Malam semalam lagi kepala aku dah pening-pening tapi tengah malam, dalam pukul 2 lebih, aku terbangun, kepala aku rasa memantak-mantak. Dah lama tak kena pening kepala, tapi sekali kena, boleh tahan jugaklah sakitnya. Simptom pening kepala aku, selain sakit kepala, aku rasa loya, dan nak terberak.
So lepas berak (apalah aku nih, berak pun nak cerita kat orang ekekeke. Tapi kena ingat, all of me is beautiful, kan? ekekeke), telan Panadol 2 bijik, dan tidur sambil duduk. Panas, aku pindah tidur duduk di dapur. Syukur masa Subuh macam hilang sikit pening tuh, kalau tak, sure tak ke masjid. So lepas Subuh aku terpaksa sambung tidur, itupun lepas telan another 2 bijiks of Panadol.
Aku menyangkul, membela kacang kat Zone 4, dulu aku kata ada dalam 50 perdu kat situ, kan? Sebenarnya ada dalam 100 perdu, aku terjumpa lagi 50 perdu dalam semak samun tuh.
Aku sambung buat kerja-kerja memasukkan coco peat ke dalam polybags, sampailah pukul 11. Elok jer aku nak berhenti, PuanR dari jabatan pertanian datang, together with orang Jabatan Pertanian Temerloh. Nak tegok pisang yang dimusnahkan dulu tu lah, jugak nak tengok keadaan pisang lain. Ada 3 batang pokok pisang ayng ditebang, sebab nak buat ujikaji, apparently bakteria penyakit MOKO nih memang tak akan hilang, pokok pisang tuh kena dimusnahkan. Since S tak ada, dioarang suruh aku yang monitor, perkembangan pokok pisang yang diaorang tanda tuh, aku kena sembur Clorox yang Jabatan Pertanian kasi dulu tuh sebab itu jer caranya untuk membelenggu (for lack of better words) anasir-anasir subversif MOKO nih.
Then aku tidur, pasal pening kepala aku masih tak hilang jugak. Saspen jugak aku kalau pening tak nak hilang nih, biasanya lepas telan ubat, tidur sekejap, bangun tuh dah ok. Tapi kali nih macam berterusan jer. Lepas Zohor aku sambung tidur, sedar-sedar dah 3 suku, mak tak ke surau ker petang nih? Apasal tak beritahu aku? So aku sambung lagi tidur, sampailah ke waktu nak masuk Asar. Bila aku jenguk ke bilik mak, baru aku tahu yang mak ke surau jalan kaki aje. Mungkin mak ada kejutkan aku tapi aku tak sedar, sebab mak biasanya panggil sekali aje, tapi mungkin tadi tuh aku tidur lena. Mak pun mungkin perasan yang aku mengantuk sebab walaupun mak tak tahu aku bangun awal pagi tadi sebab pening kepala, tentu mak ingatkan aku bangun awal untuk Tahajjud.
Lepas Asar teruslah aku sambung kerja aku, yang akhirnya siap. So ada dalam 100 polybags yang kosong, yang boleh disikan dengan anak pokok cili. Aku talipun Long, tapi Long suruh stop dulu dari beli coco peat, sebab weekend nih Long akan bawak anak cili. Dan long akan mula menyemai. Long tak setuju mintak bantuan dana dari adik beradik lain, Long nak kan biarlah projek nih projek kitaorang berdua aje sebab takut nanti katalah projek nih tak menjadi, jenuh pulak kitaorang kena makan buah keras, kan? Walaupun aku tahu yang tak kan my siblings nak perli, nak ungkit-ungkit pulak kalau projek tak menjadi, kan? Unless diaorang ada kasi ribu-ribu untuk projek nih. Kalau setakat seseratus dua, tak pulang modalnya lah nak mengungkit. Tapi itulah, Long tak nak adik beradik lain tolong. Tapi kalau diaorang nak hulur duit sesikit, hulur jer lah kat aku, pandailah aku guna duit tuh nanti heheheh. Tak pun guna duit hasil jualan kacang tanah aje lah nanti.
"Awak nak pergi ker?", mak tanya aku.
"Minggu 23 haribulan tuh saya memang ada di Rawang, ingat nak teruslah sampai 29 haribulan tu", aku kata gitu.
"23 haribulan nanti mak ke Jengka 8 ke, keluarga Rozi khenduri?", aku tanya mak.
"Kalau Long ada, mak nak pergi. Tak pun Yami ada, dia reti bawak kereta", kata mak.
And so it's confirmed lah, InsyaAllah, yang aku akan di KL selama seminggu. Dah 4 bulan lebih aku tak ke KL kan?