritahu tuh, ke mana setiap sen duit pergi, tak kalu mak ingat aku guna untuk makan. Lepas Zohor, aku tidur sekejap, kepenatan, sementara tunggu nak ke surau, harininh mengaji sama UstazM.
"Ambiklah duit nih, RM 500", kata mak, masa kitaorang nak ke surau.
"Duit mende?", aku tanya.
"Iyalah, awak nak beli itu ini, pakai jer lah duit ni", mak kata lagi.
Aku ambik jer lah sebab nak beli baja cili tuh lagi nanti, banyaklah benda-benda lain yang nak dibeli. Mak bersemangat jer pasal projek kitaorang nih, mak kata yang nanti nak mintak duit dari adik beradik lain sikit sorang untuk buat dana. Aku tak kisah, kalau mak setuju, Long setuju, aku pun setuju jugak, cuma nak kena buktikan dulu yang projek nih ada potensinya.
"Kome dulu sama (arwah) pak, ada jugerk tanam lada dalam polybags gini, tapi guna tanah. Dapat lah 50 bag, dapat 2 kali jual, lepas tuh habis dimakan semert (semut)", kata mak.
50 bags? taruk tanah? Come on lah, tak kan aku nak percaya cerita gitu tuh. Kalau setakat sesepuluh bags tuh mungkin aku percaya, tapi kalau 50 bags, taruk tanah? Aku perasa yang bawah pokok rambutan tuh ada 2 polybags yang berisi tanah, so mana lagi 48 bags? Dimakan semut semuanya ker? Ekekekeke
Bayak salah masa mengaji tadi, masalahnya, Quran yang aku guna tuh, tak sama dengan Quran yang aku guna masa mengaji di masjid. Quran yang tuh ada kaler-kaler, ditunjukkan kat mana kena baca tebal, baca nipis, baca panjang etc, tapi yang Quran aku guna di surau nih tak pulak gitu, kosong jer. So itu yang banyak aku salah baca tuh.
Lepas Asar aku mulalah mengerjakan coco peat tuh, rendam dan masukkan ke dalam polybags. Dapatlah 12 bags, petang esok boleh siap kot. Hujan tak pulak turun walaupun sekeliling gelap gelita.
Lepas Isyak, masa nak balik, EnRoss ada tegur aku. Kalaulah aku nih free, nak aku temankan dia makan, berkawan dengan dia. Tapi itulah, aku ada tanggung jawab lain, nak mengiringi mak. Siang jer aku free sikit. Kesian aku menengoknya EnRoss tuh, tak ada kawan, dahlah EnY penolong pengarah (housemate dia) berkursus. Tapi dia nih, epas sembahyang tuh terus aje blah, tak bercampur gaul dengan orang, macamana nak dapat kawan? belajar jer tinggi tapi tak reti berkawan ekekekek.
Mak ajak ke rumah Tok Empat pasal nak melawat isteri Tok Empat yang tenat, dah banyak kali buat operations dan minggu nih nak buat lagi satu, ada masalah usus. Kitaorang pergi sama Bendahari dan Setiausaha masjid (sama isteri diaorang masing-masing).
"Pergi kejap jer, melawat orang sakit tak boleh lama-lama", kata mak.
Tapi, kejap pun, dekat sejam jugak kitaorang di rumah Tok Empat tuh. Insaf aku menengoknya orang yang sakit nih tau dak, mudah-mudahan isteri Tok Empat tuh selama. Amin.
Kitaorang bertiga (aku, mak, makcik esah) mintak diri dulu sebab diaorang tuh semakin hebat bersembang.