Friday

Jumaat - 2106203

"Moh kita ke Raub karang, mak nak beli microwave oven, Puasa dah dekat nih, senang nak memanaskan lauk", kata mak balik dari Subuh tadi.

Aku tak bercadang nak lena lepas tuh sebab hajatnya nak ke kebun awal sikit since pukul 9 setengah kitaorang nak keluar. Tapi bila dah landing tuh, terlenalah pulak aku, siap bermimpi lagi, mimpi aku kat Sports Day kat Tadika Balqis, Bandar Tasik Puteri, Ahad nih. Syok jumpa budak-budak yang aku sempat ajar setahun lepas, dah pandai membaca dah masing-masing tuh. Diaorang semua ingat lagi kat aku. Ada aku tersedar tapi aku sambung balik lena aku tuh sebab sedap pulak mimpi aku tuh. I always try to keep my dream alive.

Sedar-sedar dah 8 setengah, so tak sempat nak buat apa sangatlah, cuma menyiram cili dan mengemaskan garaj tempat aku punya projek tuh. Lintang pukang keadaannya, I'm sure mak mengetip gigi menengok keadaannya tapi nak buat macamana, my project is always a work in progress.

Pelik jugak aku apa pasal Long dah 2 minggu tak balik, kalau Long bawak anak cili, dah tentu semua polybags tuh dah aku susun elok-elok, taklah berantakan sana sini. Ker Long nih hangat-hangat taik ayam jer, dalam banyak-banyak projek yang Long nak buat, projek cili ni jer yang jalannya, yang lain tuh takat jalan kat bibir jer. Bukan macam aku kan, selamba jer sticking to my nuts ekekekek, infact aku nak tanam seluas yang boleh, kali ini. Provided ada cukup benih lah, takut nanti rakus sangat jual kacang sampai lupa nak buat benih banyak-banyak. 

Aku nak banyakkan kasi kat orang jugaklah kacang aku nanti, SarjanK, orang-orang Jabatan Pertanian, geng-geng masjid. Aku nak berkuasa penuh ke atas kacang aku kali nih, aku nak jual ker, nak kasi orag ker, nak buat benih ker, biar aku decide sendiri. 

Kejap jer kitaorang ke Raub, park kereta tepi masjid, terus ke kedai elektrik, tanya harga, bayar dan dapatlah sebijik oven. Then terus balik. Dah nak masuk ke simpang hala ke Sungai Ruan barulah aku rasa macam guilty gitu sebab aku tak tanya pun mak kalau ada apa-apa mak nak beli, masa di bandar tadi. Biasanya kalau ke bandar, mak akan pergi mini-market depan perhentian teksi tuh, at least beli sebungkus Horlicks (as if kat kedai Makcik Milah tak ada jual Horlicks. Oooooo, Horlicks kat kedai Makcik Milah mahal sesposen dua, tu pasal beli kat tempat lain tuh. Oh ok) Itu tempat favorite mak tuh. Tapi, mak pun senyap jer tadi, tak beritahu nak beli apa-apa pun. Aku nih lelaki sejati pulak, nak beli barang, jom beli barang tuh, then terus balik, sebab dah dapat benda tuh. 

"Garaj lawo-lawo mat nyer buat tempat tanang lada?", MatN tanya, masa dia datang nak jemput khenduri di rumah dia petang esok.

UstazM tak ada petang nih sebab ada majlis baca Yaasin, so aku tak ke surau lah. 

Aku ajak Ariff datang ke kebun lepas Asar sebab nak tunjukkan kat dia, apa yang patut dibuat. Aku macam terkejut jugak tengok cara dia menyiram, macam orang tak pernah buat kerja. Pulak tuh, diredah, dipijak aje pokok-pokok kacang aku tuh, tak berambi langsung kerja nya. Pelik kan, aku ingatkan orang kampung macam dia tuh sure reti buat kerja. Bila aku tengok cara dia kerja, dan aku comparekan dengan cara aku kerja, baru aku tahu yang selama ini aku kerja guna otak. Dengan lain perkataan, kerja yang simple tapi kalau tak guna otak, akan jadi rumit jugak. Nampak gayanya aku boleh jadi Pengerusi Kelab GSL lah. GSL, Geng Sekeru Lerh (Loose) ekekekek

Aku kasi Ariff RM 5, walaupun dalam setengah jam jer dia kerja. Dan dia setuju untuk datang menyiram dalam sejam setiap petang, mula dari Isnin minggu depan. And for that aku akan kasi dia RM 30. Aku tak rasa aku mengambik kesempatan, aku rasa aku bayar sebanyak tu pun dah bagus sangat. Walaupun kerjanya tak berapa bagus tapi aku tahu dia tak akan tipu. Aku faham yang kerja dia a little slow sebab screw yang longgar tuh kadangnya tercabut, bergolek tah ke mana. So dia kena kejar cari screw tuh kan? Ekekekek. Jahat aku nih, kan? Aku lebih confident kat Ariff, daripada aku upah S (yang surenya nak more than RM 50) sedangkan aku yakin yang dia cuma akan datang menyiram sekali jer, sehari sebelum aku balik. 

"Kesian kawak (kat awak), kulu-kilir kulu-kilir (ke hulu ke hilir) membawak ibu tunggal", kata makcik Ani, mak Rizal. Dia tumpang untuk ke masjid sebab Rizal keluar Tabligh sampai Ahad nih. Petang tadi pun aku hantar dan jemput diaorang, mak, Chu, Makcik Esah, Makcik Ani. Aku dah pesan kat mak, suruh Rizal guna kereta kitaorang aje lah sepergian aku ke KL nanti sebab kereta Rizal kecik, Kancil JER, tak selesa para ibu tunggal tuh nanti nak ke masjid. Nampak gayanya Rizal yang akan ambik alih tugas aku untuk minggu depan. 

Kena kasi banyak kacang kat Rizal nanti nih, upah sebab dia tolong aku.

Kuliah Maghrib tadi cerita pasal Nisfu Shaaban, khutbah Jumaat tadi pun pasal hal yang sama. Since Nisfu Shaaban nanti aku di KL, so aku dah buat perancangan, apa dan kat mana aku nak sambut. So stay tuned! Ekekekek

"Parah aa mak nih, main ikut plan sendiri jer...", bunyi SMS dari one of my siblings.

Nak tergelak aku dibuatnya. Aku senyapkan aje bila dengar cerita-cerita berbangkit yang mak creates, mak nak ke Jengka 8 ke rumah parents Rozi, Ahad nih. Yang buat masalahnya, mak ada banyak plans tambahan yang lain jugak.